Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..
Segala puji
bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.Semoga selawat dan salam limpahkan kepada
Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan
syariaatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal 'alamin..
Semalam
bermuhasabah dengan teman rapat. Tidak semena-mena mengalir mutiara jernih.
Sakitnya dalam. Menyentap sungguh. Allahu Allah...syukur alhamdulillah kerana
hadirkan teman istimewa sepertinya yang sering menjadi tempat saya meluahkan
masalah (Kecuali masalah rumah tangga), berkongsi duka dan suka, bergurau
kadang-kadang terlampau namun berlapang dada menerima gurauan (Sekepala
sangat), setiap kali ada mjlis ilmu selalu hadirkan diri ini walaupun diri ini
lahiriahnya ada kekangan, berkongsi ilmu, bermuhasabah bersama dan yang paling
penting, kalau saya salah dia tegur dengan lembut dan berhemah, lalu nasihat
diberikan. Begitu juga sebaliknya saya padanya (diakui-barangkali). Bagi saya,
dia bukan setakat sahabat atau teman istimewa, namun, dia lebih daripada itu
Seorang adik yang sangat baik. MasyaALLAH. Semoga Allah redha akan mu, sahabat.
Muhasabah
tentang apa?
Tentang
diri yang kian hanyut. Hanyut dek arus globalisasi teknologi tanpa sempadan
sehingga terkadang tega menangguhkan apa yang sepatutnya didahulukan. Kata
saya,
"Teknologi
tak salah..internet tak salah..wechat, facebook, tweeter, instagram...tak salah
semuanya, yang salah..ni (tunjuk hati). Diri kita"
Ya, kita
sepatutnya harus dipersalahkan!
Nafsu yang
banyak sangat alasan.
MasyaAllah.
Terkadang,
kita tidak sedar dala keasyikan kita meng'update' status kita tersindir,
termarah, tercerita hal orang, terbagitahu hal peribadi sendiri di kyalayak
ramai.(Saya bercakap pasal diri saya sendiri). Dan, dalam masa yang sama..tidak
semua orang boleh menerimanya. Malah, kadang-kadang boleh mengundang fitnah
keatas diri kita sendiri secara tidak lansung.
Ok.
Berazam. Kurangkan tekno-sosial! InsyaALLAH..Smg Allah bagi kental dan sado
pada hati nan lembik lagi rapuh ini.
Ok.
Untuk
seketika, lupakan pasal tekno-sosial ini dulu.
Saya
tefikir pula akan hubungan kita dengan orang lain. Tak semua orang dapat terima
cara kita, kan? Kebiasaannya manusia mudah menyalahkan orang lain atas masalah
yg dihadapinya. Manusia selalu menganggap dirinya betul dan benar dalam setiap
tindakan yang dilakukannya. Bagi saya..dalam hubungan sesama manusia, perkara
penting yang mesti kita ingat bukan semua manusia itu berpegang pada logika dan
rasional, tetapi, kita kenalah memahami bahawa manusia itu dipengaruhi oleh emosi,
sikap prasangka, mjaga maruah diri dan ego. Justeru itu, untuk memudahkan orang
lain menerima kita, elakkan daripada mengkritik kerana kritikan mudah
menjejaskan emosi, meningkatkan prasangka, dianggap menurunkan maruah diri
serta menyentuh ego mereka. Namun, kadang-kadang tak mampu nak tahan diri
daripada mengkritik kalau ternampak seseuatu yang tak berkenan di mata.
Akibatnya, ada yang berkecil hati dan menjauh diri. Cepat-cepat muhasabah
lagi..mungkin cara saya tidak kena pada tempatnya kot. Benarlah.. Kritikan yang
diluahkan tanpa hikmah boleh menjejaskan hubungan manusia dan menimbulkan
kemarahan. Ok. Bisik slow dalam hati..
"...daripada
cuba menyalahkan orang lain, adalah lebih baik saya cuba untuk memahami keadaan
dia.." mungkin amalan seumpama ini boleh mengeratkan tali silaturahmi dan
menunjukkan sifat empati, persefahaman, tolak ansur serta menggambarkan sifat
kemnusiaan yang tinggi. Bak kata John Dewey (Ahli Falsafah Amerika yang
terkenal).. Keinginan manusia yang paling tinggi ialah the desire to be
important. Ok.Mengaku ke tidak?? Lantaran itulah berik pujian yg ikhlas dan
jujur krn dgn demikian dia akan merasa dirinya penting dan istimewa. Akan
tetapi, jangan pulak sesekali berpura-pura dengan pujian yang diberikan kerana
ia boleh melahirkan kesan yang buruk. Tak salah kan, kalau kita cari
keistimewaan dan kebaikan yang kecil pada diri individu itu untuk dijadikan
bahan pujian dan penghargaan demi untuk menunjukkan keikhlasan dam kesungguhan.
Dan, akhir sekali..pulangkan kebaikan dan segala puji itu hanya pada Allah yang
selayak-layaknya untuk dipuji dan puja. Kerana Allah telah menutup aib kita,
aibnya sehingga kita hanya melihat kebaikkannya sahaja.
Pernah
terbaca buku Harry A. Overstreet yg bjudul Influencing Human Behavior yang
berbunyi, manusia yang memahami kehendak serta minat orang lain akan mudah
diterima, tetapi sebaliknya manusia yang gagal akan hidup dalam kesepian.
Maknanya, untuk memahami atau mengetahui kemahuan, kehendak atau minat
seseorang kita hanya perlu memberi peluang kepada mereka untuk bercakap. Ruang
untuk bercakap ini amat disenangi kerana memang sifat asasi menusia itu suka
bercerita tentang dirinya. Tapi, kawallah daripada mencerita cerita yang tak
sepatutnya tentang diri sendiri. Di wechat,facebook dan tweeter..memang bayak
jumpa jenis yang suka menceritakan tentang diri sendiri(termasuk saya). Saranan
saya, kalau boleh..kawallah..(saya tengah cuba untuk mengawal)
Contohi
peribadi Rasulullah SAW.
(Kadang-kadang
rasa tak layak nak suarakan kerana diri ini amat jauh dan terlalu jauh..)
Namun, sebagai peringatan bersama..dan disamping itu, saya ingin menegaskannya
untuk diri saya yang jahil ini terutama..
Teringat
lagi kisah Ummu Ma'Bad yang mensifati Rasulullah SAW.
"Kulihat
seorang lelaki yang nampak bersih putih bercahaya ondah rupawan, bentuk
tubuhnya tiada tercela, kerana sedang (tidak kurus dan tidak gemuk), tampan
ceria, matananya hitam dengan bulunya yang panjang. Suaranya bersih bagus,
lehernya panjang dan janggutnya lebat/tebal. Alisnya panjang menyambung dan melengkung
bagaikan bulan sabit. Jika diam/tidak berbicara, ia tenang penuh berwibawa.
Bila bicara, terang dan jelas. Sebagus-bagus manusia dan paling indah nampak
dari jauh. Dan paling tampan nampak rupawan jika dekat. Manis tuturnya, terang,
tidaksedikit dan tidak bercakap kosong. Kata-katanya sentiasa
tersusun.Seakan-akan untaian permata yang meluruh berjatuhan. Perawakannya
tidak terlalu tinggi dan tidak pendek, sedap mata memandang Ia paling manis
dipandang dari antara ketiganya. Dia mempunyai kawan yang amat memuliakannya.
Jika ia berkata, mereka diam mendengarkannya. Bila ia memerintah, mereka segera
memenuhinya. Mereka begitu taat padanya. Wajahnya tidak masam berkerut dan
ucapannya tidak mengandungi khurafat dan khayalan.
(Dipetik
daripada buku KISAH HIDUP NABI MUHAMMAD SAW , karangan Muhammad Abdul Wahab,
terbitan Jasmin Publications, mukasurat 144-145).
Mulianya
insan yang bergelar Muhammad itu. Sebaik-baik manusia adalah baginda. Baginda
asbab kita umat akhir zaman ini layak mendapat syafaatnya di sana kelak.
MasyaAllah..law kana bai nana...Ya sayyidi, ya habiballah..
Rasanya,
terlalu panjang coretan ini.
Maaf
sekiranya terdapat kekurangan pada penulisan saya.
Semoga
antuna-antuna sekliannya mendapat manfaat daripada penulisan yang serba
kekurangan ini. Sekali lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian.
Wassalam....
0 ulasan:
Post a Comment