RSS

Wednesday 8 May 2013

...pabila hati berkata...

 
Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum,

 ...dan, apabila bibir beku lidah terkelu untuk meluah kata.
Hanya hati yang rancak bicara.
Berkata dalam bahasa jiwa yang sekadar picisan di hujung kuku..

Ku raup wajah yang basah dalam rintisan air mata,
hatta bibir beku mengalun istighfar
untuk memunggah semula kekuatan di jiwa.

Lalu, fikirku mendidik hati merapuh
ujian...ujian...ujian...
bersangka baiklah!

Ku jua insan,
terkadang sasar dalam caturan hidup
sedang ku tahu DIA Pentadbir seluruh hidupku
namun, seringku tersungkur dalam bisikan hina
menjadi aku insan parah bernanah noda.

Namun, ku punya sekelumit iman.
Anugerah Illahi tanda kasih
bila jasad hampir junam di gaung sengsara
DIA hulur tali iman sebagai penolong
Lalu titisan syahdu haru insaf membasah qalbu

Syukur..
Ku punya sedikit daya
untuk ku paut secebis peransang diri..

Hidup ini adalah memilih,
ada peluang di sebalik dua sesuatu..

# dalam ingatan mengenang aksara hampir retak di badai gelombang uji..08/05/13_perjalanan merawat luka_

Monday 6 May 2013

♥ Sharing Is Caring ♥

 
Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum,

Sebagai santapan rohani.. mlm ni rasa agak malas utk menulis.. Ilham kontang jer..tapi, xper...ada copy paste sdikit kata2 sbg renungan. Moh ler sama2 kita renung, faham, dan amalkan..InsyaAllah.. ~Sharing is Caring~ Kan??
~> Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
~> Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
~> Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
~> Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

~> Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
~> Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
~> Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
~> Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

~> Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
~> Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
~> Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
~> Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……
 
 ♥ Ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu agar RIAK jauh dari JIWA mu..

♥ Ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu..

♥ Ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILAH didalam JIWA mu agar KESYUKURAN sentiasa dekat di KALBU mu..
*jgn ckp kubur masing2*

Melainkan kamu mandi jenazah sendiri, pakai kafan sendiri, baca yassin sendiri..dan kuburkan diri sendiri...
 
  Ketika kehidupan memberi kita seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum.

Nikmati setiap detik waktu dan akhiri kelelahan hari ini dengan keikhlasan. Allah senantiasa bersama-sama dengan hambanya.
 
 ~♥~ JODOH adalah ketentuan ALLAH
tapi ramai yang SUKA berbicara tentangnya...

~♥~ Namun, KEMATIAN juga adalah ketentuan ALLAH
tapi hanya SEDIKIT yang berbicara mengenainya...
 
 Orang yang bodoh ialah orang yang tidak beramal membuat persediaan untuk masuk ke dalam kubur. Kalau dia ada PhD sekalipun, tapi dia tidak buat apa-apa amalan sebagai persediaan untuk membantunya di dalam kubur, itu maknanya PhD dia sama taraf dengan lembu yang paling bodoh dalam pertandingan lembu bodoh sedunia. Nabi sudah kata, orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati dan sentiasa membuat persediaan untuknya.

> Petikan Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Masjid Al-Fateh ) <
 
 “Jangan sampai kita saling melupakan. Kerana dengan saling mengingat, kita akan berbagi kebaikan; dengan sama-sama mendoakan.”
 Antara saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang sebelumnya insan lain pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu melakukannya”....kenapa tidak dan kenapa mustahil kerana segalanya bermula dengan NIAT serta usaha..
 “Datang daripada Allah,
balik juga nanti kepada Allah,
tiba-tiba hidup bukan untuk Allah,
pelik.”
 
 Bila cemburu, bila rindu, bila sedih kehilangan sesuatu, ucaplah “Ma Fi Qalbi Ghairullah (Tiada
di hati ku melainkan Allah)”
 
 Sepertimana helaian daun yang kekeringan lalu berguguran ke bumi,
begitu juga manusia yang pergi menemui Ilahi tatkala usia berakhir,
Sepertimana pucuk dedaunan yang mula muncul di dahan,
begitu juga manusia kecil terlahir di atas dunia. 


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”
— [Al-Mulk 67:2]
 
 “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
 
  Apabila kita REDHA pd sesuatu yg mengecewakan hati kita,maka percayalah ALLAH SWT akan gantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka.
 
“Cinta tanpa ikatan itu penuh dengan rasa ragu,dan keraguan itu mungkin mampu mematikan hati.Sebaik-baik cinta itu bersama dengan redhaNya dan sungguh ‘nikah’ adalah jalan yang paling indah.Penantian itu menjadi lebih indah jika berada di jalanNya.
-PenulisButa-
 
 ❝ Kalau engkau berasa b'kuasa utk b'buat aniaya kpd hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lbih b'kuasa mmbalasnya ❞ - Sayidina Umar Al-Khattab
 
Cinta kasih seorang ibu tak akan pernah luntur dimakan zaman. Tempatkanlah selalu ibu dalam urutan utama daftar hidupmu
 
Dear Heart,
Ujian itu mendidik hati,
Ujian itu tanda sayangNya,
Bersabarlah!
Kebergantungan pada yang satu.. Allah.
 
Orang paling kuat sekalipun, akan kehilangan semua daya ketika berhadapan dengan kematian.
 Kadang-kadang kemenangan itu ujian, kekalahan pula jadi satu anugerah. Jadi tak perlu rasanya berkecil hati dan menidakkan ketentuan Allah.Yakin dgn sebenar2-Nya..Allah lbh Mengetahui. Smua yg blku psti bersebab. Hikmahnya pasti ada.. ^_^
 
 satu kebodohan bila semua nak khabar dlm fb.(psl politik aku lps tgn) bnda tu xksh.suka fb,marah fb,putus cnta fb,even hal rumah tgga pun fb,gaduh ngn org pun fb.rs tak puas ati pun fb.dlm xsdr kita bukak aib sndiri dan aib org dlm fb. Allah pelihara aib kita tp kita yg bukak smua tu.xhairan bila silaturrahim itu pincang krna kebodohan sndiri.kesian.~(Cahaya Suriah)
Kita BAHAGIA kerana KASIH SYG. Kita MATANG kerana MASALAH. Kita LEMAH kerana PUTUS ASA. Kita MAJU kerana USAHA dan kita KUAT kerana DOA.
 
 Sesekali diam agr membuat org di sekeliling kita bahagia..Krn dgn bnyknya bicara yg tak guna trkadang tergelincir dlm dusta/melukai sesama sndri.
 
# Itu Saja...Sekian. Wassalam.. #