Assalammualaikum,
AKU SEORANG PPM.
Catatan yang aku rasa paling skema dalam Aksara Hidup. Ini
soal profesion. Soal kerja. Soal...errr...
Ok, straight to the point. Firstly, Apa itu PPM?
Perempuan Punya Maruah?
Pembantu Perdana Menteri?
Penyangak Pakai Motor?
PPM tu ialah PEMBANTU PENGURUSAN MURID.
Dengan suka citanya aku ingin berkongsi pengalaman setelah
masuk tahun ke-6 aku berkhidmat sebagai PPM. PPM tu di bawah Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Kami
bertugas di Sekolah-sekolah kerajaan. Dan kami berstatus TETAP DAN BERPENCEN.
Bergred N17. Kenaikan pangkat mengikut
Time Based.
PPM ada tiga katogeri. PPM ASRAMA, PPM PRASEKOLAH DAN PPM
PENDIDIKAN KHAS. Masing-masing mempunyai bidang tugas tersendiri. Tapi, skopnya
tetap “MENGURUS KEBAJIKAN MURID”.
Aku?
Aku PPM PRASEKOLAH. Bidang tugas yang agak mencabar dan
kadang-kadang agak tertekan jugak sekiranya berhadapan dengan situasi yang agak
genting. Tahun berganti tahun, sedikit demi sedikit pengalam sebagai PPM aku
dapat praktikkan dalam kehidupan harian aku. Semakin rasa menarik dan aku
terasa makin jatuh hati dengan pekerjaan ini.
Awalnya,
Aku dan kawan-kawan suka-suka saja mengisi borang permohonan
untuk pekerjaan ini. Masa itu aku berada di tingkatan 6 Atas. Setelah keputusan
STPM keluar, aku telah dirisik oleh Kementerian Pelajaran untuk menjawat tugas
ini. Masa itu, aku sedang berada di persimpangan hidup. Ada dua jalan yang
perlu aku pilih. Semuanya menuntut sebuah pengorbanan.
Pilihan pertama,
Aku mendapat keputusan 4P dalam STPM. Banyak surat tawaran
daripada pihak IPTA dan IPTS datang untuk aku meneruskan pelajaran. Dalam hati,
ingin sekali sambung belajar ambil Ijazah. Dalam banyak-banyak tawaran, aku
berminat dengan tawaran daripada pihak USM.(Tak ingat dalam bidang apa).
Tapi....
Pilihan ke dua,
Keluarga aku bukannya dari kalangan keluarga berada.
Tambahan lagi, masa itu keluarga benar-benar hidup susah. Melihat raut tua
wajah ibu ayah, hati makin pilu dan semakin keliru. Mula dalam di lema.
Jadi,
Aku pilih pilihan ke dua. Aku tak nak menyusahkan ibu dan
ayah lagi. Sudah cukup aku menyusahkan mereka selama ini dengan menyekolahkan
aku sampai ke tahap itu. Susah senang keluarga aku ketika aku masih berada di
alam persekolah banyak mendidik hati untuk tabah dan berkorban. Kalau diikutkan
, Ibu ayah sanggup menghantar aku masuk Universiti. Tapi, terpaksa gadaikan
tanah. (Rasa macam drama tv. Tapi, ini benar!) Aku tak nak harta pusaka datuk
aku terkorban demi aku. Biar aku yang berkorban. Walhal, aku juga mengerti,
kerajaan memang menyediakan banyak saluran untuk memohon pinjaman bagi sesiapa
yang ingin melanjutkan pelajaran. Tapi..hurm...Pengorbanan. Itu yang aku
takrifkan. Memang , hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pun begitu,
pilihan lebih banyak menjurus kearah pilihan ke dua. Justeru, aku terima dengan
hati yang redha dan pasrah. Mungkin ada hikmah. Aku ingin kedua ibubapa ku
menikmati hasil titik peluhku sendiri yang tidak seberapa ini. Aku ingin
membahagiakan mereka.
Alhamdulillah.
Melangkah kaki ke stesen bertugas sebagai Penjawat Awam
yakni PPM Prasekolah di SK Ng Enteban. Banyak menuntut diri untuk belajar cara
hidup, persekitaran, dan yang lebih mencabar apabila berhadapan dengan ragam
murid yang tak sama perwatakannya.
Sk Ng Enteban, Betong, Sarawak.
Sekolah Rendah yang majoriti pelajarnya adalah penghuni asrama. Sekolah
pedalaman yang tidak dibekalkan dengan bekalan air. Pelajarnya tidak sampai 100
orang. Majoriti berbangsa Iban. Sejujurnya, aku
bangga berkhidmat disini meski kali pertama aku melapor diri ke SK Ng Enteban,
abang sulung aku yang menghantar aku dengan menaiki motosikal dari Debak Ke
Betong. Dalam lingkungan 30km. Kalau naik kereta boleh sampai kurang 1jam. Kalau naik motosikal, dalam 1 jam 45
minit.
Kalau hendak diceritakan pengalaman selama masuk tahun ke-6
ni, memang tak habis. Banyak suka dan dukanya. Banyak benda baru yang aku
pelajari dari hari ke hari. Alhamdulillah, bila fikir dengan positif dan
berlapang dada aku rasa pekerjaan ini adalah satu profesion yang harus di
martabatkan. Bukannya di pandang enteng
oleh segelintir masyarakat yang sering menganggap PPM itu adalah “Kuli Guru”
dan “Pengasuh Kanak-kanak”.
Berbalik pada bidang tugas. Sebagai PPM
Prasekolah, aku boleh di ibaratkan memegang pentadbiran untuk satu blok
kelas. Apa tidaknya, dari urusan kebajikan murid, perihal keselamatan,
kesihatan, kewangan, pejabat dan seterusnya jadi tukang masak, tukang kebun,
cleaner dan paling best adalah menjadi seorang kakak kepada kanak-kanak yang
masih banyak perlukan bimbingan dan perhatian ini. Daripada itulah,
kadang-kadang kepala otak ni selalu “blackout”. Mana nak fikir itu, fikir
ini...Tp, Cuma mampu berlapang dada. Ini anugerah yang perlu aku galas dengan
penuh tanggungjawab dan dedikasi. Itulah PPM!
Tuntasnya,
Awal pagi dah buka kelas dah. Sebelum murid masuk, kemaskan
sedikit pusat-pusat pembelajaran. Tak lupa, masak air di dapur. Bila murid
sampai, sambut kedatangan mereka dengan senyum dan penuh kasih sayang. Ada
jugak yang minta peluk dan ingin dibelai manja. Seketika... layan dulu karenah
mereka biar mereka merasa seronok untuk meneruskan pembelajaran. Dalam masa
yang sama, sediakan minuman pagi untuk mereka. Ketika minum, ajar mereka cara
untuk minum dengan betul. Dan titipkan disiplin ketika minum dan berada di
dapur. Tahu-tahu sahaja perangai budak. Tak tahu hendak membezakan mana yang bahaya
dan mana yang tidak. Selalulah buat pemantauan berterusan. Ingat, larang mereka
masuk ke dalam dapur tanpa izin dan perhatian daripada PPM ataupun Guru.
Bila tiba waktu belajar, pastikan mereka berada dalam
keadaan bersedia dahulu. Sama ada dari segi penampilan dan juga pemikiran.
Pastikan fizikal mereka dalam keadaan kemas dan selesa. Dan jangan suka menengking
dan mengherdik murid dengan kasar walaupun mereka buat silap. Tak salah
menegur, tp, jangan berkasar. Gunakan ketegasan dalam kelembutan. Titipan
pengajaran agar mereka belajar dari kesilapan. Harus di ingatkan bahawa
kanak-kanak seusia itu, pemikiran mereka sangat kreatif. Awal pagi yang membawa
tangisan buat mereka akan mendatangkan effect kepada sepanjang hari yang mereka
lalui pada hari itu. Maka, berdampinglah dengan mereka sebaik yang mungkin.
Tapi, jangan terlampau bagi muka. Kebiasaannya, murid yang sering dibagi muka
ni, ,mereka mudah naik kepala, naik minyak, naik hantu..mudah hilang rasa
hormat mereka terhadap kita. Jadi, dalam tegas, ada lembutnya. Dalam garang,
ada kasih sayangnya. Dalam serius, ada senyumannya.
Sebelum rehat, pastikan makanan telah siap di masak dan
sedia terhidang. Dalam proses penyediaan makanan jugak, aspek kebersihan
sangatlah di titik beratkan. Ikut spesifikasi makanan yang telah disediakan dan
kalau boleh, masak makanan yang seimbang. Yang penting, kalau masak, jangan
ikut selera kita. Ikut selera kanak-kanak barulah mereka berselera untuk makan.
Kebanyakkan kanak-kanak sukar dan tidak suka makan sayur. Saranan aku, hiris
sayur tu kecil-kecil. kalau buat nasi goreng, boleh. Kalau sayur biasa tu,
jangan potong terlalu besar. Nanti, kanak-kanak tercekik. Biasakan mereka dengan
makan sayur, minum susu, minum air suam. Ia bagus untuk perkembangan otak.
Ketika makan, bagi yang islam, baca doa dulu sebelum makan. Yang kristian,
boleh ‘sembahyang’ dulu. Dalam masa yang sama jugak, pantau kanak-kanak ketika
makan. Beri tunjuk ajar bagaimana hendak makan dengan tertib dan betul.
Sesudah, makan, pastikan mereka menghantar pinggan mereka ke singki (Untuk
melatih mereka berdikari), kemas meja makan( tapi, jarang jumpa yang paling
kemas,) dan jangan lupa gosok gigi. Masa menggosok gigi pun, kita harus dan
wajib memantau. Malah, ajarkan mereka cara untuk memberus gigi dengan betul.
Sebelum kelas bermula, pastikan mereka berada dalam keadaan
yang bersih dan kemas agar mereka selesa
untuk menghadapi waktu pembelajaran. Kita juga disarankan untuk bersama-sama
murid dan guru ketika ada aktiviti pembelajaran di kelas. Di samping, memantau
disiplin, murid, kita boleh membantu guru dalam P&P.
Ok, bila tiba waktu pulang, pastikan mereka mengemas alat
tulis mereka masing-masing. Biasakan mereka dengan gaya hidup yang bersih
seperti mengarahkan mereka mengutip sampah dan menaikkan kerusi ke atas meja
sebelum pulang. Sekiranya, ibu bapa /penjaga murid tu belum datang, jangan
biarkan murid itu keluar dahulu. Di khuatiri berlaku perkara yang tidak diingini
berlaku.
Bila murid sudah pulang, bermulalah episod kami sebagai
seorang suri rumah. Mengemas pinggan mangkuk, menyapu sampah, mencuci tandas,
mengemop lantai dan mencuci longkang. Jangan lupa, bagi yang Islam tu, tunaikan
solat Zohur dahulu. Boleh rehat sebentar dengan menikmati jamuan tengahari
ataupun balik kerumah. Bagi aku, aku tak sempat nak balik. Solat, makan dan
rehat kat prasekolah sahaja. Dah siap semua tu, aku sambung pulak buat kerja
pejabat. Seperti mengemaskini buku stok (Makanan/Inventori/Harta Modal/Kad
Petak), kemaskini maklumat murid, kemaskini fail, membuat tempahan
(makanan/PCG/KOKURIKULUM/), menyediakan ABM untuk keesokkan harinya. Sekiranya
ada masa terluang, aku akan sibukkan diri dengan menghias kelas.
Dah setle semua, barulah boleh balik!
Letih??
Memang. Tapi, apakan daya.Sudah tangguangjawab PPM.
Kadang-kadang letih sangat sebab karenah kanak-kanak ni banyak sangat. Lagi
satu, kalau sesiapa yang penggeli atau kurang sabar, memang susah nak jadi PPM
Prasekolah. Terkadang, kanak-kanak tak
pandai cuci punggung sendiri selepas membuang air besar. Ada jugak yang suka
cirit birit/ berak dalam seluar. Tak kurang juga dengan muntahnya. Ada yang
berhingus, air liur meleleh dan yang paling mencabar jumpa kanak-kanak yang
hyperactive. Semua itu tugas PPM. MENGURUS, MENGAJAR, MENDIDIK, SURI RUMAH,
KERANI, JURURAWAT, TUKANG MASAK, TUKANG KEBUN DAN CLEANER. Perlu bersabar untuk
hadapi semua ini.
Tapi, agak terkilan juga apabila profesion ini dipandang
rendah oleh sesetengah masyarakat. Malah, gaji yang di salurkan pun tidak
setimpal dengan apa yang telah di tugaskan. Ironinya, PPM hanya perlu bersabar.
Teruskan dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerja. Komited,
bertanggungjawab, dedikasi, dan berwawasan. Kerja adalah ibadah. Allah tidak
akan sia-siakan setiap titik peluh kita dalam mencari rezeki yang halal. PPM
TUNGGAK KEPERIBADIAN MURID. PPM ROLE-MODEL KEPADA MURID. Maka, tunjuklah sikap
dan perwatakkan untuk mereka agar suatu hari nanti, kita akan menjadi inspirasi
mereka dalam meneruskan perjalanan hidup. InsyaAllah.
Sekian dari aku.
_aksaraHidup_PPMpra_PuanSitihajarAhmad_
84 ulasan:
sy rase tersentuh baca coretan awak sbgai ppm..mmg kerjaya nih mencabar dan saya sndri rase ingin mengorak langkah utk mencube bidang kerjaya lain sekirenye kerjaya ini tidak memberikan sebanrang peningkatan dlm perkhidmatan.semoga kite memperoleh keberkatan dlm menjalankan tugas masing2..
sy rase tersentuh baca coretan awak sbgai ppm..mmg kerjaya nih mencabar dan saya sndri rase ingin mengorak langkah utk mencube bidang kerjaya lain sekirenye kerjaya ini tidak memberikan sebanrang peningkatan dlm perkhidmatan.semoga kite memperoleh keberkatan dlm menjalankan tugas masing2..
Awak ppm jgk ke?? Dmana tumpahnya rezeki..di situ plunya keikhlasan..hehe..PPM mmg kja yg nmpak remeh, tp..PPM mmg stu pkjaan yg sgt mabntu masyarakt.
salam. boleh sy bertanya ttg hala tuju jawatan ni?? 507
cik kenanga..boleh cik kenanga e-mail kepada sy..sbb ade beberapa persoalan ttg jawatan ppm ni. intan.pmc.kpe@gmail.com
sbnrnye sy telah berjaya dan telah dpt surat utk melapor diri isnin ni (1/12/2014) tp ade beberapa perkara yg sy ragu2.
terimakasih
Sama la dgn kisah sy..stpm...4p..nk sambung blajar x mampu kesian kat family...skrg dpt ppm Alhadulillah rezeki...boleh tlg diaorg
Assalamualaikum,sy ika ppm pra pngalaman 10tahun,spt yg dicoret tuan tanah tugas ppm pra sgt2 mencabar,tp kdg2 kesabaran. Ade tgugat,kdg2 hati amat terasa cm ppm. Ni xde nilai pd jwtnnye,hmmm smoga ada yg lebih baik utk kita,Aamiin
Sekarang sy dpt sambung belajar. Bekerja smbil bljr. Sampai bila nk jd Ppm kan?? Sampai jd nenek, pencen 60. Haha...alhamdulillah...tinggal bbrpa tahun lagi abis stdy. Ppm pun kena majukan diri jgk.kan.
Benar tu...mmg terkilan lbh byk drpd lapang hatinya. "Sy yg mengikut perintah".. Mampu sabar je lah.huhu...skrg sy dh smbung stdy. Azam nk tukar jawatan suatu hr nanti. Smg Allah bagi perkenan...awak sbr ye..smg suatu hari nanti profesion kite ni akan d martabatkan n d naik tarafkan.. InsyaAllah..
Baca cerita puan ni buat saya jadi berminat dengan kerja PPM ni. Kebetulan saya dapat temuduga pada 11.04.2016 ni. Dulu masa belajar kat UiTM dapat juga temuduga tapi tak pergi memandangkan keluarga lambat bagitau.
Assalamualaikum ... sye nk mintak tips temuduga dan contoh soalan ppm cikit boleh? Sye dipangil temuduga 1st untuk jwtn ni .. sye xtahu nak prepare ape
Assalamualaikum..boleh bg tips temuduga dan soalan2 yg akan d ajukan..maaf soalan sy hampir sama dgn eey ahmad..sy ada tmuduga 28Jun ni..email sy ke abbaz1989@gmail.com
Terima kasih..
Assalam... Saya juga dpt panggilan temuduga jawatan ni pada 23Jun ni.. Rasa ingin tahu juga tips tuan rumah..
Assalam... Saya juga dpt panggilan temuduga jawatan ni pada 23Jun ni.. Rasa ingin tahu juga tips tuan rumah..
Saya nak juga tips soalan ketupatjantungcollection@gmail.com
Assalamualaikum saudari. selamat berpuasa.
sy pn dapat temudugua jawatan PPM ni pada 21 Jun 2016. boleh saudari bagi tips x ape yg penemuduga tanya ms interview? please email sy d azietiey@gmail.com. tq
Sy jugak dpt pnggilan temuduga pd 21 Jun 2016..bley tuan tanah sharing sket ape2 info bkaitan PPM yg kte perlu tau..
Sy jugak dpt pnggilan temuduga pd 21 Jun 2016..bley tuan tanah sharing sket ape2 info bkaitan PPM yg kte perlu tau..
salam ..saya juga dapat panggilan temuduga pd 23 jun 2016..Boleh berikan sedikit tips dan preparation sebelum kita dipanggil penemuduga untuk interview..Boleh kirimkan email kpd sy asyikin56789@gmail.com..terima kasih
salam ..saya juga dapat panggilan temuduga pd 23 jun 2016..Boleh berikan sedikit tips dan preparation sebelum kita dipanggil penemuduga untuk interview..Boleh kirimkan email kpd sy asyikin56789@gmail.com..terima kasih
salam..saya dapat interview 23 jun nie..bole bg tips dan nota ..kalau boleh email dkt sy eikaothman90@gmail.com
saye pon dpt intrview 21jun2016. iv kt putrajaya
3thn lps ase nye aply..saye pon x igt da..
ooh kje kite ni mcm cikgu tadika r ye 😂
lagi 1 nk tnye.. senang ke susah nk dpt jawatan ni..base r gov kn..xde org dlm mmg susah nk dpt kje..hehee
Dah g interviu ke?dia tnya ape ye.sy baru nk g interviu 23hb ni
Sama dgn sy la 23hb interviu..
Sama dgn sy la 23hb interviu..
Dah g interviu ke?dia tnya ape ye.sy baru nk g interviu 23hb ni
tumpang tanya . dah lepas ke utk inteview ?
Saya pon dpt interview 21/6/16 ni dkt putrajaya..sis boleh tak share soalan2 yg di tanya...
Saya pon dpt interview 21/6/16 ni dkt putrajaya..sis boleh tak share soalan2 yg di tanya...
Pun sama dapat, bersyukur sangat. Saya interview tanggal 27/6/16. Kepada Encik cik,puan sekiranya dah di interview harap sudilah kongsilah soalan lazim yang diajukan ya. Berikut adalah email saya nazrinmuis12@gmail.com
Pun sama dapat, bersyukur sangat. Saya interview tanggal 27/6/16. Kepada Encik cik,puan sekiranya dah di interview harap sudilah kongsilah soalan lazim yang diajukan ya. Berikut adalah email saya nazrinmuis12@gmail.com
perghh.. ramai juga yang dapat interview ppm ni... Sis boleh kongsi serba sedikit tentang soalan temuduga ppm tak ?? kalau boleh kirimkn soalan tu kat email sy ...
amin.norman95@yahoo.com
terima kasih..
assalam..sy dpt intview pd 18/7/16. tlg email saya yatiey2211@gmail.com tips dan persediaan yg prlu dbuat...boleh prepare.. thanks atas keprihatinan anda
Saya dpt jgk iv 18/7 harap dipermudahkan segala urusan
Assalamualaikum..sy dapat juga interview pada 4.8.2016 di Putrajaya..boleh x share tips atau soalan2 temuduga PPM?Kalau boleh kirimkan soalan atau tips tersebut ke email sy nadbear_10807@yahoo.com....Terima kasih
Tq atas penerangan tentang PPM . Saya igt pra sekolah je . Btw, Saya dapat jugak iv PPM di penang pada 8/9/2016 . Cuma nak tahu soalan dan persediaan semasa iv tu . Risau pulak cheq. Email cheq nah : uitmstudent5774@gmail.com
Salam.. Boleh ceritakan apa yg ditanya dalam interview? Sebab saya juga dapat interview utk jawatan nie.. Berdebar plak.. 1st time nie
Salam.. Boleh ceritakan apa yg ditanya dalam interview? Sebab saya juga dapat interview utk jawatan nie.. Berdebar plak.. 1st time nie
Assalam nadiya leh share gan sy x soklan iv arini kan...sy kena esok..plz email sy achik2582@yahoo.com ye...tqsm
asslamualaikum...sy pun ada intvw mggu dpn...blh share soalan x...tlng emel arkalies@yahoo.com
Salam,sy pun ade iv 20/9 ni,blh x share soalan ape yg die tanye..email sy megatfroyo@gmail.com tq
Salam,sy pun ade iv 20/9 ni,blh x share soalan ape yg die tanye..email sy megatfroyo@gmail.com tq
Assalamualaikum,sy nk kongsi pengalaman sebagai seorang ppm yg servis dari 2009(baru lg), seblom ni sy di prasekolah,tp dah pindah ke pendidikan khas baru 3tahun,alhamdulillah..pejam celik dah 7tahun,masa mula2 interviu dulu di putrajaya,pegawai tu ukur knowledge kite tentang politik,ekonomi semasa,tanye sape menteri pengangkutan,sape menteri pendidikan,lpstu tnye pngalaman kj kite,klo yg luar bidang mcm sy ni(sy kj swasta sblom ni di starhill sbgai juruterapi kecantikan,kompem2 la kne bergaya,kj ppm susah ckit nk bergaya,hihi)jd pgawai tu tanye,minat ke kj ngn bdk2 ni?suke budak2 x?penyayang x?nsib sy ni dh ade ank sorg(time tu,hihi)jd mstila pnyayng,dh jd sorg ibu..Alhamdulillah rezeki,lps 3bln dpt surat utk kursus di hotel brisdale,kl selama 3hari,hari terakhir dpt surat posting,bermulalah lembaran pertama dlm hidup iol,ditempatkn di prasekolah di pinggir kl..nasib ade sorg ppm time tu,byklah blajar dari dia..kne pakai apron masa mula bertugas,tgh syok goreng nugget(hari pertama,hii dahla bkn men bergaya time tu,bju mahal kot,siap bwk coat lg,tkut sejuk,upenye berpeluh2 dlm kelas,cair makeup 5inci..pdan muke)tbe2 bdk2 jerit..cikgu!!adam berak,busuk!disusuli dgn bunyik muntah..haa kau!pucat makk!berak kot,ok buat cool pergi tgok,cikgu dh kelam kabut amik mop,bgesen air,sy ni g tgok2 sekali pelepup!kau!beso gle najis nye..rasa nk letak jawatan terus!haha..tp Alhamdulillah la,semua selesai,sb cikgu call parent,ibu dia dtg,cuci..pastu cleaner tolong mop..tp jarang sgt lah bdk berak ni,kite kne alert la ttgok muke lain mcm je cpt2 tnye..cpt2 lari bwk g tandas,lpstu kite ade kursus induksi 14hri,sy dpt d coral bay,pangkor,disusuli dgn kursus biro tatanegara selama 7hari(dpt kt upm),nanti ade exam utk sah jawatan,pastu ade exam ppm..bl dh sah jawatan nt dptlah duit kwsp..wuhuu!dpt 30k lebih tu..sb iol amik taraf berpencen kan..kite ni ade kursus kerap jgk..xdelah duduk je dlm kelas..bl kursus ni kenal lah geng2 ppm yg lain..Alhamdulillah..cerah masa dpn..bl di pndidikan khas ni beza sgt2 tugasnya..tp skopnye sma,bersma dgn murid..kne tendang,kne lempang,kne trajang,kne pukul,kne cubit,kne tarik tudung,kne kejar murid,kne mandikan murid,kne mcm2 lah..smp pernah ditendang masa sarat ngndung,xmemasal beranak awal..hii..ALhamdulillah..kenangan2 manis semua ni..kj ni senang dpt pahala,senang jgk dpt dosa,klau xsabar..pd uol yg dah g interviu tu..dah dpt surat posting ke blm?
mcmna nak apply PPM??
mcmna nak apply PPM??
register kt job malaysia
http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
salam
saya dpt panggilan temuduga pada 10 okt'17.
saya sedikit gementar
heheheh
harap2 sy dpt la keje tu :)
Kat mana tu..IPG ke..?
Pn zous..boleh share sikit x soalan masa temuduga baru ni?
@eyda zous blh cerita pengalaman ditemuduga..soalan apa yg ditanya..nurvous nak pegi 31oktbr17
@eyda zous boleh share x soalan dia tnya hari tuu ? tq
Salam sy pn shariza,dpt juga Iv ppm 10oct17 KT polimas
Sy hrp Sgt dpt jwtan ni..dh 9thn
Mnunggu..dlu calon simpanan ja
Sy Iv sekali 5org..beza Sgt..dulu
Tp msk reramai kita xcuak Sgt..hihi
Selalu Iv ni jgn gementar Sgt..senyum selalu..yakin..sy demam.ritu.haha
First perkenalkn diri
Rukunegara..siap huraian lg
Pengalaman kerja Sekarang..sy swasta..kerani kilang ja
Pengalaman kendali budak2,sy dh ada gegirls..dua org..so bole jwb..in Sha Allah
APA sumbangan kita,jika JD ppm
.APA tugas ppm..kalo budak sakit kita perlu wtpe
Last soalan APA kelemahan diri kita & nk baiki kalo JD ppm
Tp selalu DOA PD Allah selalu..minx2 dpt..tgu result keluaq ja
APA yg penting..kita kna jujur DLM mnjawab soaln..
Cuma kak rs tgugat kit coz...paling berumur..31 then dikalangn Iv ritu
Dua org mmg kerja tasks swasta..dua org mmg PMS..pembantu samblan harian KT ppd
APA yg penting DOA,tawakal,usaha ye dok
Akk doakan moga awak berjaya
Rs xsabaq nk dpt jawatan ppm ni
Hhahaha..best juga
ya2 d IPG KEDAH
(Sori 4 my late rply hee)
hi,
soalan pasal PPM
- Kesanggupan mnjalankan t.jwb
- kebolehan istimewa diri kita (ni adalah point puji diri sdiri..hehe,jujur je la bila jwb)
- grup iv actually.
salam. maaf lambat reply. heee
soalan biasa2
(standard soalan iv mcm iv biasa)
penemuduga nk tahu kita bersedia @ tangkap muat je.
- apa job scope PPM
- kesanggupan berdepan dgn pelajar yg beremosi
(apa PPM perlu buat)
- kesanggupan penempatan d SS. setuju @ tidak
(jawapan saya... saya sanggup ke Sabah Sarawak jika ianya adalah tuntutan pekerjaan saya itu. Tetapi keutamaan saya adalah di semenanjung M'sia)
- cara utk PPM dipandang mulia dlm organisasi
serba sedikit sekitar iv tersebut.
maaf sebab saya xhurai secara terperinci ✌
salam kak
saya gagal la utk iv PPM tu.. 😢
xde rezeki saya kt situ.
salam . saya berjaya iv jawatan ppm . dapt surat tawaran da. tapi saya nk tahu berape lama ye tunggu surat lapor diri or akan di call utk taklimat nanti?
hai.. saya berjaya jawatan ppm...dah dpt surat tawaran..
tapi nak tanya surat melapor diri dapat melalui pos atau webside?
tq..
Nabila, ada receive any news from KPM?
Sy pn msh tggu jgk surat lapor diri.. Nak kna contact kpm ke agaknya?
Sy pn menunggu surat lapor diri
Surat lapor diri mmg lambat..mcm sy aritu..3 bulan lbh bru lapor diri
Surat lapor diri mmg lambat..mcm sy aritu..3 bulan lbh bru lapor diri
penat.. stress.. lbh baik tolak.
Entah lah. Katanya salah sorang pen.pengarah daerah, dia sound, xkiraah ppm ada degree holder ker, master kew kalau dh ppm,ppm n19 kt situ la. Xnaik naik nyer smpai 30. Plg tggi 22 tu pom kalau sampai. Dh tu kita yg ppm ni aper dimata diorg
Bleh tak share ttg soalan2 temuduga ppm ne? Sbb sy pn frst time dpt iv psal kerja ne, so blm tau apa2
Bleh tak share ttg soalan2 temuduga ppm ne? Sbb sy pn frst time dpt iv psal kerja ne, so blm tau apa2
Bleh tak share ttg soalan2 temuduga ppm ne? Sbb sy pn frst time dpt iv psal kerja ne, so blm tau apa2
Assalamualaikum.. Saya Ingin bertanya. Sekiranya seorang PPM sambung belajar ambil ijazah, bolehkah dia menjadi guru walaupun umur sudah cecab 40 tahun
Boleh bntu saya
Alhmdulillah....sy da dapt jawatan ppm ni..moga sy dpat bkhidmat dgn baik nt..insyallah...ngh tgu surat lapor dri je....
Hye hajar. Boleh bagi no telefon atau email x? Sy dapat gak ppm ni cuma ada menda nak tanya
Hye hajar. Boleh bagi no telefon atau email x? Sy dapat gak ppm ni cuma ada menda nak tanya
Selepas sambung belajar , apa perkembangan puan . Ingin juga berubah 😭
Dah Ada ke jawapan soalan awak Tu. Saya ingin tahu jugak
Post a Comment