Sekadar ingin berkongsi kisah..
Ini
kisah aku, Hani dan Aisyah..
Permulaannya
terjadi apabila aku bertemu dengan Aisyah pada sebuah function mengenai dunia
fotografi di sebuah galeri termahsyur di Ibu Kota. Kali pertama aku terpandang
akan wajah putih nan bujur sireh itu, secara serta merta wajah itu melekat di
kanta mataku. Pada saat itu juga, rakan ku memperkenalkan dia kepadaku.
Tergamam seketika apabila rakan ku memberitahu kepada ku bahawa namanya Aisyah
dan dia adalah kawan rapat kepada Hani. Hani...bekas kekasihku 3 bulan yang
lepas. Cintaku padanya masih mekar di hati meski aku tahu mungkin aku tiada
lagi di hatinya.
Semenjak
perkenalan itu, aku dan Aisyah mula berkawan rapat. Mungkin aku senang
bersamanya kerana dia merupakan kawan kepada Hani. Sedikit sebanyak aku
mengetahui perkembangan Hani daripadanya. Dia juga tidak ringan mulut
menceritakan perihal Hani kepadaku. Hani dan Aisyah mempunyai sifat yang
sungguh berbeza. Dan , sudah semestinya Hani lebih menarik di mataku. Bagiku,
Aisyah terlalu lembut hati dan manja. Terkadang, hati lembutnya itu merimaskan
aku. Namun, aku tidak menafikan bahawa sikapnya yang penyanyang dan penyabar
itu jauh sekali dari Hani. Hani seorang yang sangat panas baran. Tidak boleh di
tegur dan adakalanya, sikap tegasnya menawan hatiku. Benar dan sungguh, Hani
adalah segala-galanya untukku kerana aku tidak mampu melupakan dia meski kami
sudah berpisah.
Aisyah...Dia datang dalam hidupku terasa
sungguh tidak di duga. Dia sentiasa meredupkan hatiku. Memberi nasihat dan
tunjuk ajar padaku. Dia sentiasa ada menemani aku disaat aku sakit, sedih,
marah dan sebagainya sehinggakan aku merasakan sedikit hatiku terdetik
untuknya. Namun, sesegera yang mungkin aku menolak rasa itu jauh pergi dari
menghampiriku. Ingin aku tegaskan, hatiku dan cintaku hanya untuk Hani seorang.
Aisyah juga selalu mengingatkan aku tentang agama. Seronok rasanya apabila
mendengar dia bercerita tentang agama. Aku masih ingat kata-katanya..
“Yang
sebenarnya, untuk meraih cinta..yang perlu kita ambil perhatian adalah Allah.
Yang perlu kita raikan itu juga adalah Allah. Sekuat mana pun usaha kita,
sekuat manapun strategi kita andai tanpa restu Allah, tidak menjadi juga. ‘’ Entah mengapa,
ayat itu menyusup jauh ke dalam hatiku..
Di ketika itu juga, bila hatiku terasa
terbuka untuk menjinakkan diri mendekati Allah...Aku dan Hani semakin rapat.
Kenyataan Hani yang menyatakan bahawa Allah telah memakbulkan doanya
mengejutkan aku. Katanya, selama ini dia mendoakan semoga pintu hatiku terbuka
untuk kembali ke pangkal jalan. Mungkin ada benarnya. Berbunga-bunga rasanya di
dalam hati apabila mendengar kenyataan daripada Hani. Aku tahu, Hani masih
merasa apa yang aku rasa terhadapnya. Dan , seperti biasa aku memberitahu
Aisyah perihal ini. Aisyah hanya mampu mengucapkan..
“ Alhamdulillah. Semoga apa yang Hani doakan
akan menjadi kenyataan dan tidak akan berubah dari masa ke semasa. Betulkan
niat untuk berubah..Jangan kerana ingin mendapatkan semula cinta Hani, awak
berubah”.
Terkedu hatiku mendengar kata-kata
Aisyah. Aku tidak mahu diperkatakan seperti itu. Benar, aku berubah kerana aku
merasakan pintu hatiku sudah terbuka untuk berubah. Kata-kata daripada Hani
banyak menyedarkan aku selama ini walaupun aku lansung tidak bersua muka dengannya.
Janganlah Aisyah berfikir bahawa aku berubah kerana Hani . Itu bukan
seperti yang Aisyah fikirkan. Perihal
ini menimbulkan rasa tidak puas hati ku terhadap Aisyah. Lantas, berlaku
perbalahan kecil antara kami berdua.
Dan, seperti biasa Aisyah mengalah dan terus menerus menjaga hatiku.
Semenjak berlakunya hal itu, aku dan
Aisyah semakin renggang. Hatiku ini....masih terguris lagi walupun Aisyah
meminta maaf padaku berkali-kali.Namun, tiba suatu ketika aku teringat kembali
akan kata-katanya..
“Ego boleh memusnahkan diri sendiri. Jangan
kehilangan orang yang awak sayang andai awak masih menyimpan ego itu”.
Aku sedar, ego ku terlalu tinggi. Kerana
ego itu, aku dan Hani berpisah. Oleh kerana itu, aku kembali menghubungi Aisyah
semula. Semenjak hal itu, aku banyak belajar erti hidup. Aisyah sudah terlalu
banyak membuka mata hatiku. Daripada sikapku yang panas baran, akhirnya aku
boleh mengawal kemarahan ku. Daripada aku suka meninggikan diri dan tidak suka
mengalah, akhirnya aku menjadi seorang yang rendah hati. Terima kasih Aisyah,
kerana banyak menyedarkan aku.
“
Mana mungkin saya akan jatuh hati pada awak. Dan, saya akan pastikan, saya
tidak akan jatuh hati pada wanita seperti awak. Awak tidak sesuai untuk saya.
Saya lebih sukakan wanita seperti Hani” .
Ini lah pengakuan ku kepada Aisyah ketika kami
sedang bergurau senda mengenai topok jatuh hati. Dengan senyuman lebar, Aisyah
membidas..
“ Manusia sering takbur, kan?. Manusia selalunya
tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu. Masa
depan kita penuh dengan ketidakpastian”.
Tenang sahaja kata-katanya. Aku
terkesima lagi. Takburkah ayat-ayat ku itu? . Aku diam. Melihatkan aku diam,
Aisyah berseloroh lagi..
“
Mana mungkin saya akan jatuh hati pada kawan rapat saya sendiri, lebih-lebih
lagi bekas kekasih sahabat karib saya..”
Senyuman dan kata-katanya melapangkan
dadaku. Meski, semakin hari semakin kuat hatiku menyebut namanya. Ah, egokah
aku??.
“Awak
dan Aisyah semakin rapat sekarang. Kenapa?”
Tergamam aku melihat mesej daripada
Hani. Hani..akhirnya dia bersuara juga setelah mendiamkan diri melihat
kemesraan aku dan Aisyah. Cemburukah dia?. Aku pasti, dia cemburu. Seandainya
dia cemburu, ini bermakna..dia masih sayangkan aku!. Berbunga-bunga rasa hatiku
mengenangkannya. Sesegera yang mungkin aku menafikan.
“ Saya dan Aisyah Cuma kawan sahaja. Dan,
tidak akan lebih daripada itu.”
Semenjak daripada itu, aku dan Hani
semakin rapat. Sering sahaja berhubung. Dan, Aisyah...hmm...perasaanku nondeng
terhadapnya. Aku tidak mampu berkata apa. Namun, dalam diam aku mengaguminya.
Akan tetapi, demi menjaga hati Hani aku terpaksa menjauhkan diri daripadanya.
Sedikit demi sedikit..aku memutuskan pertalian yang pernah wujud antara kami.
Nombor handphone aku pun telah di tukar. Begitu juga dengan facebook aku.
Sengaja. Aku benar-benar ingin menjauhkan diriku daripadanya. Aku sudah rimas
dengan kekeliruan yang membelenggu aku selama ini. Biarlah dia hendak berfikir
apa. Yang penting, aku akan dapat semula cinta Hani dan aku tidak akan menyakiti
hati Hani lagi.
Lima bulan berlalu..
Dalam function Jelajah Bersama Nikon, di
sebuah Hotel. Aku seperti biasa di jemput lagi. Ketika aku sedang leka membelek
helaian risalah mengenai kamera Nikon, seseorang menyapaku.
“Assalammualaikum..”
Aku menoleh. Tergamam aku. Risalah
ditanganku jatuh menyembah lantai bumi. Seorang wanita berwajah putih bersih
dan ...ah, Aisyah!
“Waalaikummussalam..”
Jawabku antara dengar atau tidak. Aisyah
terpacak dihadapanku dengan senyuman lebarnya. Mengapa hatiku berdebar-debar
tatkala bertentang mata dengannya?.
Menurut Aisyah, dia cuma singgah sebentar untuk menghantar sampel
gambar-gambar kepada penganjur. Dengan pertemuan yang singkat itu, wajah ,
senyuman dan tutur lembut Aisyah mula bermain-main di fikiran dan di mata
hatiku. Mengapa Aisyah begitu tenang dan lansung tidak memarahiku?. Sedangkan
aku yang menjauh daripadanya dahulu. Aku sungguh-sungguh rasa bersalah
terhadapnya.
Dalam pada masa itu juga, Hani
menghubungiku..
“Awak,
saya minta maaf. Puas saya didik hati saya untuk merasa cinta seperti dahulu
pada awak..namun, saya gagal. Saya mampu mengucapkan saya suka pada awak.Tapi,
bukan saya cinta pada awak. Maafkan saya. Tiada alasan yang kuat untuk semua
kata-kata ini, namun, saya ingin awak tahu..hati saya bukan untuk awak
lagi.Maafkan saya..”
Sungguh, aku tergamam!. Sesegera itu
terasa hatiku di tumbuk bertubi-tubi!. Patutlah dia tidak menghubungiku selama
dua hari. Rupa-rupanya, begini yang akan berlaku. Mengapa??. Sungguh aku tidak
mengerti apa yang ‘wanita’ sedang fikirkan.
Rasa kesakitan ini semakin meghiris hati
tatkala satu gambar seorang wanita yang berpakaian pengantin sedang mencium
tangan seorang lelaki yang sedang ditayangkan di hadapan skrin besar di
hadapanku. Terlopong mulutku melihat wajah jernih wanita itu. Ada sedikit air
mata di pipi gebunya. Aku mengamati gambar itu sepuas-puasnya. Semakin aku amati...semakin....
Astaghfirullahala’zim.. Aisyah!
“Ini
merupakan sempel gambar akad nikah salah seorang Duta Nikon kita iaitu Puan Nur
Aisyah baru-baru ini. Gambar ini telah diambil oleh Saudara Darius Awen. Untuk
makluman, gambar ini telah dihantar ke Festival Fotografi Kebangsaan untuk di pertandingkan.Dan,
Tahniah di ucapkan kepada Saudara Darius Awen kerana telah memenangi Anugerah
Foto Cemerlang Kebangsaan.”
Aisyah...
Tanpa di sedari..airmataku menitis jua.
Dalam satu hari, aku telah kehilangan dua wanita yang sungguh bermakna didalam
hidupku selama ini.
“Manusia sering takbur, kan?. Manusia
selalunya tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu.
Masa depan kita penuh dengan ketidakpastian”.
p/s : Masa depan penuh dengan ketidak pastian.
0 ulasan:
Post a Comment