RSS

Sunday 5 June 2016

🌼Hari Jalinan ukhuwah 🌼


Apabila hati penuh cinta,
Apa yang dilihat semuanya keindahan.

Apabila hati penuh cinta, 
Apa yang ingin diberikan hanyalah kemaafan.

Apabila hati penuh cinta,
Apa yang diterima hanyalah kebaikkan.

Cintailah Allah kerana itulah punca
Cinta segala dan semua.

Jangan dirisaukan apakah
Perjalanan cintamu akan sampai,
Tetapi cukuplah sekiranya dirimu 
Telah memulakan langkah.

Sesungguhnya,
Keindahan cinta Allah itu bukan hanya
di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan.

❤❤❤

Hati yang penuh cinta akan mudah tersenyum.
Kita akan menemui cinta Allah selagi kita mencari.
Jadi, teruskan mencari..
Itu petanda kita akan menemui!


Kenangan majlis berambeh berulam di rumah sahabat kami. Salah seorang daripada banat Ahbabul Mardhiyah. 

Alhamdulillah selesai majlis d rumah AM Atiqah Annuar. MasyaAllah layanan tuan rumah kpd kami sgt baik👍


Moga moga dgn perkumpulan di majlis barokah seperti ini menjadi asbab kita mendapat redhanya Allah SWT dan dapat menggembirakan Baginda Nabi Muhammad SAW. Aamiin~

Fi Hifzillah ahbabul's💕

SALAM RAMADHAN☺

Sollu a'lan nabiy
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

🌼Tupung Berselawat 🌼

Hati insan hanya dpt disatukan dengan iman.Tanpa iman, tiada perpaduan. Apabila iman di hati, syariat akan dipatuhi dan ketika itu akhlak akan subur kembali.

Marilah kita menempuhi jalan itu.
Meskipun kiranya tidak sampai..
Sekurang-kurangnya kita telah menempuh jalan.

Itulah jalan Allah..yg keindahannya ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan! Ingatlah, kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita sekali-kali xboleh memimpin tanpa menyayangi..

Allah terus cinta walaupun kita terus derhaka.
Allah terus kasih walaupun sering dipersia.
Terima kasih atas cinta!

Kenangan khidmat bersama Ahbabul Mardhiyah dalam Tupung Berselawat.
Sempena Rehlah Mahabbah Nur Ahli Badar ft. Ahbab EL Habib bersama tetatu jemputan
Habib Nael Ben Thohir, Habib Naqjamuddin bi Othman Al-Khered dan YB Fazruddin BIn Abd Rahmad Adun N.6 Tupung. 

MasyaAllah! 
Tabarakallah.

Semoga sentiasa diberikan kesempatan, kesihatan tubuh badan untuk berkhidmat pada agama dan menyebarkan cinta Rasulullah saw.

Allah humma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa salim.