Assalammualaikum,
Menitis air mata
sendunya. Tudung ungu
lembut dalam dakapan.
Badannya terhenjut-henjut menahan sebak.
Semangat melayang. Perasaan
bercampur baur, kaki
tersa lenguh ,
lalu dia terjelepuk
ke tanah. Lemah..
“Kau siksa lagi
hatiku, Herman!” Rintihnya
sayu. Tudung ungu
itu direnung dalam-dalam. Makin
ia cuba mencari
makna, makin itu
dia rasakan sedikit
demi sedikit rasa
yang ampuh dalam
sukut lubang hatinya
tercarik. Dia lemah!.
Dia walah dalam
rasa.
“Aku akan sentiasa
bersamamu dalam izin
mahupun tanpa izinmu ...selalu. Sabar
ku tunggu kamu,
Sinta. Bilamana selagi
getar ini masih
hebat dalam relung
hatiku. Kerana ku
pasti, hati mu
bergetar seiring hatiku.”
Coretan ringkas. Namun,
mesejnya padat.
Sinta Ulfah, wajahnya
tidak secantik mana.Akhlaknya, tidak
sehebat mana. Perilakunya
terkadang terlampau. Namun,
hatinya lembut. Pembawakan
yang sederhana dan
bersopan terkadang. Pemalu.
Peramah. Suka bersahabat.
Dan, sahabat baiknya,
sudah tentu Herman!
Herman, tinggi lampai.
Penyayang dan baik.
Mengasihi Sinta Ulfah
dari dahulu hingga
kini. Mereka berbeda
pendapat. Bertelagah kadang-kadang. Tempat
mengadu duka lara,
seringkali. Menangis ketawa,
acapkali. Namun....itu dulu..........
Dan sekarang,
Sinta Ulfah jauh
bezanya. Hatinya dahulu
disakiti. Berdarah jiwa.
Sahabat.Cinta. Cita-cita. Lemahnya
Sinta Ulfah kerana
lebih memandang cinta dalam
usia yang muda.
Memperbodohkan diri menyimpan
cinta yang tidak
terbalas. Akhirnya, terkorban
cita-cita...dan, sahabat...istilahnya malap! Sinta
Ulfah menanggung penyesalan
yang tak terbatas.
Itulah silapnya ,
Sinta.
Sedangkan Herman...
Memilih
cita-cita juga sahabat.
Bukan cinta!. Sanggup
menyakiti Sinta Ulfah
yang terkapai-kapai dalam
rasa. Bila Herman
ke menara gading,
barulah Sinta Ulfah
mengerti akan makna
segalanya. Penyesalan yang tiada
gunanya lagi. Namun, dia
akur. Dia bangkit
dari kegagalan perasaan.
Dia bangkit dalam
kegagalan mengejar cita-cita.
Cinta...............tiada makna baginya.
Itu semua sementara.
Sinta Ulfah menghumban
rasa cinta dan
derita dalam peti
hidup yang berkunci.
Tak akan ia
terbuka lagi.Ah, cinta....Cukup sementara!
“Aku sayangkan kamu,
Sinta. Dari dahulu
lagi. Bila berjauhan
sebegini, rindu ku
menebal. Aku tidak
mampu membohongi hati.
Aku silap kerana
kasihmu ku pandang
enteng ketika dahulu.”
Ayat itu membuahkan
benci. Sekarang baru
kau sedari setelah
kau sakiti aku?.
Setelah.....
Aku mendapat cinta
yang lain. Amirul...Hadirnya tanpa
disedari. Menghadir tika
hati parah. Mengubat
luka yang bernanah.
Terus sabar melayani
Sinta Ulfah yang
kedinginan. Kesabarannya menambat
hati Sinta Ulfah.Akhirnya cinta
itu terbuka lagi.
Buat Amirul. Hari
demi hari, luka
di hati kian
sembuh. Kasih sayang
Amirul menyelimuti diri.
Syukur, Allah pertemukan
Amirul padanya.
Tujuh tahun berlalu,
Herman! Tujuh tahun!
“Kenapa kau muncul
lagi setelah aku
hampir menjadi milik
orang?. Jangan kau
manipulasikan cintaku terhadap
Amirul. Tudung ungu
ini, biar pernah
menjadi kesayanganku suatu
masa dahulu, namun,
tidak mungkin ia
menjadi milik ku
untuk masa kini.”
Air mata kian
reda. Sinta Ulfah
menghembus keluhan.
“Aku akan berusaha
merebut hatimu kembali
selagi kamu belum
sah menjadi milik
siapa-siapa..” Mesej terakhir
dari Herman minggu
lepas. Mesej itu
mula mengelirukan hati.
Khuatir, peti cinta
yang lusuh dahulu,
terbuka kembali. Ah,
tidak mungkin! Tidak
mungkin dia khianati
Amirul yang telah
banyak berkorban dan
berjuang untuknya.
...Dalam nada nan
meredup...
Sinta Ulfah menghumban
tudung ungu pemberian
Herman dahulu. Tudung
itu kesayangan Sinta
Ulfah. Tudung itu
mengingatkan Sinta Ulfah
pada Herman. Dan
sekarang.. akan dikembalikan
semula. Dia ingin
membina hidup baru.
“Herman, aku bukan
Sinta yang kau
kenali dulu. Segala
keperitan, ujian dan
dugaan hidup yang
pernah aku lalui
telah mentarbiyahkan aku
sehingga aku menjadi
insan yang tega.
Cinta Amirul membaluti
hatiku meski sekarang,
kami berjauhan. Kejauhan
ini mendekatkan lagi
hati kami. Ku
yakin, kau mampu
hidup lebih baik
dari apa yang
impikan bersamaku. Sahabat
tetap sahabat. Pegang
janji itu!”
“Amirul....terimakasih
di atas segalanya.
Kau anugerah terindah
dalam hidupku. Aku
ingin bersamamu selalu...dengan izin
Allah. InsyaAllah..Ku tunggu
hari bahagia kita.”
......................Aku
serahkan segalanya pada
Allah.................Bukan
hak aku hendak
menentukan siapa jodohku.
Segala nya sudah temaktub
dalam Lauh Mahfuz. Sungguh, aku
redha akan segala
ketentua-NYA. Maha Bijaksana,
Maha Mengetahui, Maha
sempurna...Hanya DIA.....................
0 ulasan:
Post a Comment