Assalammualaikum,
Tadi kan...boring...boring sangat..Habih satu buku baca, bukak lagi satu..tapi, tak habih baca...buka lagi satu..last2, aku terjumpa sebuah buku nih..Buku catatan warna biru. Tak silap aku, tu hadiah Tunang kepadaku pada awal sambutan hari lahirku ketika aku berkawan dengannya. Memang rasa sweet sangat. Dia tahu yang aku sangat suka akan buku..Tak kira buku apa...yang penting buku!. Dia bagi aku buku tu untuk coret tentang kisah kami. Sepanjang kami berkenalan. Dia tahu jugak yang aku sangat lah suka menulis, Justeru itu, aku tulislah...kisah d awal pertemuan kami....hehe...senyum sendiri bila baca semua kenangan dalam tu. Meski pahit, namun, bila ia di kenangkan kembali... Allah...memang rasa tek percaya sangat begitulah rentetan perjalanan kami..
Dalam buku tu jugak...awal-awal lagi aku telah disedarkan dengan hakikat cinta yg sebenar. Kata-kata yang menjadi peransang untuk aku...dia...memelihara perhubungan kami agar ia mempunyai batasnya.Sungguh!
"Cinta itu datang dari Allah. Sebaik mana pun strategi kita, sekuatmana pun usaha kita, sekiranya tanpa redha Allah tidak akan menjadi jugak. Yang sebenarnya, untuk mendapatkan cinta, yang perlu kita tarik perhatian adalah Allah. Yang patut kita raikan itu juga adalah Allah. Apabila Allah sudah sayang ,berkenan barulah cinta antara kita dan Allah wujud. Kemudian wujud pula cinta kita dengan orang yang kita suka itu.."
Tapi...cinta juga bukan skadar retorika, namun perlukan logika juga.
"Cinta amat mahal takrifnya. Itulah yang difitrahkan oleh Allah swt kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya.. Kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujud kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu.
Cinta tak kan datang kalau tak dicari,
Cinta juga takkan datang kalau tiada siapa yang memberi..
Tapi,
Mencari biarlah pada yang sudi,
bukan meminta pada yang simpati..
Pun begitu, hakikat jodoh tu...ia tetap rahsia Allah..
Allah Maha Tahu, sedang hambanya lansung tidak tahu..
Lalu, buku biru itu ku tutup rapi. Ku masukkan kedalam dakapan ku. Duhai hati...bersabarlah.. Lantas, secalit senyuman mula kembang mekar di bingkai bibirku. Htai mengucap syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi.
0 ulasan:
Post a Comment