RSS

Saturday 30 April 2016

🌼 Batang Ai, Lubok Antu 🌼


..banyak menyaksi hidup yang bercitra. Pertama sekali menapak langkah, masih berjiwa remaja. Bertawa gembira bersama rakan sekaki sekepala. Berkubang dalam biru tasik sambil melontar lumpur atas kepala. Indah sahaja.


Langkah kedua, bersama rakan sedewasa. Berjalan saja sambil bergambar mesra. Tetap saja masih bersuka ria.

Langkah ke tiga, bersama rakan sehati sejiwa. Berdua sahaja mencari diri hilang entah mana. Mula mmuhasabah cari rasa. Mula mujahadah dalam hijrah segala laku dan bicara. Alhamdulillah, dengan berjalan,melihat dan mentafsir makin menimbul rasa hamba. Makin teguh azam hijrah dari hidup yang membawa makna.

Langkah ke empat, membawa duka dan suka. Bersama tunang memujuk rasa. Mencari kata menebar kenangan sebelum lafas sakinah jadi bahtera. Alhamdulillah, untuk nikmat yang penuh citra. Sungguh bermakna, membawa kepada hidup berumahtangga.

Ini langkah ke lima.Bersama anak pula. Tak lupa juga bersama dengan sesetengah daripada mujahidah Ahbabul Mardhiyah yang hebat belaka. Syukur alhamdulillah, rasa pada tasik yang membiru masih sama meski persekitarannya banyak benar berubah rupa. Sedih juga melihat sekeliling tidak dijaga. Tapak kami mengunggun api, memanggang ayam sambil bergelak tawa mula ditumbuhi belukar liar tak dijaga. Kayu jeti untuk berjalan ke pondok tasik juga banyak rompang sini sana.

Allah, meski persekitarannya tidak seperti dulu, namun airnya tidak berubah sama. Kekal berpuput indah udaranya. Kekal asli ciptaan gunung , lembah dan airnya. Allah, nikmat mana lagi yg harus hamba dustai setelah Kau memberi hal yang indah2 belaka?

Terima kasih pada jiwa2 yg pernah bersama ku disini. Ia membawa bahagia! Sungguh! Dan ia kenangan yg sudah terlakar!

Thursday 28 April 2016

🌼 Salju Hidup 🌼



Sedingin unggapan salju dikulit pipi
Sedingin qalbi merasa kasih Illahi
Bahawa nafas di hari ini
Masih terpinjam untuk jasadi
Menerus langkah terkini
Dalam fitrah seorang insani.

Alhamdulillah ala kulli ni'mat
Nikmat yang mana harus ku dustakan lagi
Setelah Yang Maha Kasih masih memberi hidup
Untuk terus diterokai
Untuk terus kasih mengasihi..
Kau harus jalani
Walau jalannya tak seindah mimpi
Semoga Diredhai langkah kaki ini
Dalam melangkah dunia tidak abadi..

“Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khoir"
"la haw la wala quwwata illa billah"
Dan hanya kepada Allah aku berserah diri..

⚫ummu Hanan⚫
29r0416 5:45am

Sunday 24 April 2016

Wanita Tua Di Ceruk Belantara




Teratak di ceruk belantara
Tinggal wanita tua berbongkok tiga
Sendiri sahaja
Siangnya khidmat pada kota
Menganyam mengkuang dibuat raga
Malamnya khusus untuk Kekasih Tercinta
Merafak sujud dalam tahajjud cinta

Tua riaknya namun muda imannya
Berkedut wajahnya namun jelita nafsinya
Terbiasa dibias munajat berwuquf dalam hati
Terbiasa disembur wangian kalam Illahi

Hidupkan malamnya dengan sumbu iman
Sepertiga malam menghias jiwa dalam taman
Dengan renjisan air mata tanpa teman
Rindukan Rasulullah, juga Agung Sang Tuhan.

Wanita tua di ceruk belantara
Terlalu banyak menyaksi manusia ditipu dunia yang memperdaya
Terlalu banyak menyaksi dunia tanpa upaya
Berbondong-bondong mengejar kaya
Berpusu-pusu mengejar cantik jelita
Yang lelaki hanyut kerana harta, wanita, dan takhta
Wanita pula hancur kerana permata, cinta dan kata
Sedang itu tiada apa-apa
Kelak diperkampungan sana
Tiada meninggal sebarang makna 
Namun sebalik disoal tujunya mana
Untuknya apa
Gunanya bagaimana

Sayu tangisan wanita tua,
Acapkali pada malam nan sepertiga.
Sudah banyak dia dikecewa makhluk dan dunia
Hingga hatinya tepu tidak bernyawa..
Benarlah ujarnya Ibn Athoillah AsSakandari Rahimahullahutaala,
"Mencintai makhluk itu, selalu didalam kehilangan dan juga perpisahan. 
Akan tetapi, cinta kepada Tuhan itu, 
pada-Nya, tiadalah perpisahan."

Tangan dijulang penuh harap
Dalam esak tangis tiada ujung..
Tuhan,
Jangan jadikan dunia ini cita-cita terbesar kami
Justeru,matikan hati kami pada dunia
Hidupkan hati kami pada akhirat.

⚫Ummu Hanan⚫
250416 06:00am

Friday 22 April 2016

Dahan Peristiwa



Apabila hati ini dilukai dan dikecewa
Mengapa fikiran ini tega sekali membuka sangkar kenangan lama
Mengheret secebis hati yang berderai
Terbang rela hinggap di dahan kenangan
Sungguh tega tak mampu menghalang

Terkadang,
Aku cuma membiarkan
Biarkan cebisan hati itu menitip kisah semalam
Menumpang kasih mengadu rindu
Meski ia sudah terpaku menjadi peristiwa
Namun biarlah sekali ini peristiwa itu 
Hadir membawa senyum
Senyum pada hati yang dirundung hiba
Biarkan!
Aku rela andai itu bahagia nan seketika!

Dan bila realiti menembak das akan kenyataan
Bahawa aku kini hidup dilindungan mentari
Kenangan itu berkecai memberai
Seperti kepulan asap yang berselerakkan
Yang akhirnya hilang diteraju bayu
Bahawa aku masih dikerudung kisah silam
Bahawa aku masih belum tega melangkah jauh

Duhai hati yang berpunya
Pergilah
Tinggalkan dedahan itu
Kembali pada sarang bertuan!

⚫Ummu Hanan⚫
220416 10:01am

Wednesday 20 April 2016

⚫ Sekadar Picisan ⚫




Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum,

Lama dah tak update Aksara ni dengan celoteh hidup. Sebulan ni dah, asyik giat dalam penulisan puisi. Semenjak di invite masuk dalam grup Penulis, jumpa lagi ahli2nya yg sama2 puitis, sastera dan suka berkhayal seperti aku ni..apa lagi. Pendek kata, setiap saat ilham datang mengetuk2 pintu minda ni. Sampai rasa sarat sangat. Diduga lagi dengan nak exam. Mmg palak hotak aku ni rasa overload sangat. Bila jumpa pen kertas...ya Allah..leganya sbb dapat luahkan semua. 

Malam tadik, topik best kitorang bincang. Aku lbh byk jd silent reader jak. Pasal bakat. Yup, xsemua orang Allah kurniakan bakat untuk berkarya dalam untaian kata2 yang puitis dan mengolah satu imaginasi dalam lembaran kata seakan filem aksi, filem cinta, filem thriller dengan baik. Semuanya keranan Allah. MasyaAllah ajeeb bnr!

Aku akui yg aku mmg ada bakat menulis walaupun xlah hebat. Tp, bolehlah..sekadar picisan insan jahil seumpamam aku. Aku.mmg suka berkhayal. Mengolah cerita dibenak aku ni sendiri. Kekadang, apa yang aku fikir, seolah2 layar wayang yang bergerak2. 

Masa sekolah rendah lagi, dh buat cerita pendek. Tulis dalam buku latihan. Siap kena marah cikgu lagi. Kadang2, selalu tulis dalam diari. Aku start ada diari kalau xsilap drjh 4. Haha.. Bila melangkah ke sklh menengah, minat menulis makin mendalam. Paling rare bila tulis cerpen dalam buku nota. Hahaha...belakang buku nota mestibada ayat2 jiwang dan puitis aku. Bila sedari bakat makin menyerlah, aku buat novel pendek dalam buku. Rakan2 paling suka baca. Sampaikan ada yang pasing2 dengan member dr kelas lain. Masa sklh dulu, aku ada seorang adik angkat. Dia yang paling suka aku tulis apa. Buku2 cerita aku semuanya dia bawa balik asrama dan kawan2nya baca. Dibelakang buku cerita tu, penuh dengan komen pembaca2. Kulit buku tu ditulis dengan kata2 peransang mahupun kritikan. Sampaikan buku cerita aku sampai ke tangan cikgu kuat panatia Bahasa Melayu di sekolah. Bila dia sedari bakat aku, dia bagi aku satu borang competition peringkat Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak untuk Petandingan Menulis Cerpen. Masa tulis cerpen tu, mmg aku teragak2, aku khuatir xmampu nk buat dan hasilnya nanti macamna. Sampaikan nangis depan mak sb khuatir sangat. Mak bg support. Ingat lagi mak kata apa "Anggap jak kau menulis dalam buku nota dan semua orang akan membacanya. Tak kisah, ada orang suka atau tidak..teruskan". Bila dpt suntikkan smgt dr mak aku mulakan penulisan. Walaupun payah nak fokus utk cari ilham disamping belajar. Tapi, Alhamdulillah. Aku berjaya hasilkan cerpen tu dengan tulisan tangan. Cikgu Zul yang tolong aku postkan cerpen tu. Mmg xmengharap apa. Cukuplah aku terpilih dan diberi kepercayaan utk menghantar cerpen ke situ. 

Masa dekat nk SPM, satu surat datang padaku. Surat jemputan untuk turun ke Kuching bagi Majlis Penerimaan sijil dan hadiah pertandingan cerpen peringkat negeri Sarawak. Kuat azam nak.pegi walaupun jauhnya kuching dari hometown aku ni memakan masa selama 5jam. Tp, bila tengok tarikh, hancus! Masa tu SPM kertas PSV 2 sdg berlansung. Aku bertabah jak. Mungkin bukan rezeki. Dalam 2 minggu lepas tu, aku dapat lagi satu sampul surat sebesar A4 dtg kerumah. Bila bukak sampul tu,aku melompat tinggi. MasyaAllah. No 2 untuk seluruh Sarawak kot.. Memang masa tu aku rasa aku dah banggakan mak dan apak sb ada seorang anak sepertivaku. Huhuhu.

2 tahun berturut2 aku telah menjadi sebahagian daripada DBP Sarawak dalam Majlis Penulis Remaja. Alhamdulillah. Tp, bila dh smkin meningkat remaja umur, aku cuma menulis sekadar tulisan. Hanya utk aku. Menulis kerana otak sarat dikandung ilham. Untuk aku. Allah.. 

Waima sehingga sekarang,masih menulis. Cuma bezanya sekarang, ada medium untuk menyebarkan karya walaupun sekadar picisan saja. 

Tidak mengapa. Aku akan terus berkarya. Untuk diri sendiri. Hahaha..

Sekian.

⚫Ummu Hanan⚫

Wednesday 13 April 2016

🌸Sekilas Tarbiyah🌸



Tak mengapa penat
Tak mengapa lelah
Tak mengapa kecewa
manusia memang begitu kejadiaanya
kerana sifat itu akan membawa kita kembali pada Allah
Agar kita benar-benar gantung pada Allah..
Atas rasa itu.

Pun begitu,
Nabi melarang sifat berputus asa
yakni berputus asa dengan rahmat Allah
Kerana itu bukanlah sifat-sifat orang beriman.

"La insyakartum la azidannakum"
Jika kita bersyukur akan sedikit nikmat, 
Allah akan menambah nikmat kepada kita.

Mukminin & mukminat diuji atas perkara 
Di luar kemampuan kita,
maka bersyukur atas setiap bencana setiap perkara.
Maha Suci Allah!
Dia akan menambah nikmat
Atas rasa syukur
Justeru,
Jangan sesekali terus bersangka buruk.

Segalanya datang dari Allah,
dan setiap yang datang dari Allah tiadalah sia-sia,
Akan ada pengajaran sebagai mengingat diri oleh insan yang ingat kebesaran Allah,
"Rabbana maa khalaqta haza baattila.. Subhanaka faqina 'azabannar..." 
Ya Tuhan kami, 
tidak Kau ciptakan makhluk dengan sia-sia 
Maha Suci Engkau,
lindungilah kami dari api neraka.

Sentiasalah kita bersyukur, 
memohon pada Allah perlindungan dari api neraka
atas apa jua nikmat mahupun musibah
Bersangka baik pada Allah
Jangan hukum diri sebelum dihukum
Rahmat Allah mengatasi murkaNya
Tetapi sentiasa lah kita memohon taubat.

Istighfar!

Berkata Syaikh Abdul Qodir al-Jilani,
"Dunia itu awalannya tangisan, 
pertengahannya payah atau kesusahan 
dan akhirannya lenyap (Sedangkan), 
surga awalannya pemberian 
pertengahannya ridho dan 
akhirannya pertemuan dengan Allah." 

Bukalah matamu, jatuhlah cinta.
Dan diam disitu.
Lakukan hanya apa yg kau cintai
Jangan tukar dengan apa pun.
(Jalaludin Rumi)

🌸Pesanan disusun semula dalam menitip tarbiyah bersama Ahbabul Mardhiyah oleh Sri Kandi berjiwa besar. Al-fatihah buat hati yang tenat🌸

⚫Ummu Hanan⚫
140416 8:00am

Thursday 7 April 2016

Sahabat Dunia Akhirat



Aku punya sahabat tercinta,
Mordiah, Khadijah, Nur Azlynda juga,
Suka duka riang ria tangis tawa,
Kongsi sama, Walau tak sama usia,
Serasi bagai saudara seibu sebapa.

Kami punya ceritera,berbeza jalannya..

Aku dengan hidupku sudah berumah tangga,
Alhamdulillah punya seorang anak lelaki comel dan manja,
Suri rumah, pelajar dan pekerja aku juga,
Terutama hamba pada Pencipta Agung punya Kuasa,
Harus gigih imbangi waktu dan masa,
Dalam urusan akhirat dan juga dunia,
Walau tak banyak mana, usaha tetap ada,
Demi raih syurga kekal selama,
Bukan sahaja ingin jadi bidadari buat suami tercinta,
Bahkan mendakap redha Allah Azzawajalla,
Dalam hidup yang turun naik seperti tangga,
Kekadang bulat bagaikan bola,
Kena terima harus redha,
Hidup ini Allah yang tentukannya.

Mordiah gadis tinggi lampai sudah berpunya,
InsyaAllah walimah tidak lama lagi akan tiba,
Bersama lelaki elok akhlak dan juga agama,
Anugerah Allah sesuai pada dia,
Berkat tidak dipandang dan memandang selain-Nya,
Dalam istiqamah menjunjung syariat agama,
Walau terkadang tenat terkadang sihat raga,
Dikhianati berkali ganda sudah biasa,
Dicaci marba disanjung juga,
Kena terima harus redha,
Hidup ini Allah yang tentukannya.

Khadijah si kecil molek besar jiwanya,
Selesa bicara meluah kata juga bergurau senda,
Dibuli aku dan Mordiah senyum manis saja,
Terkadang membalas sejibik kena dimuka (hahaha),
Masih tersenyum bahagia,
Kuat ukhuwah kerana Allah Taala,
Tabah dan sabar sahaja dia,
Malah cekal dalam nazar di tempat melata,
Tetap pendirian sebagai muslimah terjaga,
Kunci hatinya pada jejaka entah siapa,
Masih tunggu entah sampai bila,
Biar dalam rahsia, harus pendam saja,
Kena terima harus redha,
Hidup ini Allah yang tentukannya.

Nur Azlynda gadis comel semangat sebesar dunia,
Kakak sulung, anak yang mendengar kata,
Tinggal impian, tinggal cita-cita,
Demi khidmat buat keluarga tercinta,
Bila ayah pergi berjumpa Sang Pencipta,
Tergalas tanggunggjawab dia segala,
Tanam cinta pada al-Haq punya Kuasa,
Menunggu cinta manusia InsyaAllah akan tiba,
Dimana, siapa, bagaimana  Allah yang empunya rahsia,
Pasti ada walau bukan di dunia, di syurga sana,
Imbalan tangis untuk jiwa yang cinta agama
Kena terima harus redha,
Hidup ini Allah yang tentukannya.

Kami jauh terpisah jarak dan tempatnya,
Utara, selatan, timur dan juga barat daya,
Tetap teguh hati jadi satu jiwa,
Jarang jumpa kecuali ada masa,
Berhubung dari alam maya saja,
Pada doa memang pasti ada.
Wallahi ya sahabat dunia dan syurga,
Aku sayang anda walau bagaimana, walau siapa,
Kerana Allah Taala!

Cintalah aku kasihlah aku dengan apa adanya,
Sayang rindu aku tak kira masanya,
Bertemu dan berpisah kita,
Kerana Allah saja
Bukan selain-Nya..

Ummu Hanan
070416
1500pm

Murka Zaman



Dikotak daya eletrikal murah
Netizen mahsyur bagai zombi dahaga otak
Nepotisme primadona bangsa
Bertikam-tikam merajut menang
Membilang juta puji seantero

Alienisasi muda bagai buta gila rasa
Siang malam tiada beda
Lelong maruah gadai iman
Pada dagang globalisasi rakus
Bertalam muka bermata keranjang

Zaman kian murka
Tangan modenisasi punca angkara
Bersepai tanpa arah

Tersenyumlah yang punya daya dan faham
Menangislah yang punya dungu dan tolol
Alam tidak tunggu
Dunia tidak menipu
Jalan akhir membuka ruang
Cuma si bodoh enggan melangkah pulang
Walau harus mengesel langkah
Pada cahaya pangkal yang benar
Bila hati dirajut medanisasi tiada sempadan
Buta lah ia
Dari makrifat!

Ummu Hanan
080416
0511am

Keliling Duka




Saat kita ditabur emas permata
Dikalung ringgit berjuta-juta
Dihurung keluarga serata
Disuap makan bagai raja
Dipimpin tangan jejalan ria
Didodoi kapas baldu sutera
Dipakai kain gah ber-ela
Kita mula hangat dipeluk rasa
Bahagia

Aku menahan jiwa
Bertakung sendu dimata tak berjendela
Menangis atas derita dunia

Dikananku lara
Bermandi darah aduh sengsara
Peluru buta membidas tiada beda
Si kecil hiba diriba bonda
Ayahnda lerai jasad tiada
Hilang tempat bermanja
Berteman air mata

Dikiriku dahaga
Kekulit garing dijamah rasa
Seteguk air dikuit kontang telaga
Mengutil saki baki roti bersisa
Tiada upaya
Berteman air mata

Di hadapanku sengsara
Dunia bagai taman kera
Hilang manusia
Berlembing nafsu celaka
Sikecil rakus dinoda
Didagang organ pada taghut dikota
Tiada daya
Berteman air mata

Dibelakangku hina
Anak dibelai mesra nan manja
Jadi tanggang durhaka
Dibuang ayah dan bonda merata
Tidak berguna sungguh celaka
Tiada kudrat duhai tua
Berteman air mata

Aku ditengah berpacak hiba
Menunduk kelopak mata berkaca-kaca
Mencari salah siapa
Yang pasti Tuhan punya Kuasa
Keliling berdusta meragut rasa
Tabiyah lansung buat hati tidak bermata
Mencerlanglah hadapi dunia pancaroba
Ingatlah janji Tuhan punya alam semesta
"Tak ku jadikan sesuatu itu dengan sia.."

Ummu Hanan
080416
1022am

Tuesday 5 April 2016

Dikait cinta


Rasa2nya, 2, 3 hari masih belum pulih rindu kami pada pertemuan terancang dan terlaksana oleh Allah pada malam tu. MasyaAllah, sehari menghabiskan masa bersama cinta2, byk yg dpt. Byk kngn yg tercipta bermula dari ziarah Ummi Aminah & Habib Mustafa.Terutama skli apabila dpt berdapingan dgn kak Sh. Munirah Al-Jofree. Masing2 berkongsi detik gembira bersama beliau. Tak kurang hebatnya dengan ahli Halaqah Mahabaturrasul yang lain.Kak yanti, masyaAllah..tenang damai dan releks jak. Syukran utk gift mlm tu. Mahirah, fida, lin, husna dan lain2 pun..masyaAllah. Sampaikan ada yg msg mengatakan hati masih terlalu rindu. Menangis bersama2 dlm penghayatan qosidah & bacaan manaqib Saidatina Fatimah Az-Zahra. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertaut hati2 kami kerana Allah. Meskipun sekejap sahaja pertemuan itu. Kullu khayr. Smg tercatat lagi nama2 kita utk berhimpun dlm majlis2 yg khayr. Titip kami dlm doa. Smg Allah pandang. Smg Rasulullah bangga. InsyaAllah..

Ukhwah yg terbina atas jalan Allah, insyaAllah tak akan terputus dek masa. Terima kasih Ahbabul Mardhiyah khasnya, dan terimakasih Halaqah Mahabbaturrasul amnya. Syg semuanya lillahita'ala

Ummu Hanan
Mardeka Palace,Kuching Sarawak.
020416_1200am.

Teratak Allamanda,
030416_1800pm