RSS

Monday, 16 March 2015

Aku Bercerita (Part 3)

Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum...

Bersua lagi ^_^
Ok. Tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum bukak cerita. 
Dah sedia??
......
Selepas dah dapat tahu bila tarikh operation dijalankan, saya dan suami mula setting minda dan hati. Mengaggap apa yang berlaku terhadap kandungan ini adalah tanda kasih Allah kepada kami. 
Apa juga yang bakal berlaku kepada kami nanti terutama sekali terhadap saya dan baby dalam kandungan, semasa proses kelahirannya nanti kami berserah dan redha sahaja.
Mengeluh tidak.
Hanya mampu berdiam diri walupun ada sedikit suara sumbang yang menggigit telinga menyatakan "tidak bernasib baik" kepada saya dan kandungan..
Namun, semua itu ditelan dengan senyuman. Cukup pasrah sudah. Biarlah orang nak fikir apa.
Yang saya tahu,. selama mengandungkan anak ini dia tidak pernah menyusahkan saya. Malah, saya sentiasa aktif dan bertenaga walaupun terkadang ada penat membawa perut yang kian memboyot.
Bayi ini sungguh bermakna!
Selama mengandungkan dia juga rezeki dalam rumah tangga kami tak pernah putus-putus.
Apa yang saya nak makan, nak buat semuanya Allah permudahkan.
Sungguh, selama saya mengandungkan dia..kasih sayang antara saya dan suami kian erat, kasih sayang antara saya dengan adik-beradik saya kian utuh..juga dengan keluarga mentua yang sangat prihatin dan kasih mereka yang tak pernah berbelah bahagi kepada saya..malah, diantara staf di sekolah juga mereka semakin menunjukkan sikap toleransi..juga rakan-rakan saya, yang sentiasa mengambil berat pasal saya selama saya berada dirumah seorang diri ketika suami bekerja. Kasih sayang sahabat-sahabat saya itu sungguh mengharukan bilamana ada yang yang sanggup ketepikan kehendak diri demi menjaga kehendak saya. Saya sayang mereka semua!
Sungguh, kasih sayang itulah menyebabkan saya tidak pernah mengeluh. 
Sungguh, rezeki cinta dan sayang itulah yang membulatkan semangat menjadi satu rasa yang bahagia.
Saya bisikkan pada bayi,
"Semoga bila dia lahir nanti, Allah akan sentiasa murahkan rezekinya.Rezeki kasih sayang yang sentiasa melimpah ruah dan semoga dia sentiasa disayangi dan disenangi oleh penduduk langit dan bumi..Aminnn...InsyaAllah"
...
Pada 21/11/2014
Selepas saya menghabiskan bacaan surah Maryam dan khatam kitab Al-Barakat Makkiyah di antara waktu maghrib dan isya' saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada pihak hospital.
Mereka meminta saya masuk wad malam itu juga kerana wad bedah esok hari ada kosong. Kalau tunggu sehingga 28hb, masa itu wad penuh. Entah mengapa, tanpa berfikir panjang..saya terus mengangguk dan saya akan segera menyerah diri pada pukul 10;00 malam nanti.
Masa itu saya tak mampu hendak menggambarkan perasan saya yang bagaimana. 
Saya tenang memberitahu kepada mak bahawa masanya kian hampir. Mak terkejut.
 Kenapa awal benar?
Setenang-tenangnya juga saya katakan..
" Baby dah tak sabar lagi nak tengok mama dan abah"
 Setelah itu saya menelefon suami yang masih berada ditempat kerja. Apabila dia mendengar berita itu jiwanya mula tidak menetu. Katanya, dia nervous. Segera itu juga dia mohon pelepasan untuk balik awal. Sepanjang perjalanan jiwanya tidak tenteram apabila memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu. Apa yang membuatkannya berfikir panjang..
"rasa tak percaya jadi seorang abah!"
Sementara tunggu dia, mak suruh saya mandi dan makan dahulu.
 Nasib baik segala persiapan barang-barang baby sudah dikemas awal-awal. 
Suami bila sampai rumah lansung tak mampu berbuat apa. Nak makan pun dia dah tak da selera lagi.
....
Kami sampai ke hospital hampir pukul 10;30 malam.
Sampai sahaja di hospital terus daftar masuk wad.
Sebelum masuk wad, di bilik lain sy dibaringkan untuk mendengar jantung baby. Sempat saya berwechat dengan rakan-rakan saya sambil berseloroh..
"InsyaAllah, esok korang jumpa bby aku"
Bila mereka baca chat itu, mulalah mereka riuh. 
Tanya saya dimana. Saya sihat ka? Saya dah nak bersalin ke?
 Dan....sy terus menyepi dan mendiamkan diri membiarkan mereka tertanya.
tapi, dok lama sngat dengar degupan jantung baby hampir sejam setengah..rahsia pun terbongkar jugak. Haha..
.....
Malam itu, scan lagi..tengok kedudukan baby..dan, dia masih duduk dengan aman dalam keadaan yang sihat walafiat.
"Esok kita jumpa ya sayang. Kita sama-sama berjuang untuk esok. InsyaALLAH..walau sesakit mana sekalipun, mama sanggup berkorban untuk kamu. Meski nyawa mama yang jadi taruhan."
Sebelum masuk wad,
Saya diberi satu dos suntukan dilengan yang berfungsi untuk mematangkan paru-paru baby. Ini kerana, baby sy akan lahir pada minggu yang ke 37. Kalau dia lahir pada minggu yang ke 38/39, tiada suntikan yang akan mereka berikan.
Sakitnya kemainnnnnn...Allahhhhhh... 
Tapi, masih lagi melakar senyum.Sakit itu bahagia!
Esok, akan diberi lagi satu dos suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi juga..
...
Selesai semua!
Saya check in masuk wad pukul 1 pagi!




.....bersambung....

3 ulasan:

Jennifer Lee said...

Nice Post... Article yang sangat menarik dan bermanfaat.... teruslah berkarya dan hadrikan kembali postingan-postingan yang bermanfaat ya,,, Terima kasih
Read More

Kenanga Putih said...

Terimakasih ya, Jennifer..semoga bermanfaat untuk sesiapa sahaja perkongsian yang sedikit daripada saya ini..

winda putri said...

Bagus artikelnya gan, Ayo bergabung di website judi online terpercaya :)

Dewa Poker
Daftar Akun Poker
Daftar Livepoker
Daftar Domino QQ
Agen Sbobet
Bandar Judi Terpercaya
Casino Online Indonesia
Daftar Akun Bola
Bandar Piala Dunia 2018
Situs Taruhan Online
Situs Judi Online
Taruhan Judi Online
Togel HK Terpercaya
Togel Sgp Online
Pasang Togel Online
Situs Judi Togel
Situs Togel Online
Daftar Akun Togel
Togel 2d
Buku Mimpi