RSS

Friday 4 October 2013

Haluan Laluan

Dengan lafas suci....Bissmillahirahmannirahim...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Berpeluang untuk berilham lagi. Lebih suka menggunakan bahasa jiwa. Justeru, ku garap menjadi jurnal cerita.

Dalam arus  kemodenan dunia. Manusia berlumba mencari nama,harta, pangkat dan darjat..aku bagaikan terkebil-kebil sendiri. Melihat persepsi daripada pelbagai sudut. Ibarat berada di dunia dimensi. Wayang 3D. Dan aku hanya mampu melihat. Mengukur makna jati diri. Dalam erti kata lain..bermuhasabah untuk menilai diri sendiri. Sesekali, bila teringatkan diri yang sudah banyak tersasar dari landasan jiwa kehambaan yang sebenar, aku mengucap istighfar. Astaghfirullahal a'dzim!. Sungguh hati ini sering d bolak balik..Iman sering di uji. Aku tak mampu menepis godaan dek bunga-bunga dunia yang mekar mengharum.

Teringat lagi pesan sahabat, tika ku mula berjinak memakai tudung labuh. Tika itu, pelgabai hamburan kata-kta tajam berbisa bak sembilu menghiris. Namun, kugagahi demi sekeping jiwa yang ingin berjihad.

"Jangan macam cucur pisang goreng ya. Awalnya sahaja bersemangat, dah lama...layu dan dingin."
"Jangan jadi macam melepaskan batuk di tangga. Penting untuk istiqamah."
"Jangan hangat-hangat taik ayam saja. Nanti, kamu sendiri yang mendapat malu."
"Jangat jadi macam lalang di tiup angin. Bila bersama mereka yang bertudung labuh, kamu bertudung labuh. bila bersama mereka yang tak bertudung labuh, kamu turut macam mereka."

Daku terkelu. Pedas kata2 itu. Namun, itulah semangat!. Itulah kekuatanku. Aku ingin berubah kerana Allah. Bukan kerana siapa-siapa. Moga istiqamah menjadi landasan ku.

Namun, iman ini sering di uji. Hati ini sering dbolak-balik. Aku tersungkur kadang-kadang. Melihat indahnya dunia fesyen. Tapi, mereka berpesan juga..

"...biar  sempurna penutupannya. Jangan sampai nampak susuk tubuhmu.."
Ya, secara praktikalnya..aku pernah juga berselendang..tapi, akan ku jaga paras labuhnya.  InsyaAllah.

Duhai hati,
Tetapkan pendirian mu. Teruskan istiqamah. Smg mampu menjadi insan yang teguh dalam berpendirian.

Yang pasti..
Sahabat kesayangan ku yang perihatin sekalian, tegurlah daku jika daku tersalah memilih ahluan. Gapai tanganku tika aku tersungkur. Aku manusia biasa yang sering membuat onar pada diri sendiri.

Suami penah berpesan,
"Sayang lebih cantik mengenakan tudung labuh"

Itu satu semangat yang menjadi kekuatan ku!

Allah..Allah..Allah.. Engkau Maha Mengetahui. Engkau  Maha Melihat. Pimpinlah aku untuk menuju ke jalan yang Engkau redhai selalu. Amiinnn...



Thursday 3 October 2013

Inilah seorang aku!

Bismillahirahmannirrahim..

Assalammualaikum,

Jika aku di beri peluang untuk memilih..aku lebih suka mengkaji bahasa sestera.
cintaku pada bait-bait indah itu terlalu mendalam sehingga secara praktikalnya aku hampir mengaplikasikan dunia penulisanku dalam kehidupan.
hampir kata-kataku ku bisik bahasa jiwa.
bait hentakkan jari ku terus diiringi bahasa melankolik. 
Sehingga tega sahaja suara-suara angin melabelkan aku dengan wanita semalu..puan pujangga..
ah, keterpedulian aku lansung zero.
anugerah-Nya ini yang ku jaga rapi.
Itulah seorang aku yang bernama,
SITI HAJAR!

itu sahaja yang ingin ku sampaikan!
sekian.