Aku berpeluk
tubuh. Sejuk. lagipun, baju sekolah ku ini sedang basah lecun sehingga
menampakkan baju...errrr....hurm... Aku bukan pelajar islam yang bertudung. Aku
free hair. Azam di sebelahku berlagak selamba. Sesekali dia memandang kearahku
dan tersenyum sinis. Dan aku, menjeling tajam. Sekarang, kami sedang menjalani
hukuman yang lain pulak. Ekoran daripada membuat haru biru di taman mini
reakreasi sekolah. Kami sedang berdiri di tengah padang. Agak malu apabila
semua pelajar memerli kami. Ada yang mengusik. Dan, bla..bla..bla..
Aku harapkan
tengahari itu panas. Biar baju sekolah ini kering walaupun dah bertukar warna
tanah. Tapi, cuaca agak mendung, dan aku kira...hujan akan turun tak lama lagi.
Haaaa....betul jangkaan ku. Hujan mula turun dengan rintik-rintik yang kecil.
Tak ada ribut dan petir. Cuma hujan biasa yang macam...errr....macam romantik
saja!. Hahaha... Kalau lah aku sekarang ni sedang berdiri dengan Hilmi, si
jejaka paling handsome kat sekolah ni kan best. Heheh....ini tidak, lelaki yang
paling menyampah, meluat, perasan handsome, control macho dan segala yang
sengal-sengal itu adalah dia. Huh....! Potong mood betoi la..!
“Mengelamun
lagi ke?” Tegur Azam sinis setelah 20 minit kami berdiam diri di tengah padang
sekolah.
“Kau sejuk?”
Tanya Azam lagi setelah aku mendiamkan diri sahaja tanpa menunjukkan respon
terhadap soalannya.
“Orang kaya
macam kau, mungkin tak pernah main air dan main tanah macam tadi kan?. Seronok
tak?”...... Aku diam.
“ Nasib baik
Pengetua tak panggil mak bapak kita ke sekolah lagi, kan”... Herrm....sekali
lagi aku diam.
“Ok. Diam...
hurm...aku tak la jahat sangat seperti yang kau sangka dan yang kau fikir tu.
Aku Cuma tak tahan dan tangan aku ni gatal sangat kalau nampak orang kaya yang
sombong dan tak reti nak hormat orang macam kau ni. Sebab tu la aku buli kau.
Biar kau rasa dan sedar diri sikit..”......errrrrr.....apa yang Azam merepek
ni??
“Kau anggap
aku macam tu? Sombong dan bongkak? Begitu?”. Tanya ku sambil memandang tepat ke
mata Azam. Errrr...mata dia bersina...rrrr..errr...kelu...diam.... Cuma aku
lihat, Azam mengangguk tanpa mengerlipkan mata merenung ku. Aku segera
mengalihkan pandangan. Huh...gila! Gila kalau aku terus pandang mata dia.
Errr......
“Jangan
menilai seseorang tu dari luarannya sahaja. Kau tak kenal aku sangat, sebab tu
kau anggap aku macam tu!” Agak marah dengan kata-kata Azam.
“Kadang-kadang,
yang di zahirkan itu adalah cermin pada kebatilan” Azam membidas kataku tadi.
Aku terkesima.
“Tak semua
orang macam tu. Kalau kau meluat sangat dengan aku pun, jangan menilai aku ni
macam aku tak ada harga diri dan maruah. Aku diam. Aku sabar bila kau buli aku.
Tapi, jangan sampai maruah aku kau injak-injak!” Aku emosi. Aku kalau dah emosi
sangat, rasa nak menangis. Nasib baik hari ujan. Setidaknya, hujan ini
melindungi air mata ku.
“Kalau kau
tak nak maruah kau diinjak-injak, jangan lah berlagak sangat. Kau ingat lagi
yang kau pernah tuangkan air milo ke badan seorang budak tahun satu pada awal
persekolahan dulu?. Gara-gara budak tu potong barisan kau di kantin, kau terus
marahkan dia. Kau tak sedar, yang budak tu disuruh memotong barisan untuk
mengambil air suam daripada Mak Jenab untuk dia makan ubat kerana dia demam?.
Masa tu, kau ada fikir tentang maruah dan harga diri dia tak?”
Bagai
halilintar menyambar wajahku. Terpana aku mendengar cerita daripada Azam
tentang peristiwa itu. Ya, aku ingat....dan, aku sungguh rasa bersalah sekali
pada masa tu.
“Kalau aku
cerita tentang ke sombongan kau dan kebongkakkan kau pun tak akan habis. Buat
sakit hati aku adalah!” Getus Azam. Semakin laju air mataku mengalir. Rasa diri
ini sedang dipukul-pukul oleh kesalahan sendiri. Perlahan aku duduk di rumput
yang basah dan bertakung air itu sambil memeluk lutut. Aku menangis
teresak-esak. Hilang rasa malu dan rasa ego ku terhadap Azam.
Lama aku
dalam keadaan seperti itu. Aku malu mengangkat muka sembabku di hadapan Azam.
Aku sedar aku banyak salah dengan pelajar-pelajar lain. Ya...aku sedar!
“Rabiatul
Adawiyah...dah la tu. Cikgu Qalam dah panggil. Dah habis waktu persekolahan.
Sebelum tu, aku nak minta maaf dengan kau sebab banyak kacau dan buli kau.
Banyak menyakiti hati kau..”
Aku mengangkat muka. Bila aku toleh ke belakang,
Azam sudah jauh menapak meninggalkan aku. Aku menarik nafas dalam. Akhirnya,
Azam mengalah dengan meminta maaf padaku. Tetapi, yang sebenarnya...aku lah
yang kalah...aku terlalu ego untuk meminta maaf.
Dalam kelas
sewaktu aku hendak mengambil beg sekolah, ketika semua pelajar lain dah pulang.
Aku terkejut apabila melihat sweater hitam dilipat kemas di atas meja ku. Aku
mengapai beg sekolah. Sweater itu aku belek-belek dengan berhati-hati. Khuatir
di kenakan lagi. Dan, aku khuatir, apa yang Azam katakan pada ku di padang tadi
cumalah lakonan semata-mata. Namun, mataku tertumpu kearah burung kertas yang
diselitkan dalam lipatan sweater tersebut. Di dalamnya tercatat...
“Nah, pakailah.
Tak sanggup pulak aku tengok kau dalam kesejukan macam tu. Lagipun, baju kau
nipis. Tutuplah badan kau dengan baju ni. Dah tak pakai lagi nanti, pulangkan
balik. Jangan lupa gosok. Ini sahaja sweater yang aku ada dalam dunia ni.
Hehehe...dah, jangan sedih. Muka kau buruk kalau sedih.(Al-Azam)”
Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....aku
terpaku seketika.... Errr....keluuuuuuuu....errr.........apakah???
~bersambung~
0 ulasan:
Post a Comment