Panorama Sungai Debak. |
Dalam aturan waktu yang tak pernah berhenti, kaki terpacak pada bumi yang kian gontai. Mata menular pada lukisan alam yang kian berubah. Hati meratap sayu pada damai yang kian malar. Tanpa dalam undangan, rembesan mutiara jernih menyelinap denai pipiku. Hati mula diusung pilu. Ya, di sini... Aku sedang terpacak kaku di sini. Tempat yang ku anggap sebagi muzium kenangan tika zaman kanak-kanakku, zaman remajaku dan sehinggalah sekarang zaman dewasaku.
AllahuRabbi..Nikmat dalam bernyawa yang Tuhanku limpahkan padaku ini terlalu banyak dan melimpah ruah sehingga aku boleh terpacak semula di sini.
Ini medan permainan ku..
Aku, adik-beradik, dan, rakan-rakanku..
Masa kanak-kanakku..
Tertawa riang dan gembira apabila melihat tembakul melompat-lompat di gigi air. Air tampak jernih dan tenang. Ada reba-rebak( kayu-kayu uzur ) yang hanyut di bawa arus terdampar di dada tanah becek itu.
. "Hey, mari kemari. Mari mandi bersama kami. Airnya segar dan dingin.." Kata sahabatku
. "Sini ada buah tajo, mari kita kutip dan bawak balik.. Boleh kita goreng dan makan bersama-sama". Aku melempar senyum gembira mendengar omelan sahabatku yang lagi satu.
"Jangan main jauh sangat, nanti kaki ditusuk duri pohon mulong." Kakak memberi amaran. Pun begitu, kakiku luka berdarah ditusuk duri dan kaca-kaca..akibat kedegilanku.
" Nak belajar berenang? Meh, kakak tunjukkan.." Sayugia, tangan kakak lepaskan dari padanku, aku tenggelam timbul kelemasan. Mujur kakak sempat menyambar rambut panjangku.
"Kat sini banyak ikan. Kamu tolong jaga kail abang. Sementara, abang memasang pukat d hujung sana." Aku mengangguk. Abang ku yang paling tua berlalu di hujung muara sungai. Ku lihat kesungguhannya dalam memasang pukat. Bila dapat hasilnya, ia memang lumayan. Aku melonjak keriangan.
Jambatan Baru |
Di sini medan duka, suka dan laraku. Ku membawa diri dari kecemukkan dunia. Aku luahkan dalam pantulan air yang kian berubah.
Aku mencarik-carik segala kertas dan buku (Diary) dengan penuh emosi. Ah, menyakitkan! Lalu ku lempar penuh kebencian ke dasar sungai..Ini cinta pertamaku.Yakni, cinta monyet!. Aku tak mahu melihat segala coretan hati dan surat menyurat dari dia muncul di hadapan ku lagi.
"Aku tersasar jalan.. Aku silap memilih. Aku rasa aku hancur!. Bagaimana lagi? Tengok diriku di balik air tu.. Ianya sungguh menyedihkan!" Luah sahabat karibku. Aku turut bersedih. Aku bawa jasadnya tenggelam dalam dakapanku. Semoga kesedihannya berkurangan.
"Aku tak mampu hadapi duri-duri dunia. Aku lemah tak terdaya. Aku fobia. Aku takut. Aku sedih...!" Itu jeritan batinku. Air mataku menitik lalu jatuh ke sungai. Kocak airnya semakin membuatkan jiwaku semakin larut.
"Aku dah ada dia. Dia sayang padaku. Kau tahu, dia hadiahkan aku barang. Dia ambil berat padaku.." Luahan sahabatku yang lagi satu padaku sambil melontarkar bekas minuman ke dalam sungai. Aku tersenyum.. Kami sudah remaja.. Kami sudah punyai jiwa untuk disayangi, dan menyayangi. Dan disini, seakan saksi ceritera hidup kami..
"Nanti, kita bawa ulam-ulaman ini duduk di jambatan k? Aku buat sambal. Kau jangan lupa pulak bawak sebotol air sejuk beku." Aku mengarah temanku. Kami ketawa riang sambil bercerita banyak perkara. Burun-burung yang terbang riang di langit merah turut meraikan tawa kami. Bila azan maghrib mula berkumandang..kami pulang dengan hati yang tenang. Esok, pasti ke sini lagi..dengan menbawa cerita yang seterusnya..
Jambatan Lama |
Disini menjadi medan penghilang lelah dan penyejuk jiwa. Lukisan alam yang semakin berubah. Dibina jambatan baru untuk meggantikan jambatan yang dulunya uzur. Rumput2, sudah tua dan tidak berwarna. Kelebaran sungai semakin ketara. Airnya bagaikan 'milo peng'. Sampah sarap kian sarat! Tapi, ia tetap jua mengalir.. Rebak-rebak yang berusia puluhan tahun itu tetap setia menemani.
"Aku sudah bertunang. Tak lama lagi akan melangkah ke alam perkahwinan. Semoga Allah permudahkan segalanya untu aku." Aku menghayunkan kaki pada untaian jambatan itu. Sahabatku tersenyum gembira. Dia mengangguk dan mengucapkan Alhamdulillah.
"Segalanya akan menjadi lebih baik. Yakin pada diri.. InsyaAllah, percaturan Allah itu hebat". Ya...ini yang ku tuturkan pada hatiku. Aku membuang pandangan ku jauh ke dasar sungai. Semoga Allah melindungi dan merahmati hidupku..
Ya.....disini muzium kenangan ku. Ceritera yang berbingkai dan punyai banyak anugerah terindah yang telah ku nobatkan dalam relung waktu. Syukur Alhamdulillah, kerana aku masih mampu ke sini untuk menikmati lukisan alam yang man dan permai..
0 ulasan:
Post a Comment