Assalammualaikum,
AKU SEORANG PPM.
Catatan yang aku rasa paling skema dalam Aksara Hidup. Ini
soal profesion. Soal kerja. Soal...errr...
Ok, straight to the point. Firstly, Apa itu PPM?
Perempuan Punya Maruah?
Pembantu Perdana Menteri?
Penyangak Pakai Motor?
PPM tu ialah PEMBANTU PENGURUSAN MURID.
Dengan suka citanya aku ingin berkongsi pengalaman setelah
masuk tahun ke-6 aku berkhidmat sebagai PPM. PPM tu di bawah Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Kami
bertugas di Sekolah-sekolah kerajaan. Dan kami berstatus TETAP DAN BERPENCEN.
Bergred N17. Kenaikan pangkat mengikut
Time Based.
PPM ada tiga katogeri. PPM ASRAMA, PPM PRASEKOLAH DAN PPM
PENDIDIKAN KHAS. Masing-masing mempunyai bidang tugas tersendiri. Tapi, skopnya
tetap “MENGURUS KEBAJIKAN MURID”.
Aku?
Aku PPM PRASEKOLAH. Bidang tugas yang agak mencabar dan
kadang-kadang agak tertekan jugak sekiranya berhadapan dengan situasi yang agak
genting. Tahun berganti tahun, sedikit demi sedikit pengalam sebagai PPM aku
dapat praktikkan dalam kehidupan harian aku. Semakin rasa menarik dan aku
terasa makin jatuh hati dengan pekerjaan ini.
Awalnya,
Aku dan kawan-kawan suka-suka saja mengisi borang permohonan
untuk pekerjaan ini. Masa itu aku berada di tingkatan 6 Atas. Setelah keputusan
STPM keluar, aku telah dirisik oleh Kementerian Pelajaran untuk menjawat tugas
ini. Masa itu, aku sedang berada di persimpangan hidup. Ada dua jalan yang
perlu aku pilih. Semuanya menuntut sebuah pengorbanan.
Pilihan pertama,
Aku mendapat keputusan 4P dalam STPM. Banyak surat tawaran
daripada pihak IPTA dan IPTS datang untuk aku meneruskan pelajaran. Dalam hati,
ingin sekali sambung belajar ambil Ijazah. Dalam banyak-banyak tawaran, aku
berminat dengan tawaran daripada pihak USM.(Tak ingat dalam bidang apa).
Tapi....
Pilihan ke dua,
Keluarga aku bukannya dari kalangan keluarga berada.
Tambahan lagi, masa itu keluarga benar-benar hidup susah. Melihat raut tua
wajah ibu ayah, hati makin pilu dan semakin keliru. Mula dalam di lema.
Jadi,
Aku pilih pilihan ke dua. Aku tak nak menyusahkan ibu dan
ayah lagi. Sudah cukup aku menyusahkan mereka selama ini dengan menyekolahkan
aku sampai ke tahap itu. Susah senang keluarga aku ketika aku masih berada di
alam persekolah banyak mendidik hati untuk tabah dan berkorban. Kalau diikutkan
, Ibu ayah sanggup menghantar aku masuk Universiti. Tapi, terpaksa gadaikan
tanah. (Rasa macam drama tv. Tapi, ini benar!) Aku tak nak harta pusaka datuk
aku terkorban demi aku. Biar aku yang berkorban. Walhal, aku juga mengerti,
kerajaan memang menyediakan banyak saluran untuk memohon pinjaman bagi sesiapa
yang ingin melanjutkan pelajaran. Tapi..hurm...Pengorbanan. Itu yang aku
takrifkan. Memang , hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pun begitu,
pilihan lebih banyak menjurus kearah pilihan ke dua. Justeru, aku terima dengan
hati yang redha dan pasrah. Mungkin ada hikmah. Aku ingin kedua ibubapa ku
menikmati hasil titik peluhku sendiri yang tidak seberapa ini. Aku ingin
membahagiakan mereka.
Alhamdulillah.
Melangkah kaki ke stesen bertugas sebagai Penjawat Awam
yakni PPM Prasekolah di SK Ng Enteban. Banyak menuntut diri untuk belajar cara
hidup, persekitaran, dan yang lebih mencabar apabila berhadapan dengan ragam
murid yang tak sama perwatakannya.
Sk Ng Enteban, Betong, Sarawak.
Sekolah Rendah yang majoriti pelajarnya adalah penghuni asrama. Sekolah
pedalaman yang tidak dibekalkan dengan bekalan air. Pelajarnya tidak sampai 100
orang. Majoriti berbangsa Iban. Sejujurnya, aku
bangga berkhidmat disini meski kali pertama aku melapor diri ke SK Ng Enteban,
abang sulung aku yang menghantar aku dengan menaiki motosikal dari Debak Ke
Betong. Dalam lingkungan 30km. Kalau naik kereta boleh sampai kurang 1jam. Kalau naik motosikal, dalam 1 jam 45
minit.
Kalau hendak diceritakan pengalaman selama masuk tahun ke-6
ni, memang tak habis. Banyak suka dan dukanya. Banyak benda baru yang aku
pelajari dari hari ke hari. Alhamdulillah, bila fikir dengan positif dan
berlapang dada aku rasa pekerjaan ini adalah satu profesion yang harus di
martabatkan. Bukannya di pandang enteng
oleh segelintir masyarakat yang sering menganggap PPM itu adalah “Kuli Guru”
dan “Pengasuh Kanak-kanak”.
Berbalik pada bidang tugas. Sebagai PPM
Prasekolah, aku boleh di ibaratkan memegang pentadbiran untuk satu blok
kelas. Apa tidaknya, dari urusan kebajikan murid, perihal keselamatan,
kesihatan, kewangan, pejabat dan seterusnya jadi tukang masak, tukang kebun,
cleaner dan paling best adalah menjadi seorang kakak kepada kanak-kanak yang
masih banyak perlukan bimbingan dan perhatian ini. Daripada itulah,
kadang-kadang kepala otak ni selalu “blackout”. Mana nak fikir itu, fikir
ini...Tp, Cuma mampu berlapang dada. Ini anugerah yang perlu aku galas dengan
penuh tanggungjawab dan dedikasi. Itulah PPM!
Tuntasnya,
Awal pagi dah buka kelas dah. Sebelum murid masuk, kemaskan
sedikit pusat-pusat pembelajaran. Tak lupa, masak air di dapur. Bila murid
sampai, sambut kedatangan mereka dengan senyum dan penuh kasih sayang. Ada
jugak yang minta peluk dan ingin dibelai manja. Seketika... layan dulu karenah
mereka biar mereka merasa seronok untuk meneruskan pembelajaran. Dalam masa
yang sama, sediakan minuman pagi untuk mereka. Ketika minum, ajar mereka cara
untuk minum dengan betul. Dan titipkan disiplin ketika minum dan berada di
dapur. Tahu-tahu sahaja perangai budak. Tak tahu hendak membezakan mana yang bahaya
dan mana yang tidak. Selalulah buat pemantauan berterusan. Ingat, larang mereka
masuk ke dalam dapur tanpa izin dan perhatian daripada PPM ataupun Guru.
Bila tiba waktu belajar, pastikan mereka berada dalam
keadaan bersedia dahulu. Sama ada dari segi penampilan dan juga pemikiran.
Pastikan fizikal mereka dalam keadaan kemas dan selesa. Dan jangan suka menengking
dan mengherdik murid dengan kasar walaupun mereka buat silap. Tak salah
menegur, tp, jangan berkasar. Gunakan ketegasan dalam kelembutan. Titipan
pengajaran agar mereka belajar dari kesilapan. Harus di ingatkan bahawa
kanak-kanak seusia itu, pemikiran mereka sangat kreatif. Awal pagi yang membawa
tangisan buat mereka akan mendatangkan effect kepada sepanjang hari yang mereka
lalui pada hari itu. Maka, berdampinglah dengan mereka sebaik yang mungkin.
Tapi, jangan terlampau bagi muka. Kebiasaannya, murid yang sering dibagi muka
ni, ,mereka mudah naik kepala, naik minyak, naik hantu..mudah hilang rasa
hormat mereka terhadap kita. Jadi, dalam tegas, ada lembutnya. Dalam garang,
ada kasih sayangnya. Dalam serius, ada senyumannya.
Sebelum rehat, pastikan makanan telah siap di masak dan
sedia terhidang. Dalam proses penyediaan makanan jugak, aspek kebersihan
sangatlah di titik beratkan. Ikut spesifikasi makanan yang telah disediakan dan
kalau boleh, masak makanan yang seimbang. Yang penting, kalau masak, jangan
ikut selera kita. Ikut selera kanak-kanak barulah mereka berselera untuk makan.
Kebanyakkan kanak-kanak sukar dan tidak suka makan sayur. Saranan aku, hiris
sayur tu kecil-kecil. kalau buat nasi goreng, boleh. Kalau sayur biasa tu,
jangan potong terlalu besar. Nanti, kanak-kanak tercekik. Biasakan mereka dengan
makan sayur, minum susu, minum air suam. Ia bagus untuk perkembangan otak.
Ketika makan, bagi yang islam, baca doa dulu sebelum makan. Yang kristian,
boleh ‘sembahyang’ dulu. Dalam masa yang sama jugak, pantau kanak-kanak ketika
makan. Beri tunjuk ajar bagaimana hendak makan dengan tertib dan betul.
Sesudah, makan, pastikan mereka menghantar pinggan mereka ke singki (Untuk
melatih mereka berdikari), kemas meja makan( tapi, jarang jumpa yang paling
kemas,) dan jangan lupa gosok gigi. Masa menggosok gigi pun, kita harus dan
wajib memantau. Malah, ajarkan mereka cara untuk memberus gigi dengan betul.
Sebelum kelas bermula, pastikan mereka berada dalam keadaan
yang bersih dan kemas agar mereka selesa
untuk menghadapi waktu pembelajaran. Kita juga disarankan untuk bersama-sama
murid dan guru ketika ada aktiviti pembelajaran di kelas. Di samping, memantau
disiplin, murid, kita boleh membantu guru dalam P&P.
Ok, bila tiba waktu pulang, pastikan mereka mengemas alat
tulis mereka masing-masing. Biasakan mereka dengan gaya hidup yang bersih
seperti mengarahkan mereka mengutip sampah dan menaikkan kerusi ke atas meja
sebelum pulang. Sekiranya, ibu bapa /penjaga murid tu belum datang, jangan
biarkan murid itu keluar dahulu. Di khuatiri berlaku perkara yang tidak diingini
berlaku.
Bila murid sudah pulang, bermulalah episod kami sebagai
seorang suri rumah. Mengemas pinggan mangkuk, menyapu sampah, mencuci tandas,
mengemop lantai dan mencuci longkang. Jangan lupa, bagi yang Islam tu, tunaikan
solat Zohur dahulu. Boleh rehat sebentar dengan menikmati jamuan tengahari
ataupun balik kerumah. Bagi aku, aku tak sempat nak balik. Solat, makan dan
rehat kat prasekolah sahaja. Dah siap semua tu, aku sambung pulak buat kerja
pejabat. Seperti mengemaskini buku stok (Makanan/Inventori/Harta Modal/Kad
Petak), kemaskini maklumat murid, kemaskini fail, membuat tempahan
(makanan/PCG/KOKURIKULUM/), menyediakan ABM untuk keesokkan harinya. Sekiranya
ada masa terluang, aku akan sibukkan diri dengan menghias kelas.
Dah setle semua, barulah boleh balik!
Letih??
Memang. Tapi, apakan daya.Sudah tangguangjawab PPM.
Kadang-kadang letih sangat sebab karenah kanak-kanak ni banyak sangat. Lagi
satu, kalau sesiapa yang penggeli atau kurang sabar, memang susah nak jadi PPM
Prasekolah. Terkadang, kanak-kanak tak
pandai cuci punggung sendiri selepas membuang air besar. Ada jugak yang suka
cirit birit/ berak dalam seluar. Tak kurang juga dengan muntahnya. Ada yang
berhingus, air liur meleleh dan yang paling mencabar jumpa kanak-kanak yang
hyperactive. Semua itu tugas PPM. MENGURUS, MENGAJAR, MENDIDIK, SURI RUMAH,
KERANI, JURURAWAT, TUKANG MASAK, TUKANG KEBUN DAN CLEANER. Perlu bersabar untuk
hadapi semua ini.
Tapi, agak terkilan juga apabila profesion ini dipandang
rendah oleh sesetengah masyarakat. Malah, gaji yang di salurkan pun tidak
setimpal dengan apa yang telah di tugaskan. Ironinya, PPM hanya perlu bersabar.
Teruskan dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerja. Komited,
bertanggungjawab, dedikasi, dan berwawasan. Kerja adalah ibadah. Allah tidak
akan sia-siakan setiap titik peluh kita dalam mencari rezeki yang halal. PPM
TUNGGAK KEPERIBADIAN MURID. PPM ROLE-MODEL KEPADA MURID. Maka, tunjuklah sikap
dan perwatakkan untuk mereka agar suatu hari nanti, kita akan menjadi inspirasi
mereka dalam meneruskan perjalanan hidup. InsyaAllah.
Sekian dari aku.
_aksaraHidup_PPMpra_PuanSitihajarAhmad_