Assalammualaikum,
Pernah dengar lagu bangau oh bangau?? Nak aku nyanyi tak??
Jom nyanyi sama-sama..
Ta der muzik tau. Huhuhu...
Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, mengapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, mengapa engkau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, mengapa kau panjang sangat?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, Kayu api basah.
Kayu oh kayu, mengapa engkau basah?
macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Hujan oh hujan, mengapa kau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.
Katak oh katak, mengapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, mengapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG DAH MAKANAN AKU.
|
“
Seronok,
nyanyi??...hahahhaa....
Ok. Kenapa
aku bangkitkan lagu bangau oh bangau ni?
Ada banyak
sebab. Dan, ada banyak jugak musabab nya. Bukan suka-suka.. tapi, kisah lagu ni
adalah saling berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Macam sebuah kitaran, dan
untaian kehidupan.
Point of
view nya sekarang..
Aku nak
ketengahkan, MENGAPA KITA ASYIK MEYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN?
Banyak skop
yang kita pandang dalam isu ni. Tapi, aku nak fokuskan satu isu jer.. iaitu ...love.
.
(Topik hot
la sangat...)
Cinta itu
fitrah. Cinta itu anugerah. Cinta itu indah. Cinta itu asyik. Cinta itu
bahagia. Cinta itu kewajipan. Cinta itu tanggungjawab....bla...bla..bla...
Dan,
Cinta itu
menyakitkan. Cinta itu bala. Cinta itu benci. Cinta itu musuh. Cinta itu
monyet. Cinta itu main-main. Cinta itu mustahil. Cinta itu dendam. Cinta itu
kecewa. Cinta itu air mata. Cinta itu jahanam. Cinta itu
bodoh.....bla..bla...bla...
kenapa??
Point aku
yang seterusnya...
Masa
bercinta indah semua kan? Lautan api sanggup ku renangi. Gunung ganang sangup
ku daki. Hutan rimba sanggup ku redah.
Kentut ...
harum. pijak semut tak mati. Sanggup berkorban apa sahaja. Segala keinginan dan
kehendak, dituruti. Nak berkepit, 24 jam. Nak mesej, tiap saat..masuk jamban
pun dilaporkan.
Tapi....
KeBAAAAAAboooooommmm!!!
Praaakkkkk!!!!!
Bunyi
handpone terpelanting kat dinding.
Bingkai
gambar dengan si dia menyembah bumi.
Jahanam!
Pergi
mampuslah!
Dan...bla...bla...blaaa....
Bagai satu fenomena....
kan??
Bila dah
putus cinta, segala keburukkan, aib dan apa sahaja yang jahat-jahat, bagai bom
menghentak pangkal hati. Mula lah, si dara menyalahkan si teruna. Si teruna
menyalahkan si dara. Inilah yang aku hendak sampaikan...Bangau oh bangau!
Masa bercinta, sibuk update fb, tweeter,
instagram, flicker, my space... pasal indahnya bercinta. Bagai dunia ini kita
yang punya. Hanya aku dan kau. Di hujani hujan bunga. Berlantaikan tanah yang
berwarna-warni.. alaaaa...pendek kata, semuanya indah. kadang-kadang, ada jugak
yang tega, upload gambar( Aib sendiri) di medan maya. Pas tu banyak yang like.
Banyak yang komen. Tak kurang ada yang memuji. Bagi muslimin dan muslimah, post
ayat cita berunsurkan islamik. Sedangkan, belum halal dan belum di cop sah
lagi. Macam confirm je dia milik kita.Tega...tega...
Itu lah....manusia... Dan, aku jugak manusia. Yang sering membuat kesalahan.
Pernah jatuh cinta. Pernah kecewa. Pernah salah langkah. Pernah silap
percaturan. Manusia, memang keupayaannya adalah terhad. Dan, tak akan selamanya
sempurna.
Tapi...Tapi...
Bila putus
cinta. Macam berkabung jer. Di medan
maya macam kena ribut tsunami. Post ayat putus asa. Post ayat kecewa. Post lagu
jiwang. Macam dunia ni nak kiamat. Macam dah tak da lagi perjalanan. Macam
temui jalan mati. Macam tak nampak masa depan.Dan, macam2lah..Tapi, Tak
bermakna aku salahkan mereka 100%. Aku pun faham bah, macamna rasanya tertekan.
Perlukan something untuk luahkan masalah. Sekurang-kurangnya, boleh meringan
beban kan? . Tapi, ikut logik akal kita lah...apa faedah yg kita dapat hasil
daripada curahan hati di medan maya ataupun pada seseorang?. Memangla...puas
hati. Ringan beban. Tapi, kita sedar tak satu perkara?. Yang sebenarnya, kita
sedang membuka aib sendiri. Membuka pekung di dada sendiri. Sedangkan, dalam
islam, sudah di syariatkan, tempat yang paling sesuai untuk meminta
pertolongan, meluah masalah, meredakan kekecewaan adalah hanya pada ALLAH.
HANYA ALLAH. CUMA ALLAH. Ada banyak cara, solat. Doa. Zikir. Istighfar. Baca
A-Quran. Itulah kunci ketenangan hidup. Kalau rasa nak meluah jugak dengan
manusia, carilah teman rapat yang boleh dipercayai. Lebih baik, ibu bapa kita
sendiri ataupun adik beradik. Jangan sebarang hentam sahaja melepaskan tekanan.
Nanti, merosak diri.
“ Lelaki.Jangan
mudah pcaya sangat. Mulut manis. Masa berkempen nak kan kita, semuanya nak
good-good jer. Semut pun tak mati di pijak. Tapi, bila dah break off, haram
jadah kau!.Mata keranjang!”
“Betina.
Eleh, harap muka jer cantik. Ingat good-good la sangat. Tapi mata keranjang.
Pantang tengok jantan lebih lagi dar kita, mula la meroyan. Nanti, salahkan aku
tak layan kau!”
Haaaa...kan,
dah jadi bangau oh bangau!
Kenapa masa
bercinta, kita tak selidik dulu? tak fikir dulu? Dah terhantuk baru terngadah.
Itulah manusia!
Jangan....elakkan
perkara ni terjadi dan terus menjadi fenomena dalam kehidupan kita. Jangan
salahkan sesiapa. Check dulu diri kita macam mana. Scan dulu sikap kita macam
mana. Muhasabah itu perlu. Kenapa jadi begini?. kenapa dia berubah? Kenapa perlu
bertemu andai perpisahan yang berlaku? Kenapa ada orang ketiga? Aku dah buat
yang terbaik dan jaga perhubungan ini dengan sungguh-sungguh, tapi, kenapa dia
tinggalkan aku?. Aku setia, kenapa dia curang?
Aku lebih
baik dan lebih cantik daripada perempuan/lelaki tu, tapi, kenapa dia pilih
jugak lelaki/perempuan itu? Salahkah aku? Semua ini salah dia.
Persoalan
sebegini boleh melemahkan semangat diri kita sebenarnya. Tapi, kalau kita
pandang dari perspektif lain...itulah muhasabah. Cari gali punca, huraikan
sebab...InsyaAllah...kita akan temui hikmah yang terselit di dalamnya. Mungkin,
silap kita terlalu mengongkong. Mungkin bukan jodoh. Mungkin sudah ketentuan.
Mungkin, Allah dah sediakan yang lebih baik daripada dia untuk kita. Mungkin,
kita terlalu ego. Dia silap sedikit, kita perbesarkan masalah. Mungkin, kita
tak luangkan perhatian dan kasih sayang kita padanya. Mungkin kurang memahami.
Mungkin juga kurang kepercayaan. Mungkin, terlalu kuat cemburu. Mungkin, terlalu suka bersangka buruk. Dan
yang pasti....setiap yang berlaku itu adalah ujian. Allah bagi kita peringatan
dalam pelbagai bentuk. Pelbagai cara. Terpulang pada kita lagi hendak menerima
semua tu. Untuk Tabah ataupun sebaliknya. Allah kurnia kita akal untuk menilai,
hati untuk merasa dan iman untuk berfikiran waras. Tapi, adakah kita gunakan
anugerah itu dengan sebaiknya?
Kembali pada
Allah. Dan , iman itu yazid wa yankus. Iman itu bertambah dan berkurang.
Sesungguhnya Allah itu memandang usaha
kita. Allah galakkan kita berusaha. Dan, jalan yang terbaik ketika berusaha
adalah bersabar. Pernahkah kita memandang bahawa, setiap apa yang berlaku
kepada kita tu, adalah satu didikan daripada Allah untuk hati dan diri kita?
Kalau kita tak di kecewakan, kita tak akan rasa bagaimana sakitnya bercinta.
Dan, jikalau kita tidak bercinta, bagaimana kita nak rasa sakitnya kecewa?.
Dari itu, timbul pengalaman dan pengajaran supaya di masa akan datang kita
lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih.
“ Hatta satu
tusukan duri itu juga sebagai kaffarah dosa. Tidak akan dibebankan seseorang
hamba melainkan atas kemampuannya”
“Jika anda tidak pernah merasa
kegagalan, itu ertinya anda belum mengetahui erti sebuah keberhasilan”
“ Ketika kamu berharap yang
terbaik tapi, kamu hanya dapat yang biasa, bersyukurlah kerana kamu bukan yang
terburuk.”
Jangan salahkan orang lain di
atas apa yang berlaku. Dalam setandan pisang, tak semuanya buruk. Jangan kerana
kecewa terhadap lelaki/ perempuan, kita menyamakan semuanya adalah sama sahaja.
Jangan hanya pandang keburukkannya, pandanglah jua kebaikkannya walaupun
sedikit. Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga . Jangan menunding jari kearah orang lain di atas kesilapan yang kita
sendiri belum pasti. Elakkan lah terjadinya fenomena bangau oh bangau.
SEGALANYA ADALAH BERBALIK PADA
DIRI KITA SENDIRI. Pandai kita menjaga, mengawal...insyaAllah..Allah
permudahkan. Serahkan segalanya kepada Allah. Jodoh, pertemuan itu sudah di
tentukan. Cepat atau lambat, hanya DIA yang tahu. Kalau sudah terlanjur
mencintai, mulakan langkah yang seterusnya dengan menghalalkan rasa itu. Jangan
wujudkan dendam. Jangan apikan kemarahan. Jangan terbitkan putus asa. Cintalah
dalam syariat. Bila kita berada di landasan yang betul, insyaAllah, DIA akan
tunjukkan jalan untuk kita. Bersangka baiklah dengan setiap ujian dan cubaan
daripada-NYA.
....berlayarlah dan temukan
muara hikmah di pulau samudera cinta. Waspadalah dari sesat di dalamnya. Semua
pelayaran kita tertuju pada suatu muara cinta, iaitu mendapatkan cinta abadi
yang ESA...
“Berhatilah-hatilah dalam
setiap tindak tanduk dan percakapan. Nilai diri sendiri sebelum menilai orang
lain.”
“Kita kehilangan sesuatu yang
di sayangi, kita meratapi yang telah pergi, kita menyayangi sesorang, kita
tentu akan berpisah dengannya. Kita tak sekuat mana untuk berhadapan dengan
ujian. Tetapi, ketahuilah, sesuatu yang terjadi itu adalah dugaan dan mungkin
ada kebaikan menanti kita di masa hadapan.”
Bila masa perpisahan itu
berlaku kerana Allah, maka yakinlah Allah telah menuliskan yang terbaik untuk
kita. Usah terlalu berduka cita kerana Allah takkan menzalimi hambanya. Maka,
jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolong.
p/s : Aku bercakap melalui
pengalaman dan pemerhatian. Lain orang, lain kisah, lain pendapat, lain
caranya. Ini pendapat aku. Kalau korang ada pendapat lain, sila-silakan ringankan tangan utk komen entry aku nih.. Apapun, Allah ingatkan kita dalam pelbagai cara. Berfikirlah dan
sama-sama renungi.
0 ulasan:
Post a Comment