Malam ni..hening. Terbuai-buai plak jiwa ni..AllahuRabbi.. Indah dan mententeramkan. Actually, aku tak tahu nak buat apa sebenarnya. Layan Fb on off jer.. Hurm..boring pun ada jugak. Nak layan buku, dah tak der buku terbaru untuk di baca. Alamatnya, aku menyemak laaa kat blog aku yang dah nak berkulat nih.. Adeihh...blog nih dah macam tempat luahan hati pulak dah...hehe...xper...blog aku...suka ati aku lah..
Tapi kan, bercakap pasal luahan hati nih.. tetiba aku teringatkan pasal DIARY. Anda semua minat tak menulis diary?. Aku?? Ermm...Aku dulu fanatik ngan diary. Aku start bernukilan dalam diary tika aku sekolah rendah lagi. Dulu, suka tulis luahan hati dalam buku sekolah.. Pas tulis, aku koyak...pastu buang jauh-jauh...tak pun bakar or rendam dalam air. hehe...kecik-kecik lagi aku dah ada perasaan yang sungguh sensetif. Aku bukan jenis yang suka marah-marah. Aku lebih suka pendamkan perasaan aku daripada aku luahkan dengan orang lain. Makanya, aku suka menulis.
Tiap-tiap hujung tahun, aku akan bakar diary aku. Alasan, takut kakak-kakak aku baca. Bila dah terbiasa berdiary, aku mula semakin minat untuk menulis. Menulis luahan dalam bentuk cerpen ataupun sajak. Seingat aku, masuk tingkatan satu, aku dah tak bakar lagi diary2 aku.. aku simpan elok-elok, dan simpan kat tempat orang lain tak dapat tengok.
"Imaginasi kuat sangat kot"
Aku masih ingat lagi ngan kate-kate ni bila cerpen aku dibaca oleh rakan sekelas. Meraka bergilir-gilir baca cerpen yang aku goreskan dalam buku latihan murah yang rega Rm0.20 tuh...hehe... Ada yang conteng buku cerpen aku tu...dan deorang bagi komen. Komen yang membina dan memberi peransang , dan ada jugak yang mengkritik. Tapi, kritikan tu lansung tak melunturkan semangat. Bila dah dapat peransang macam tu, aku mula giat dengan penulisan. Mula minat dengan subjek Bahasa Malaysia..semata-mata hendak memperbaiki tatabahasa. hehe..
Semua ni...
...bermula dari minat suka menulis dalam Diary. Alhamdulillah, aku masih simpan gi Diary-diary lama aku. Sayang sangat dengan harta-harta yang bersejarah tuh. Kadang-kadang senyum sendirian bila baca apa yang aku tulis sendiri. Di situ lah aku memperbaiki kelemahan diri. Apa yang membuatkan aku bersedih, bergembira dan sebagainya, semuanya dirakamkan penuh indah dalam diary. Kadang-kadang jugak, bila terbaca akan kenagan pahit di mana aku pernah di lukakan, ianya seakan membuka jahitan pada luka dalam hatiku sedikit demi sedikit. Pun begitu, demi Allah...aku ikhlaskan apa yang berlaku. Dan, aku redha. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
...belajar dari kesilapan...itu pasti!
Bagiku, hidup ni bagaikan pentas. Adakalanya kita dibuai rasa bahagia dan di suatu ketika kita dilanda dugaan sehinggakan air mata menjadi teman setia. Inilah Lumrah hidup kan?? Pahit dan manis tu tetap bersulam sepanjang hayat. Dugaan datang bukan hanya memberi duka, tapi...sebaliknya kalo kita amati sesungguh, segalanya dah Allah takdirkan dan ada hikmah yang tersendiri.. Aku belajar...belajar menghayati erti hidup. Pastinya onak duri yang ditempuhi menjadikan kita lebih matang baik cara berfikir maupun dalam kita mengatur langkah agar pisan tak berbuah duia kali.. So, syukur Ya Allah atas segala nikmat baik dan nikmat duka yang Kau kurniakan padaku..
...lalu...kerana Diary juga, aku telah mencuba nasib untuk terus serius dalam penulisan. Aku try aaa buat cerpen panjang sedikit. Hehe...pastu bagi kekawan yang baca. Sampai kakak cakap, " Kau cedok idea dari mana nih?"..haha...tapi...whatever laa... suma ilham Allah bagi padaku dan aku sungguh rasa bersyukur kerana Allah kurniakan aku bakat macam ni...
Perkara yang paling menggembirakan aku...
Form 5, aku telah menang tempat ke-2 dalam peraduan menulis cerpen katogeri sekolah menengah peringkat negeri Sarawak!. Semenjak tu...aku agak akrab ngan Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Sarawak. Tiap-tiap karya, aku akan hantarkan ke sana. Kadang-kadang aku dipanggil untuk menghadiri seminar dan bengkel penulisan. Tapi, kebanyakkan aku tak dapat pergi, gara-gara sibuk belajar dan tak der transport nak pergi Kuching. Aku pernah hadiri Majlis Penulis Remaja Peringkat Negeri Sarawak dua tahun berturut-turut. Pengalaman sedikit itulah aku cuba manfaatkan sebaik mungkin. Sangat menyeronokkan bila dapat jumpa Penulis-Penulis tersohor di Sarawak dan dapat jumpa rakan-rakan seangkatan yang lain.
Pun begitu,
otak ni agak sengal bila semakin dekat nak STPM. Fokus study kononya.. aku abaikan penulisan untuk seketika. Tapi, berDIARY itu, PASTI!.
Semenjak itu, aku jarang sangat menulis dan hantar karya ke DBP. Ada jugak menulis sekali sekala, tapi kebanyakkannya terbantut dan terpekasam jer...Hampeh!
Tapikan, semenjak dah masuk alam pekerjaan nih, aku jarang benar menulis diary. Diary pun dah tak der lagi dah. Kalo nak luahkan isi hati, aku tores jer mana-mana kertas..Hurm...Kini, aku sedar, kadang-kadang, diary itu sangat penting untuk dijadikan teman dalam apa jua keadaan terutama sekali ketika sedang berduka. Dunia penulisan terbang melayang dah...dah bingai sangat wayar dalam kepala aku ni untuk terus berkarya. Teringin sangat nak ada novel sendiri. Rasa cemburu bila tengok rakan seangkatan yang lain dah terbitkan berbuah-buah novel sendiri. Aku??? Diary kemana, penulisan pun entah kemana...Yang ada hanya sekeping hati yang merintih sendiri.
Allah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Diary itu subjektif . Istiqamah...aku akan terus istiqamah...InsyaAllah...
0 ulasan:
Post a Comment