Assalammualaikum,
lama dah tak berblog. Rindu...
Namun, ku akur pada tugas semasa. Yang memungkinkan aku untuk terus menjelajah cakerawala maya ini. Tak pa...abaikan!.
Kala malam tanpa bintang...
Kenapa aksaraku tergores begini ya?
Bintang itu subjektif, dan yang utama abstraknya. Kenapa?
Malam ini memang tiada bintang pun.hehehe...siang tadi hujan mencurah bumi..
tapi...tapi.....
Sudah pasti bintang ku malap. Untuk malam ini. Lantaran kabus gelap menyelubungi. Aku akur dengan arus dunia. Siapa aku untuk menongkah arus..Ah, mata sendu ku memang tidak pernah kontang!
Untuk malam ini,
terjentik seluruh sanubari. Usai menunaikan solat Isyak, jiwa ku terbuai-buai. Hatiku terkapai-kapai. Ketenangan apakah ini? Kesayuan apakah pula ini? Berbaur-baur pelbagai intipati.
Subhanallah...!
Baru ku sedar, hari ini aku bernafas. Aku berjalan di lantai bumi Allah. Aku berlindung di bumbung langit Allah. Anggotaku sempurna sekaliannya. Pergerakkan ku bebas dalam langkah yang Allah izinkan dan... aku menikmati hidup yang cukup sempurna!. Itu titik permulaan untuk setiap kesyukuran ku. Mengapa aku tidak sedari dengan pandagan majazi ini? Bahwasanya, aku dibawah lembayung keredhaanNYA.
Seribu kesyukuran ku panjatkan!
Lalu,
secalit jiwa mula dihurung rasa takut. Dalam setiap perbuatanku, ku khuatir andai aku tersilap. Ku khuatir aku andai menyakiti tanpa sedarku. Khuatir andai aku alpa. Khuatir andai aku melampaui batas. Khuatir........
Justeru,
kekhuatiran itu kian memuncak, bilamana majazi ini mula membuka pacaindera hidup dalam alam nyata. mula khuatir untuk menghadapi dunia. Dunia yang penuh dengan fiil yang berbeda. Tersilap langah, diri kecundang.Kuatkah aku? Tabahkah?. Imanku bagaimana pula?.
Ya Allah, benar...ku khuatir imanku akan luluh! rapuh! goyah! Aku cumalah hamba yang hina dan daif! Gersang dan kemarau hati!
Namun,
Kalam indah ini pengubat segala kekhuatiranku. Penyembuh segala senduku..Lantas, membuahkan semangat dalam sanubariku. Bahkan, mengocak perdu imanku...
"Tidak ada suatu bala bencana(Musibah) yang terjadi atas muka bumi atau yang mengenai menimpa diri kamu semuanya itu melainkan telah dicatatkan di dalam kitab catatan sebelum kami (Allah) tentukannya akan berlakunya, sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah suatu perkara yang mudah.Tujuannya yang demikian itu supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang terlepas daripada tanganmu tidak pula merasa bangga terhadap apa yang diberikan oelh Allah kepadamu. Allah tidak menyukai orang sombong serta membanggakan diri sendiri" (Al-Hadid :22-23)
Alhamdulillah...
dalam kalut malut ini, gerak hati ini temui pendamaiannya. Ku ingat tutur seorang teman padaku yakni Ummu Saiyyidah..
" salam.jgn kalah bila diuji..eheh...truskn mlangkah walaupun hnya dgn merangkak...buktikan CINTA itu.selawat."
Akhirul Kalam,
Semoga diri ini sentiasa di bwah petunjuk dan hidayah Allah.Agar, diri ini tidak alpa dalam meniti arus dunia. Sesungguhnya, ujian itu akan memberi nilai terhadap kualiti iman seseorag dan ia akan berguna bagi memeperkekalkan iman seseorang.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
-
[image: Kopi Tenggek Tanjung Piai]
Tapi main character kat entri ni Lamb Shank dia.
Sedap gilo!
Kopi dia pun sedap!
5 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment