RSS

Wednesday 24 July 2013

Tali Dunia


Assalammualaikum,

Allahu Allah...lama dah tak menjenguk Aksara  Hidup ni. Malam ni Alahamdulillah pada 24 Julai 2013 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1434H diri masih di beri peluang untuk melakar tinta tanpa suara ini dalam kanvas Aksara hidup.    

Masih belum terlambat lagi kan untuk saya ucap.... SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada anda-anda sekaliannya!!! Smg Ramdhan kita pd tahun ini lebaik baik, lebih bermakna, dan lebih banyak amal ibadahnya. Jom, sama2 berlumba untuk tabung akhirat!.

 

Nak cerita...tapi...banyak sangat cerita ni...sampey xtau nak start dr mana. Huhuhu... lama dh tak memblogkan diri ni...cerita mula berpadat2 dalam kotak kenangan. 

Sebenarnya, kan....banyak yang berlaku ngan sy smnjak dah jadi zaujah ni. Alhamdulillah.... smg hati, iman...masih kuat dan masih kental kesabarannya meniti tali dunia yang licin dan berserabut ni. sy yakin, Allah nak uji. Allah sayang, kan?. Sy bisik lam hati ni...alaaa...xyah ngengada nak mengeluh merungut bagai. kita xder hak nak pertikaikan apa saja ketentuan dari Allah Ta'ala. Kalau di kira nikmat yang Allah Ta'ala berikan ngn kita... Allahu Rabbii... betapa besar kasih sayang Allah Ta'ala ngn kita sampaikan kadang-kadang kita jadi buta, tuli, bisu...xnampak semua tu. Sebab apa???... bunga2 dunia yang sering melalaikan. Membuaikan. Ah, hati sering dibolak balik!. Tapi, gantungkan keyakinan yg tinggi ngn kekuasaan Allah Ta'ala.!.... errr...membebel pulak dah...ehehe... :p

 

Dalam perjalanan meniti tali dunia ni jugak, kadang2 kaki t ersadong pada ikatan simpul. Melihat sekejap pada permainan dunia dalam layar kanta mata..pandangan majazi!. Ah, ada sahabat yang tikam sahabat dr belakang. Ada yann tak dapat terima teguran walaupun teguran tu adalah utk kebaikan dirinya jugak. Ada yang putus asa menempuhi hidup lanataran dugaan yg terlalu memeritkan dirasa. Ada yang bergaduh bermusuh bagai. Ada yang jadi duri dalam daging. Ada yang hipokrit, bertalam dua muka. Nauzubillahimin zhalik. Allah...byknya masalah dunia yang direka sendiri oleh manusia hasil arahan daripada syaitan dan iblis durjana.
 

Sy kembali melihat pada diri. Jauh dalam diri.... sy nampak hina.Sungguh keji.. Sungguh pudar dan jijik. Jijiknya sy di mata Allah. Takut...gementar...terkadang, sy tersungkur dalam kemelut jiwa pada hidup yang terduga. Hanya mencari kekuatan dalam sadur jiwa yang masih basah dengan kalamullah. Allah, biarkan sy hanyut dalam bahtera kasih sayangMU. Biarkan diri longlai lemah kerdil dan tak punya apa-apa ini lemas dalam cinta dan kasihMu. Sy takut....

 

DUNI INI TAK KEJAM. DUNIA INI ADIL. YANG KEJAMNYA ADALAH KITA. YANG TAK ADILNYA ADALAH KITA. justeru, kenapa harus salahkan dunia??

Selalu...selalu...selaluuuu.....bermuhasabah.! insyaAllah...Smg di terima amal ibadah kita selama ni. Semoga Allah redha.. :(

 


Allah...temukan sy dengan malam LailatulQadar..