RSS

Thursday 12 June 2014

14 MINGGU

Bismillahirahmanirahim,

Assalammualaikum,
Tengah cari maklumat pasal assigment, jari ni tak akan lepaskan peluang untuk search jugak perkembangan baby. hehe...baca cerita dan pengalaman bloger2 tentang pengalaman mengandung buat aku senyum sendirian. Aku juga sedang merasa seperti itu sekarang. Bahagianya...hanya Allah sahaja yang tahu.. ^_^.

Sekarang masuk 14 minggu 1 hari kandungan ku,
Alhamdulillah..
selersa makan makin bertambah. Walaubagaimana pun, menjelang malam memang masih payah nak makan sebab masih terasa loya dan terkadang rasa nak mutah. Stiap pagi, aku ambil breakfirst yang heavy sikit spt makan nasi, mee..atau paling tidak, makan buahan bread dan susu. selang 3 jam atau 4 jam, lapar lagi.Hahaha...aku alaskan perut dengan makan buah atau makan roti cicah air milo saja. selang 4 jam lagi...aku lapa balik..hahah...tengahari memang aku ambil makanan berat. walaupun makan tak banyak sangat, tapi aku perlu makan. sebab kadang-kadang, tengahari pun tekak aku ni berperangai sedikit.  Sekitar pukul 4 atau 5 petang, aku makan untuk makan malam. Memang heavy. Balik kerja terus masak. Letih tak usah cakap laaa..memang letih sangat. Malas masa prgnt pun normal (nurse bagitau), kadang2 kalo badan letih dan tulang belakang ni sakit, aku ambil masa untuk duduk dan baring2 dulu. Kalau hari baik...hahaha...aku bangun..kalau tak...zzzzzzzzzzzz...tp, xnak amalkan sangat tidur petang. Tak baik!
Kalau boleh nak elakkan. tapi, kadang2 aku kalah dengan badan sendiri.ah, nafsu!

Malam, kalau lapar...aku makan roti, susu, kurma sebagai alas perut. Yang peliknya, aku memang xsuka makan sayur. Tekak ni loya sangat kalau nampak sayur.hahahah...tapi, apa2 pun, aku ambik jugak sayur tu dalam kadar yg sedikit. jangan tidak, iyo dak?? hehe..

Nak makan yang masam2 masam tu...kurang jugak dah. Kalau ada kau makan, kalau xda...xcari jugak. Berbeza drpd minggu-minggu sebelum ni...asyik nak nelan yang masam2 jak. Nasib baik masa tu musim mangga, empelam, kuini dan embang..ahahah...mmg selera aku sangat!

Sekarang, makin kerap nak kencing. Lebih2 lagi aku memang banyak minum air. Kadang2, bgn mlm kecin hampir 3 kali.. menjelang malam, aku dan suami akan sedekahkan al-fatihah untuk baby sambil pegang perut ku. Allahu...smg Allah jagakan aku dan bby. smg Allah berikan aku peluang untuk melahirkan dia dengan selamat, lalu membesarkan dia, mendidik dia.. dan, aku ingin dia membesar mjadi seorang anak yg soleh/solehah.. Aminnnn...

Pengalaman best!
Walaupun, kadang2 rasa tak tahan dengan loya..
Tapi, sabarrrrrrr....
nikmati fasa ini dengan sebaiknya!
^_______^

Wednesday 4 June 2014

Nikmat Rindu

Bismillahirahmannirahim..

Assalammualaikum,
Rindu..
Subhanallah...nikmat rindu yg Allah berikan.
Rindu..
Sukar untuk ku nyatakan rindukan pada apa,
pada siapa..
namun,
aku dalam kerinduan.

Subhanallah.
Terima kasih ya Allah kerana hadirkan aku nikmat ini..
Fitrah jiwa seorang aku sebagai insan.
Semoga rindu ini akan terus kekal subur membajai justeru menghasilkan debunga cinta, bunga-bunga sayang
yang tiada hadnya..

Nikmat sebuah rindu,
Subhanallah... sehingga kelu lidahku
penuh jiwaku..

Allah humma solli ala Muhammad wa a'la alihi wa sohbihi ajma'in..
Sollu alan nabiy..

Al-madad ya Rasulullah..




p/s : Rindu bertamu juga pada sayang--sayangku, Mordiah, Khadijah dan Nurazlynda. Smg mrk sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah. Maaf kerana menyepi selama hampir 2 minggu ini.. Sungguh, aku baik2 saja.