Assalammualaikum,
last update blog ni... tahun 2016! MasyaAllah, lama! hehe..
Bersawang dah. Haha!
tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Semenjak banyak lagi medium dalam menulis diperkenalkan, blog menjadi sesuatu yang kurang diaplikasikan. Dahulu, zaman berblog...memeang seronok update apa sahaja cerita didalamnya kan? Sekarang ni...facebook, ig,wc,wa,tele..fuh! banyak lagi...berteberapan aplikasi ni..dan ia sesuatu yang sangat mudah untuk diakses.
so...
mungkin sebab tu..jarang dah guna blog sebagai medium untuk bersosial media.
Hanan.
Ya, umur dah masuk 4 tahun pada 22.11 tahun ni. Tak terasa sungguh anak dah besar. Alhamdulillah...Hanan memebesar menajdi anak yang kuat sepertimana kuatnya mama dan abah melalui kehidupan ni dalam membentuk sesebuah keluarga. Hehe..tak semua orang senang. Dan, aku bukan dikatogerikan sebagai orang yang senang. Belanja, makan apa semua...bersekat. Tak boleh boros. Nak mengidam beli itu ini...jangan mimpi dulu. Cukup telan air liur aje. Tapi, its ok. As well as, hidup bahagia dalam kesederhaan itu. Alhamdulillah. Tak minta lebih. Cuma minta dicukupkan dalam keberkahan. Ameeen!
Hanan dah masuk sekolah!
Sekolah di Taski ABIM. MasyaAllah. Awal pagi dah bangun..mula dulu merengek juga. Sekarang, Alhamdulillah. Tiada masalah apa-apa.
Masih tentang Hanan.
Hanan umur 4 tahun...tapi cakapnya belum lancar. Masih berbahasa baku. Slow-slow ajak dia berkomunikasi. Semenjak masuk sekolah, Hanan dapat kawan baru dan lebih banyak berkomunikasi.
Aku?
Karya Terbaru?
Tempat Kerja?
Aku biasa sahaja. Alhamulillah. Tahun ni...rancang nak bagi Hanan adik. Semoga Allah makbul. Ameen! Perjalanan yang biasa-biasa sahaja, sesuai dengan kesederhanaan diri. huhu..apapun, ujian tetap ada. Ujian tanda Allah sayang. Jadi, just hadap ujian tu dengan sabar dan berbaik sangka. Allah tak uji seseorang tu sesuai dengan kemampuannya. Dan, aku ok!
Belum ada karya terbaru. Kembar Songsang tu...alhamdulillah. Walaupun aku ni seorang penulis yang tak banyakl orang kenal, agak pemalu untuk beramah mesra dengan pembaca dan....jarang menonjolkan diri...so, aku tenggelam. haha! Aku macam tak dapat nak lawan arus perdana dalam bidang ni. Bidang penulisan ni...kalau kau slow dan pemalu...memang kau akan ketinggalan. Macam aku ni lerr...huhu..pemalunya...alahai!
tempat kerja.
Hah!
Aku kerja dengan pemimpin kuku besi oi. Ya Rabbii...dari hari demi hari...masuk tempat kerja, sebelum kaki masuk gate, awal-awal bisik dalam hati...
"Ja, kee strong and stay positive! Dont Look back and work for Allah!"
punyalah stress masuk kerja dengan pemimpin kuku besi dan macam iguana tu! huh!
belum masuk 2 tahun beliau menerajui bahtera ini. namun, cara pimpinannya sungguh membuatkan bawahannya banyak yang stress. Malah, kami berpecah belah dan berpuak-puak! Aku dah berberapa kali kena. Gaduh besar dah berapa kali. Hingga dia dendam dan kurangkan markah LNPT aku! Hangin betul.
Tapi, its ok! sekarang malas dah nak melayan. Angguk-angguk sahaja. Kalau menegeleng, siapalah kau! So, aku kena behave dalam 3 tahun ni untuk menjaga reputasi. Kalau tak, tak naik gred oi. Apa taknya...kalau dia berdendam dan balas dendam dengan markah prestasi!
Huhu...
Jadi, setakat ini dahulu.
Nanti, berceloteh lagi.
InsyaAllah!
Sekian!