RSS

Tuesday 10 April 2012

Sedetik Cuma

Assalammualaikum,

Ya Allah, syukur kehadratMu diatas limpah rahmatnya segala aksara yang Kau curahkan padaku. Ianya bertali arus tanpa putus-putus. Semakin aku mengingati Mu, semakin itu qalbuku sebak tak tertahan. Syukur Ya Allah, kau pinjamkan aku pada butir-butir aksara yang penuh makna. Tanpa izinMU, mana mungkin akan ku perolehi semua ini.

Ketikan jemariku menari lagi pada butang-butang maya. Setiap aksara, penuh makna...dan makna itu adalah hidup!

Firdaus mengesat peluh yang kian mericik di dahi. Darah kian mengalir laju dipahanya. Sakit! Mungkinkah dia akan mati disitu sahaja? Dalam akal fikirannya, hanya mati sahaja bertandang. Sakit yang teramat sangat. Firdaus terbaring diatas rumput. Memandang sekelilingnya dengan harapan ada orang yang akan menyelamatkannya. Kereta vios silver sudah penyek merempuh penghadang jalan. Mujur dia sempat keluar dari kereta tersebut meski pahanya luka parah dan tulang kakinya mulai terkehel.

Pandangan mata Firdaus kian kabur. Setiap objek dihadapannya kelihat membesar menjadi dua dan telinganya lansung tidak dapat menagkap sebarang bunyi. Ya Allah, mungkin sudah tiba ajalku. Itulah ayat yang mula menggerutu hati Firdaus.

Tiba-tiba sahaja Firdaus merasakan badannya sedang digoncangkan oleh seseorang. Firdaus cuba untuk membesarkan bola matanya, namun ia tetap kabur. Bagaimanapun, dia dapat menangkap akan susuk tubuh yang mula memangku kepalanya itu. Seorang wanita berkerudung putih!

"Bagaimana keadaannya , Doktor?" Tanya Fathihah lemah. Wajahnya pucat lesi. Dia baru sahaja usai mendermakan darah untuk lelaki yang dia selamatkan ketika kemalangan jalan raya tiga jam yang lepas. Mujur darahnya sepadan dengan darah lelaki tersebut. Syukur Alhamdulillah.. Allah memberinya peluang untuk berbakti dalam menyelamatkan nyawa seseorang.Yang empunnya kuasa, Allah juga. DIA yang mematikan, DIA juga yang menghidupan. Syukur Alhamdulillah.

Fathihah masih terbaring longlai di katil yang telah disediakan. Bersebelahan dengan lelaki itu. Hanya tabir biru yang menghadang keberadaan mereka. Dia perlu berehat untuk seketika sebelum dibenarkan pulang.
" Cik Fathiah kenal ke siapa dia?" Tanya Doktor wardah. Ada tanda nama tergantung di baju putih doktor muda tersebut. Fathiah menggeleng. Doktor Wardah mengeluh.
" Kenapa, doktor?" Tanya Fathihah seakan menangkap raut wajah bimbang doktor tersebut.
" Menurut polis, lelaki tersebut tiada tanda pengenalan diri. Mungkin juga beg duitnya telah dilarikan sebelum cik tiba di tempat kejadian.Oleh yang demikian itu, kami tidak dapat menghubungi saudara terdekat beliau buat masa sekarang. Tunggu dia sedar, barulah siasatan disambung semula. Ini bermakna, cik adalah saudara terdekat dia sekarang ni."
Fathihah menghembuskan nafas dalam. Lesu.
" Dia bagaimana, doktor?"
 Tanya Fathihah lagi setelah soalannya tidak dijawab oleh Doktor Wardah sebentar tadi.
" Dia okey. Selamat alhamdulillah. Kakinya patah. Tapi, masih boleh diubati. Dia cuma banyak kehilangan darah. Tidak lama lagi dia sedarlah." Fathihah menguntum senyum. Alhamdulillah.
" Kamu rehatlah dulu." ujar Doktor Wardah. Fathihah mengangguk lalu memejamkan kelopak matanya. Dalam pada masa itu, telinganya seakan menangkap satu bacaan surah yang agak mendayu-dayu nadanya. Suara Abi! Arwah Abi..

"Maha Berkat(serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (Dunia dan akhirat): Dah memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu ; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya ; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (Bagi orang yang bertaubat" Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2.

Menitis air mata Fathihah apabila terkenangkan Abi. Abi suka membaca surah Al- Mulk. Hampir setiap hari Allahyarham mendendangkan bacaan suci itu usai solat maghrib. Bak kata arwah, fadilatnya sangatlah besar. Fathihah mulai hanyut dalam mimpi indahnya berjumpa dengan ayah tersayang, yang telah di jemput pulang berjumpa Allah. Semoga roh Abi di tempatkan bersama-sama dengan orang yang Allah redhai. Amin.

Fathihah tersentak apabila merasakan pipinya telah disentuh seseorang. Kelihatan seorang lelaki agak terkejut apabila melihat Fathihah telah mencerlangkan matanya.
" Maaf...maaf...saya tidak berniat. Saya ternampak awak menangis, sebab itu saya lap air mata awak. Maaf, saya tidak sengaja". Tergopoh-gapah lelaki itu menuturkan kata. Wajah Fathihah yang masih pucat lesi itu kelihatan agak terkejut dan kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut.
"Maaf.." tutur lelaki itu serba salah. Melihatkan wajah ikhlasnya, Fathihah mengangguk.

"Saya, Firdaus. Terima kasih kerana sudi mendermakan darah untuk saya." Firdaus mengulum senyum. Fathihah membalas senyuman itu. kelat.
" Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai muslim. Berterima kasihlah pada Allah." Bersahaja Fathihah menjawab. Tangannya memperbetulkan hujung tudungnya dengan cermat. Firdaus terpampam. Meneguk liur yang terasa pahit.
" Terima kasih sebab bawa saya ke hospital. Kalau tiada awak, mungkin saya ...hurm.."
Fathihah mengulum senyum sambil memandang wajah Firdaus.
" Seperti tadi, jawapan saya tetap sama. Allah yang mengkehendaki sesuatu kejadian itu. Kebetulan saya lalu di tempat kemalangan, saya cuma bantu apa yang patut."
Firdaus cuma mengangguk.Suasana sepi seketika.

"Bagaimana keadaan awak?" Fathihah mulai mengatur bicara. Ramah.
" Macam inilah. Sihat. Tapi, ada pening-pening sedikit. Kaki masih sakit. Doktor kata, dua hari lagi boleh balik. Awak bagaimana?"
"Agak lesu. Pertama sekali buat derma darah. Doktor kata, antibodi baan saya lemah. Perlukan rehat yang bayak."
"Saya ini menyusahkan awak sahaja, kan?. Terima kasih banyak-banyak. Eh, kenapa tangan awak berbalut ni?" Fathihah melihat tangan kanannya yang berbalut kemas. Oh, hampir terlupa akan kecederaannya itu.
"Awak berat sangat. Saya cuba angkat badan awak untuk masuk kedlam kereta. Masa tu, awak dah pengsan. Tapi, kudrat saya tak mampu. Saya tersadung batu dan badan awak menghempap tangan saya. Terseliuh sahaja."
Firdaus serba salah. Ya Allah, besarnya pengorbanan wanita di haapannya itu ke atas dirinya. Firdaus tertunduk. Tiada kata-kata yang mampu terluahkan.

Petang itu, Fathihah dan Firdaus sempat bertaaruf sesama sendiri. Mujurlah, Fathihah peramah orangnya. Nampak macam sombong, tapi, bila didekati, Fathihah sangat lucu dan penyakat orangnya.Begitu juga dengan Firdaus. Periang dan nakal. Sebab itulah mereka mampu menyesuaikan diri dengan baik.
" Esok, saya balik rumah mak cik saya." Ujar Fathihah selamba sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya.
 Firdaus kaku. Matanya meredup merenung Fathihah. Entah mengapa, hatinya muali terasa sukar untuk berjauhan denga Fathihah buat masa sekarang. Dia selesa bersama Fathihah. Kampung halaman Fathihah agak jauh daripada hospital dimana mereka di tempatkan sekarang. Selepas Fathihah dibenarkan untuk pulang, dia terpaksa menetap dahulu di rumah mak ciknya untuk sementara waktu.Firdaus begitu juga. Keluarganya sudah pun di hubungi. Perjalanan menuju ke hospital ini memakan masa yang agak lama.

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring(sama sahaja keadaan kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung didalam dada.Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan pentadbiranNYA, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! Surah Al-Mulk ayat 12 hingga 14."
Usai membaca terjemahan surah itu, Fathihah tersenyum manis. Alhamdulillah, Allah masih menajamkan akalnya untuk menghafas surah yang menjadi kegemarannya setelah Abi meninggal dunia.

Firdaus menelan liur. Fathihah kelihatan berilmu dalam bab agama. Tengok sahaja adapnya dalam berpakaian. Dalam pertuturan. Dalam tingkah laku. Semuanya tidak melampaui batas dan ada had yang tersendiri. Sejuk matanya memandang wajah Fathihah.Tanpa dia sedari, ada sesuatu rasa yang aneh mula menyelinap tangkai hatinya perlahan-lahan. Ya Allah, punyalah banyak wanita yang dia kenali, tiada seorang pun seperti Fathihah.Dia mulai malu pada Fathihah. Apalah sangat yang ada pada dirinya. Jahil dan selalu memandang enteng akan perihal agama. Astaghfirullah..

"Sehari bersama awak, saya rasa saya cukup tenang." Firdaus bernada sayu. Fathihah pula menyimpul senyum. Dia juga turut merasa tenang bersama Firdaus. Bersama Firdaus, dia mampu ketawa riang. Firdaus pandai menghiburkan hatinya. Meski rindu pada tunang tersayang masih kuat membuai hati. Zulfaqar, tunang yang pergi bersama Abi ke alam sana. Meninggal semasa mengerjakan umrah di tanah suci. Meski pemergian kedua-dua insan yang disayanginya itu meruntun jiwanya, namun dia harus redha. Allah lebih Mengetahui akan segala sesuatu.

"Saya akan berkahwin dua minggu lagi, Fathihah." Luah Firdaus dalam sendu. Fathihah tersentap. Mata bulatnya membesar. Ayat itu seakan sembilu yang merobek hatinya. Dia sendiri kurang mengerti akan musababnya. Ah, misterinya perasaan!

"Tapi, pernikahan kami telah pun di batalkan siang tadi. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bakal isteri saya berpimpingan tangan dengan sahabat karib saya. Pada mulanya, saya tidak syak apa-apa. Tapi, hati saya bagai dicarik-carik bila bakal isteri saya memanggil kawan saya tu dengan panggilan yang cukup mesra. Bila amarah makin meluap-luap, saya memberanikan diri untuk berhadapan dengan mereka. Rupa-rupanya, mereka sedang dilamun cinta. Saya telah diperbodohkan. Masa itu juga saya telah memutuskan perhubungan kami.Cukup menyakitkan apabila kita dikhianati"
Firdaus mengepalkan jemari. Geram. Namun, dia sudah tidak mampu berbuat apa. Terpaksa merelakan keadaan itu berlalu sebegitu sahaja.Dek kekecewaan itulah yang membawa dia jauh dari kampungnya. Dai memandu kereta tanpa hala dan arah tuju. Perhentian demi perhentian yang disinggahi untuk mencari ketenangan. Sehinggalah, dia merempuh penghadang jalan gara-gara terlau letih dan mengantuk. Dan, pertemuan bersama Fatihah sekan mendatang embun dingin dalam hujung hatinya.Syukur, Ya Allah.

"Situasi kita hampir sama, Firdaus. Saya juga bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun, Allah lebih sayangkan bakal suami saya. Dia telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah bersama ayah saya. Mereka meninggalkerana kemalangan juga. Mereka dikebumikan disana. Saya redha. Andai itulah ketetapan untuk saya. Menyakitkan bila rindu datang bertandang. Namun, di sebalik rindu itulah, terpalit sedikit bahagia buat saya. Sekarang, saya harus teruskan hidup."

Firdaus merenung dalam wajah sunggul Fathihah. Dia wanita tabah. Kenapa aku tidaj setabah Fathihah.? Dia telah kehilangan insan tersayang. Diputuskan oleh pertalian yang bernama kematian. Sedangkan dia, diputuskan oleh pertalian yang bernama hidup. Subhanallah, Allah Maha Besar kerana telah membuka mata hatinya kini.Sungguh, pertemuan bersama Fathihah banyak membuka mata hatinya. Bermula dari pengorbanan Fathihah dalam usaha menyelamatkannya, kemudian menderma darah, sikap dan peribadi Fathihah, kisah Fathihah juga keramahan Fathihah.

Malam kian sunyi. Penghuni hospital sudah lena dibuai mimpi. Firdaus tidak mampu memejamkan mata. Jiwanya rasa tidak keruan. Sakit fizikal yang dia alami bagaikan tidak terasa baginya. Ada sesuatu yang aneh menghurung sanubarinya kini. Ya Allah, berikanlah aku petunjukmu. Sungguh besar hikma yang telah kau berikan untukku. Mungkin juga Fathihah telah lena dibuai mimpi. Biarkan dia tidur. Peristiwa pada hari ini terlalu banyak merakamkan kenangan yang cukup bermakna.Akhirnya, Firdaus terlena jua..

Esok harinya.

Fathihah tersenyum ceria. Wajahnya tampak berseri-seri.Melihatkan senyuman manis itu, Firdaus juga menguntum senyum. Ada sesuatu yang menggelikan hati Fathihah. Malam tadi, ketika dia terjaga dari tidur, dia terdengar Firdaus meracau-racau. Menyebut namanya. Apa yang Firdaus fikirkan agaknya ya?.

"Awak, bila agaknya kita akan berjumpa lagi ya?"
Soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul dari mulut Firdaus. Fatihah menjongketkan bahu. Entah.
"Serahkan segalanya pada Allah. Bukakah pertemuan, perpisahan jodoh dan maut itu ketentuan Allah. Maka, kenalah kita yakin dengan sepenuh hati akan kekuasaannya." Senyuman manis itu masih lagi melekat dibibir Fathihah.
"Jangan lupa hubungi saya, ya Fathihah..." Pinta Firdaus penuh harapan. Fathihah cuma mengangguk. Dia malu menyatakan hasrat hati ingin mengenali Fathihah dengan lebih mendalam. Harapannya menggunung terhadap Fathihah. Dia hanya mampu memendam rasa. Fathihah wanita unik. Dai tidak semudah wanita lain.
"Saya pergi dulu, Firdaus. InsyaALLAH, jika diperkenankan, semoga kita berjumpa lagi. Jaga diri baik-baik." Fatihah mengucap salam sebelum pergi meninggalkan Firdaus.
 Kakinya melangkah perlahan. Hatinya mulai berdegup kencang. Perasaan aneh itu menyelinap ruang sanubarinya. Ya Allah, paculah aku kejalan yang kau redhai agar aku tidak tersasar dalam godaan nafsuku. Dan kiranya, ada pertemuan lagi yang menyusul antara kami, biarlah pertemuan itu dibawah baraqahMU.

Sepintas lalu, Fathihah menoleh kebelakang. Melemparkan senyuman penuh makna buat Firdaus. Firdaus mengorak senyum. Semoga ada lagi pertemuan yang menyusul antara mereka. Itulah rasa yang mula menghimpit jiwa mereka sekarang.


p/s :: Firdaus, awak nak tahu kenapa saya senang bersama awak? Kenapa saya selesa bersama awak walaupun sedetik cuma? ini kerana... darah kita mengalir sama. bersatu dalam jasad kita. Allah gerakkan hati saya untuk awak. Cuma, saya ingin menjaga perasaan ini sebaik mungkin. Saya tahu, awak merasa apa yang saya rasakan. Justeru, biarlah Allah Taala sahaja yang mengatur segalanya untuk kita. Hanya Dia sahja yang berhak. Saya berharap agar kita dipertemukan lagi. InsyaAllah.. <3

0 ulasan: