Assalammualaikum,
Allahumma solli
a’la Muhammad Wa’ala
a’li muhammad..
Pejam celik
pejam celik 1
Ramdhan bakal menjengah.
Alhamdulillah kerana masih
diberikan ruang dan
waktu untuk terus
menikmati Ramdhan pada
tahun ini. Malah,
masih diberikan kesempatan
untuk bertaubat kepada
Allah S.W.T.
Sebelum tu...dah
ganti semua dah ke posa
yang terbuang tahun
lepas. Jangan lupa
ganti ok! ^___^
Tiap kali
puasa macam ni
mesti teringat akan
kenangan manis pada
Ramadhan pada tahun
2006 yang lepas.
Masa tu saya
masih menuntut sebagai
pelajar tingkatan 6
lagi. Tingkatan 6
atas. Kenangan yang
sangat berharga dan
akan saya simpan
dalam album memori
hidup saya buat
selama-lamanya.
Apa yang
bestnya?
Best nya
sebab mempunyai sahabat-sahabat yang
sangat baik ,
satu kepala, prihatin,
penyayang dan sebagainya.
Bestnya sebab
mempunyai cikgu yang
sangat sporting dan
ambil berat terhadap
kami semua.
Saya nak
kongsi satu cerita... (hehehe...macam skrip
iklan oreo la
pulak..)
Saya( Siti
Hajar), Siti Aminah,
Siti Aisah, Siti
Huzaini, Samiyah, Atiqah,
Mastuyah, Asfarina, Ismail,
Mazlan, Azmi dan Firdaus ni satu geng.
Kitorang satu kelas.
Nak kata nakal,
ada kot, sikit-sikit, paling top
dalam akademik dalam
kelas pun kitorang
jugak..hehe...ada ke?, popular
pun kitorang jugak (Haaa...perasan je lebeh. Aisehhh!).
Yang paling best,
walau dimana sahaja
kami berada, kumpulan
kami ni sentiasa
bersama sampaikan dah
terasa macam adik
beradik sendiri dah.
Tak heran laaa...ada
segelintir student kat
sekolah tu ada
yang agak kurang senang
dengan kemesraan kami.
Bagi saya, deorang
ni sangat memahami.
Kami menangis bersama-sama,
ketawa bersama-sama, malah
berkongsi segala masalah
bersama. Allah...rindu sangat
dengan kenangan ni..
Walaupun kami
datang dari kampung
yang berlainan, namun,
bila masuk asrama,
kami eratkan keserasian
itu sebagai satu
keluarga.
Yang bestnya
jugak, makan minum,
mandi, tidur (Untuk geng
pompuan je)...semua berkongsi
sama rata. Tiada
satu pun yang
berkurangan. Yang empat orang kawan lelaki
saya tu, Allah...baik
sangat. Deorang adalah selaku
bodyguard kami yang
ladies2 nih.. hehe...
Yang bestnya
menjelang Ramadhan,
Jeng...jeng....jeng...
Aloooorrrr...kitorang ni
bukannya suka makan kat
dewan makan. Pertama,
malas nak beratur,
kedua, malas nak berasak-asak dengan
student lain..ketiga, kitorang
memang tak suka
poooon... Bukan pak
cik dan makcik
kat dapur masak
tak sedap, tapi...memang
malas sangat kaki
nk mendarat ke
dewan tu.
So, nak
tau kitorang buat
apa? Mana kitorang
nak berbuka puasa?
Dalam kelas
kitorang ada satu
rak kayu yang
kitorang buat untuk
letakkan buku. Rak
tu kitorang hias
cantik-cantik dan letak
kain sebagai penutup.
Dalam rak tu,
rupa je macam
tempat letak buku. Tapi,
tempat letak pinggan
mangkuk, gelas, pati
air sirap, gula,
tak kurang juga
ada garam, dan ada
cerek letrik.Hehe...pendek kata
rak tu macam
dapur kitorang.
Cikgu
tak
der check ke??
Haaa....itu yang
best, cikgu sporting.
Guru kelas kitorang
sangatlah sporting,. (Rindu laaa ngn beliaauuuu.Ermmm... ) Tapi,
kitorang tak la
terlalu open sangat.
Takut nanti di
nampak dek warden...nahas kitorang!.
Petang-petang, selepas
abiz kelas pagi,
kitorang dengan muka
cumil penuh simpatinya
g la jumpa
cikgu sorang ni...beliau
sangat baik dan
sporting jugak. Beliau
layan kami macam
anak sendiri. Dan,
kitorang semestinya anggap
beliau macam bapak
kitorang. Kitorang mintak
cikgu belikan makanan
buat kami di
pasar. Selalunya kitorang
pesan nasi bungkus,
roti canai dan
kuih muih. Dekat
nak bukak posa,
kitorang dah berkumpul
dalam kelas senyap-senyap. Takut
nanti terserempak dengan
warden, naya kami! Kitorang
kira masa berbuka bersama-sama.
Selepas masuk waktu
berbuka, Si Ismail
lah biasanya yang
akan mengetuai bacaan
berbuka puasa kami.
Kami makan dengan
sungguh berselera sekali
waima dalam keadaan
yang gelap, sebab
takut bukak lampu
kelas. Nanti ketahuan
sih. Sungguh. moment
itu sangat berharga
sekali. Kenangan tersebut
punyai nilai yang
sukar di gantikan
dengan mana-mana harga
sekalipun di muka
bumi ni.
Pas biz
buka posa, kitorang
sama-sama pergi ke
surau untuk menunaikan
solat maghrib dan
tarawih bersama-sama. Alhamdulillah, perasaan
dan jiwa kami
punyai keserasian yang
menakjubkan sehinggakan bila
balik ke rumah masing-masing pada
cuti sekolah, kitorang akan saling merindui.
Punyai sahabat seperti mereka
membuatkan saya banyak
belajar erti perasaan.
Kelas malam,
kitorang belajar seperti
biasa. Kalau ada
mood tu, memang fokus
memanjang sampai habis
waktu. Kalau datang
mood lari tu...haaa...kitorang kumpul
satu meja dan
borak kosong sampai
habis waktu.
Hahahaha...adehhhh...!
selepas kelas,
masuk asrama...kitorang berkumpul
satu bilik untuk
makan dan borak-borak.
Kadang-kadang, sampai larut
malam pun masih
berdekeh-dekeh atas katil.
Cerita memang tak
pernah habis-habis!
Esoknya, bangun
sahur. Ha...ni yang agak
payah ni. Malas
jugak nak pergi
sahur kat dewan.
Terkadang jer sahur
kat dewan. Apa
yang best, ustaz
punya lah “hyper”
masa kejutkan kitorang
untuk bersahur. Ustaz
tu...encem...hehe...tapi,
tegas. kadang-kadang dia
hidupkan enjin moto
yamaha dia tu..dia
tekan minyak kuat-kuat.
Beliau melilau-lilau pusing
bangunan asrama semata-mata
nak kejutkan kitorang.hahaha...kesian pulak
dengan kawan-kawan non-muslim
yang sedang syok
berdengkur. Kalau saya
tak makan kat
dewan, saya dan
kawan sebilik syaa,
Siti Huzaini akan
makan oat, kurma
dan crakers sambil
cicah dengan air
kosong macam tu
je. Kalau nak
dikira sedap tak
sedap dan kenyang
tak kenyang nya...memang
tak leeeerr...tapi, sekurang-kurangnya terisi
jugak perut. Itu
laaaa...kalau sahur kat
dewan kan dapat
makan best2..Itu malas
punya pasal lah!
Masihkah kalian
ingat akan semua
kenangan ini? . Saya bersyukur
kehadrat Illahi kerana
diberikan kesempatan untuk
berjumpa dengan kalian
semuanya untuk saya
belajar erti sebuah
persahabatan yang sejati.
Walau ruang dan
waktu memisahkan kita,
namun, acapkali menjelangnya
Ramadhan, saya akan
tersenyum sendirian apabila
terkenangkan kenangan indah
ini. Syukur alhamdulillah
kerana korang suma
dah berjaya dalam
kerjaya masing-masing.
Sahabat,
Terima kasih
atas segala yang
telah kalian titipkan pada
diri ini. Ia
adalah KENANGAN. Dan,
kenangan terindah itulah
menjadi memori yang
tak pernah padam
dalam relung hati
ini.
Sekarang, kita
sudah punyai kehidupan
sendiri. Semoga dalam
langkah yang tak pasti
ini, kita lebih
matang dalam mengharungi
hidup. Peace till Jannah
yarrr!
Assalammualaikum.
3 ulasan:
miz my friends so much bilo baco kandungan blog tuk..huhuhu
mak yak...huhu...tiap kali nk poso, msti ingt ngn kngn indah tk...adoy...follow blog chik sakli mak yaq juh...kiki... :p
yeo..... baru tauk.... hahahahahahahahaha.. ati la...
http://khairulsuboh.warisansaribas.org/
Post a Comment