Assalammualaikum,
Demi sebuah ikatan, demi secebis kenangan, demi rasa cinta kasih sayang dan rindu.. Ku gores tinta kaku ini dengan hati yang petah dalam bicara..Meski kedengannya tiada dalam relung suara, namun..jiwaku kini meraikannya. Allah..Allah..Allah...demi sebuah pertalian hati yang dianugerahi..akan ku simpul mati dalam tali hidupku. Allahu Akhbar..!
Sahabat,
Di medan ilmu kita dipertemukan,
Atas jalinan kasih yang tiada tepian
mencipta bingkisan kenangan dalam hilai mesra
menitip rembesan air mata dalam perpisahan..
Sahabat,
Aku ke sini, engkau ke sana, dia entah kemana.
Pun jauh jasad terpisah sudah,
Atas ikatan ukhwah yang telah terbina,
kita tetap menyulam rasa dalam maya nan siber
dalam konteks tiada sempadan
aturan kemudahan Allah kurniakan sebagai jaringan
Pabila ku pahatkan
CINTA KASIH SAYANG RINDU
dalam dada sanubariku
ia tetap di situ dengan ikhlas terus menyatu...
Sahabat,
Kita bersatu dalam ukhwah kerana-Nya
tanpa mengira warna kulit
tanpa menghitung harta melata
teguh berdiri dalam alunan kasih sayang
Sahabat....
Ukhwah kita,
mengikat tali persaudaraan
utuh dan gah dalam satu kalimah
kekal walau di mana jua
bersama dan terus bersama
berpesta dalam semangat yang jihad
terus mujahadah
untuk istiqamah
dalam redha
kekal tawaduk
berkat Qanaah..
Ayuh cinta, gapai sifat para Salafuna Shaleh..
Ayuh kasih, genggam jiwa Rabiatul Adawiyah,
Ayuh sayang, semat gigih bunga agama kita Fatimah Az-Zahra,
Ayuh rindu, damba mahligai Jannatul Firdausi..
Dengan lafas bismillahirahmannirahim,
Aku sayangi kamu kerana Allahu Ta'ala..
Terima Kasih Tuhan ku
Kerna mempertemukan aku dengan
mereka..
# Dedikasi untuk sahabat seperjuangan saya , Nurr Azleen, Amyza Iskandar dan Ezzah Ubaidah..
Karya : Siti Hajar Ahmad
19/10/12 23:18
3 ulasan:
salam....waduh3..cinta kasih sayang dan rindu!!!! insyaAllah saling melengkapi untuk terus berjuang di landasanNya... sungguh!!! bila ayat last cinta men dedikasikan untuk kasih terasa terharu eh!! hahahahaha.... syukran j. ya sahabat!!!!!
hehehe....stp yg bermakna dlm hidup sy, sy akan titipkan kngn itu dalam aksara hidup saya..bila sy d jemput pg lebih awal dr kamu, hny ini yg ku tinggalkan sbgai kngn... <3
jgn lupa sign utk jd follower cinta..
Post a Comment