Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammmad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Allahumasolli a'la Muhammad, Wa a'la ali Sayyidina Muhammad..
Film Naskah Cinta Rasulullah telah menjentik naluri saya. Seakan hati mula disayat pilu yang tiada penyudah. Terlebih dahulu, saya rakamkan jutaan terima kasih pada mereka yang telah menjayakan penghasilan Film pendek yang berunsurkan dakwah ini. Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis.
Alhamdulillah...sungguh bermanfaat sekali. Dan, saya memang tidak jemu untuk menontonnya bagi membantu hati tegar ini untuk lebih mencintai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahuakhbar, jangan tutup mata hati kita untuk melihat cinta dan kasih Rasulullah pada kita.
Rasulullah diutuskan dengan tujuan menjadi contoh ikutan kepada umat manusia dan juga membawa rahmat dan kesejahteraan untuk alam seluruhnya. Inilah hakikatnya mengapa baginda diutuskan untuk umat manusia hinggalah keakhir zaman nanti.
Allah telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat cela, agar dia menjadi contoh yang agung dan terbaik kepada seluruh umat manusia. Segala pemeliharaan itu menjadikan Rasulullah manusia yang paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan Allah mahupun sesama manusia.
Allah sendiri memuji Rasulullah di dalam Al-Quran dengan firmanNYA:
"Sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung."-Surah Al-Qalam:4
Justeru itu, terbentuklah Rasulullah itu sebagai insan kamil yang menjadi lambang segala kebaikan. Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna . Seluruh himpunan sifat baik ini dipakaikan oleh Allah pada diri Rasulullah.
Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak manusia" (Riwayat Malik).
Berbalik pada film tersebut,
Saya tertarik pada babak Aiman membaca surat yang dititipkan oleh Ain kepadanya.
"...namun, kerana cinta Ain pada Allah dan Rasul itu Ain perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Arwah Abah Ain ada meninggalkan pesan kepada Ain, kata abah.." Sesuatu yang kita sangka baik tak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Ain harus selalu ingat bahawa Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Ain ingkar perintah Allah, Ain lupakan Rasulullah maka Ain tidak akan bertemu bahagia. Sesungguhnya, tidak ada manusia yang dapat lari dari kematian. Di Masyar Allah nanti tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Ain apabila membaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita. Pada Ain dan juga pada Aiman. Atas usaha kegugihan dan pengorbanan bagindalah Ain dan Aiman bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syariat yang telah dibawa baginda Rasulullah. Tanpa darah baginda yang mengalir di Uhud dan Taif, tanpa luka-luka yang baginda alami di Mekah tak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kita tentang kasih sayang. Namun, mengapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai baginda sedangkan kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat?. Rasulullah masih lagi mencintai Aiman, mencintai Ain kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapn kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini, alangkah duka citanya baginda? Kita membalas segala pengorbanan , air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak . Aiman, baginda Rasulullah telah berdoa terlebih dahulu untuk Aiman, untuk Ain . Berdoa agar kita diringankan seksa dan kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia. Umat yang merasa cinta yang sebenar. Aima, Ain memilih untuk mengasihi Rasulullah tidak melebihi apa pun. Ain ingin penuhkan hati Ain dengan kecintaan kepada baginda setulusnya. Tidak sekali bagi Ain kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Ain. Ain telah memilih Rasulullah . Ain telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada baginada. Hidayah itu milik Allah, cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang, Ain sear Ain tidak ada apa untuk berkongsi dengan Aiman melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Aiman Aqil bin Akasyah, bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan airmata dosa ini, Ain panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Aiman menyuburkan cinta Aiman kepada baginda Rasulullah kerana Ain yakin, lelaki sebaik Aiman akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah"
Subhanallah, tingginya pengorbanan cinta andai kita kenal erti Cinta yang sebenarnya. Mengalir laju air mata di pipi ini. Allah bagi peluang untuk saya terus melangkah dan terus hidup sebagai umat Rasulullah. Saya insafi diri yang amat jahil dan sempit pengetahuan pada agama Allah. Agama sebenar. Ceteknya hati dalam mencintai Rasulullah.
Wahai pembaca artikel saya yang budiman,
Tontonlah video ini. Fahamkan dan hayati. Bayak pengisian yang cukup meruntun jiwa di dalamnya. Syabas sekali lagi buat mereka yang menjayakan film ini. Gunakan medium canggih ini sebagai menyebarkan dakwah.
Dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Tiaa seorang manusia pun yang akan kekal menongkat dunia yang fana ini. Suatu ketika nanti, kita akan pulang ke alam akhirat. Di amnakah bekalan kita untuk menghadapi persoalan kubur, pertanyaan Munkar an Nankir, kesesakan di Padang Mahsyar dan sebagainya yang berkaitan dengan alam akhirat.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu dan dijadikan panduan dalam membawa diri menjalani kehidupan Rasulullah setelah beginda dalam ingatan kita. Semoga kita beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah.
Saya akhiri penulisan saya ini dengan salawat salam pada junjungan yang sangat dirindui...
Wassalam.
0:57am_11052012
Siti Hajar Ahmad.
Rasulullah dalam ingatan
0 ulasan:
Post a Comment