RSS

Wednesday 28 March 2012

Cinta Suamiku

Ya Allah..tidak tertanggung lagi rasa pedih di hati ini. Kenapa harusnya ada cinta, dan seterusnya cinta ini tergantung sebegitu sahaja?. Di manakah dia??. Sebulan sudah berlalu..Kekasihku masih tidak kunjung tiba. Tidak aku sangka, perbalahan kecil itu mengundang kecelakaan seperti ini.Dalam senyum, terkandung seribu kedukaan di hati..Aku teruskan jua kehidupan ini walaupun jiwa sentiasa di selubungi rindu.
Dua bulan berlalu..
Dia masih tidak kunjung tiba. Aku tidak tahu apakah yang telah berlaku terhadapnya. Hanya pada Allah ku luahkan segala-galanya..hatiku tetap menunggu..kenangan antara kami tidak akan sama sekali ku biarkan pudar!
Tiga bulan!
Aku semakin pasrah..andai ini takdir untuk kami. Hati ku parah.Tetapi,ku teruskan jua!. Sehinggalah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang entah darimana datangnya. Aku senang berkawan dengannya. Mungkin kerana kekecewaan yang terlampau, tanpa sedarku..aku menghulurkan jari manisku tatkala sebentuk cincin emas bertahtakan permata di sarungkan!. Hatiku keliru..Ya Allah...mengapa semua ini berlaku dengan begitu cepat sekali?. Aku bakal dimiliki oleh sesorang yang tidak aku kenali tidak lama lagi!. Aku seolah-olah seperti boneka sekarang!. Jasadku bersanding dengan abang di pelamin nan indah. Namun, jiwa ku terbang jauh bersama kenangan cintaku. Ah, aku sudah menjadi isteri orang dalam masa yang sungguh singkat! Percaturan hidup apakah yang sudah ku alami sekarang?. Hatiku merintih..Aku tidak mencintai abang..aku hanya mencintai kekasihku.. Dimana kau..?? Tahukah kau bahawa aku derita sekarang??
Dapatkah  dibayangkan bagaimana rasanya hidup bersama dengan seseorang yang tidak di cintai dan seterusnya menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepadanya??. Perit rasanya!.
Tahun pertama pernikahan,
Aku masih ingat kata-kata Ummi, jangan derhaka dengan suami. Benar! Aku tidak derhaka. Aku layan segala kemahuannya. Makan minumnya aku sediakan sepertimana seorang isteri. Aku sayangkan suami ku kerana sikap penyabarnya dalam melayan karenah dinginku. Tapi,maafkan aku abang..hati dan cinta ini masih  bukan untuk dirimu.
Aku disahkan mengandung!
Abanglah yang paling bahagia. Tersentuh hatiku apabila melihat dia mengusap dan mengucup lembut perutku yang semakin membuncit. Abang menjagaku dengan begitu baik sekali. Tetapi, kenapa hati ini masih jua tidak dapat menyintainya?. Acapkali aku keseorangan..kenangan bersama kekasihku itulah yang sering menemaniku. Merintih lagi..Dimanakah kau? Jangan kau siksa aku!. Namun, abang masih sabar..”Abang cintakan isteri abang dengan sepnuh hati abang..”
Aku selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sungguh comel. Putih bersih wajahnya. Abang terkejut tatkala aku ingin meanamakan puetera sulung kami dengan nama Iman Danial!. Nama kekasih hati yang sangat-sangat aku rindui. Abang tahu, aku masih belum dapat lupakan kekasihku itu. Respon abang melegakan hatiku apabila dia mengangguk dan tersenyum. “Semoga kehadiran Iman akan menambahkan lagi rasa cinta awak terhadap saya”. Terkedu aku mendengarnya!
Hari berlalu..
Iman semakin membesar. Namun, hatiku masih tidak dapat melupakan kekasihku itu?. Buntu!. Kenapa rasa cinta ini terlalu dalam?. Ya Allah,rasa derhaka apabila mengabaikan rasa cinta suami. Apa dayaku?.Semenjak kehadiran Iman, aku semakin sensetif. Iman ku jaga dan ku lindung sepenuh hati. Aku hidup dengan nama iman dan cinta Iman;kekasihku. Sedikit sebanyak, layanan ku terhadap abang berkurangan.Namun, abang tetap melayanku dengan sabar..
Iman sudah berumur 4 tahun.
Ah, cinta! Kenapa aku menjadi hamba cinta yang tidak pernah wujud?. Bodoh dan derhakanya aku.. seperti biasa, aku dan abang pergi menjemput Iman dari Taska. Abang menyuruhku duduk sahaja kedalam kereta kerana hari itu badanku terasa kurang enak. Dari kejauhan, aku melihat Iman melambaikan tangannya kearah abang. “Iman, jangan melintas dulu..” Kata abang..Namun, tanpa menoleh kekiri kekanan, Iman melangkah dengan melulu.
IMANNN!!!
Aku yang sedang berada di dalam kereta disaat itu terpinga-pinga..Suara abang begitu cemas sekali. Astghfirullahhala’zim..!!!
Iman menangis di sisi jalan apabila melihat ayahnya terbaring longlai dengan berlumuran darah.
Abang sempat dibawa kehospital. Rasa simpati dan bersalah menyelinap diruang hatiku. Wajah abang aku tenung dalam-dalam..Lima tahun aku hidup bersamanya..dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan Iman.
Sebelum ke Hospital petang itu, tiba-tiba hatiku tertarik untuk membuka laci meja dimana tempat abang sering meluangkan masanya tatkala aku sedang berseronok melayan karenah Iman.
“Sayang, pertemuan dengan mu menyebabkan abang buta. Kali Pertama memandang matamu, abang telah jatuh cinta. Abang tahu, kehadiran abang dalam hatimu sekadar melukut ditepian. Seolah-olah sandaran pada cintamu terhadap Iman Danial. Abang tahu, cintamu terhadapa Iman Danial terlalu mendalam dan tidak mungkin akan menjadi milik abang sampai bila-bila. Namun, Allah telah menjodohkan kita dan itu membuatkan abang yakin bahawa sayang perlukan abang dan abang perlukan sayang. Allah satukan cinta abang untuk mu meski abang tahu..abang hanya bertepuk sebelah tangan. Abang cuba bersabar. Abang yakin, suatu hari nanti abang akan mendapat cinta daripada sayang. Kehadiran Iman semakin menggugat hati abang. Namun, abang mampu berfikiran waras..Iman adalah anak kita. Hasil perkongsian hidup kita. Abang redha.Dan abang sayangkan Iman lebih daripada sayang menyayanginya. Jagalah Iman dengan baik. Didiklah dia dengan didikan agama yang secukupnya. Izinkan abang mencintai sayang. Hati abang hanya untuk sayang..”
         Air mataku terburai di pipi. Badan ku menggeletar. Dingin dan sejuk. Seolah-olah terkena tamparan hidup yang amat menyakitkan. Inilah hidup ku! Abang adalah hidupku yang sebenar-benarnya. Bukan kekasih hati yang pergi entah kemana! Abang, sayang berdosa. Terlalu banyak dosa sayang pada abang..
Dengan sesegera mungkin, aku menapak untuk mendapatkan abang yang sedang menanti kasihku penuh sabar di Hospital. Abang, tunggu sayang. Sayang akan perbetulkan segala-galanya yang penah sayang sia-siakan bersama abang selama ini. Ampunkan sayang! Ampunkan sayang!
Nun, di hujung jalan sana, aku melihat masa depanku bersama suami dan anak kesayanganku. Semoga  kebahagiaan ini menjadi milik kami. Semoga hatinya tetap menjadi milikku selamanya dan aku tidak akan mensia-siakannya lagi. Ya Allah, selamatkanlah suami ku..
Air mata ini kering di cuping mata. Aku menghampiri abang dengan hati yang sunggu bersalah. Wajah  lembut dan tenangnya aku ratap penuh dosa. Aku pendosa yang nyata! Abang, sedarlah. Sayang ingin tebus silap dan dosa sayang selama ini. Bukalah mata, abang!
Tanganku menggenggam erat jari jemarinya. Ya Allah, lelaki ini adalah suamiku. Lelaki ini mencintai aku sepenuh hatinya. Lelaki ini sanggup berkoban nyawanya demi ku. Lelaki ini sabar melayan karenahku. Lelaki ini...adalah sebenar-benar cinta yang KAU anugerahkan padaku. Butanya aku selama ini!
         Dalam esak tangisku , ku rasakan tangan abang bergerak dan membalas genggaman tanganku. Alangkah bahagianya hatiku di ketika itu. Dengan pantas, aku mendakap erat tubuh lemahnya. Bibirku berketar ingin memohan ampun. Namun, sendu ku mengatasi segalanya. Sayup kedengaran suara abang di cuping telingaku mengucapkan kalimah..
“Alhamdulillah..”
Dan , aku terus menerus mendakap jasad itu. Tidak akan aku lepaskan lagi kerana inilah cintaku...Suami ku...






p/s ::Hargailah sesuatu itu sebelum ia pergi. Tidak rugi menghargai sesuatu yang tidak kita sukai kerana, di sebalik perasaan TIDAK SUKA itu, Allah selitkan secubit perasaan didalamnya

** Jadilah isteri yang baik.. ^_^

Secubit Harapan

( Dedikasi untuk Azha27092007 )

Di sebalik titis air mata duka ku,
Ku cuba menggali sekelumit kekuatan...
Namun,
Di sebalik kekuatanku tetap terpalit rapuh.

Di sebalik lakar senyum bibir ku,
ku cuba singkap duka dalam Qalbu..
Namun,
Di sebalik duka ku,
tetap bertakung kelopak kasih.

Tak penting bagimu untuk memahami...
Cukuplah sekadar kamu merasai.


p/s :: Sayang boleh jadi tidak memahami, tapi...bila dah sayang, boleh jadi ia memahami..

Monday 26 March 2012

Mabuk jiwa

Ini kisah dia yang mabuk jiwa. Mabuk rasa. Mabuk cinta!

Ah, rintihannya membaluti jiwa yang redup di hurung awan kelabu. Ku ingin berceritera lagi. Dengarkanlah...

"Janganlah kau sakiti aku lagi. Tolonglah...aku tidak mampu. Benar!. Biar ke hutan rimba, gunung ganang, laut biru...aku tetap rasa sakitnya. Hendak salah siapakah?. Pada mereka yang memuntahkan tohmahan yang tidak berasas pada peristiwa yang nyata berlaku di hadapan muka hidung mereka?
Ah, itu kan bukti!

Perit!
Pedih!
Mulut ini terkunci bagai.tapi, hati ini menangis hiba. Yang tahu kisah kita, hanya kau..aku dan Allah. Tak mungkin ku kongsi pada siapa-siapa.

Ke hutan, ke lurah ku jinjing sebuah kepercayaan dalam kehidupan. Ku riba kasih dalam pangkuan. Ku tatang cinta dalam genggaman, namun, balasannya...begini kah???. Bagai menyalah takdir,! Tapi...tidak kah aku ketahui..bahwasannya, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat?

Hari ini...
sekali lagi tohmahan yang menempek wajahku.
Kau bergurau senda dengan insan lain?
baju sedondon?
ketawa riang bersama?

waaahhh...hebat!

Jadinya, aku ini bagaimana?
Boneka yang senang kau perdaya?
rumput yang lantas kau pijak sesuka hati?
ahhhh...! aku marah...

Namun, itu andaian cuma. Perlukah kita menghukum seseorang tanpa usul periksa? Aku bukan begitu. Bukan aku untuk mengherdik dan berburuk sangka tanpa bukti dan penjelasan. Sememangnya, kebenaran yang aku hendaki. Tohmahan itu, ku cuba telan sedaya mungkin. demi kasih yang sudah lama bernaung dalam nuensa hati. Namun, dalam ku cuba bertahan, hati kecil ku meniupkan rasa tasamuh tanpa henti.

...Jangan mabuk jiwa wahai aku. Jangan mudah di perdayai goda hawa nafsu dan bisik syaitan durjana. Ia cuma mahu menjahanamkan jiwa kau. Tidak salah kau berburuk sangka, sekurang-kurangnya kau berlaku adil pada diri kau sendiri. Namun, kau perlu sedar.. Allah adalah segala-galanya.Cinta Allah melebihi cinta yang kau pertahankan sekarang. Biarkan...jangan di layan rasa sakit hati itu. Serahkan semuanya pada Allah. Allah sudah aturkan segala-galanya untuk kau. Mungkin, ada yang lebih baik daripada yang baik. Dan mungkin juga.. ada yang lebih menghargai ketulusan kau di luar sana. Allah Maha Kuasa, Makhluk tiada kuasa.Tanam dalam jiwa kau akan cinta pada Yang Haq. InsyaAllah...kau akan temui apa yang kau tak pernah perolehi.Jangan lah kau khuatiri pada pengkhianatan itu. Semuanya akan menjadi lebih baik andai kau terima ketentuan ini dengan rasa syukur.

Berterusan muhasabah diri.
Berterusan bermuzaqarah.
Berterusan tabah dan sabar..
Istiqamahlah.
InsyaAllah, usaha kau akan di berkati dan di redhai..."

p/s :: Cinta itu datangnya daripada Allah SWT. Sebaik amna pun strategi kita, sekuat manapun usaha kita, sekiranya tanpa redha Allah, tidak akan menjadi juga. Yang sebenarnya, untuk mendapatkan cinta...yang perlu kita tarik perhatian adalah Allah. Yang patut kita rai kan itu juga adalah Allah. Apabila Allah sudah berkenan, barulah cinta antara kita dan Allah wujud. Kemudian, wujud pula cinta kita dengan orang yang kita suka itu. 
....La Tahzan, In nallah ha ma'ana...

Sunday 25 March 2012

Hidup Sihat Dengan Solat

Assalammualaikum Warhmatullahi wabarakatu...

Sebeluahamm pergi tidur, saya nak kongi satu  ilmu hasil daripada pembacaan saya. Macam mana kita nak faham kenapa solat tu penting sangat untuk kehidupan kita.
Jom, Baca!

Kalau kita perhatikan betul-betul memang waktu solat ni macam waktu makan kita. Kita makan ikut waktu. Kalau kita makan lambat sikit, mulalah ada yang tidak kena dengan perut kita. Gastrik lah, masuk anginlah.

Solat subuh ni ibarat sarapan pagi. Pentingnya sarapan pagi ni elok untuk kecergasan otak sebab baru bangun dari tidur. Sarapan pula kena tepat pada waktunya. kalau lambat sikit pun, kita rasa cam tak sedap. Jadi, rajin-rajinlah bangun awal. Solat subuh tu kenalah kaga waktunya. Kalau lambat, dia lah yang kelaparan!

Zohor pula lunch kita. Yelah, dah banayk buat kerja, mestilah nak ada yang masuk buat tenaga. Itulah kelebihan Zohor yang beri tenaga dan rehatpada manusia. Rehat tu bukannya untuk badan sahaja, tapi untuk minda juga. Lagi-lagi dapat lelap sekejap barang seminit dua. Itulah sunat tidur yang Nabi Muhammad SAW lakukan masa tengah hari.

Letih bekerja, penat belajar. Rehatlah sekejap. Stretching sikit. Ambil udara yang segar sambil menikmati makan petang. Masa inilah solat Asar dapat merehatkan kita. Kerehatan itu agak lama berpanjangan sehingga sampai waktu maghrib. Itulah masa yang kita gunakan untuk mengumpulkan keluarga kita. Jangan lupa solat berjemaah sama-sama. Gamat suasana bial dapat berjemaah dengan anak-anak. (Bila saya balik rumah sewa, suasana nak berjemaah dengan family lah yang paling di rindui. Rindu dengar wirid panjang ayah. Rindu dengan setiap tazkirah ayah. Rindu nak berselaman dan dapat ciuman dan pelukan daripada mak dan ayah.)

Makan malam pula seperti solat Isyak. Mengisi kekosongan dalam perut untuk kali yang terakhirnya pada malam itu.Selesailah soalat dan makan kita hari tu. Agungnya Allah, sambil beri makanan badan, DIA juga tak lupa bagi kita makanan jiwa kita. Kalau tak, hati kita penuh dengan kegersanagan tanpa limpahan iman dari soalat


p/s: Teringat ngan kata2 seorang kawan..
      " Solat ni umpa lilin. janganmelengah-lengahkan waktu solat. Tengok lilin. Kita nak lilin yang terang benderang, ataupun nak lilin yang makin malap cahayanya kalau dah sampai penghujung waktu??

Friday 23 March 2012

Rasulullah Contoh Ikutan

Assalammualaikum..
Allahhumma solli a'la Sayidina Muhammad wa a'la ali Sayidina Muhammad.

Kini, arus pembangunan negara semakin canggih dan amat menggalakkan di pelbagai sudut. Islam sangat berbangga dan menggalakkan umatnya bekerja keras dalam menhejar arus pembangunan dunia. Namun, dalam mencari kemajuan diri biarlah seimbang di antara pembangunan dunia dan akhirat.

       Jom tinjau kehidupan Rasulullah, baginda juga mampu menawan dunia. Pada ketika itu musuh-musuh Islam iaitu orang-orang Rom dan Parsi telah tunduk kepada kekuasaan agama Islam.Islam menjadi kuat dengan ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka dijadikan contoh oleh umat manusia ketika itu. Tetapi kini, mereka sudah tiada lagi. Namun sejarah telah mencatit keagungan mereka melalui buku-buku sejarah.

         Dunia ni hanya pinjaman semata-mata. Tiada seorang manusia pun yang akan kekal menongkat dunia yang fana ini. Suatu ketika nanti, kita akan pulang ke alam akhirat. Di manakah bekalan kita untuk menghadapi persoalan kubur, pertanyaan Mungkar dan Nankir, kesesakan di Padang Mahsyar dan sebagainya yang berkaitan dengan alam akhirat.

          Justeru itu, berbekallah kita. Allah telah menciptakan manusia, dengan sebaik-baik kejadian. Kembali kita dengan peraturan dari Allah dan mengambil Rasulullah untuk dijadikan contoh dalam kehidupan! Semoga kita beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat!. InsyaAllah..

Rasulullah bersabda:
"Wahai sekalian umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-NYA. Kerana itu bertaqwalah kalian kepadaNYA dan taatlah segala hukum hakamNYA. Ku wariskan dua pusaka buat kalian. Jika kedua-dua pusaka itu benar-benar dipegang, nescaya kalian tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Kedua-dua pusaka itu adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul. Barang siapa yang mencinta Sunnah ku bererti mencintai aku. Dan barang siapa mencintai aku, kelak akan bersama-samaku di dalam syurga"


Thursday 22 March 2012

Pohon Ketapang

Suatu hari, telah tiba musim kering. Daun-daun ketapang melayang dan terbang. Satu darinya hinggap di keningku. Dan katie, seorang gadis kecil enam tahun menarik lengan bajuku,
"Kenapa daun mestikering, cikgu?
"Dianhidup, Katie"
"Kita akan kering, cikgu?"
Kita akan mati, katie!"

Anak kecil itu masih mengira-ngira dan bertanya lagi.
"Tiga hari dulu, Fifi saya mati dan kakak menanamnya di hujung taman sudut rimbun bunga orkid mama, saya menangis, cikgu!"
"Itulah hidup, katie."
Tidak, anak kucing saya mati cikgu!"
"Kerana dia hidup , Katie."

Katie tidak bertanya lagi.
Dia berlari sambil menghirup udara panas itu. Lalu bersama mengutip daun ketapang kering. Mimi, Aton, Sihan, Colin, Aruna, Tam Peng terus berlumba-lumba mengutip daun-daun kering.
"Kata cikgu, daun-daun kering ini akan dihidupkan",
"Akan Mimi buat rumah dengan warna merah, kucing kelabu",
"Akan Aton jadikan kapal layar, kapal perang."

"Hei, kemari semua." Aku memanggil kanak-kanak itu untuk berkumpul di bawah pohon ketapang tua. Bunga kecubung, tanaman, tumput tinggi di sekitar kawasan telah dijelajahi oleh kumpulan kanak-kanak itu.Aton bergayut pada tali panjang yang sengaja disangkutkan pada tali pohon. Tiba-tiba mata menjurus kearah Jalan Parlimen. Suara motosikal yang melaung kuat itu meninggalkan kesan untuk semuanya menoleh serentak , kemudian berpaling kembali bila bunyi itu mereda.
"Akan saya buat kereta menteri dengan warna merah juga",
Mimi tiba-tiba mendengus.
"Kata abang kereta menteri ada T.V"
"Itu tidak penting, kereta menteri tidak merah dan jangan lupa benderanya!" Aton lebih bangga dengan pengetahuannya tentang warna.

Hari masih panas, daun ketapang berteraburan dan berlonggokkering.
"Daun meratai juga boleh dilukis cikgu?"
"Boleh",
"Siput babi, cikgu?",
"Juga boleh"

Kanak-kanak itu terus liar dengan ilusi dan cita mereka.
"Nanti Sihun beritahu ayah, akan buat rumah atas batu, batu laut, batu sungai, batu gunung..."

Kelas seni melukisku bermula, dan kanak-kanak itu hidup dengan warna.







Malam Kabut

Waktu bulan pekat di tengah langit
dalam kelam kulihat bayang sendiri
tanpa suara dan segalanya
kecuali doa.

Tuhanku Yang Maha Pengasih,
andaikata malam kabut begini
memberi pengertian untukku
seorang pencari cintamu
maka, ku tadahkan setulus harapan
dari kamar sempit ini
dari jendela kaca yang kaku.

Tuhanku Yang Maha Pengasih,
berikanlah aku berberapa harapan lagi
untuk esok yang pasti tiba
demi segala kekuatan dan keunggulan-MU
aku merasa kecil.
Dan katakanlah mati memberi pengertian
buat seorang yang bernama manusia
maka, ku pinta kepada-MU
suatu penangguhan.

Tuhanku Yang Maha Pengasih,
demi kebesaran-MU
aku tetap memohon
mentari masih bersinar esok dan esoknya.

Malam yang dikaburi kabut
dan bulan bersabit
aku meyakini sesuatu,
biarlah embun kasar yang tidak turun
membasahi sedikit ketenangan.


(dSsEPT79)

Wednesday 21 March 2012

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Bingkisan terakhir


Lima hari berlalu..
Aku masih belum mampu menerima hakikat itu. Setiap kali aku pujuk hati aku untuk kuat dan sabar , semakin kuat juga air mata ini berlinangan di pipi. Saban malam , aku abadikan senduku di balik curahan ayat-ayat suci yang aku lafaskan di tirai bibir , namun , ianya masih tidak mampu mengubati kesayuan hati ini. Seolah-olah , ianya lansung tiada penghujungnya.
         Aku tetap menagih cinta, rindu , kasih dan sayang.. Meski aku tahu , ianya tidak akan membawa sebarang makna sekalipun. Punah ranah jiwaku tatkala kenangan indah itu menerjah ke lensa akal dan mata hatiku. Ya Allah , aku tidak mampu! Lemahnya hambaMU ini. Sanggup memperbodohkan diri demi menagih cinta yang belum pasti menjadi milik!
“Awak, awak tunggu saya. Saya akan datang dan ambil awak sebagai hak saya yang sah suatu hari nanti..” Tutur kata ini semakin meremukkan lagi hati ku. Di mana janji itu? Pergi.. Ia pergi tanpa menoleh sekilas pun!
“Nanti, kita beli rumah. Kita sama-sama bina hidup yang bahagia..”
Ya Allah , kata-kata ini menjadi pendorong hatiku untukku terus merayu..merayu..dan terus merayu. Aku sisihkan rasa egoku demi cinta yang sudah tertanam dan berakar umbi di denai hatiku selama berkurun lamanya. Tidak pernah walau sedetik pun aku terfikir untuk melupakan dia dan janji-janji yang telah terpatri antara kami. Aku anggap cinta antara kami adalah anugerah yang terindah dalam hidupku!
         Namun, hari demi hari aku menunggu panggilannya. Aku tetap bersabar. Kenangan antara kami semakin subur di dalam hati. Pada Allah , aku mohon ampun.. saban hari! Ya Allah, ampunkan dosaku kerana aku tidak mampu melepaskan diriku dari cengkaman cinta ini. Ampunkan dosaku kerana merindui lelaki ajnabi yang belum pasti menjadi milikku.
                   Batas hari semakin mengendur buatku. Tawaduk yang tidak terhingga. Terpaksa aku rahsiakan gejolak jiwa yang meratah hidupku daripada keluarga, kawan-kawan , mahupun dia. Pernah aku menduga dia, “ Kalau saya ada satu hari lagi untuk hidup , adakah awak akan datang pada saya semula? Tidakpun, angkatlah panggilan daripada saya.” Mesej terakhirku untuk si dia.
         Namun, sepi. Tetap tiada jawapan. Dan aku , terus merenung skrin telefon..menunggu dan menunggu. Sesungguhnya , kata-kataku itu bukan gurauan. Jauh sekali daripada menarik perhatiannya untuk kembali padaku. Akan tetapi, aku benar-benar maksudkannya!
         Bingkisan terakhirku. Lewat malam ini , hatiku hancur tidak terperi. Seiring dengan aliran darah pekat mengalir perlahan tiada hentinya dari corong hidung ku. Ya Allah , kuatkanlah hatiku. Sesegera mungkin aku membersihkan darah itu agar tiada sesiapa yang mengetahui. Masaku kian suntuk ku rasakan. Setiap detik nadiku berdetak, aku seakan menyedari akan masaku kian hampir. Aku menapak dengan perlahan menghampiri ibu dan ayah. Wajah mereka aku ratap penuh makna. Aku cium dahi mereka dan aku bersimpuh di kaki mereka.
“ Ampunkan , aku ibu..ayah. Halalkan titisan susumu yang mengalir di segenap urat nadiku , ibu. Halalkan setiap jerih perihmu mencari rezeki untuk mendewasakan aku , ayah .” Mereka keliru. Tidak mengerti akan tindakan anehku. Namun, mereka mengangguk. Mungkin , mereka sudah sedia maklum akan sikapku yang sering meminta maaf kepada mereka sebelum aku masuk tidur. Tetapi, malam ini ayatku bergetar di bibir. Penuh makna. Dan, inilah sekian akhirnya! Terlakar jua senyuman di jiwa remukku akhirnya.
         Aku menguatkan semangatku untuk mencoret lagi. Ini mungkin coretan terakhir ku. Linangan air mata ini tiada sudahnya. Dan aku mengerti, harga setitik air mataku adalah anugerah yang terindah yang Allah  pinjamkan padaku sebelum Allah ambil segala-galanya milikku. Dan , kepadaNYA jualah aku akan dikembalikan.
“ Awak , ampunilah saya. Segala silap saya selama bersama dengan awak. Halalkan segalanya apa yang telah saya ambil daripada awak. Izinkanlah saya membawa sekeping jiwa yang penuh cinta dan kasih ini pergi bersama saya. Saya sayangkan awak, sehingga akhir hayat saya.....”

p/s :: Cinta Allah Cinta Abadi,
         Cinta manusia hanya sementara.
         

Tuesday 20 March 2012

Sarapan Pagi!


Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

Alah...cakap senang la, yang tanggung adalah hati. Diri yang membawa hati.
Kau cakap macam lah kau pro sangat!
Kau ada kasyaf ya..yang boleh lihat apa aku rasa?

Manusia!
Adat!
Macam-macam..

Jentayu bukan lah apa sangat, cuma rasa terkilan dengan segelintir pihak. Kita buka buzy body pun, tapi, selaku insan, apa salahnya kita menegur. Kita hulurkan apa yang kita tahu. Kita kongsikan pengalaman kita. Salah ke?

Memang la...
Senang cakap, tapi hati yang tanggung. Tapi, kalau cuma tahu meratap sahaja apa guna kalau tiada usaha? Berusaha lah untuk menggapai ketenangan meski hati rasa tak tertanggung. Bukan kita aje ada masalah. Banyak lagi! Jadi, fikiran harus matang dalam menangani masalah.Dalam kita mengorak langkah hidup, tak semuanya perjalanan kita berada dalam landas bahagia sahaja. sesekali, kita diuji!.

Memang la..
Apalah pro sangat kita ni. Kita cakap ikut pengalaman. Mungkin bukan pengalaman kita sahaja, tapi, dari pengalaman orang lain juga. Jadi, timbang taralah 'pro' yang dimaksud kan itu dalam kadar yang sederhana. Jangan aggap, diri kita sahaja yang arif, malah, yang di luar sana mungkin di luar jangkauan kita. Jadi, bila orang bagi nasihat, dengar. Yang baik, jadikan tauladan dan yang tak baik tu, jadikan sempadan. Kita insan, saling memerlukan antara satu dengan yang lain. 

Memang la...
Kita mana ada kasyaf. Tengok muka aje kita tahu awak ada masalah. Jadi, sekuat mana kita cuba selindung, orang lain akan perasan jugak. Allah lebih tahu atas segala sesuatu. Siapalah kita untuk menduga. Siapa lah kita untuk menghukum. Bukankah yang ada di dunia ni sementara sahaja. Makanya, yang sementara sahaja itulah kita gunakan dan habiskan dengan sebaik mungkin.

Ingatlah, Allah turunkan kita Al-Quran sebagai rujukan dan As-Sunnah sebagai ikutan. Jadi, sama-samalah memperbaiki diri. Dari masa ke semasa. InsyaAllah..

:: Kawan Yang Prihatin::

Pelangi Si Jentayu

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.


Sekadar ingin berkongsi kisah..



Ini kisah aku, Hani dan Aisyah..
Permulaannya terjadi apabila aku bertemu dengan Aisyah pada sebuah function mengenai dunia fotografi di sebuah galeri termahsyur di Ibu Kota. Kali pertama aku terpandang akan wajah putih nan bujur sireh itu, secara serta merta wajah itu melekat di kanta mataku. Pada saat itu juga, rakan ku memperkenalkan dia kepadaku. Tergamam seketika apabila rakan ku memberitahu kepada ku bahawa namanya Aisyah dan dia adalah kawan rapat kepada Hani. Hani...bekas kekasihku 3 bulan yang lepas. Cintaku padanya masih mekar di hati meski aku tahu mungkin aku tiada lagi di hatinya.
Semenjak perkenalan itu, aku dan Aisyah mula berkawan rapat. Mungkin aku senang bersamanya kerana dia merupakan kawan kepada Hani. Sedikit sebanyak aku mengetahui perkembangan Hani daripadanya. Dia juga tidak ringan mulut menceritakan perihal Hani kepadaku. Hani dan Aisyah mempunyai sifat yang sungguh berbeza. Dan , sudah semestinya Hani lebih menarik di mataku. Bagiku, Aisyah terlalu lembut hati dan manja. Terkadang, hati lembutnya itu merimaskan aku. Namun, aku tidak menafikan bahawa sikapnya yang penyanyang dan penyabar itu jauh sekali dari Hani. Hani seorang yang sangat panas baran. Tidak boleh di tegur dan adakalanya, sikap tegasnya menawan hatiku. Benar dan sungguh, Hani adalah segala-galanya untukku kerana aku tidak mampu melupakan dia meski kami sudah berpisah.
Aisyah...Dia datang dalam hidupku terasa sungguh tidak di duga. Dia sentiasa meredupkan hatiku. Memberi nasihat dan tunjuk ajar padaku. Dia sentiasa ada menemani aku disaat aku sakit, sedih, marah dan sebagainya sehinggakan aku merasakan sedikit hatiku terdetik untuknya. Namun, sesegera yang mungkin aku menolak rasa itu jauh pergi dari menghampiriku. Ingin aku tegaskan, hatiku dan cintaku hanya untuk Hani seorang. Aisyah juga selalu mengingatkan aku tentang agama. Seronok rasanya apabila mendengar dia bercerita tentang agama. Aku masih ingat kata-katanya..
“Yang sebenarnya, untuk meraih cinta..yang perlu kita ambil perhatian adalah Allah. Yang perlu kita raikan itu juga adalah Allah. Sekuat mana pun usaha kita, sekuat manapun strategi kita andai tanpa restu Allah, tidak menjadi juga. ‘’ Entah mengapa, ayat itu menyusup jauh ke dalam hatiku..
Di ketika itu juga, bila hatiku terasa terbuka untuk menjinakkan diri mendekati Allah...Aku dan Hani semakin rapat. Kenyataan Hani yang menyatakan bahawa Allah telah memakbulkan doanya mengejutkan aku. Katanya, selama ini dia mendoakan semoga pintu hatiku terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Mungkin ada benarnya. Berbunga-bunga rasanya di dalam hati apabila mendengar kenyataan daripada Hani. Aku tahu, Hani masih merasa apa yang aku rasa terhadapnya. Dan , seperti biasa aku memberitahu Aisyah perihal ini. Aisyah hanya mampu mengucapkan..
 “ Alhamdulillah. Semoga apa yang Hani doakan akan menjadi kenyataan dan tidak akan berubah dari masa ke semasa. Betulkan niat untuk berubah..Jangan kerana ingin mendapatkan semula cinta Hani, awak berubah”.
Terkedu hatiku mendengar kata-kata Aisyah. Aku tidak mahu diperkatakan seperti itu. Benar, aku berubah kerana aku merasakan pintu hatiku sudah terbuka untuk berubah. Kata-kata daripada Hani banyak menyedarkan aku selama ini walaupun aku lansung tidak bersua muka dengannya. Janganlah Aisyah berfikir bahawa aku berubah kerana Hani . Itu bukan seperti  yang Aisyah fikirkan. Perihal ini menimbulkan rasa tidak puas hati ku terhadap Aisyah. Lantas, berlaku perbalahan kecil antara kami berdua.  Dan, seperti biasa Aisyah mengalah dan terus menerus menjaga hatiku.
Semenjak berlakunya hal itu, aku dan Aisyah semakin renggang. Hatiku ini....masih terguris lagi walupun Aisyah meminta maaf padaku berkali-kali.Namun, tiba suatu ketika aku teringat kembali akan kata-katanya..
 “Ego boleh memusnahkan diri sendiri. Jangan kehilangan orang yang awak sayang andai awak masih menyimpan ego itu”.
Aku sedar, ego ku terlalu tinggi. Kerana ego itu, aku dan Hani berpisah. Oleh kerana itu, aku kembali menghubungi Aisyah semula. Semenjak hal itu, aku banyak belajar erti hidup. Aisyah sudah terlalu banyak membuka mata hatiku. Daripada sikapku yang panas baran, akhirnya aku boleh mengawal kemarahan ku. Daripada aku suka meninggikan diri dan tidak suka mengalah, akhirnya aku menjadi seorang yang rendah hati. Terima kasih Aisyah, kerana banyak menyedarkan aku.
“ Mana mungkin saya akan jatuh hati pada awak. Dan, saya akan pastikan, saya tidak akan jatuh hati pada wanita seperti awak. Awak tidak sesuai untuk saya. Saya lebih sukakan wanita seperti Hani” .
 Ini lah pengakuan ku kepada Aisyah ketika kami sedang bergurau senda mengenai topok jatuh hati. Dengan senyuman lebar, Aisyah membidas..
 “ Manusia sering takbur, kan?. Manusia selalunya tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu. Masa depan kita penuh dengan ketidakpastian”.
Tenang sahaja kata-katanya. Aku terkesima lagi. Takburkah ayat-ayat ku itu? . Aku diam. Melihatkan aku diam, Aisyah berseloroh lagi..
“ Mana mungkin saya akan jatuh hati pada kawan rapat saya sendiri, lebih-lebih lagi bekas kekasih sahabat karib saya..”  
Senyuman dan kata-katanya melapangkan dadaku. Meski, semakin hari semakin kuat hatiku menyebut namanya. Ah, egokah aku??.
“Awak dan Aisyah semakin rapat sekarang. Kenapa?”
Tergamam aku melihat mesej daripada Hani. Hani..akhirnya dia bersuara juga setelah mendiamkan diri melihat kemesraan aku dan Aisyah. Cemburukah dia?. Aku pasti, dia cemburu. Seandainya dia cemburu, ini bermakna..dia masih sayangkan aku!. Berbunga-bunga rasa hatiku mengenangkannya. Sesegera yang mungkin aku menafikan.
 “ Saya dan Aisyah Cuma kawan sahaja. Dan, tidak akan lebih daripada itu.”
Semenjak daripada itu, aku dan Hani semakin rapat. Sering sahaja berhubung. Dan, Aisyah...hmm...perasaanku nondeng terhadapnya. Aku tidak mampu berkata apa. Namun, dalam diam aku mengaguminya. Akan tetapi, demi menjaga hati Hani aku terpaksa menjauhkan diri daripadanya. Sedikit demi sedikit..aku memutuskan pertalian yang pernah wujud antara kami. Nombor handphone aku pun telah di tukar. Begitu juga dengan facebook aku. Sengaja. Aku benar-benar ingin menjauhkan diriku daripadanya. Aku sudah rimas dengan kekeliruan yang membelenggu aku selama ini. Biarlah dia hendak berfikir apa. Yang penting, aku akan dapat semula cinta Hani dan aku tidak akan menyakiti hati Hani lagi.
Lima bulan berlalu..
Dalam function Jelajah Bersama Nikon, di sebuah Hotel. Aku seperti biasa di jemput lagi. Ketika aku sedang leka membelek helaian risalah mengenai kamera Nikon, seseorang menyapaku.
“Assalammualaikum..”
Aku menoleh. Tergamam aku. Risalah ditanganku jatuh menyembah lantai bumi. Seorang wanita berwajah putih bersih dan ...ah, Aisyah!
“Waalaikummussalam..”
Jawabku antara dengar atau tidak. Aisyah terpacak dihadapanku dengan senyuman lebarnya. Mengapa hatiku berdebar-debar tatkala bertentang mata dengannya?.  Menurut Aisyah, dia cuma singgah sebentar untuk menghantar sampel gambar-gambar kepada penganjur. Dengan pertemuan yang singkat itu, wajah , senyuman dan tutur lembut Aisyah mula bermain-main di fikiran dan di mata hatiku. Mengapa Aisyah begitu tenang dan lansung tidak memarahiku?. Sedangkan aku yang menjauh daripadanya dahulu. Aku sungguh-sungguh rasa bersalah terhadapnya.
Dalam pada masa itu juga, Hani menghubungiku..
“Awak, saya minta maaf. Puas saya didik hati saya untuk merasa cinta seperti dahulu pada awak..namun, saya gagal. Saya mampu mengucapkan saya suka pada awak.Tapi, bukan saya cinta pada awak. Maafkan saya. Tiada alasan yang kuat untuk semua kata-kata ini, namun, saya ingin awak tahu..hati saya bukan untuk awak lagi.Maafkan saya..”
Sungguh, aku tergamam!. Sesegera itu terasa hatiku di tumbuk bertubi-tubi!. Patutlah dia tidak menghubungiku selama dua hari. Rupa-rupanya, begini yang akan berlaku. Mengapa??. Sungguh aku tidak mengerti apa yang ‘wanita’ sedang fikirkan.
Rasa kesakitan ini semakin meghiris hati tatkala satu gambar seorang wanita yang berpakaian pengantin sedang mencium tangan seorang lelaki yang sedang ditayangkan di hadapan skrin besar di hadapanku. Terlopong mulutku melihat wajah jernih wanita itu. Ada sedikit air mata di pipi gebunya. Aku mengamati gambar itu sepuas-puasnya. Semakin aku amati...semakin.... Astaghfirullahala’zim.. Aisyah!
“Ini merupakan sempel gambar akad nikah salah seorang Duta Nikon kita iaitu Puan Nur Aisyah baru-baru ini. Gambar ini telah diambil oleh Saudara Darius Awen. Untuk makluman, gambar ini telah dihantar ke Festival Fotografi  Kebangsaan untuk di pertandingkan.Dan, Tahniah di ucapkan kepada Saudara Darius Awen kerana telah memenangi Anugerah Foto Cemerlang Kebangsaan.”
Aisyah...
Tanpa di sedari..airmataku menitis jua. Dalam satu hari, aku telah kehilangan dua wanita yang sungguh bermakna didalam hidupku selama ini.
 “Manusia sering takbur, kan?. Manusia selalunya tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu. Masa depan kita penuh dengan ketidakpastian”. 

p/s : Masa depan penuh dengan ketidak pastian.