..................................................................................................................................................................
"Kalau kau tidak menyusahkan aku dalam sehari, tidak boleh ke , Long?. Aku bukan mintak kau kerja banting tulang empat kerat kau tu. Aku cuma mintak kau jaga adik-adik kau tu!"
Merungut...merungut...merungut lagi..!
Along menutup telinganya dengan ear fon dengan kadar yang segera. Telinganya terasa panas bila mendengar bapak selalu sangat merungut.
"Cuba lah kau faham sedikit keadaan kami , Long. Aku bukannya banyak duit sangat hendak layan karenah kau tu. Buku ini lah...itu lah...macam-macam!"
Along sudah cukup bersabar sebelum ini. Dari kecil, dia tidak pernah mengecapi bahagia. Hidup mereka sekeluarga agak susah. Bapak kerja sebagai nelayan saja. Kalau bapak turun ke laut, mak mesti nak ikut sekali. Bila mak ikut, bermakna segala urusan rumah tangga ini dia yang buat.
Memasak.
Kemas rumah.
Cuci baju.
Jaga adik.
Memasak.
Pendek kata , semua urusan rumah yang melibatkan kerja-kerja perempuan ini bapak dan mak serahkan bulat-bulat kepadanya.
Along anak lelaki sulung dalam keluarga mereka. Dia pelajar tingkatan 5. Tahun ini bakal menduduki SPM. Selaku anak sulung, sewajarnyalah dia mendapat tugas sebegitu n rupa. Namun, terkadang dia merasakan mak dan bapak lansung tidak memahaminya. Langsung tidak pernah menyokong kehendaknya. Yang mereka tahu cuma ....
"Along, jaga adik!"
"Along, jemur ikan!"
Along, pergi laut!"
Along...Along...Along..! Semua Along!.
Kalau semuanya Along, macam mana Along hendak belajar lagi?. Kalau sudah begitu jadinya, ingin sahaja Along berhenti sekolah. Biar bantu mak dan bapak sahaja. Buat apa belajar kalau tiada masa untuk belajar?. Baru sahaja hendak membuka buku... ALONG!
Terkadang, Along cukup tertekan dengan keadaan keluarganya. Silap sedikit, pasti dia yang dipersalahkan. Silap adik-adik pun, dia juga yang akan dipersalahkan. Mana letaknya keadilan untuk Along dalam meneruskan hidup sebagai remaja?. Along akur. Dia tidak mampu membantah. Walau cukup tertekan, namun dia akan berusaha untuk menggagahi hati bertahan demi masa depannya.
Mak dan bapak cuma tahu kerja sahaja. Kerja...kerja...Dia faham akan keadaan keluarga mereka. Tapi, dia tidak suka bila mak dan bapak terlalu banyak bekerja...sehingga mengabaikan dia dan adik-adik. Ah, sukarnya hidup! Rasa ingin lari dari derita batin ini.
Petang itu, selepas mak dan bapak turun ke laut, Along membuku buku Fiziknya dengan hati yang teruja. Dia pelajar pntar di sekolah. Namun, kekangan hidup menyebabkan dia seperti pelajar yang paling huduh sekali. Dengan baju yang kusam, kasut koyak rabak dan seluar yang lusuh. Memang daif. Namun, azam Along tinggi. Ruang sedikit pabila mak dan bapak turn ke laut dan adik-adik semuanya jenuh, dia suka menelaah pelajaran. Dengan caranya yang tersendiri. Along belajar dengan kusyuk sekali sehingga dia tidak menyedari adik bongsu merangkak menuruni tangga dan akhirnya...
"Along, adik jatuh!!!!!" Jerit Angah di kaki tangga. Tergesa-gesa Along mendapatkan adik yang sedang berlumuran darah. Usia adik baru 10 bulan. Adik cedera parah. Dada Along berombak laju pabila melihat adik mulai longlai dalam dakapannya. Bergegar jiwa dan raga Along. Dengan hati yang tidak keruan, Along berlari menuju ke rumah jiran untuk meminta pertolongan. Mukanya pucat lesi bagai tiada berdarah. Angah pula ke pantai untuk meminta pertolongan nelayan lain untuk menyuruh mak dan bapak pulang dengan segera.
"Adik dah pergi , long.." Perlahan suara Mak Jah, jiran sebelah rumah menyapa cuping telinga Along. Badannya mulai terasa terapung-apung ke udara. Tanpa dia sedari, air mata jantannya mula mengalir laju di pipi. Along mendakap jasad kaku adik dan mengucupnya berkali-kali dalam rasa penuh kesal. Adikkk....Along salah. Along jahat. Along pembunuh. Along tak jaga adik dengan baik.. Ya Allah.... mengapa kau mengambil adik dalam keadaan seperti ini?. Aku perlukan adik. Aku sayangkan adik.
Dalam kesal yang tiada penghujung, Along terfikirkan mak dan bapak...Hatinya makin bergetar kuat. Dia tidak mampu bayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya nanti.
Bapak sudah terpacak di hadapannya dengan menunjukkan wajah yang bengis. Dengan tidak semena-mena bapak meluru laju mendapakan Along lalu membelasah Along dengan sekuat hati. Along di pukul dan diterajang di khalayak ramai. Ramai orang kampung yang hadir menjenguk jenazah adik cuba untuk menenagkan bapak. Mak pula, dari tadi mendiamkan diri. Menangis tidak berairmata.
"Pergi kau dari sini, Long. Aku tidak mahu melihat muka kau lagi. Pergi!"
Ayat itui bagai belati tajam yang menghunus tangkai hati Along. Along terpegun. Mata akalnya mulai lumpuh. Yang ada cuma rembesan air mata mengalir kian deras bagai benteng empangan yang pecah. Teganya bapak mengeluarkan Along dalam keadaan seperti ini. Along hendak tinggal di mana? Di mana lagi Along hendak pergi?. Along tiada siapa-siapa pun. Along bersujud di kaki bapak, merayu agar bapak menarik kembali kata-katanya. Namun...
"Pergi...!!!!!"
..................................................................................................................................................................
Langkah terakhirnya.. terpacak di hadapan rumah. 6 bulan dia meninggalkan rumah. Hidup dalam umbang ambing. Mencari kekuatan dalam sedikit kebahagian yang pernah mak dan bapak curahkan. Selama 6 bulan dia tinggal di surau. Tinggal seorang diri. Berdikari sendiri. Allah salurkan kekuatan dalam hati sedikit demi sedikit. Dan, dia mulai bangkit dari kesilapan dengan merendah diri untuk meraih kasih yang paling suci. Semenjak dia tinggal di surau, dia banyak belajar akan hidup. Dia menginsafi kekhilafannya selama ini.
Jujur, dia tidak pernah menyimpan benci dan dan dendam terhadap ke dua ibu bapanya. Dia faham, mereka bersikap dingin dengannya selama ini adalah kerana terlalu tertekan dengan tuntutan dunia. Semoga mak dan bapak terima Along semula...
"Mak, apak...Along dapat 10A. Lulus dengan kepujian. Along sudah buktikan kesungguhan Along. Along ingin mak dan bapak faham hati Along. Along ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Segala perbelanjaan Along ditanggung sepenuhnya oleh Pihak MARA. Along akan berangkat esok. Along kemari hendak memohon restu. Hendak memohon ampun. Hendak mengubat rindu. Rindu teramat sangat pada mak dan bapak. Pada adik-adik. Doakan Along berjaya dunia dan akhirat mak, bapak...Along sayangkan mak dan bapak..."
Air mata mengalir perlahan dipipi bapak. Badan Along didakap erat. Bukan dia bencikan Along.. cuma terkadang dia tidak mampu membendung amarah dan tekanan sehongga Along yang menjadi mangsa panas barannya.. Dan sekarang, Along membuktikan kesungguhannya...
"...Kami titipkan restu buatmu, nak. Maafkan kami kerana tidak pernah berlaku adil padamu. Kami juga sayangkan kau, Long.." Kata-kata itu hanya bermukim dalam hati bapak..
Namun, bagi Along, dia cukup yakin, Bapak mengasihi dirinya..
"Dan Tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah", dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perbuatan mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku ! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil." ( SURAH AL-ISRA' " 23 & 24 )
0 ulasan:
Post a Comment