Assalammualaikum,
Aku melihat kalendar yang berada di skrin handphone. 12 Mei.. bermakna, sudah seminggu berlalu. Dadaku terasa mulai sesak dan berat. Entah mengapa air mata mulai mengalir perlahan di pipi.
"Oh hati...tolonglah jangan bersedih. Bukankah begini lebih baik untuk mu sekarang? Janganlah...hentikan kesayuan dan kepiluan ini. Bersabarlah."
Aku memujuk diri sendiri. Namun , hati ini kian rawan. Makin terasa pilu. Aku benar-benar rasa tidak berdaya. Allahurabbi....aku benar-benar tidak berdaya. Mengalir laju mutiara jernih ini menuruni denai pipiku. Bagai empangan air yang retak berderai!
Sesekali, " Subhanallah, alhamdulillah, wala illaha illallah, Allahuakhbar!"
Sungguh, aku tidak ingin bersedih. Aku tidak mahu lemah kerana perkara seperti ini. Namun, apa dayaku, aku manusia lemah yang sungguh tipis imannya. Aku cuba memujuk hati ini...terus menerus. Akhirnya aku walah dalam rasa. Aku mengalah!. Pantas aku menghumbankan wajahku pada dada bantal berbentuk love yang berwarna ungu lembut itu.
Ah, aku rindu! Rindu sangat-sangat. Bantal ini...dia yang hadiahkan. Hati ku kian sebak. Terasa kenangan kami menerjah kontak memoriku tanpa aku jemput pun. Ianya silih berganti bagai tayangan slide pada hamparan putih. Ya Allah, mengapa teramat sukar rindu ini untuk ku simpan diam-diam dalam lubuk hati?
Seminggu dah. Dahulunya tidak begini, meski jarang berhubung, namun dalam sehari mesti ada sekali untuk bertanya khabar. Hari ini, hatiku goyah. Aku tidak mampu menanggung rasa rindu ini seorang diri. Aku cuba hubungi dia, namun, panggilanku lansung tidak diendahkan.
"Assalammualaikum, maafkan saya kiranya saya menyakiti hati awak sehinggakan awak lansung tidak mahu mengangkat panggilan saya."
Ringan sedikit bebanan ku. Namun, agak lama untuk dia membalas mesej ku. Aku cuba bersabar. Bersabar dan terus bersabar.
2 jam berlalu..
"Awak tidak salah. Saya yang salah."
Mengalir lagi air mataku. Ya Allah, apakah yang dia hendak sampaikan padaku?. Kenapa tidak berterus terang sahaja agar hati ku tidak merasa terhimpit dan terseksa sebegini?. Apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya?
"Apa yang cuba awak sampaikan?. Berterus teranglah. Berilah penjelasan agar saya mengerti. InsyaAllah, saya sedia untuk faham."
Namun, pertanyaan ku tidak mencapai kemuncak pada segala jawapannya. Ianya tetap dihiasi dengan seribu tanda soal yang aku rasakan mulai mengacah dan berlegar-legar tanpa pedoman. Allahurabbi..mengapa dia tinggalkan aku dengan pertanyaan sebegini?
Sekali lagi aku mengalah. Mengalah pada rasa yang entah apa yang ia mahukan. Nondeng hatiku dibawa pilu bersama semilir malam yang membungkam kamar jiwaku. Sesekali, telingaku menangkap bunyi lagu "Terukir di bintang" nyanyia Yuna menerusi corong radio yang yang dipasang oleh adik. Air mataku menjadi kaku di pipi. Sejuk dan dingin.
"Saya suka lagu ni. Bila dengar dan hayati...hati saya teringatkan awak."
"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. Tapi, sayang kan ku capai bintang dari langit untuk mu. Jika engkau minta satu dunia, akan aku cuba. Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia. Hati ini bukan milik ku lagi, seribu tahun pun akan ku nantikan, kamu. Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.."
Ya Allah, di mana lagi aku hendak mencari kekuatan untuk ku paut dan sandarkan hatiku yang kian tidak keruan ini?. Atau aku yang tidak mengikhlaskan segalanya terjadi padaku. Aku cuba untuk berdiri di dunia nyataku. Aku tidak ingin lagi hanyut dalam lautan kesepian yang tiada tebingan ini. Nauzubillah...Astaghfirullah...Ya Allah, tolonglah aku. Pimpinlah hatiku untuk merasa kedamaian dan ketenangan. Aku tidak ingin menambahkan dosa ku pada rasa yang belum halal dan sah untuk ku miliki ini.
Perlahan aku menapak untuk berwuduk, dan seterusnya menunaikan solat tahajjud. Hati ku terdetik untuk melanjutkan tahajjudku pada Istiqarah, namun, aku tidak berdaya. Aku sendiri kurang mengerti. Namun, usai solatku, aku telah mencapai sedikit ketenangan, Aku bersimpuh pada sejadah ungu...ah, itu juga pemberiannya, dengan hati yang rapuh. Allah, aku tidak mampu menggapai ketenangan kiranya tanpa izinmu. Dan aku tidak sesekali akan berputus asa untuk meraih cinta dan kasih Mu. Ku sedar, aku terlampau obses menggenggam cinta lelaki ajnabi yang belum pernah halal untukku. Ampunkan dosaku Ya Allah...
Menangis dan menangis lagi. Teresak-esak...
Siang tadi aku menangis kerana tidak di pedulikan oleh kekasih ku. Menangis kerana dia tidak mempedulikan ku. Namun, malam ini...perasaan ini sungguh berlainan sekali. Aku menangis kerana Aku takut kehilangan cinta dan kasih Allah untukku. Aku takut, Allah memurkai aku dengan perasaan ku terhadap lelaki itu. Aku bersedih, Allah tidak menghiraukan aku. Allah...jangan...jangan Yarabbii...sungguh, aku tidak mampu hidup tanpa cinta dan kasih dariMU.
...Aku boleh hidup tanpa cinta manusia, namun aku tidak boleh hidup tanpa cinta Mu...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau goncangkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Kurniakanlah kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi"
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang melampaui batas dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang kafir."
Tahajjudku berakhir dengan senyuman kedamaian bersulamkan kehambaran.Namun, aku sudah cukup untuk redha. Alhamdulillah. Aku inginkan kedamain ini berkekalan abadi dalam hatiku. Aku akhiri tahajjudku dengan doa..
"Ya Allah, bagi MU segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi MU lah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. Bagi mu lah segala puji. Engkaulah yang hak dan janjiMU adalah benar dan perjumpaan-Mu itu hak, dan firmanMu adalah benar, syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu hak, dan Nabi Muhammad S.A.W adalah hak dan saat kiamat itu benar. Ya Allah. kepadaMU lah kami berserah diri (bertawakal). kepada Engkau jualah kami kembali dan kepada MU lah kami rindu dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakikan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kamu nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Usai melipat telekung dan sejadah. Aku membuka diary ungu (pemberian dia) dengan dada yang lapang. Aku ikhlaskan segalanya berlaku padaku. Dan, aku yakin. Inilah yang terbaik untukku.
Catatan ku bermula..
Alhamdulillah. Aku dambakan kedamaian. Dan, aku peroleh ketenangan. Awak, terima kasih. Awak tidak perlu menjelaskan dan berterus terang. Tidak perlu. Saya akan cuba untuk mengerti justeru memahami. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Benarlah awak...kadang-kadang kita perlu lepaskan orang yang kita cintai kerana belum tentu ia ditakdirkan pula untuk kita. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik pada mu, dan boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu padahal itu amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ( Al-Baqarah :216 )
Awak, seandainya benar ia ditakdirkan untuk kita pasti Allah Azza Wajalla akan menemukan dengan tertanamnya cinta, kasih dan sayang dan memberikan rasa yang lebih indah setelah akad dilafaskan. Saya redha andai ini ketetapan untuk kita. Maafkan saya kiranay saya terlalu banyak menyakiti hati awak selama ini. Maafkan saya kiranya saya terambil dan termakan hak awak. Halalkan segalanya untuk saya biar saya tenang untuk meneruskan kehidupan ini.
Awak, sukar untuk saya melepaskan cinta yang telah sekian lama bermukim dalam hati ini. Dan, saya sungguh tidak berdaya. Saya serahkan segalanya pada Allah agar dikuatkan hati saya...juga hati awak untuk mnempuhi dugaan ini. Saya teramat yakin, Allah adalah sebaik-baik pengatur buat kita. Awak, meskipun berat...saya terpaksa menyatakan kebenaran ini. Bahawasanya....
...Saya akan lepaskan awak...mulai saat ini dan saya akan sentiasa doakan kebahagian awak. Maafkan saya. saya bukan untuk awak. dan, awak bukan untuk saya. Sememangnya, kita milik Allah. Berdoalah untuk kita kiranay hati masih terlalu kuat untuk meneruskannya. Sekian kalinya, saya sayangkan awak...
Wassalam.
Nur Zahra Azha.
Catatan berakhir. Dalam sendu yang panjang, aku titipkan redha demi sekeping hati yang merindu. Demi tahajjud cinta ku.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
-
[image: Kopi Tenggek Tanjung Piai]
Tapi main character kat entri ni Lamb Shank dia.
Sedap gilo!
Kopi dia pun sedap!
5 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment