Assalammualaikum,
7 GOLONGAN MULIA
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah A'rasy-NYA pada hari yang tidak ada tempat bernaung, kecuali naungan-Nya, iaitu :
Sedekah yang dianjurkan untuk diberikan secara sembunyi-sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib seperti Zakat.
Abu Samah telah menyebutkan tujuh golongan tersebut dalam sebuah Syair : Nabi ala-Mustafa telah bersabda:
"Sesungguhnya ada tujuh orang yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya iaitu yang saling mencintai kerana Allah, memelihara kesucian diri, sejak muda tumbuh dalam ibadah, tulus bersedekah, menangis kerana Allah, kalbunya bergantung di masjid dan pemimpin yang adil.
Teks : Teacher Ruby
Sumber : Isu 09/ Gen- Q/ ms:13
1 Pemimpin yang adil. Tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya.
2 Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
3 Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya menagalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
4 Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
5 Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirninya tidak mengetahuinya.
6 Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
7 Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata : " Aku takut kepada Allah. "
Sedekah yang dianjurkan untuk diberikan secara sembunyi-sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib seperti Zakat.
Abu Samah telah menyebutkan tujuh golongan tersebut dalam sebuah Syair : Nabi ala-Mustafa telah bersabda:
"Sesungguhnya ada tujuh orang yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya iaitu yang saling mencintai kerana Allah, memelihara kesucian diri, sejak muda tumbuh dalam ibadah, tulus bersedekah, menangis kerana Allah, kalbunya bergantung di masjid dan pemimpin yang adil.
Teks : Teacher Ruby
Sumber : Isu 09/ Gen- Q/ ms:13
0 ulasan:
Post a Comment