RSS

Tuesday 27 May 2014

Sesudah Kesulitan pasti ada kemudahan..Alhamdulillah

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..

Assalammualaikum,
 Tanggal 28/05/2014, hari Rabu, jam 11:28am..aku bercerita lagi. 
Sekian lama, AKSARA HIDUP ini menyepi tanpa coretan.
Sekian lama ia dibiar kosong tanpa penghuni.
Sekian lama, ia kaku tanpa bicara..
Dan, sekarang..dengan lafas suci..bismillahirahmannirahim...
Aksara hidup bercerita lagi..................................................................... ^_^


Aku mulakan perjalanan ini pada penghijrahan pertama aku di Kuching.
Tanggal 3 April 2014, aku berhijrah secara rasmi di Kuching. Akan tinggal bersama-sama dengan suami tercinta. Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan doa yang tak putus selama ini, Allah makbulkan doaku untuk berada disisi suami. Alhamdulillah, syukur diatas segala nikmat jua, permohonan pertama aku untuk berpindah tempat kerja yang baru juga telah diluluskan. Sesungguhnya, janji Allah itu benar belaka!. Janji Allah itu pasti!. Setelah kesulitan, akan hadirnya kemudahan. Alhamdulillah....smg penghijrahan ini membawa makna yang besar dalam rumah tanggaku. Aminnnn..

Mula 8 April 2014,
aku mula bertugas di sekolah baru.
SJK Chung Hua Sejijak, Batu Kawa.. Alhamdulillah..aku terima dengan berlapang dada walaupun setelah sehingga kini, aku banyak menepuh segala cubaan dan dugaan apabila terpaksa bekerja dengan non-muslim lagi. Bezanya, disini..cuma 3 orang staf sahaja termasuk aku adalah muslim. Halal dan haram memang cabran yang etrbesar buatku apabila aku berurusan dengan 'makanan dan minuman'. Allah sahaja yang tahu. Semoga hati ini, diri ini akan sentiasa dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk emnghadapi cabaran yang akan mendatang. Fikiran ku cuma satu!.....Ujian ini, untuk lebih mematangkan aku. Mengajar dan mendidik aku untuk lebih berhati-hati. Dan, yang penting, Iman aku sedang diuji sepenuhnya! Syukur ya Allah, atas segala cabaran dan dugaan ini.

Semenjak tinggal berdua dengan suami,
Hati semakin lapang. Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya di samping menjadi seorang wanita yang bekerjaya. Alhamdulillah dapat urus makan minum pakai suami dengan sekadar yang mampu. Kekurangan dan sebagainya tak akan membebankan kami kerana kami percaya, rezeki Allah Maha Luas. Kasih sayang, cinta  perhatian dan segala pengorbanan ini sudah cukup memadai bagi kami. Alhamdulillah. Kasih sayang dan perhatian yang suami berikan sungguh membuatkan diri ini terharu. Ya Allah, bersyukurnya dianugerahkan lelaki seperti dia. Alhamdulillah. Di samping menjadi suri rumah, berkerjaya, aku juga seorang pelajar. Alhamdulillah. Nikmat hidup dalam mencari ilmu Allah yang sungguh luas. Bukan sekadar sebagai pelajar separuh masa di OUM, tapi sebagai penuntut dalam kelas fiqh dan tasawuf wanita, kelas ratibdan zikir, dan juga kelas sirah. Alhamdulillah. Kelansungan hidup yang penuh dengan jadual ini, insyaAllah...alhamdulillah dapat diuruskan dengan baik atas izin Allah jua.

Tanggal 28 April 2014,
Satu lagi anugerah daripada Allah yang sungguh besar Allah berikan kepada ku dan juga suamiku. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...tiada kata mampu diungkap, dia ayat mampu di lafaskankan untuk menggambarkan kegembiraan dan kebahagian di hati. Maha Besar Allah yang telah mengamanahkan aku sebagai seorang wanita yang akan bergelar IBU. Subhanallah. Apabila merasa selera makan berkurang, rasa suka nak makan asam dan deria bau yang semakin cerewet, hati mula berharap. Namun, ditepis pengharapan itu khuatir kecewa lagi seperti sebelum ini. Loya dan muntah buat pertama kali menguatkan lagi naluri ini. Ketika itu aku sedang berjuang dalam program Intensif Islam anjuran HIKMAH. Aku bisikkan dalam hati, "Seandainya ada nyawa dalam rahimku, kuatkanlah dia dan kuatkanlah aku dalam mujahadah ini, Ya Tuhan.". Alhamdulillah, pagi selepas pulang semula ke rumah, aku melonjak gembira apabila mendapati UPT ku adalah positif. Sujud Syukur...sungguh rezeki Allah xkan ada siapa yang dapat menduganya. Selepas pulang kerja, aku segera ke klinik Ibu dan Anak untuk mendapatkan pengesahan lagi. Bila di scan..subhanallah, mengalir airmataku apabila melihat heartbeat anakku sedang berdetak di screen. Allah...Allah..Allah... aku mengandungkan dia dalam 9 minggu. Smg kami diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam melalui proses awal mengandung ini. Syukur Alhamdulillah.. ^_^

....Hingga kini....
Aku sudah berada dalam 12 minggu 6 hari dalam mengandungkan dia. Smg Allah lindungi dan rahmati kami. Doakan aku dan bayiku sahabat..
Doakan kami..
Kisah lalu..ectopic pragnency..membawa sejuta hikmah dalam hidupku..
Ya,
Sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan!
Janji Allah Pasti!
Semoga bahagia ini akan terus menjadi milik kami...
Smoga bahagia jua akan terus mengiringi anda yang membaca coretan bisu ini..
Smg kita sentiasa dibawah rahmat dan redha dari Allah, Tuhan yang berhak di sembah
dan Rasulullah persuruh Allah..
Allah humma solli ala Muhammad wa ala ali wa sahbihi ajmain.... ^_^


~Sekian, wassalam...~