Hari
terakhir hukuman aku dengan Azam. Hari ni kami Cuma sapu daun-daun kering kat
bawah pokok jer. Tak berat sangat seperti hukaman sebelum ni. Sebenarnya,
seminggu kena hukum nih aku rasa kepalak otak aku free sangat. Tak der dah
fikir pasal study. Hehehe...apa tak nya, layan karenah Azam dah sekian. Apa
lagi kalau dah bergaduh dengan dia.
Oh, cakap
pasal dia, dia mana ek?. Dah lama aku buat kerja sorang-sorang ni. Ini tak
adil!. Huh....kalau fikir-fikir, boleh ker aku percayakan si Azam tu?.
Kata-kata dia dalam burung kertas tu boleh percaya ke?. Sweater yang dia suruh
pinjam aku tu....boleh percaya ker?. Sesekali aku bersin. Gatal hidungku. Yang
sebenarnya, aku kurang sihat hari ni. Aku tak leh berhujan lama sangat. Tadi, Bibik Nita tak
suruh aku pergi sekolah. Berehat di rumah. Tapi, aku enggan. Aku nak jugak gi
sekolah. Kenapa ye?. Dulu, pantang demam sikit, mula merengek tak nak gi
sekolah. Tapi, hari ni?.
“Auuuucchummmm!”
Aku bersin lagi sambil menggosok-gosok hidungku yang sudah nampak merah.
“Adawiyah
rehatlah...biar aku yang buat semua ni..” Satu suara menyapa tiba-tiba di
belakang. Azam!. Aku gembira melihat dia ada di hadapanku sekarang. Errr....kenapa
dengan aku ni...haisshhh....jumpa dia macam jumpa barang berharga yang hilang.
Azam kelihatan senyum pada ku.
Aku
menggelengkan kepala.
“Buat apa
pulak kau yang kena buat semua ni?. Kan ini kerja aku jugak.” Bidasku.
“Wah...dah
orang kasi kau duduk rileks tu...kau duduk lah. Mengada-ngada demam nak tolong
kita kerja.” Azam tersenyum sinis sambil mengambil penyapu di tanganku. Aku
menguatkan pegangan.
“Tak nak
la...! Aku nak siapkan kerja aku ni jugak. Aku pantang tau, buat kerja separuh
jalan”. Tukas ku.
“Degil
betullah. Kalau kau pengsan nanti, siapa yang susah?. Aku jugak yang susah
angkat kau yang gemuk tu.”
Eiiiiiii...budak ni...rileks je mulut dia nak kutuk
aku gemuk. Aku la yang paling ramping kat sekolah ni tau. Tak kan la....!
“Eiiii...kau
tu yang banyak sangat songeh. Kau kira bersyukur tau aku tolong kau habiskan
semua ni.” Bentakku geram. Azam ketawa kecil. Aku bersin lagi...lagi..dan
lagi....Huh....letih. Kepala rasa berat. Pipiku sudah merona kemerahan.
“Berhentilah.Kau
ni degil betul. Aku mampu habiskan daun ni sebelum rehat. Kau duduk bawah pokok
sana tu ha...dan, rehat. Pokok tu agak terlindung sedikit daripada orang.” Azam
masih memujuk.
Aku akhirnya akur. Berat sangat rasanya kepala aku ni. Aku
terpaksa berehat.
“Oh,
nah...sweater kau.. terima kasih.” Aku menghulurkan sweater hitam kepunyaannya.
Azam enggan menyambut.
“Kau
pakailah dulu. Lagipun, kau demam dan sejuk tu. Nanti, dah tak pakai lagi, kau
boleh pulangkan.”Lembut sahaja alunan suara Azam menyapu pangkal telinga ku.
Mendamaikan.. Eh, hishhhh....kenapa dengan aku ni?!. Adawiyah...wake up! wake
up!. Jangan termakan dengan mulut manis Azam tu. Itu semua lakonan
semata-mata!.
“Tak nak
ah.. Ini kan satu-satunya sweater yang kau ada dalam dunia ni. Jangan risau,
aku dah cuci. Aku tak ada kurap.” Aku menyembunyikan senyumanku di sebalik
wajah yang serius. Hehehe...aku geli hati dengan kata-kata ku sendiri. Azam
menyambut sweater hitam itu. Tapi...........eh?. Apa dia buat ni??
“Kau lebih
perlukan daripada aku. Berhenti daripada sikap degil kau tu. Nanti merosak diri
sendiri...” Ujar Azam sambil menyarungkan sweater hitam itu lembut ke badan ku.
Aku kaget. Bergemuruh jiwa dan ragaku. Rasa tidak berpijak di bumi yang nyata
lagi dah ni. Aku hanya membiarkan sahaja Azam menarik tanganku untuk menuju ke
pohon ketapang tempat favorite aku tu untuk duduk di situ. Ah, aku bagai
dipukau! Kenapa berlainan benar sikap Azam yang aku kenali sebelum ini
berbanding sekarang? Adakah ini lakonan semata-mata?.Aku curiga namun ku
pasrah.
“ Kau duduk.
Aku buat kerja. Dah, berehatlah..” Lembut nada suaranya membuatkan aku rasa
diawang-awangan. Azam kembali menyapu daun-daun kering dan mengumpulnya secara
berkelompok. Aku hanya memerhati sahaja. Azam nampak fokus dan
bersungguh-sungguh. Entah, hati ini mula rasa lain macam. Rasa seram seram
sejuk apabila melihat Azam berpaling dan tersenyum padaku. Apa semua ni?.
Ishhhh....
Kepala aku
bertambah sakit. Badan rasa panas sangat. Aku melentokkan kepalaku ke batang
pokok. Ah....angin sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut pipiku. Rambutku lurus dan
berwarna perang semula jadi paras bahu itu menari-nari di tiup angin. Indah
sungguh.... Kenapa sekarang, aku sungguh rasa indah dan damai?. Rasa selamat
dan...hm.... Al-Azam Harith...nama itu mula mengusik qalbu.
Eh...tak...tak....apa
aku merepek ni?? Adeiiii...kalau Azam tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni,
mesti dia mentertawakan aku. Adawiyah, stop it! Udah-udah lah berangan tu.
Ingat, jangan main cinta. Nanti kecewa?
Haip....cinta??? alaaa...cinta apa
pulak ni??
Aku letih
bermonolog. Akhirnya......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......................
0 ulasan:
Post a Comment