Assalammualaikum,
Post ini saya rasa mungkin post ekspres dari saya. Tinggal berberapa minit saja lagi saya akan berangkat balik kekampung. Sebelum tu...singgah sebentar di destinasi lain. Untuk berbincang tentang majlis yang kana berlansung tidak lama lagi. Tapi, tadi semasa mengemas bilik, terbuka akan sebuah buku motivasi yang dipinjamkan oleh bakal ayah mertua kepada ku. Ianya tentang Membina Rasa Cinta oleh Dr. Hm. Tuah Iskandar. Buku ini belum habis di baca lagi. Lantaran daripada tugasan harian yang bertali arus, pengurusan masa yang agak terhad.
Akan tetapi,
ada jugak la bele-belek sedikit. Dan, saya ingin berkongsi sedikit bait-bait kata motivasi cinta sekadar perkongsian jiwa buat kita. Mungkin ada yang kabur dalam menilai makna cinta yang sebenar. Dan, mungkin juga tertipu dengan rasa cinta dari sesetengah sudut sahaja tanpa mengenal, cinta itu sebenarnya apa? Dari mana wujudnya? Mengapa ianya terwujud...dan..bla..bla..bla...
Ironinya...dalam setiap kalbu, pasti ada sumbu untuk menyalakan kasih sesama insan.
Dalam kita menganyam cinta dalam sanubari, jangan pula terleka dan tersasar dari landasan cinta suci yang sebenar. Indahnya rasa cinta andai kita pacukan cinta pada matlamat yang betul. Skop cinta teramat meluas. Kita yang punyai rasa cinta yang teranugarah ini hendaklah memacaukan cinta kita dengan cara yang betul.
SUNGGUH, CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA ADALAH SEBENAR-BENAR CINTA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
Ketahuilah,
Alam percintaan adalah alam mengingati seseorang hampir dalam semua keadaan, hatta dalam keadaan kita berbaring, dalam kita tidur, dalam kita belajar, dalam kita bersedih malah dalam kita sibuk bekerja. Namun, janganlah jadikan cinta itu sebagai alasan untuk kita melupakan cinta Yang Paling Agung.
kerana,
Apabila anda mula didekati cinta , mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya bercinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Maka, berwaspadalah dengan memohon petunjuk dan redha Illahi agar senantiasa di bawah lindungan Allah agar kita tidak menjadi insan yang tercela.
Berdoalah semoga Allah mempermudahkan jodoh anda. Yakinlah, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.
Rasulullah pernah bersabda, " Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kehinaan.Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kekayaannya, Maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kefakiran. Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kemuliaan nasabnya, maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kerendahannya. Dan, barang siapa yang menikahi seorang wanita dan dia tidak menginginkan kecuali supaya dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya atau menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati mereka berdua." Hadis Riwayat Thabrani.
Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang hamba (manusia) telah nikah maka dia telah menyempurnakan separuh agama, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam separuh lagi yang tinggal.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
-
[image: Kopi Tenggek Tanjung Piai]
Tapi main character kat entri ni Lamb Shank dia.
Sedap gilo!
Kopi dia pun sedap!
5 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment