RSS

Saturday 24 December 2016

Selamat Hari Milad, dear self😊



BISMILLAH..

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Namun, ada harinya dimana kita harus berhenti sejenak, menoleh ke belakang lalu bersyukur.

Aku yakin, setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Hidup, mestilah harus BERANI!

Alhamdulillah untuk nikmat usia dr '87 hingga '016 ini bererti 29 tahun Allah pinjamkan nafas pada jasadku yg udah tentunya sebuah pinjaman juga. Suatu hari nanti pasti 'kan kembali pada penciptanya.

Terima kasih buat bonda dan ayahnda yg melahirkan, membesarkan dan mendidik aku hingga tanggjwab itu tergalas pula pada seorang lelaki yg mencintai dan mengasihi aku seumpama ayahanda, abangnda, adiknda, babynda dan rakanda(hehe) yakni suami yang ku cintai seluruh jiwa dan raga. Hingga kami dianugerahi seorang mujahid shomelll dan ncem lagi soleh ini. Tanpa kalian, siapalah aku!

Terima kasih Allah.
Utk segala hal.
Utk segala nikmat.

Nota:  smg selamat permusafiran kami ke bumi Betong dlm cuaca hujan yg 'masyaAllah' ini. Doakan kami, ya😊 (Status semasa on the road balik kampung. Alhamdulillah sampai di Betong dengan memandu 60-90/km - 6jam perjalanan. Suami drive slow sb dari Kuching hingga Betong hujan tak henti2)

...

Sbnrnya tanggal 24 dis hari ni, buka jk mata mmg lansung xingat tarikh ni tarikh apa. Melongo sebentar sambil mata berkedip2. Terkejut adik bongsu call tanya kol brpa berangkat n siap nyanyi lagu birthday. Allahu. Nampak tak tuanya aku smpai lupa birtdhay sendiri.

Masih bergulit lagi, abahnya pula wish. Cakap sorry, sb lupa. Haha..its ok. Aku sendiri pun lupa. Siap abahnya ckp, " Dah tua, xkisah lg kan tarikhnya apa" haha..

Agak terharu bila melewati 'bilik ke bilik' whatsapp, rakan dekat mahupun jauh yg turut mendoakan. Sanggup taip pjg2. Edit gbr. Tulis dlm notes then snap. Htr video main piano. Htr voices lgu hari jadi pelbagai versi. And, hingga larut malam pun masih dihujani doa2 yg 'MasyaAllah' dr rakan2 & keluarga. Semoga Allah merahmati antuna yg mendoakan aku dan apa yg didoakan kembali jua kpd antuna malah mendapat lebih daripada apa yg didoakan.

Bila sampai di umah MIL, terkejut bila FIL cakap, hari ni dinner kt sugarbun. Hehe..

Allahu. Umur makin tua. Mmg xmengharap lebih di hari ulangtahun kelahiran. Cukuplah aku ada utk org yg aku sayangi dan org yg aku sayangi ada untuk aku.

Alhamdulillah untuk nikmat usia yg smkin meningkat.
Smg meningkatnya umur, maka bertambah amal. Dan bertambah cinta dan taat terhadap Allah dan Rasulullah.

Terima kasih.
1234pm/161225

0 ulasan: