" Nama saya Qamari, datang untuk meminta sumbangan daripada pihak tuan sempena program anjuran kami. Saya pengarah program ini," Ujar lelaki itu sebaik membuka pintu bilik.
"Oh, silakan masuk. Pengarah program sendiri yang datang? Silakan." Luqman nampak berminat. Setelah duduk, Luqman segera berbicara.
"Program apa?" Lelaki berkopiah di hadapannya duduk bersandar sambil mengeluarkan sampul besar dari begnya. Dia menghulurkan sampul tersebut dengan tangan kiri , sambil tangan kananya memegang pen.
"Program pembinaan sahsiah anak muda. Tuan, kita diambang kemusnahan, jenayah dan gejala sosial semakin meruncing. Zina, pembuangan bayi, sumbang mahram, kes merompak, ragut dan rempit meningkat setiap masa. Masyarakat perlu dirawat segera, " Ujar Qamari.
" Rawat? Dengan kursus?" Luqman menatap mata Qamari.
"Ya. Hanya ilmu mampu merawat jiwa yang sakit. Kursus ini akan mengajak remaja kembali kepada al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w."
"Saudara mahu mengajak remaja memahami al-Quran dan sunnah?" Luqman menggeleng. Qamari terpegun melihat reaksi itu. Dia memandang bulat wajah Luqman lantas berkata...
"Tuan, ini adalah kebenaran dan fakta. 'Ignoring the facts may give you satisfaction. But it will lead to a catasrophe that cannot be ignored."
"Saya tidak menafikan, saya cuma tidak yakin."
"Legasi yang dibawa oleh Nabi Muhammad al-Amin adalah visi yang paling sempurna. Mustahil ada kelompangan. Baginda berjaya membentuk manusia paling hebat dalam sejarah kemanusiaan yang dibentuk dalam kalangan sahabatnya.Para sahabat sanggup sehidup semati dalam langkah, senafas dan senyawa dalam setiap peperangan, menyokong aspirasinya dalam kecintaan total dan komitmen tertinggi. Rasa itu yang mahu kami tanamkan dalam jiwa remaja."
Luqman mengangguk." Itu saya setuju. Tetapi, saya percaya program ini akan gagal." Dia menunding jari kearah kertas kerja di dalam sampul besar itu.
" Kenapa tuann beanggapan begitu?"
" Kerana dua sebab, pertamanya pada awal pertemuan tadi saudara tidak memberi salam ketika masuk. Keduanya, saudara menyerahkan fail ini dengan tangan kiri. Sedangkan dua perbuatan itu menyalahi sunnah. Bagaimana seorang yang tidak beristiqamah mengamalkan sunnah mampu mendidik orang lain mencintai Nabi?" Soal Luq man tenang.
Wajah Qamari berubah merah, marahnya membuak. Dengan suara yang keras, dia melontarkan bicara...
" Tuan mahu menghina dan merendahkan orang agama? Adakah tuan berfikiran sekular membenci kepada yang berkopiah?"
Luqman tenang, dia menyambung, " Jika inilah respons saudara terhadap teguran saya, program ini pasti gagal. Nabi menyatakan dalam satu sabda Baginda yang sangat masyhur :' Sesungguhnya aku diutuskan untuk meneympurnakan akhlak yang mulia.' Baginda menterjemahkan pekerti sejajar dengan al-Quran. Baginda seorang lelaki lembut dan penyantun, merendah diri dan tidak becakap kasar. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang kurang berilmu seperti saya, sepatutnya saudara terlebih dahulu berhemah, bukan melatah." Ujar Luqman dengan jelas.
"Qamari membalas, " Melatah kepada orang sombong tidak salah. Orang macam tuan memang suka meninggi diri."
"Saudara Qamari, saya graduan Usuluddin universiti Timur Tengah. Saya ditakdirkan menjadi pengurus syarikat. Saya bukan sekularis. Saya minta maaf jika ayat saya tadi seolah-olah meninggi diri. Saya sebenarnya mahu menguji dan menegur sahaja. Membawa sunnah Nabi itu bukan sekadar berkopiah dan berserban. Berakhlak mulia juga termasuk dalam sunnah Nabi kita. Kita wajib memegang akhlak itu setiap masa. Jangan sampai melatah disebabkan ujian picisan. Allah berfirman, maksudnya : "Maka berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepdamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus." (Surah al-Zukhruf 43:43)"
Qamari terkebil-kebil, dia mula menyedari bahawa lelaki di hadapannya bukanlah sembarangan orang. Dia mula merasakan betapa bodohnya dia bertindak terburu-buru dan mengikut emosi.
Membudayakan sunnah Nabi tidak semudah yang dibicarakan, ia bukan legasi picisan!
" Apa pun saya pasti menyokong program ini," Ujar Luqman sambil tersenyum. Qamari terbata.
" Maafkan saya atas kesilapan sebentar tadi." Ucapan maaf mercup dari bibir Qamari demi meleraikan khilaf kecil. Luqman menghulukan tangan, tanda menerima ucapan maaf sekali gus menyatukan silaturahim.
"Qamari, islam itu cara kita bergaul, bertutur, melihat dan mentafsir. Bukan sekadar bahan yang dikursuskan dalam modul, tetapi diabaikan dalam kehidupan sebenar. Islam itu cara hidup yang berpaksikan legasi Nabi Muhammad s.a.w" Lembut pertuturan Luqman. Qamari angguk.. Dia pasti paradigma kehidupannya berubah setapak lagi.
Teks : A Ubaidah Alias
Majalah : Gen-Q / Isu 09 / ms 34-35
# Setinggi penghargaan buat sahabat saya Amyza Iskandar yang telah meminjamkan majalah ini buat saya. Teks tersebut sangat menarik perhatian saya. Ayuh sahabat, perbetulkan niat kita dalam menyampaikan dakwah. Yang utama, jauhi RIAK!
0 ulasan:
Post a Comment