RSS

Friday 22 April 2016

Dahan Peristiwa



Apabila hati ini dilukai dan dikecewa
Mengapa fikiran ini tega sekali membuka sangkar kenangan lama
Mengheret secebis hati yang berderai
Terbang rela hinggap di dahan kenangan
Sungguh tega tak mampu menghalang

Terkadang,
Aku cuma membiarkan
Biarkan cebisan hati itu menitip kisah semalam
Menumpang kasih mengadu rindu
Meski ia sudah terpaku menjadi peristiwa
Namun biarlah sekali ini peristiwa itu 
Hadir membawa senyum
Senyum pada hati yang dirundung hiba
Biarkan!
Aku rela andai itu bahagia nan seketika!

Dan bila realiti menembak das akan kenyataan
Bahawa aku kini hidup dilindungan mentari
Kenangan itu berkecai memberai
Seperti kepulan asap yang berselerakkan
Yang akhirnya hilang diteraju bayu
Bahawa aku masih dikerudung kisah silam
Bahawa aku masih belum tega melangkah jauh

Duhai hati yang berpunya
Pergilah
Tinggalkan dedahan itu
Kembali pada sarang bertuan!

⚫Ummu Hanan⚫
220416 10:01am

0 ulasan: