RSS

Monday 28 January 2013

Penguat Jiwa


Assalammualaikum,
Sangat tertarik dengan artikel ini. Dan, aku nak kongsikan bersama ngn korang. Sama2 fahami dan ambil ikhtibar. InsyaAllah...top-up iman...
Bismillahirrahmanirrahim.....
Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah.
HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.
UJIAN...  Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagian dalam mencari warna cinta Ilahi.

Takdir Itu KetentuanNya | iluvislam.com discover the beauty of islam

Takdir Itu KetentuanNya | iluvislam.com discover the beauty of islam

♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥



♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

♥ Pesanan Buat Suami ♥ -Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

✿ Seorang Wanita untuk masuk syurga ✿


MUDAH NYA SEORANG WANITA UNTUK MASUK SYURGA ♥

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya

sumber: myibrah.com

◕JENIS ISTERI CALON NERAKA◕

Assalammualaikum



"NAUZUBILLAH, YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI DARI SIKAP TERKEJI SEPERTI INI, JADIKANLAH KAMI PARA ISTERI SOLEHAH PENGHUNI SYURGAMU, AMIN"

◕JENIS ISTERI CALON NERAKA◕

1- Tidak Suka Mengerjakan Solat

2-Suka Bercakap Bohong kepada Suami

3-Suka Berhias kepada Orang Lain selain Suaminya

4-Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh Suami

5-Tidak menghormati suami

6-Suka mencari musuh

7-Sombong

8-Tidak takut kepada Allah walau sedikit pun

9-Tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri bila membuat salah

10-Tidak mahu meminta maaf kepada suami

11-Tidak boleh menerima nasihat

12 -Degil dan keras kepala

13 -Merasakan diri lebih baik dari orang lain

14-Suka berpoya-poya

15-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

16-Suka memandang rendah kepada orang lain

"Nauzubillah, ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian, pintu taubat tidak pernah tertutup selagi kita masih bernyawa dan sebelum dunia ini kiamat, bertaubatlah sementara nadi masih berdenyut, selagi nyawa dan jasad masih belum dikembalikan kepada Maha Pencipta, CUKUPLAH MENYALAHKAN SESAMA SENDIRI, TIDAK ADA GUNANYA"

Saturday 26 January 2013

✿ pasal Baby...✿

Assalammualaikum,

Lewat malam. Mata belum ngantok agi nih. Tengok...suami syuk je tengok perlawanan bola. Aku apa lagi, dok ngadap laptop, nak alang2 kerja tertangguh ni. Update SMPK. tapi, sekejap jer mood "rajin" ni datang. hahha...pas tengok gambar bayi nih.. Tumpuan aku terganggu. wasseehh... cumeel..


Usia perkahwinan kami dah masuk 1 bulan 27 hari pada hari ini. wee....lom di kurniakan cahaya mata lagi.
Nak sangat...........
hehehe...sapa tak nak kan? lagipun, keluarga sebelah suami belum pernah lagi merasa menimang cucu / cicit. hehe..Nak gembirakan mereka. Terutama, mak kandung aku. Nak cakap ngan mak, yang aku adalaha anak mak yang mampu melahirkan zuriat dan keturunan mak dan ayah. Allahhu Rabbii...

sampaikan, tengok gambar baby kat tv, majalah, buku, Fb, Tweeter, Blog...Aku jadik terlampau exited. hehe...Tengok budak kecik, pasti rasa geram dan cium2 jer...kalau bkesempatan, sempat jugak dukung.

Usaha kami?

Kami berusaha. Ya...Sentiasa. Tapi, Allah belum kurniakan rezeki. Masih baru kot. Huhu.. Suami cakap, sabar. Kalau ada, ada lah tu. Kalau tak ada, kita boleh usaha dan usaha lagi.

Minggu lepas..lepas lagi...aku di masukkan ke wad kecemasan. Hmmm...ada masalah sedikit. Time doktor scan bahagian perut, soalan yang pertama sekali terpacul dalam mulut aku..

" Rahim saya ok tak?"

Doktor jawab sambil senyum.

" Ok saja. Jangan khuatir. Awak cuma sakit !#$@%%@# saja. Yang penting, awak jaga kesihatan. Makan sayur, makan buah, minum air banyak2."

Aku tersenyum. Dalam hati berdoa...

" Semoga Allah lindungi aku daripada perkara yang tak di ingini berlaku "

Alhamdulillah...seminggu lebih ni dah makan antibiotik, aku rasa semakin ok. Semoga next month , akan ada laaaaahhhh...hikhik....tunggu dengan sabar nih.

Dalam exited aku,
aku tak lupa jugak, survey dan timba pengalaman daripada org sekeliling aku pasal " Pragnant" nih..
Nak kumpul sebanyak mana ilmu dan pengalaman. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami.

 Lain org, lain kisahnya. lain juga perjalanannya.. Dan aku, tetap ingin mengutip pengalaman.

okeh....

ngantok dah..heheh...

Kita hanya mampu merancang aje. Allah yang melaksana. Pun begitu, jangan lupa usaha, doa dan tawaqal. InsyaAllah..Allah permudahkan. 

Suami selalu pesan, Jangan terlalu mengharap, nanti kecewa. Maka, aku dan suami hanya ikut arus. Terus meneruskan perjalanan... sentiasa mengharap..tapi dalam tawaqal..
Usai solat berjemaah, selalu bermusabah dan bertazkirah dengan suami. Topik baby, tak pernah miss. Sampai berangan2 nak taruk nama apa ngan anak nanti. hehehe..
Nak anak yang soleh. Sapa tak nak ka?. Jadi, pandai-la kita jaga diri kita dan didik or bimbing anak kita nanti.  Baby macam kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih itu nanti.

Sentiasa berharap, agar one day.. kalau dah ada anak nanti, smg aku mampu jadi ibu yang solehah. Nak didik anak sebaik yang mungkin. Bdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaALLAH. Smg sentiasa bertambahlah iman ku dari hari ke hari.


Heeheee...Mwaahhh..! Like!. Dulu kecik2 sampai la ni dah besar panjang, Mak sentiasa ajarkan kami..setiap kali keluar dari rumah, cium tgn mak dan ayah. hUHU... kAlau aku, bkn stakat cium tangan. Malah pipi dan peluk mak sekali.
Antara pengalaman daripada seorang sahabat untukku. InsyaAllah, aku akan amalkan... Hehehe...


Selalu jgk cakap ngan suami, pasal nama anak perempuan...nama anak lelaki...heheh...Suami senyum dan mengangguk saja. Kadang2, dia buat penambahbaikkan. utk nama2 yg aku cadangkan. Hoho... Asalkan mempunyai mksd dan elok.


Dan, yang terakhir...ini cuma perancangan saja, kalau dapat baby girl, nak permulaan nama mesti ada nama "SITI" dan pengakhirannya mesti "Iman". Kalau baby boy plak, Nak depan nama " Muhammad". Dan akhirnya, " Muhaimin". InsyaAllah...

 Kalau di panjangkan usia, InsyaAllah...nak beranak banyak2...hoho....macam senang jer...macam la aku da rasa. Tapi, akan aku lalui pengalaman itu.

Okeh.... Nak tido...
Sekian.

Surah Maryam - Fatih Seferagic (CLIC)



Allah....merdunya suara...
untuk anak2 remaja masa kini, daripada dok fanatik sangat, dok obses sangat ngn artis2 korea tu..Justin bieber or what else...lbh baik contohi anak muda nih..

Terus terang, saya kagum ngan anak muda ni. Boleh tengok la kat youtube suara merdu beliau dalam mengalunkan kalimah Allah..

FATIH SEFERAGIC ( Hafiz Al-Quran)
Subhanallah..

✿ Sumayyah ✿



Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.
"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.


Wednesday 9 January 2013

✿ Aku Seorang PPM ✿


Assalammualaikum,

AKU SEORANG PPM.

Catatan yang aku rasa paling skema dalam Aksara Hidup. Ini soal profesion. Soal kerja. Soal...errr...
Ok, straight to the point. Firstly, Apa itu PPM?

Perempuan Punya Maruah?

Pembantu Perdana Menteri?

Penyangak Pakai Motor?

PPM tu ialah PEMBANTU PENGURUSAN MURID.

Dengan suka citanya aku ingin berkongsi pengalaman setelah masuk tahun ke-6 aku berkhidmat sebagai PPM. PPM tu di bawah Jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Kami bertugas di Sekolah-sekolah kerajaan. Dan kami berstatus TETAP DAN BERPENCEN. Bergred N17.  Kenaikan pangkat mengikut Time Based.

PPM ada tiga katogeri. PPM ASRAMA, PPM PRASEKOLAH DAN PPM PENDIDIKAN KHAS. Masing-masing mempunyai bidang tugas tersendiri. Tapi, skopnya tetap “MENGURUS KEBAJIKAN MURID”.

Aku?
Aku PPM PRASEKOLAH. Bidang tugas yang agak mencabar dan kadang-kadang agak tertekan jugak sekiranya berhadapan dengan situasi yang agak genting. Tahun berganti tahun, sedikit demi sedikit pengalam sebagai PPM aku dapat praktikkan dalam kehidupan harian aku. Semakin rasa menarik dan aku terasa makin jatuh hati dengan pekerjaan ini.

Awalnya,
Aku dan kawan-kawan suka-suka saja mengisi borang permohonan untuk pekerjaan ini. Masa itu aku berada di tingkatan 6 Atas. Setelah keputusan STPM keluar, aku telah dirisik oleh Kementerian Pelajaran untuk menjawat tugas ini. Masa itu, aku sedang berada di persimpangan hidup. Ada dua jalan yang perlu aku pilih. Semuanya menuntut sebuah pengorbanan.

Pilihan pertama,
Aku mendapat keputusan 4P dalam STPM. Banyak surat tawaran daripada pihak IPTA dan IPTS datang untuk aku meneruskan pelajaran. Dalam hati, ingin sekali sambung belajar ambil Ijazah. Dalam banyak-banyak tawaran, aku berminat dengan tawaran daripada pihak USM.(Tak ingat dalam bidang apa).
Tapi....

Pilihan ke dua,
Keluarga aku bukannya dari kalangan keluarga berada. Tambahan lagi, masa itu keluarga benar-benar hidup susah. Melihat raut tua wajah ibu ayah, hati makin pilu dan semakin keliru. Mula dalam di lema.

Jadi,
Aku pilih pilihan ke dua. Aku tak nak menyusahkan ibu dan ayah lagi. Sudah cukup aku menyusahkan mereka selama ini dengan menyekolahkan aku sampai ke tahap itu. Susah senang keluarga aku ketika aku masih berada di alam persekolah banyak mendidik hati untuk tabah dan berkorban. Kalau diikutkan , Ibu ayah sanggup menghantar aku masuk Universiti. Tapi, terpaksa gadaikan tanah. (Rasa macam drama tv. Tapi, ini benar!) Aku tak nak harta pusaka datuk aku terkorban demi aku. Biar aku yang berkorban. Walhal, aku juga mengerti, kerajaan memang menyediakan banyak saluran untuk memohon pinjaman bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran. Tapi..hurm...Pengorbanan. Itu yang aku takrifkan. Memang , hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pun begitu, pilihan lebih banyak menjurus kearah pilihan ke dua. Justeru, aku terima dengan hati yang redha dan pasrah. Mungkin ada hikmah. Aku ingin kedua ibubapa ku menikmati hasil titik peluhku sendiri yang tidak seberapa ini. Aku ingin membahagiakan mereka.
Alhamdulillah.

Melangkah kaki ke stesen bertugas sebagai Penjawat Awam yakni PPM Prasekolah di SK Ng Enteban. Banyak menuntut diri untuk belajar cara hidup, persekitaran, dan yang lebih mencabar apabila berhadapan dengan ragam murid yang tak sama perwatakannya.

Sk Ng Enteban, Betong, Sarawak. Sekolah Rendah yang majoriti pelajarnya adalah penghuni asrama. Sekolah pedalaman yang tidak dibekalkan dengan bekalan air. Pelajarnya tidak sampai 100 orang. Majoriti berbangsa Iban. Sejujurnya, aku bangga berkhidmat disini meski kali pertama aku melapor diri ke SK Ng Enteban, abang sulung aku yang menghantar aku dengan menaiki motosikal dari Debak Ke Betong. Dalam lingkungan 30km. Kalau naik kereta boleh sampai kurang  1jam. Kalau naik motosikal, dalam 1 jam 45 minit.

Kalau hendak diceritakan pengalaman selama masuk tahun ke-6 ni, memang tak habis. Banyak suka dan dukanya. Banyak benda baru yang aku pelajari dari hari ke hari. Alhamdulillah, bila fikir dengan positif dan berlapang dada aku rasa pekerjaan ini adalah satu profesion yang harus di martabatkan. Bukannya  di pandang enteng oleh segelintir masyarakat yang sering menganggap PPM itu adalah “Kuli Guru” dan “Pengasuh Kanak-kanak”.

Berbalik pada bidang tugas. Sebagai PPM Prasekolah, aku boleh di ibaratkan memegang pentadbiran untuk satu blok kelas. Apa tidaknya, dari urusan kebajikan murid, perihal keselamatan, kesihatan, kewangan, pejabat dan seterusnya jadi tukang masak, tukang kebun, cleaner dan paling best adalah menjadi seorang kakak kepada kanak-kanak yang masih banyak perlukan bimbingan dan perhatian ini. Daripada itulah, kadang-kadang kepala otak ni selalu “blackout”. Mana nak fikir itu, fikir ini...Tp, Cuma mampu berlapang dada. Ini anugerah yang perlu aku galas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Itulah PPM!

Tuntasnya,
Awal pagi dah buka kelas dah. Sebelum murid masuk, kemaskan sedikit pusat-pusat pembelajaran. Tak lupa, masak air di dapur. Bila murid sampai, sambut kedatangan mereka dengan senyum dan penuh kasih sayang. Ada jugak yang minta peluk dan ingin dibelai manja. Seketika... layan dulu karenah mereka biar mereka merasa seronok untuk meneruskan pembelajaran. Dalam masa yang sama, sediakan minuman pagi untuk mereka. Ketika minum, ajar mereka cara untuk minum dengan betul. Dan titipkan disiplin ketika minum dan berada di dapur. Tahu-tahu sahaja perangai budak. Tak tahu hendak membezakan mana yang bahaya dan mana yang tidak. Selalulah buat pemantauan berterusan. Ingat, larang mereka masuk ke dalam dapur tanpa izin dan perhatian daripada PPM ataupun Guru.

Bila tiba waktu belajar, pastikan mereka berada dalam keadaan bersedia dahulu. Sama ada dari segi penampilan dan juga pemikiran. Pastikan fizikal mereka dalam keadaan kemas dan selesa. Dan jangan suka menengking dan mengherdik murid dengan kasar walaupun mereka buat silap. Tak salah menegur, tp, jangan berkasar. Gunakan ketegasan dalam kelembutan. Titipan pengajaran agar mereka belajar dari kesilapan. Harus di ingatkan bahawa kanak-kanak seusia itu, pemikiran mereka sangat kreatif. Awal pagi yang membawa tangisan buat mereka akan mendatangkan effect kepada sepanjang hari yang mereka lalui pada hari itu. Maka, berdampinglah dengan mereka sebaik yang mungkin. Tapi, jangan terlampau bagi muka. Kebiasaannya, murid yang sering dibagi muka ni, ,mereka mudah naik kepala, naik minyak, naik hantu..mudah hilang rasa hormat mereka terhadap kita. Jadi, dalam tegas, ada lembutnya. Dalam garang, ada kasih sayangnya. Dalam serius, ada senyumannya.

Sebelum rehat, pastikan makanan telah siap di masak dan sedia terhidang. Dalam proses penyediaan makanan jugak, aspek kebersihan sangatlah di titik beratkan. Ikut spesifikasi makanan yang telah disediakan dan kalau boleh, masak makanan yang seimbang. Yang penting, kalau masak, jangan ikut selera kita. Ikut selera kanak-kanak barulah mereka berselera untuk makan. Kebanyakkan kanak-kanak sukar dan tidak suka makan sayur. Saranan aku, hiris sayur tu kecil-kecil. kalau buat nasi goreng, boleh. Kalau sayur biasa tu, jangan potong terlalu besar. Nanti, kanak-kanak tercekik. Biasakan mereka dengan makan sayur, minum susu, minum air suam. Ia bagus untuk perkembangan otak. Ketika makan, bagi yang islam, baca doa dulu sebelum makan. Yang kristian, boleh ‘sembahyang’ dulu. Dalam masa yang sama jugak, pantau kanak-kanak ketika makan. Beri tunjuk ajar bagaimana hendak makan dengan tertib dan betul. Sesudah, makan, pastikan mereka menghantar pinggan mereka ke singki (Untuk melatih mereka berdikari), kemas meja makan( tapi, jarang jumpa yang paling kemas,) dan jangan lupa gosok gigi. Masa menggosok gigi pun, kita harus dan wajib memantau. Malah, ajarkan mereka cara untuk memberus gigi dengan betul.
Sebelum kelas bermula, pastikan mereka berada dalam keadaan yang bersih dan kemas agar mereka  selesa untuk menghadapi waktu pembelajaran. Kita juga disarankan untuk bersama-sama murid dan guru ketika ada aktiviti pembelajaran di kelas. Di samping, memantau disiplin, murid, kita boleh membantu guru dalam P&P.

Ok, bila tiba waktu pulang, pastikan mereka mengemas alat tulis mereka masing-masing. Biasakan mereka dengan gaya hidup yang bersih seperti mengarahkan mereka mengutip sampah dan menaikkan kerusi ke atas meja sebelum pulang. Sekiranya, ibu bapa /penjaga murid tu belum datang, jangan biarkan murid itu keluar dahulu. Di khuatiri berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Bila murid sudah pulang, bermulalah episod kami sebagai seorang suri rumah. Mengemas pinggan mangkuk, menyapu sampah, mencuci tandas, mengemop lantai dan mencuci longkang. Jangan lupa, bagi yang Islam tu, tunaikan solat Zohur dahulu. Boleh rehat sebentar dengan menikmati jamuan tengahari ataupun balik kerumah. Bagi aku, aku tak sempat nak balik. Solat, makan dan rehat kat prasekolah sahaja. Dah siap semua tu, aku sambung pulak buat kerja pejabat. Seperti mengemaskini buku stok (Makanan/Inventori/Harta Modal/Kad Petak), kemaskini maklumat murid, kemaskini fail, membuat tempahan (makanan/PCG/KOKURIKULUM/), menyediakan ABM untuk keesokkan harinya. Sekiranya ada masa terluang, aku akan sibukkan diri dengan menghias kelas.

Dah setle semua, barulah boleh balik!

Letih??
Memang. Tapi, apakan daya.Sudah tangguangjawab PPM. Kadang-kadang letih sangat sebab karenah kanak-kanak ni banyak sangat. Lagi satu, kalau sesiapa yang penggeli atau kurang sabar, memang susah nak jadi PPM Prasekolah. Terkadang,  kanak-kanak tak pandai cuci punggung sendiri selepas membuang air besar. Ada jugak yang suka cirit birit/ berak dalam seluar. Tak kurang juga dengan muntahnya. Ada yang berhingus, air liur meleleh dan yang paling mencabar jumpa kanak-kanak yang hyperactive. Semua itu tugas PPM. MENGURUS, MENGAJAR, MENDIDIK, SURI RUMAH, KERANI, JURURAWAT, TUKANG MASAK, TUKANG KEBUN DAN CLEANER. Perlu bersabar untuk hadapi semua ini.



Tapi, agak terkilan juga apabila profesion ini dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat. Malah, gaji yang di salurkan pun tidak setimpal dengan apa yang telah di tugaskan. Ironinya, PPM hanya perlu bersabar. Teruskan dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kerja. Komited, bertanggungjawab, dedikasi, dan berwawasan. Kerja adalah ibadah. Allah tidak akan sia-siakan setiap titik peluh kita dalam mencari rezeki yang halal. PPM TUNGGAK KEPERIBADIAN MURID. PPM ROLE-MODEL KEPADA MURID. Maka, tunjuklah sikap dan perwatakkan untuk mereka agar suatu hari nanti, kita akan menjadi inspirasi mereka dalam meneruskan perjalanan hidup. InsyaAllah.

Sekian dari aku.

_aksaraHidup_PPMpra_PuanSitihajarAhmad_

Thursday 3 January 2013

✿ Jodoh dan doa ✿


Bismillahirrahmanirrahim...

Mencintai seseorang itu fitrah manusia.Jatuh cinta tidaklah terlarang selama tidak diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang Allah haramkan.

Boleh jadi, saat ini hati kita condong kepada seseorang.
Sehingga kita menganggap dialah yang terbaik menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti. Namun hal ini jangan sampai
membuat kita berlebihan dalam memanjatkan doa kepada_Nya.

Seperti berdoa, " Ya Allah,jadikanlah saya berjodoh
dengan fulanah/fulan.Jadikanlah ia yang terbaik bagi
saya."

Atau berdoa, " Ya Allah jika dia bukan jodoh saya, jadikanlah dia
jodoh saya."

Padahal Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Sungguh akan muncul kaum dari umat ini yang akan berbuat
melampaui batas dalam berdoa dan bersuci."
(Shahih Sunan Abi Dawud, no.87)

Mungkin saat ini kita menganggap dia yang terbaik, namun belum tentu dia lah yang terbaik menurut Allah.

Allah berfirman:
" Boleh jadi,kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidakmengetahui." (QS. Al-Baqarah:216)

Allah lah yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi kita.Termasuk dalam masalah jodoh.

Kita boleh berusaha sekuat tenaga meraih yang kita inginkan, namun kita harus bertawakal dan menyerahkan hasilnya kpd Allah.Jodoh kita mungkin dia yang sekarang kita cintai, mungkin juga bukan.

Namun pasti itulah yang terbaik bagi kita.Yakinlah apa yang Allah berikan adalah yang terbaik bagi kita.

Maka cukupkanlah diri dengan berdoa:
" Ya Allah kurniakanlah kepadaku seseorang yang terbaik bagiku, terbaik bagi dunia dan akhiratku."

Dan sudah berharap mengharapkan jodoh yang baik bererti senantiasa lah berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi...insyaAllah..

✿ Wanita Yang Diinginkan Lelaki Menjadi Isterinya Itu...✿


WANITA YANG DIINGINKAN LELAKI MENJADI ISTERINYA ITU...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bukanlah wanita yang suka berpakaian bagus dan mahal..
Akan tetapi wanita yang selalu menutupi serta membaluti auratnya dengan sebaik-baiknya.

Bukanlah wanita yang memiliki bentuk bibir yang indah..
Akan tetapi wanita yang tak lupa membasahi bibirnya untuk berdzikir di setiap kesempatan.

Bukanlah wanita yang suka merias wajahnya..
Akan tetapi wanita yang tidak lupa menggenangi wajahnya dengan tetesan air wudhu' menjelang Shalatnya.

Bukanlah wanita yang pandai merangkai kata-kata cinta..
Akan tetapi wanita yang bisa menjaga kesopanan dan kelembutan dalam setiap bertutur kata.

Bukanlah wanita yang memiliki wajah dan tubuh yang menarik hati..
Akan tetapi wanita yang senantiasa menjaga pribadinya dengan pakaian akhlak yang santun serta mulia.

Dan bukanlah wanita yang tampak cantik di depan mata saat dipandang..
Akan tetapi wanita yang cantik hatinya. Kerana kesucian hatinya senantiasa memancarkan aura yang bercahaya.

Wanita calon isteri yang didambakan setiap laki2 itu terlahir dari hati yang bersih nan suci. Yang tak lupa memuji Asma Allah yang terangkai dalam setiap untaian kata dari lisannya.

Dan Wanita calon isteri yang didambakan setiap laki-laki itu senantiasa menjaga kefitrahan dan kehormatan serta kesucian dirinya dengan sebaik-baiknya.

Ia selalu pandai membawa diri dan pandai menempatkan diri.
Tak terbatas bersama siapapun ia bergaul dan dimanapun ia bergaul.

Maka berusahalah Ukhty untuk menjadi calon isteri yang demikian.
Yang akan mampu menjadi seorang makmum yang baik jika sudah menikah nanti...insyaAllah..