RSS

Tuesday 20 October 2015

"Kamu wanita hebat"



Aku ingin berbicara lagi..

Lama sudah tidak melakar tinta, meluah kata berkongsi rasa..Cuba menyepi daripada bercerita tentang rasa. Namun, hari ini dituang pula idea berganda dalam kepala..Alhamdulillah..

Aku anggap senua ini hadiah daripada Tuhan ku pada aku. Allah hadirkan mereka-mereka sebagai cerminan dan tarbiyah untuk aku. Agar aku belajar lagi..lebih mengerti lagi tentang hidup berumah tangga.

Dalam dua minggu berturut-turut Allah hadirkan wanita-wanita istemewa itu untuk aku. Mereka berkongsi rasa dengan aku. Meminta pendapat dan pandangan. Aku yang kurang ilmu, kurang pengalaman adakalanya hanya mampu mendengar. Tersentuh jua hati ku nan dalam. Laju-laju aku menilik diri, laju-laju aku menilik rumah tanggaku  sendiri. Allah..Allah..Allah..saat aku hampir jatuh, kau hadiahkan mereka padaku untuk kembalikan kekuatan agar aku tidak berputus asa dari rahmatmu. Aku bukan siapa-siapa pun bagi mereka untuk berkongsi cerita dan rasa. Benar, aku bukan siapa-siapa..bila aku bertanya, kenapa percayakan aku untuk semua itu, mereka berkata.. "Kau suka mendengar. Kau pendengar yang baik. Bila kau menasihati, memang tepat dihati". Aku tidak mengata yang aku seperti itu. Itu penilaian mereka padaku. Namun, disebalik hijab yang membatasi pandangan mereka padaku, senyuman yang terlukis dibibirku, keceriaan yang terpamer diwajahku, tingkah laku yang nakal pada diri..tidak bermakna aku sentiasa bahagia. Aku juga hamba. Aku tak terlepas dari dosa. Diduga. Namun, daya aku apa untuk mengekspretasikan jiwa? Merintih? Menangis? Berkurung? Brkabung? Update rasa dan luah jiwa di laman media? Tidak! Tidak mungkin...bagiku itu lebih mengerukan keadaan. Bagaimana kau hendak menenangkan jiwa? Aku tidak mampu berkata apa. Mungkin ini anugerah Allah padaku. Mudah lupa. Ya, aku mudah lupa..bila rasa di sakiti, aku mudah melupakan. Dengan cara? Ah, payah mahu ku kata..aku rasa semua orang pun akan memberi jawapan yang sama. Apa dia?....

.....

....

....

Aku lebihkan waktu disejadah. Aku lebihkan waktu untuk mengadu pada Penciptaku. Aku lebihkan waktu untuk menangis dan meluah pada Penciptaku. Aku lebihkan waktu untuk meratib tasbih..Lebihkan waktu untuk bangun tahajud.. pendek kata, lebihkan waktu untuk bersama AllAH SWT. Aku tidak baik. Aku sungguh-sungguh jahat. Tika perlu, tika disakiti..aku merintih di depan Penciptaku.. Jahat aku!. Namun, aku teringat pesan guru ku..kita akan lebih merasa dekat dengan Allah saat kita tahu kita diuji dan ujian itu daripada Allah. Masa itu, kita rasa tiada apa-apa. Lansung tiada apa-apa. Justeru, apa lagi yang perlu dibanggakan? Saat itu, menangislah...

Lupakan seketika pasal itu,
Kembali pada wanita-wanita istimewa yang Allah hadiahkan padaku itu.. Luahan mereka,seolah mengutil saki-baki sifat purtus asa aku. Ya Allah, setiap daripadanya memang tiada yang sia-sia. Diberi-NYA manfaat bersama-sama. Tarbiyah itu paling berkesan untuk aku..Cerminan aku! Syukurrrr sangat2..

Buat wanita yang sedang disakiti,
Kadang-kadang kita tidak perlu bertindak menggunakan emosi. Selalu, setiap tindakan kita dipengaruhi oleh emosi. Untuk seketika, duduk. Bila sedang disakiti melalui telefon, hentikan perbualan,hentikan conversation..ambil masa untuk tarik nafas. Kalau disakiti depan-depan, cubalah menjauh seketika. Bukan bermakna lari dari masalah, tapi, berilah sedikit ruang untuk hati..ambil ketenangan. Jikalau si dia protes, abaikan..jgn bagi tekanan padanya, semakin kita mendesak, smakin itu keadaan tak akan berubah. Tekanan tak akan hilang. Menjauh bukan jauh mencari silap psgn, tapi..menjauh..cuba tilik diri sendiri. Mungkin ada yang tidak kena pada kita. Kalau xmampu juga, lazimkan bibir, isbat pada hati.. "Allah..Allah..Allah"..."DENGAN MENGINGATI TUHAN MU, HATI AKAN MENJADI TENANG"...insyaAllah.. Bila dah redha, berbincanglah dengan elok. Kalau tak mampu bawa berbincang, berserahlah pada Allah. Kita sudah berusaha.. bagi aku, tak perlu terlalu memaksa.

Mungkin tak sama cara setiap orang, namun, aku hanya mampu menasihati seperti itu. Ambillah sekiranya memnberi manfaat. Abaikan sekiranya ianya lansung tak memberi manfaat.Dan, aku yakin..setiap daripada kita mesti pernah menjadi tempat luahan hati orang lain, pernah memberi nasihat dan pandangan. Mungkin, cara anda untuk mengendalikan situasi seperti ini lebih baik dan hebat daripada aku yang lansung tiada apa-apa dan pengalaman ini.

"Betapa Allah syg pada kita.."

Aku berkongsi bukan suka-suka..mohon ambil yang baik-baik dr tuturku, yang kurang itu, abaikan kerana ianya juga salah satu daripada pengaruh emosi seorang wanita seperti aku.

Maaf.

♡Membina Islam Profesional♡ ~ Ustaz Ebit Liew


๐ŸŒพDapat duduk majlis ini nikmat yang amat besar. Allah rezekikan rumah yang besar, keluarga yang ramai tapi tak kenal tuhan. Kita banyak buat kebaikan, orang dulu pun berdakwah tapi yang membezakan kita, orang dulu buat penuh cinta dan semangat. Abu Bakar As Siddiq disebut nama Allah lalu menangis.

๐ŸŒพKita bila disebut nama Allah tapi tak rasa Allah melihat kita. Allah sayang kita dan nak kita masuk syurga. Hadir majlis ilmu Allah ampunkan dosa. Bila ada majlis ilmu duduk depan. Dalam sahih muslim, orang pertama suka duduk depan, orang kedua malu2 da  orang ketiga terus beredar dari majlis ilmu. Orang menguap depan kawan tidak beradap apatah lagi menguap depan guru.

๐ŸŒพBahagia bermula dari Hati, Hati yang bersyukur, Yang mengenal Allah. Dalam hidup ini kita bergantung Allah. Tinggal satu solat, 80 tahun dalam neraka. Bila dapat agama pegang sepenuhnya, jangan pandang lagi ke belakang. Allah beri agama untuk majukan kita. Belajarlah mengenal Allah. Mengapa orang islam benci membenci, memusuhi sesama islam kerana tujuan hidup hanya kita salah. Hidup kita mengharap redha Allah. Bila kita hidup merasai Allah akan rasa Allah melihat kita. Setiap saat hidup kita Allah akan tanya. Ada seorang sahabat Anas tidak dapat pergi berperang di jalan Allah. Jihad bukannya perang tapi berjuang di jalan Allah. Dia hendak tunjuk pada Allah apa saya boleh buat untuk agama ini. Anas naik atas bukit dalam perang Uhud dan dia terbau syurga dari gunung Uhud. Walau apa terjadi dia mara ke hadapan.

๐ŸŒพOrang beriman akan terbau syurga walaupun dalam kesejukan subuh dia  memaksa diri untuk ke masjid.

๐ŸŒพNabi angkat barang sendiri dan mengurus hal sendiri. Saidina Umar angkat barang dan kerja susah untuk mencuci hati.

๐ŸŒพBila kita niat kerana Allah akan seolah2 dapat 313 kali ganda bantuanNYA. Sesiapa ucap Lailahaillallah Allah akan hilangkan keresahan hati.

๐ŸŒพOrang yang terbaik adalah orang yang beri manfaat pada orang lain. Imam shafei picit kaki ibunya dan mencium kaki ibunya kerana disitulah syurganya.

๐ŸŒพKalau nak berjaya dunia akhirat hormat dan buat baik pada ibubapa. Anak yang layan mak bapak dia pasti akan berjaya. Makan berjemaah (makan dalam dulang) satukan hati. Sesiapa dia walau sejahat manapun tapi bila kembali pada Allah dia akan dapat bahagia dan syurga. Kalau nak balik pada Allah kita kena bersih. Bila ditimpa kesedihan, itu tanda Allah sayangkan kita. Bila Allah terima kita, kitalah orang paling bahagia dunia akhirat. Orang yang jaga solat Allah jaga dia. Solat berjemaah, tahajud dan Dhuha. Jangan pernah tinggalkan solat. Saidina Umar setiap malam kejutkan keluarga untuk solat tahajud.

๐ŸŒพKita nak semua orang masuk syurga. Bagaimana orang yang kata kenal tuhan tapi masih benci orang lain. Orang yang bertaqwa sayang pada semua orang. Sentiasa berdoa agar orang lain diberi hidayah.  Bagi yang belum tutup aurat kita doakan mereka. Jatuh bangun agama adalah tanggungjawab kita.

๐ŸŒพKeluar rumah kaki kiri dan baca doa keluar rumah.

๐ŸŒพAda orang titiskan darah untuk agama kita iaitu Rasullulah. Kerana pengorbanan nabi kita dapat islam. Kita dapat agama dan janganlah terima agama sambil lewa. Takdir urusan Allah dan kita usaha sungguh2 untuk agama. Orang kata nak agama tak sanggup bersusah untuk agama.

๐ŸŒพNak jadi baik banyakkan dengar benda baik2. Banyakkan pergi majlis ilmu. Bangun tahajud. Buat taklim dekat rumah. Setiap rumah bercahaya bila amal taklim. Kemanapun kita pergi niat kerana Allah.

๐ŸŒพBerdakwah dengan cinta. Orang dulu berjuang habis habisan untuk agama. Agama ini sangat mahal dari segala- galanya. Bagaimana kita hidup tapi tak nak jumpa tuhan kita? Niatkan sebelum kita mati, kawan2 kita yang belum islam kembali pada islam.


15/10/2015_unimas๐Ÿ’

DIALAH HAKIKAT DISEBALIK SESUATU

DIALAH HAKIKAT DISEBALIK SESUATU

Imam Ibnu Athaillah As Sakandari berkata;
“Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Allah yang menzahirkan segala sesuatu (azhara kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang tampak-zahir pada segala sesuatu (zaharo bi kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang terlihat dalam tiap sesuatu (zaharo fii kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang tampak pada segala sesuatu (zaharo li kulli syai’in).

Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia ada zahir sebelum adanya sesuatu (wa huwa qabla wujuudi kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia lebih tampak jelas dari segala sesuatu (adharo min kullisyai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia yang Esa nan tidak ada di sampingnya sesuatu apa pun (al-Wahidu alladzina laitsa ma’ahu syai’un).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal Dia lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu (aqrabu ilaika min kulli syai’in).

Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal seandainya tidak ada Dia, nescaya tidak akan ada segala sesuatu (wa laulaa huu maa kaana wujuudu kullisyai’in).

- Hikam Ibn Athaillah As Sakandari, Al-Hikam (Hikmah 16-23).
Copy Paste dari FB Ust Iqbal Zain