RSS

Tuesday 20 October 2015

"Kamu wanita hebat"



Aku ingin berbicara lagi..

Lama sudah tidak melakar tinta, meluah kata berkongsi rasa..Cuba menyepi daripada bercerita tentang rasa. Namun, hari ini dituang pula idea berganda dalam kepala..Alhamdulillah..

Aku anggap senua ini hadiah daripada Tuhan ku pada aku. Allah hadirkan mereka-mereka sebagai cerminan dan tarbiyah untuk aku. Agar aku belajar lagi..lebih mengerti lagi tentang hidup berumah tangga.

Dalam dua minggu berturut-turut Allah hadirkan wanita-wanita istemewa itu untuk aku. Mereka berkongsi rasa dengan aku. Meminta pendapat dan pandangan. Aku yang kurang ilmu, kurang pengalaman adakalanya hanya mampu mendengar. Tersentuh jua hati ku nan dalam. Laju-laju aku menilik diri, laju-laju aku menilik rumah tanggaku  sendiri. Allah..Allah..Allah..saat aku hampir jatuh, kau hadiahkan mereka padaku untuk kembalikan kekuatan agar aku tidak berputus asa dari rahmatmu. Aku bukan siapa-siapa pun bagi mereka untuk berkongsi cerita dan rasa. Benar, aku bukan siapa-siapa..bila aku bertanya, kenapa percayakan aku untuk semua itu, mereka berkata.. "Kau suka mendengar. Kau pendengar yang baik. Bila kau menasihati, memang tepat dihati". Aku tidak mengata yang aku seperti itu. Itu penilaian mereka padaku. Namun, disebalik hijab yang membatasi pandangan mereka padaku, senyuman yang terlukis dibibirku, keceriaan yang terpamer diwajahku, tingkah laku yang nakal pada diri..tidak bermakna aku sentiasa bahagia. Aku juga hamba. Aku tak terlepas dari dosa. Diduga. Namun, daya aku apa untuk mengekspretasikan jiwa? Merintih? Menangis? Berkurung? Brkabung? Update rasa dan luah jiwa di laman media? Tidak! Tidak mungkin...bagiku itu lebih mengerukan keadaan. Bagaimana kau hendak menenangkan jiwa? Aku tidak mampu berkata apa. Mungkin ini anugerah Allah padaku. Mudah lupa. Ya, aku mudah lupa..bila rasa di sakiti, aku mudah melupakan. Dengan cara? Ah, payah mahu ku kata..aku rasa semua orang pun akan memberi jawapan yang sama. Apa dia?....

.....

....

....

Aku lebihkan waktu disejadah. Aku lebihkan waktu untuk mengadu pada Penciptaku. Aku lebihkan waktu untuk menangis dan meluah pada Penciptaku. Aku lebihkan waktu untuk meratib tasbih..Lebihkan waktu untuk bangun tahajud.. pendek kata, lebihkan waktu untuk bersama AllAH SWT. Aku tidak baik. Aku sungguh-sungguh jahat. Tika perlu, tika disakiti..aku merintih di depan Penciptaku.. Jahat aku!. Namun, aku teringat pesan guru ku..kita akan lebih merasa dekat dengan Allah saat kita tahu kita diuji dan ujian itu daripada Allah. Masa itu, kita rasa tiada apa-apa. Lansung tiada apa-apa. Justeru, apa lagi yang perlu dibanggakan? Saat itu, menangislah...

Lupakan seketika pasal itu,
Kembali pada wanita-wanita istimewa yang Allah hadiahkan padaku itu.. Luahan mereka,seolah mengutil saki-baki sifat purtus asa aku. Ya Allah, setiap daripadanya memang tiada yang sia-sia. Diberi-NYA manfaat bersama-sama. Tarbiyah itu paling berkesan untuk aku..Cerminan aku! Syukurrrr sangat2..

Buat wanita yang sedang disakiti,
Kadang-kadang kita tidak perlu bertindak menggunakan emosi. Selalu, setiap tindakan kita dipengaruhi oleh emosi. Untuk seketika, duduk. Bila sedang disakiti melalui telefon, hentikan perbualan,hentikan conversation..ambil masa untuk tarik nafas. Kalau disakiti depan-depan, cubalah menjauh seketika. Bukan bermakna lari dari masalah, tapi, berilah sedikit ruang untuk hati..ambil ketenangan. Jikalau si dia protes, abaikan..jgn bagi tekanan padanya, semakin kita mendesak, smakin itu keadaan tak akan berubah. Tekanan tak akan hilang. Menjauh bukan jauh mencari silap psgn, tapi..menjauh..cuba tilik diri sendiri. Mungkin ada yang tidak kena pada kita. Kalau xmampu juga, lazimkan bibir, isbat pada hati.. "Allah..Allah..Allah"..."DENGAN MENGINGATI TUHAN MU, HATI AKAN MENJADI TENANG"...insyaAllah.. Bila dah redha, berbincanglah dengan elok. Kalau tak mampu bawa berbincang, berserahlah pada Allah. Kita sudah berusaha.. bagi aku, tak perlu terlalu memaksa.

Mungkin tak sama cara setiap orang, namun, aku hanya mampu menasihati seperti itu. Ambillah sekiranya memnberi manfaat. Abaikan sekiranya ianya lansung tak memberi manfaat.Dan, aku yakin..setiap daripada kita mesti pernah menjadi tempat luahan hati orang lain, pernah memberi nasihat dan pandangan. Mungkin, cara anda untuk mengendalikan situasi seperti ini lebih baik dan hebat daripada aku yang lansung tiada apa-apa dan pengalaman ini.

"Betapa Allah syg pada kita.."

Aku berkongsi bukan suka-suka..mohon ambil yang baik-baik dr tuturku, yang kurang itu, abaikan kerana ianya juga salah satu daripada pengaruh emosi seorang wanita seperti aku.

Maaf.

0 ulasan: