RSS

Sunday 5 April 2015

Aku Bercerita (Part 4)

Bismillahirahmannirahim...
Assalammualaikum,

Cerita bersambung kembali..
..................

Pukul 4:30 pagi terjaga dari tidur. Baby menendang dengan aktif sekali. Tidur bukannya lena sangat. Selang 2 jam nurse akan masuk kedalam bilik untuk check nadi. Sy tengok rakan sebelah katil. Hanya kami berdua sahaja dlam bilik. Dia puntak lena juga tidurnya. Dia panggil saya kakak. Sebelum tidur semalam, adalah juga berborak sedikit dengannya. Dia berbangsa bidayuh. Asal dari serian. Katanya, dia mungkin akan di induce sebab baby terlalu kecil. Bila saya tanya, dah cukup hari ke?, dia cakap belum lagi. Kesian tengok dia..Perut memang nampak kecil..dia juga cakap, kalau baby tak dipaksa keluar, khuatir akan berlaku apa-apa dengan dia sebab dia tyerlalu kecil walupun umurnya dalam kandungan sudah matang.
Allahu.. setiap yang berlaku pasti adala hikmahnya.
Sementara menunggu mata nak lelap semula,
saya baca kitab Barakat Makkiyah untuk mengisi kelapangan masa. Ada juga terfikir nak buat tahajud , tapi bila nak masuk bilik mandi nurse sampai dan suruh saya mandi justeru standby pakai baju putih.
"Saya opration pukul berapa ye?" saya bertanya.
"Kurang pasti juga. Tunggu keputusan dari doktor sebab semalam doktor ada cakap, mungkin pukul 10, mungkin juga pukul 12."
Aku mengangguk sahaja.
Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi.
Usai mandi, nurse datang lagi. Check apa yang patut dan tanya apa yang patut. Setelah selesai semua, dalam sejam selepas itu, ada dua orang lagu nurse yang sampai.
"Boleh ikut kami ke bilik bersalin sekejap.."
Sya melongo idak mengerti. Dalam otak, hanya mampu selawat sampaikan apa yang nurse sampaikan tidak menyerap sebati dalam fikiran. Saya mengikut sahaja tanpa bertanya apa-apa. Memang, sepanjang hari itu zikir, istighfar,tasbih tahmid dan selawat tak pernah lekang dibibir.
"Kami nak masukkan tiup dalam saluran kencing, puan." Kata seorang nurse. Tersentak sedikit saya dibuatnya.
Masukkan tiup di saluran kencing itulah yang sering buat saya tertanya-tanya bagaimana rasanya memakai benda tu apabila ternampak orang lain yang memakainya.Saya jadi currious bila tengok beg air kencing boleh penuh.
dan, sekarang..
Saya sendiri yang akan merasakannya..
Hanya Allah sahaja tahu rasa apa yang saya rasa. Syukur Alhamdulillah, nurse itu buat dengan baik sekali dan sakitnya tak lah rasa sangat. Cuma rasa tak selesa sahaja di bahagian itu.

Setelah selesai semua, jam hampir menunjukkan pukul 9 pagi. Saya kemas-kemas sedikit barang-barang dalam loker dalam keadaan yang tidak selesa. Dengan tiup di tangan, tiup d saluran kencing. Namun, hati masih mampu tenang lagi. Sesekali duduk di birai katil sambil usap-usap perut.

9:15 pagi,
Tiga orang nurse datang semula sambil mengusung katil. Seperti tadi, saya blur lagi.
"Puan dah kemaskan barang? Pastikan puan tak pakai barangan kemas, tanggalkan gigi palsu sekiranya ada dan kami akan bawa puan ke bilik bedah sekarang."
Melongo lagi saya dibuatnya.
Secepat ini???
Allah..Allah..Allah..
memang masa pada hari itu berlalu dengan pantas sekali.
"Sekarang ke?"Tanya saya inginkan kepastian.
"Ya"
"Errr...suami saya belum sampai lagi dan saya belum bagitahu dia lagi yang saya akan di bedah pukul 10."
"Puan telefonlah sekarang. Jangan lama sangat sebab dah ada panggilan dari bilik bedah tadi."
Kelam kabut sedikit saya dibuatnya.
Ya Allah, pantasnya!
"Abang, dah nak masuk bilik bedah ni. Dah sampai sini nanti, terus ke bilik bedah"
Suami juga agak terperanjat. Memang terlalu cepat rasanya.

9:30 pagi,
Saya diusung ke bilik bedah.
Apa yang saya alami setahun yang lepas berulang lagi disini.
Bezanya, hari ini saya akan mendukung baby..tahun lepas, saya kehilangan baby.
Sepanjang perjalanan saya mampu berzikir.

" La illaha illah anta, subhanaka inni kuntu minazdholimi.."

Doktor mula membuat pengecaman pengenalan diri semula. Bertanya nama, no kad pengenalan, operation  di sebabkan apa dan seterusnya saya di usung ke dalam dewan bedah.
Proses ini saya dah lalui setahun yang lepas. Jadi, debar dihati adalah berkurang.

Saya masih ingat lagi.
Di dewan bedah yang luas ini saya pernah melalui operation ectopic pregnancy. Di lumpuhkan seluruh badan. kesakitan yan sama bakal berulang semula. Namun saya cuba positif. Hari ini hari istimewa. Berjumpa dengan dia yang kami tunggu-tunggu selama ini. Jadi, saya harus kuat. saya harus berjuang!

Saya cuma dilumpuhkan separuh badan sahaja.
Menerima berberapa suntikan di badan. Suntikan untuk mematang paru-paru baby sakitnya memang tak boleh tahan. Rasa lemah seluruh badan. Suntikan di tulang belakang tak sakit sangat. Saya di baringkan dengan badan yang sudah separuh lumpuh. Saya kira ada 3-4 orang pakar bedah sedang membuat pembedahan. Dua orang lagi berada di atas kepala saya untuk mengajak saya berbual. Ini kerana mengelak saya daripada tertidur. Ada 2 orang lagi pembantu bedah yang turut bersama.

Mula-mula...
Sy rasa perut rasa ditekan-tekan dan disentuh-sentuh sahaja.
saya dengar mereka bercakap..bahasa perubatan yang saya kurang pasti maksudnya.
"Sekarang, doktor dah nak bedah perut puan" Kata nurse yang berada di kepala saya. Saya mengangguk.
tekak terasa pahit. Effect ubat agaknya.
Seperti tadi, lantunan zikir sentiasa di hati.
Allahu Allah..
permudahkan segalanya..
Sakit?
Rasanya tidak kot. Cuma rasa perut ni disentuh-sentuh sahaja. Adalah rasa sikit bila pisau mula merobek isi. tapi, sakitnya lansung tiada.
"Kami dah nak ambil anak puan."
Saya mengangguk lagi.
Tidak lama selepas itu. Dalam kiraan 5 saat, suara bby mula kedengaran.
MasyaAllah...
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa itu. Mengalir air mata ini dibuatnya..
"Alhamdulillah.."Hati kecil ini merafak syukur.
"Alhamdulillah, senang sahaja baby puan dikeluarkan.." Kata nurse itu.
Saya mengangguk sahaja.

Bila baby dah siap di bersihkan,
dia dihantar kepada saya.
"Boy or girl"
Kata nurse yang mendukungnya..
"Boy" Jawab saya ringkas dengan linangan air mata.
Nurse menyuruh saya melihat kaki tangan baby..
Alhamdulillah, cukup dan sempurna..
"Baby dilahirkan sihat..Baby, baby cium mama baby.." Kata nurse itu ramah.
Satu ciuman hinggap dihidung baby..
Ya Allah...
Saya sudah jadi ibu!



....Bersambung lagi. Hehehehe...sorry..