Ya
Allah..tidak tertanggung lagi rasa pedih di hati ini. Kenapa harusnya ada
cinta, dan seterusnya cinta ini tergantung sebegitu sahaja?. Di manakah dia??.
Sebulan sudah berlalu..Kekasihku masih tidak kunjung tiba. Tidak aku sangka,
perbalahan kecil itu mengundang kecelakaan seperti ini.Dalam senyum, terkandung
seribu kedukaan di hati..Aku teruskan jua kehidupan ini walaupun jiwa sentiasa
di selubungi rindu.
Dua bulan berlalu..
Dia masih tidak kunjung tiba. Aku
tidak tahu apakah yang telah berlaku terhadapnya. Hanya pada Allah ku luahkan
segala-galanya..hatiku tetap menunggu..kenangan antara kami tidak akan sama
sekali ku biarkan pudar!
Tiga bulan!
Aku
semakin pasrah..andai ini takdir untuk kami. Hati ku parah.Tetapi,ku teruskan
jua!. Sehinggalah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang entah darimana
datangnya. Aku senang berkawan dengannya. Mungkin kerana kekecewaan yang
terlampau, tanpa sedarku..aku menghulurkan jari manisku tatkala sebentuk cincin
emas bertahtakan permata di sarungkan!. Hatiku keliru..Ya Allah...mengapa semua
ini berlaku dengan begitu cepat sekali?. Aku bakal dimiliki oleh sesorang yang
tidak aku kenali tidak lama lagi!. Aku seolah-olah seperti boneka sekarang!.
Jasadku bersanding dengan abang di pelamin nan indah. Namun, jiwa ku terbang
jauh bersama kenangan cintaku. Ah, aku sudah menjadi isteri orang dalam masa
yang sungguh singkat! Percaturan hidup apakah yang sudah ku alami sekarang?. Hatiku
merintih..Aku tidak mencintai abang..aku hanya mencintai kekasihku.. Dimana
kau..?? Tahukah kau bahawa aku derita sekarang??
Dapatkah dibayangkan bagaimana rasanya hidup bersama
dengan seseorang yang tidak di cintai dan seterusnya menyerahkan seluruh jiwa
dan raga kepadanya??. Perit rasanya!.
Tahun pertama pernikahan,
Aku masih ingat kata-kata Ummi,
jangan derhaka dengan suami. Benar! Aku tidak derhaka. Aku layan segala
kemahuannya. Makan minumnya aku sediakan sepertimana seorang isteri. Aku
sayangkan suami ku kerana sikap penyabarnya dalam melayan karenah dinginku.
Tapi,maafkan aku abang..hati dan cinta ini masih bukan untuk dirimu.
Aku disahkan mengandung!
Abanglah yang paling bahagia.
Tersentuh hatiku apabila melihat dia mengusap dan mengucup lembut perutku yang
semakin membuncit. Abang menjagaku dengan begitu baik sekali. Tetapi, kenapa
hati ini masih jua tidak dapat menyintainya?. Acapkali aku
keseorangan..kenangan bersama kekasihku itulah yang sering menemaniku. Merintih
lagi..Dimanakah kau? Jangan kau siksa aku!. Namun, abang masih sabar..”Abang
cintakan isteri abang dengan sepnuh hati abang..”
Aku selamat melahirkan seorang
anak lelaki yang sungguh comel. Putih bersih wajahnya. Abang terkejut tatkala
aku ingin meanamakan puetera sulung kami dengan nama Iman Danial!. Nama kekasih
hati yang sangat-sangat aku rindui. Abang tahu, aku masih belum dapat lupakan
kekasihku itu. Respon abang melegakan hatiku apabila dia mengangguk dan
tersenyum. “Semoga kehadiran Iman akan menambahkan lagi rasa cinta awak
terhadap saya”. Terkedu aku mendengarnya!
Hari berlalu..
Iman
semakin membesar. Namun, hatiku masih tidak dapat melupakan kekasihku itu?.
Buntu!. Kenapa rasa cinta ini terlalu dalam?. Ya Allah,rasa derhaka apabila
mengabaikan rasa cinta suami. Apa dayaku?.Semenjak kehadiran Iman, aku semakin
sensetif. Iman ku jaga dan ku lindung sepenuh hati. Aku hidup dengan nama iman
dan cinta Iman;kekasihku. Sedikit sebanyak, layanan ku terhadap abang
berkurangan.Namun, abang tetap melayanku dengan sabar..
Iman sudah berumur 4 tahun.
Ah,
cinta! Kenapa aku menjadi hamba cinta yang tidak pernah wujud?. Bodoh dan
derhakanya aku.. seperti biasa, aku dan abang pergi menjemput Iman dari Taska.
Abang menyuruhku duduk sahaja kedalam kereta kerana hari itu badanku terasa
kurang enak. Dari kejauhan, aku melihat Iman melambaikan tangannya kearah
abang. “Iman, jangan melintas dulu..” Kata abang..Namun, tanpa menoleh kekiri
kekanan, Iman melangkah dengan melulu.
IMANNN!!!
Aku yang sedang berada di dalam
kereta disaat itu terpinga-pinga..Suara abang begitu cemas sekali.
Astghfirullahhala’zim..!!!
Iman menangis di sisi jalan
apabila melihat ayahnya terbaring longlai dengan berlumuran darah.
Abang
sempat dibawa kehospital. Rasa simpati dan bersalah menyelinap diruang hatiku.
Wajah abang aku tenung dalam-dalam..Lima tahun aku hidup bersamanya..dan dia
sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan Iman.
Sebelum
ke Hospital petang itu, tiba-tiba hatiku
tertarik untuk membuka laci meja dimana tempat abang sering meluangkan masanya
tatkala aku sedang berseronok melayan karenah Iman.
“Sayang, pertemuan dengan mu
menyebabkan abang buta. Kali Pertama memandang matamu, abang telah jatuh cinta.
Abang tahu, kehadiran abang dalam hatimu sekadar melukut ditepian. Seolah-olah
sandaran pada cintamu terhadap Iman Danial. Abang tahu, cintamu terhadapa Iman
Danial terlalu mendalam dan tidak mungkin akan menjadi milik abang sampai
bila-bila. Namun, Allah telah menjodohkan kita dan itu membuatkan abang yakin
bahawa sayang perlukan abang dan abang perlukan sayang. Allah satukan cinta
abang untuk mu meski abang tahu..abang hanya bertepuk sebelah tangan. Abang
cuba bersabar. Abang yakin, suatu hari nanti abang akan mendapat cinta daripada
sayang. Kehadiran Iman semakin menggugat hati abang. Namun, abang mampu
berfikiran waras..Iman adalah anak kita. Hasil perkongsian hidup kita. Abang
redha.Dan abang sayangkan Iman lebih daripada sayang menyayanginya. Jagalah
Iman dengan baik. Didiklah dia dengan didikan agama yang secukupnya. Izinkan
abang mencintai sayang. Hati abang hanya untuk sayang..”
Air
mataku terburai di pipi. Badan ku menggeletar. Dingin dan sejuk. Seolah-olah
terkena tamparan hidup yang amat menyakitkan. Inilah hidup ku! Abang adalah
hidupku yang sebenar-benarnya. Bukan kekasih hati yang pergi entah kemana!
Abang, sayang berdosa. Terlalu banyak dosa sayang pada abang..
Dengan
sesegera mungkin, aku menapak untuk mendapatkan abang yang sedang menanti
kasihku penuh sabar di Hospital. Abang, tunggu sayang. Sayang akan perbetulkan
segala-galanya yang penah sayang sia-siakan bersama abang selama ini. Ampunkan
sayang! Ampunkan sayang!
Nun, di
hujung jalan sana, aku melihat masa depanku bersama suami dan anak
kesayanganku. Semoga kebahagiaan ini
menjadi milik kami. Semoga hatinya tetap menjadi milikku selamanya dan aku
tidak akan mensia-siakannya lagi. Ya Allah, selamatkanlah suami ku..
Air mata
ini kering di cuping mata. Aku menghampiri abang dengan hati yang sunggu
bersalah. Wajah lembut dan tenangnya aku
ratap penuh dosa. Aku pendosa yang nyata! Abang, sedarlah. Sayang ingin tebus
silap dan dosa sayang selama ini. Bukalah mata, abang!
Tanganku
menggenggam erat jari jemarinya. Ya Allah, lelaki ini adalah suamiku. Lelaki
ini mencintai aku sepenuh hatinya. Lelaki ini sanggup berkoban nyawanya demi
ku. Lelaki ini sabar melayan karenahku. Lelaki ini...adalah sebenar-benar cinta
yang KAU anugerahkan padaku. Butanya aku selama ini!
Dalam
esak tangisku , ku rasakan tangan abang bergerak dan membalas genggaman
tanganku. Alangkah bahagianya hatiku di ketika itu. Dengan pantas, aku mendakap
erat tubuh lemahnya. Bibirku berketar ingin memohan ampun. Namun, sendu ku
mengatasi segalanya. Sayup kedengaran suara abang di cuping telingaku
mengucapkan kalimah..
“Alhamdulillah..”
Dan , aku terus menerus mendakap
jasad itu. Tidak akan aku lepaskan lagi kerana inilah cintaku...Suami ku...
p/s ::Hargailah sesuatu itu sebelum ia pergi. Tidak rugi menghargai sesuatu yang tidak kita sukai kerana, di sebalik perasaan TIDAK SUKA itu, Allah selitkan secubit perasaan didalamnya
** Jadilah isteri yang baik.. ^_^
0 ulasan:
Post a Comment