RSS
Showing posts with label Sarang Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Sarang Kenangan. Show all posts

Sunday, 5 June 2016

🌼Hari Jalinan ukhuwah 🌼


Apabila hati penuh cinta,
Apa yang dilihat semuanya keindahan.

Apabila hati penuh cinta, 
Apa yang ingin diberikan hanyalah kemaafan.

Apabila hati penuh cinta,
Apa yang diterima hanyalah kebaikkan.

Cintailah Allah kerana itulah punca
Cinta segala dan semua.

Jangan dirisaukan apakah
Perjalanan cintamu akan sampai,
Tetapi cukuplah sekiranya dirimu 
Telah memulakan langkah.

Sesungguhnya,
Keindahan cinta Allah itu bukan hanya
di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan.

❤❤❤

Hati yang penuh cinta akan mudah tersenyum.
Kita akan menemui cinta Allah selagi kita mencari.
Jadi, teruskan mencari..
Itu petanda kita akan menemui!


Kenangan majlis berambeh berulam di rumah sahabat kami. Salah seorang daripada banat Ahbabul Mardhiyah. 

Alhamdulillah selesai majlis d rumah AM Atiqah Annuar. MasyaAllah layanan tuan rumah kpd kami sgt baik👍


Moga moga dgn perkumpulan di majlis barokah seperti ini menjadi asbab kita mendapat redhanya Allah SWT dan dapat menggembirakan Baginda Nabi Muhammad SAW. Aamiin~

Fi Hifzillah ahbabul's💕

SALAM RAMADHAN☺

Sollu a'lan nabiy
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

🌼Tupung Berselawat 🌼

Hati insan hanya dpt disatukan dengan iman.Tanpa iman, tiada perpaduan. Apabila iman di hati, syariat akan dipatuhi dan ketika itu akhlak akan subur kembali.

Marilah kita menempuhi jalan itu.
Meskipun kiranya tidak sampai..
Sekurang-kurangnya kita telah menempuh jalan.

Itulah jalan Allah..yg keindahannya ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan! Ingatlah, kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita sekali-kali xboleh memimpin tanpa menyayangi..

Allah terus cinta walaupun kita terus derhaka.
Allah terus kasih walaupun sering dipersia.
Terima kasih atas cinta!

Kenangan khidmat bersama Ahbabul Mardhiyah dalam Tupung Berselawat.
Sempena Rehlah Mahabbah Nur Ahli Badar ft. Ahbab EL Habib bersama tetatu jemputan
Habib Nael Ben Thohir, Habib Naqjamuddin bi Othman Al-Khered dan YB Fazruddin BIn Abd Rahmad Adun N.6 Tupung. 

MasyaAllah! 
Tabarakallah.

Semoga sentiasa diberikan kesempatan, kesihatan tubuh badan untuk berkhidmat pada agama dan menyebarkan cinta Rasulullah saw.

Allah humma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa salim.

Sunday, 15 May 2016

🌼SELAMAT HARI GURU 2016🌼


Untuk semua insan-insan mulia yg bergelar GURU

UKIRLAH walaupun di atas BATU
CURAHLAH air walaupun di atas DAUN KELADI
TULISLAH walaupun di atas PASIR

KERASKAN pahatmu
BESARKAN baldimu
GENGGAMKAN penamu

MANALAH kita tahu
BATU menjadi TUGU
DAUN KELADI menjadi BALDU
PASIR menjadi INTAN

SABAR itu KEKAYAAN
IKHLAS itu KEJAYAAN

لو لا المربي ما عرفت  ربي
Lau la murabbi, ma 'araftu rabbi.
Kalau tidak dikeranakan guruku, tidak aku kenal Tuhanku.

SELAMAT HARI GURU 🌹🌹🌹

#TABIKAKEMASKPGLALANG
#SKDATUKBANDARDEBAK
#SMKSARIBASDEBAK
#SMKSPAOH
#SKNANGAENTEBANBETONG
#SJKCHSEJIJAKPEDAWAN
#OPENUNIVERCITYMALAYSIA
#AHBABULMARDHIYAH
#MADRASAHALKHAIRAT
#MAHAADALMAKKIY
#MTIU
#MakApakGuruSepanjangHayat

Saturday, 30 April 2016

🌼 Batang Ai, Lubok Antu 🌼


..banyak menyaksi hidup yang bercitra. Pertama sekali menapak langkah, masih berjiwa remaja. Bertawa gembira bersama rakan sekaki sekepala. Berkubang dalam biru tasik sambil melontar lumpur atas kepala. Indah sahaja.


Langkah kedua, bersama rakan sedewasa. Berjalan saja sambil bergambar mesra. Tetap saja masih bersuka ria.

Langkah ke tiga, bersama rakan sehati sejiwa. Berdua sahaja mencari diri hilang entah mana. Mula mmuhasabah cari rasa. Mula mujahadah dalam hijrah segala laku dan bicara. Alhamdulillah, dengan berjalan,melihat dan mentafsir makin menimbul rasa hamba. Makin teguh azam hijrah dari hidup yang membawa makna.

Langkah ke empat, membawa duka dan suka. Bersama tunang memujuk rasa. Mencari kata menebar kenangan sebelum lafas sakinah jadi bahtera. Alhamdulillah, untuk nikmat yang penuh citra. Sungguh bermakna, membawa kepada hidup berumahtangga.

Ini langkah ke lima.Bersama anak pula. Tak lupa juga bersama dengan sesetengah daripada mujahidah Ahbabul Mardhiyah yang hebat belaka. Syukur alhamdulillah, rasa pada tasik yang membiru masih sama meski persekitarannya banyak benar berubah rupa. Sedih juga melihat sekeliling tidak dijaga. Tapak kami mengunggun api, memanggang ayam sambil bergelak tawa mula ditumbuhi belukar liar tak dijaga. Kayu jeti untuk berjalan ke pondok tasik juga banyak rompang sini sana.

Allah, meski persekitarannya tidak seperti dulu, namun airnya tidak berubah sama. Kekal berpuput indah udaranya. Kekal asli ciptaan gunung , lembah dan airnya. Allah, nikmat mana lagi yg harus hamba dustai setelah Kau memberi hal yang indah2 belaka?

Terima kasih pada jiwa2 yg pernah bersama ku disini. Ia membawa bahagia! Sungguh! Dan ia kenangan yg sudah terlakar!

Monday, 31 March 2014

Musafir seorang aku


Bismillahirahmannirahim....

Assalammualaikum,

Setelah menyepi daripada tidak melakar tinta, aku kembali lagi. hehe..Entry ni rasanya xda apa2 pkongsian yang nak katakan..cuma nak kongsi pengalaman saja. Sekarang, tgh exited..tinggal bberapa hari lagi nak pindah ke sekolah baru.Tp, yg paling mengujakan adalah dok dekat ngn suami. Alhamdulillah , Allah telah permudahkan urusan kami suami isteri untuk dok berdua. Selama 5 bulan berjauhan dan daku sering bermusafir antara Betong ke Kuching @ Debak ke Kuching. Hampir tiap2 minggu driving...meredah jelan selama 5 jam. Letih memang letih.Tapi, demi suami..demi kuliah..berkorban sikit. Suami xbleh pergi jenguk haku di Betong sbb dia xda cuti. Kalau off pun sehari jak. Xpa lah..itu tidak menjadi masalah buat daku.

Alhamdulillah, 1st permohonan...terus diluluskan. Rezeki...itu lah namanya rezeki.Bersyukur sangat2...dan, sudah pastinya suami yang paling suka. Di Kuching, kami menetap di rumah sewa jak.Rumah flat. Kecik jak. Tp, xpa..itu baru permulaan hidup dan aku lebih suka berdikari. Kat rumah sewa, xleh nak dec02 yang mcm2...tu la yg membantutkan kesenian aku nih.Haha..kalo rumah sendiri...suka ati jak kita nk deco kan?Alahai...dalam perancangan...nak ada rumah sendiri. InsyaAllah..semoga dipermudahkan.

Bila mengenangkan tak lama lagi nak berhijrah mengikut suami, aku happy plus sedih.. Berjauhan ngn family terutamanya. Mesti makin sunyi mak (mentua).. makin sunyilah rumah ni.. hurm..mak dan apak di Debak..msti mkin jarang balik kpg..SKNE, msti deorang terkenangkan daku yang suka melatah..kakak yang garang tp lemah lembut(ehem3.. :p) Allahu...jika hdk di ceritakan kenangan ketika berada di SKNE, mmg rasa sebak giler.

Penempatan pertama. SKNE byk menyaksikan tumpahnya air mataku, bergayutnya senyum tawaku..suka duka dalam berdikari di tempat yang majoriti non-muslim dgn tiada penginapannya dulu..mandi sungai..petang2 suka masuk hutan cari bidin..Part mandi sungai best..hehe..Dari secebis selendang, menjadi selebar tudung labuh..Allah..Allah...Allah..Kenangan!
Tapi, kehidupan mesti diteruskan, tak gitu? Tempat isteri adalah di sisi suami..dan, aku sedia berkorban apa sahaja demi rumah tanggaku. Memiliki suami yang sepenyabar suamiku adalah anugerah terindah dr Allah. Dia air tatkala aku api..aku yang lebih banyak api nya...alaaa...biasalah pompuan..hehe..tp, xlah api membara. Aku bukannya pandai sgt marah.Tp, merajuk blh tahan lah...hahah...biasalah...pompuan..

harapan,
InsyaAllah...smg semuanya baik2 sahaja di tempat kerja baru nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami suami isteri. Rezeki ini tak di jangka, malah datangnya begitu pantas...smg selepas ini, rezeki lain pula yg menjelma..Aminn...berserah dan bertawaqal hanya pada Dia, Yg Maha Berkuasa ke atas seluruh isi kehidupan ku, jua makhluk2 ciptaan-NYA.. kami hny mampu berusaha dan berdoa seterusnya bertawaqal..selebihnya, adalah atas urusan Allah. Keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah..di hati.. ^_^

Selamat malam dan selamat istirehat..

Wednesday, 1 January 2014

Goodbye 2013, Welcome 2014!!!



Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum,



Aku menggaru kening sebelah kananku. Otakku ligat sekarang. Oh, peti! Ya..Peti. Lantas aku berlari anak menunuju ke bilik memori. Seketika, aku terpunduk diam. Memandang bilik memori dengan perasaan yang bercampur baur. Di hujung sana, peti yang berlabel 1987. Ia tersusun rapi..mengikut tahun...sehinggalah sekarang, tahun 2013. Aku menarik peti 2013, dan satu peti kosong. Maka dengan itu aku bersusah payah menarik peti-peti itu keluar dari bilik memori. Bilik memori ku tutup rapat. Ku kunci.

Di ruangan bilik,
aku membuka peti 2013.Kenapa?? saja-saja..hendak melihat semula isi di dalamnya. Mencari makna diri, siapa aku dlm tahun 2013. Aku ingin bermuhasabah. Selajur, ku buka sehelai demi sehelai helaian hidup. 

Awal Januari,
Bulan ke 2, aku menjadi tanggungjawab yang sah buat suamiku. Malah, tahun ke 2 aku mendiami rumah mentuaku. Rentetannya, bercampur aduk. Seketika, mentari menyinar menerobosi ruangan hati lalu melahirkan sang suria yang tersenyum bahagia. Terkadang, awan kelabu berarak mendung mengatapi denai jiwa yang rapuh. Tiap kali, langkah tersadung batu, tiap kali jua diri terjelepuk di gaung hitam...walau mendatang luka, namun, ia segera terubati. Laksana, kuasa magis yang menyembuhkan luka berdarah. Syukur..Setiap satu daripadanya mampu diatasi walupun terkadang, diri hampir-hampir menjurus kepada berputus asa. Allahu Rabbii... Aku berpegang kepada satu prinsip, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolomg..Alhamdulillah..dari masa ke semasa..bangkit walupun sakit, ia mampu membina kejituan hati yang mkin kental. Alhamdulillah, segalanya ilham dari Allah jua.

Dalam perjalanan itu,
tersisip kisah indah bersama keluarga tercinta. Kasih sayang mak dan apak yang tak pernah berbelah bahagi kepada 8 orang putra dan putrinya. Pengorbanan cinta dan kasih sayang mak dan pak, tak mampu aku balas walau dalam akhirat sekalipun. Mereka pejuang kasih sayang yang sbeenar. Walau kami anak-anaknya, masing-masing sudah punyai keluarga sendiri, cinta dan kasih sayang mereka sangat mekar dlm hati. Apak dengan ketegasannya dalam pimpinan rumah tangga sering menyentuh hal keagaamaan. Berusaha merangkul bahu kami, juga menantunya untuk sama-sama berdiri dalam jemaah.Mak dengan lemah lembutnya, yang sering mengingati kami, puteri-puterinya tentang adab seorang isteri.Tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.. Alhamdulillah, bila mampir ke rumah mak, jarang sekali tidak menunaikan solat berjemaah, kerana apa sangat tegas dalam urusan solat. Alhamdulillah.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mentua yang sangat mengasihi diri ini seadaanya seperti mengasihi anak kandung sendiri. Walau diri ini tidak mampu melakukan yang terbaik, namun, diri ini ingin berusaha menjadi yang solehah untuk suami terutamanya,juga kepada mereka. Kebaikkan mereka tak mampu juga untuk ku balas walau di alam akhirat sekalipun. Sesungguhnya, pertemuan ku bersama ahli keluarga ini adalah anugerah terindah dalam hidup. Maafkan aku, terkadang, aku bukan suri yang sempurna.Mungkin kerana rentetan ku sebagai wanita yang berkerjaya menyukarkan aku untuk menumpukan perhatian pada mereka. Maaf, aku bukan wanita yang kental hatinya..mampu menerima tujahan berupa pengjaran dalam lafas yang agak keras..sesekali tergores jua..kerana aku.......wanitaaaaaaaa yang cukup lemah. Namun, ribuan terima kasih yang tidak terhingga, mereka banyak mengajar aku erti suri yang sebenar. Dalam diam, aku sedang mengamati lalu ku garap sebagai pengajaran yang sangat berguna. Alhamdulillah..Terima kasih, ya Allah..

Masih segar dalam ingatan, percutian bersama keluarga mentua di Pontianak, Indonesia. Alhamdulillah, berkesempatan.

Awal September,
aku melangkah sebagai wanita yang punyai komitmen yang bertambah. Yakni, sebagai pelajar separuh masa di Open Universiti Malaysia yang berpusat di Kuching.Bertambah komitmen, maka, bertambah jualah tanggungjawab. Sebagai isteri, menantu, anak, penjawat awam,juga sebagai pelajar. Kenapa aku belajar semula?. Itu impianku..sekurang-kurangnya ijazah dalam tangan. Master, phd InsyaAllah, kalau diizinkan. Sekian lama ingin menyambung semula pengajian yang terbengkalai, akhirnya Allah membuka pintu rezeki dan juga pintu hati untuk belajar semuala. Di OUM, aku adalah seorang pelajar dalam bidang Bachelor of Education (Education Administration) with honours.Sokongan yang jitu dari suami adalah satu aspirasi dalam jiwa. Keluarga kandungku terutamanya, juga keluarga mentua mengizinkan perjuangan ku. Alhamdulillah. Semoga, dalam langkah ku menimba ilmu, akan dipermudahkan oleh Allah...Amin.

Pertengahan Oktober,
aku, kami...di uji lagi. Kebahagian dalam pernantian untuk menjadi ayah dan mama seakan tergugat. Aku di sahkan mengandung diluar rahim. Setelah menanggung keperitan dan kesakitan seorang diri, akhirnya aku dibedah dan sebelah tiup fallapio ku di potong. Dugaan yang terasa amat sukar untuk ku tempuhi. Hanya mampu berserah dan berfikiran positif. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan makbulkan jua doakan untuk menjadi seorang mama suatu hari nanti. Suami ku adalah tongkat ketabahanku. Tanpa dia disisi, mungkin aku luluh .Mungkin aku hancur.Hampir aku berpaling dari landasan sebenar dek fobia yang menghurung jiwa, namun..bisikan lembut nurani ini agar redha tidak pernah jemu. Syukur, dalam redha, aku pasrah. Menyerah segala ketentuan hidup ini dengan serela hati. Aku ini milik Allah. Anakku juga milik Allah. Bukan rezeki dia untuk melihat dunia melalui rahimku, dan bukan rezeki aku juga untuk menyusukan dia, mendidik dia dan melihat dia besar dewasa. Bukan..semua itu sudah percaturan Allah untuk hidupku. Dan, deminyawaku dalam genggaman-NYA aku akan meneruskan hidup ini. Dengan harapan, suatu hari nanti..aku dapat merasa bagaimana menjadi seorang mama untuk anak kandung sendiri hasil perkongsian hidup dengan lalaki yang bernama, Muhammad Azalan Bin Buang. InsyaAllah.

Penghujung November,
Nenek, yakni nenek kepada suami ku kembali kerahmatullah. Ala-fatihah untuk arwah nenek, wanita yang sangat kental hatinya. Seorang ibu yang sangat kuat jiwanya. Syukur alhamdulillah, kerana Allah pertemukan aku dan suami dengan nenek sebelum nenek menutup mata buat selama-lamanya.Smg roh nenek dicucuri rahmat dan di tempatkan disisi orang-orang yang soleh dan solehah di sana. Sungguh, mati itu pasti...hidup itu INSYAALLAH!. Demi nyawa dalam genggamannya..demi urusan dalam tangannya..aku adalah hamba yang kerdil, tidak punyai apa-apa. Kembaliku nanti, kepada Allah jua, pemilik alam semesta raya ini. Allahuakhbar!


Dan Sekarang,
Aku mengulum senyum. Menyeka setitik mutiara yang berkaca di tubir mata. Sungguh, hidup ini amat indah untuk di nikmati. Sungguh, hidup ini terlalu banyak mengajar untuk menjadi seorang hamba..dan, sungguh, hidup ini penuh dengan ketidak pastian. Masa depanku samar di hadapan, namun, aku harus melangkah. Menapak perlahan untuk mengecapi redha Illahi. Smg Allah redha akan perjalananku suami isteri, juga mereka-mereka yang sangat ku sayangi.

Aku menutup helaian 2013 dalam nafas yang mendatar. Alhamdulillah. Sampai sekarang, Allah masih izinkan aku untuk terus hidup di dunia yang smentara ini bersama dengan suami tercinta, keluarga tersayang, sahabat yang di hormati..dan semuanya yang berada di sisiku.Alhamdulillah, sampai waktu...kami akan pulang ke dunia yang kekal abadi. Semoga di syurga sana, aku menjadi ketua bidadari untuk suamiku. Allah humma aaminnn..

Peti 2013 ku tutup. ku kunci rapat. Apa pun yang terjadi padaku selama ini, itu adalah proses pendewasaan. Diama, ia mengajar aku untuk lebih matang, tabah dan lebih kental meneruskan hidup. Aku masukkan semula peti 2013 ke dalam bilik memori. Ya...bilik ini...terlampaubanyak menyimpan kisah hidup. Dan sekarang, bilik ini ku akan kunci jua.

Di hadapanku, sebuah peti kosong sedang menunggu. Ya..perjalanan bermula lagi. Pengembaraan pun bermula. Dalam perjalanan mengenal diri, mencari kebahagiaan...dunia dan akhirat. Lalu, ku label peti ini dengan....

2014!

Welcome 2014. Sekarang aku berada di dalam mu. Semoga aku lebih kental dan kuat menghadpi dugaan dan cabaran hidup selepas ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku..urusan kam..

Goodbye 2013!



~Sekian~

Monday, 12 August 2013

Saya Punya Raya!

Assalammualaikum,

SELAMAT HARI RAYA, 
MAAF ZHIR DAN BATIN.

5 Syawal... Sekejap jer kan?? Rasa baru semalam je puasa..dah tu...pejam celik...dah jumpa syawal dah. Alhamdulillah..Allah bagi kemurahan rezeki untuk kita terus bernafas dan menikmati syawal pada tahun ini. Ramadhan berlalu sudah. Indahnya ramadhan, hanya akan di rasai oleh seseorang yang ikhlas dan jujur menjalnkan ibadah untuk meningkatan amalan bukan untuk mendapat redhanya manusia, namun untuk meraih dan mengharap redhanya Allah SWT!

Allah..
Syukur Alhamdulillah...
Raya ini, tahun pertama bergelar isteri.Menantu... Alhamdulillah. Nak siapkan persedian untuk sambut syawal memang tak menang tangan. Buat kuih dan biskut terpaksa di lebihkan lagi untuk dibahagi sama rata untuk mentua dan untuk keluarga sendiri. Alhamdulillah, walaupun penat, namun berbaloi2 hasilnya.

Paling membahagiakan,
Apabila adik-beradik yang berada di Johor Bahru balik beraya di Sarawak. Di rumah.. Kalau di hitung berapa kerap akak dan abang sy balik kampung, memang setahun tu..hnya sekali jek. Terkadang 2 tahun sekli. Tapi, Alhamdulillah...Allah telah murahkn rezeki mereka untuk beraya di kampung. Bukan sebab deorang lupakan family..Tp, lantaran tugas yang membataskan mereka untuk balik..

Sekarang, 
tak mo cakap byk...ni haaa...sedikit gambar daripada family saya.. ^_^ sempena raya..

Bersalaman bersama suami tercinta. Ampunkan segala silap dan salah. Maaf kiranya sepanjang kita bersama, saya telah banyak menguris hati abang..

1 Syawal. Beraya di rumah suami. Keluarga suami kecil je..

2 Syawal. Beraya di rumah sendiri bersama dengan keluarga besar saya. Semua yang berada dalam gambar ni adalah ahli keluarga saya, yakni adik- beradik sy. Hehehe...ni blm datang suma ni...

3 Syawal di rumah Pak Uda Udin. Abang kepada Mak. Yang byk anak dara kat bawah tu...tu member sy.hehe...


Keluarga saya + Keluarga suami = Keluaga kami

Dapat upload gambar raya untuk 3 Syawal saja.Hehehe...apapun, raya taun ni byk memberi seribu kemsanisan. seribu kasih sayang. Seribu kemaafan. Seribu harapan. Seribu kenangan..dan yang paling best...seribu pengalaman. Alhamdulillah. Ini lah kelurga besar saya, Siti Hajar Binti Ahmad serta suami , Muhammad Azlan Bin Buang.



~Siti HajarAhmad~

Thursday, 14 February 2013

✿ Aku, My Son, Adik Dan Adinda ✿


Assalammualaikum,

Pertemuan telah ditakdirkan,
antara kita tidak pernah dirancangkan,
manalah takdir hendak di lawan
semuanya ketentuan Tuhan..


Perkenalan yang sungguh-sungguh tak dirancang. Bersuai kenal dengan mereka dalam titik kisah yang tersendiri. Suka untuk aku katakan...ianya atas jalinan ukhwah yang sedang bertaut di hati. Kerana Allah Ta'ala.

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama-sama kita lalui,
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini..


Sejujurnya, berkenalan dengan adik ku Ezzah Ubaidah yakni suka ku panggil dengan "My Son" adalah bermula daripada muka buku juga. Alhamdulillah.. sedetik demi sedetik dalam ketikkan masa perkenalan, membuahkan rasa sayang dan tanggungjawab terhadapnya. Perwatakkan cukup menarik. Teguh dan bijaksana. Terkadang, membuatku berfikir, matang..bukan di kira melalui usia, namun, matang adalah dilihat  dari segi pemikiran. Ya. Dia cukup matang. Berbanding diriku yang terkadang bsikap ke anak-anakkan. Ngeh3... ^_^


Sahabat yang sangat ku kasihi,
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi
mengubat sepi di hatiku..


Tak lupa pada adikku.. Khadijah.. Ku kira, Ramadhan tahun lepas aku mengenalinya. Namun, mungkin timbul keserasian menyebabkan aku senang bergurau senda bersamanya. Dia periang. Malah sentiasa membuatku ketawa. Walaupun aku dah kawen, tapi, dia ringan tangan menaip msej bertanya khabar kadang kala padaku. Huhu...rasa nak cubit-cubit jak pipi si kenit nih. Semoga kekallah ke Jannah akhirnya ukhwah ini. insyaAllah.. ^_^


Sorang lagi..si cute miut... Nurr Azleenda (Err....betoi ka dak aku taip nama budak tomei nih).. Hehe..lebih senang ku panggil adinda.. Heheh...berkenalan dari muka buku jugak asalnya (Sebenarnya). Namun, baru jer bersua muka tahun lepas. Wakakak...selepas join majlis Ilmu.. Alhamdulillah , talian ukhwah ini terus terpaut menyebabkan aku jatuh sayang dengan budak tomei nih. Hahah..,nampak jer macam ahli tinju yang ada "blackbelt"..tapi, dalam hati, ada taman taw. hahaha.. ^_^


Sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau di sampingku
walau kini hilang di mata
namun kau tetap di hati ku...


Walau kini hilang di mata, namun tetap di hatiku...cewwaahhh...jiwang apokah?? Ya.ya..ya..semua jauh....My Son jauh..nimba ilmu sambung degree di UNIMAS. Adik pun nimba ilmu jugak..kat Segamat, Johor. Adinda?? hehe...dia dekat...dekat di mata, jua dekat di hati. Apa tak nya, rumah tak jauh. Haha..tp, jarang-jarang la bersua muka. Heee..tak apa, ada FB, LINE, WHATSAPP, CUBIE,INSTAGRAM,TWEETER...heheh...masih boleh berhubung lagi. Alhamdulillah, Allah bagi kemudahan untuk kita semua, kan??

Ohoo...bertuahnya ku rasa, 
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu...

Ohohohoho...bertuah sangat. Syukur ya Allah. Mereka di takdirkan untuk menjadi sebahagian dalam hidupku. My Son, Adik dan Adinda...kiranya akak yang agak sot dan jahil ini pernah menegur atau pernah mengecilkan hati korang, akak mintak maaf banyak2. Akak tegur demi kebaikan. InsyaAllah.. dan akak nasihat di samping menasihati akak sendiri. Emmmphh...siapalah akak untuk menasihati dan menegur, kan?. Ilmu pun takat STPM jer. Jahil lagi. Maf..maaf..maaf...akak tegur tanda sayang. Lansung tak berniat hendak mengecilkan hati korang. Huhuhu...maaf yer atas kekurangan akak yang sot bagai ni..

Dan,
tegurlah..nasihatilah akak yang seringkali buat silap, alpa , cuai dan tak tau reti ni.. InsyaALLAH, akak akan terima dan ambik yang baik2 sebagai pedoman dan yg tak baik akan akak perbaiki. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam mencari redha Allah.Akak sayang korang kerana Allah Ta'ala.. ^_^

Sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau di sampingku
walau kini hilang di mata
namun kau tetap di hati ku...


Namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
 kemesraan bermekar di akhir pertemuan
sayup menitiskan airmataku..

Lirik last ni, menyebabkan aku sering teringatkan bff aku yang dah lama lost contact. Hurm...Nur Sheda. Meski jauh..namun, nilai persahabat yang pernah terjalin ukuh antara kita tak pernah terputus. Semoga berbahagia kau bersama suami tersayang. Moga cepat dikurniakan cahaya mata. InsyaAllah..kita merancang, Allah yang melaksana..



#Sumber Gambar : Gambar time kitorang pi jalan-jalan.. Lama dah aku tak jejalan pas bergelar isteri ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan pertemuan kami pada hari tu setelah lama merancang untuk berjumpa. Semoga akan ada lagi " Hari " itu untuk kita. InsyaAllah.. ^_^