RSS

Tuesday 20 October 2015

♡Membina Islam Profesional♡ ~ Ustaz Ebit Liew


🌾Dapat duduk majlis ini nikmat yang amat besar. Allah rezekikan rumah yang besar, keluarga yang ramai tapi tak kenal tuhan. Kita banyak buat kebaikan, orang dulu pun berdakwah tapi yang membezakan kita, orang dulu buat penuh cinta dan semangat. Abu Bakar As Siddiq disebut nama Allah lalu menangis.

🌾Kita bila disebut nama Allah tapi tak rasa Allah melihat kita. Allah sayang kita dan nak kita masuk syurga. Hadir majlis ilmu Allah ampunkan dosa. Bila ada majlis ilmu duduk depan. Dalam sahih muslim, orang pertama suka duduk depan, orang kedua malu2 da  orang ketiga terus beredar dari majlis ilmu. Orang menguap depan kawan tidak beradap apatah lagi menguap depan guru.

🌾Bahagia bermula dari Hati, Hati yang bersyukur, Yang mengenal Allah. Dalam hidup ini kita bergantung Allah. Tinggal satu solat, 80 tahun dalam neraka. Bila dapat agama pegang sepenuhnya, jangan pandang lagi ke belakang. Allah beri agama untuk majukan kita. Belajarlah mengenal Allah. Mengapa orang islam benci membenci, memusuhi sesama islam kerana tujuan hidup hanya kita salah. Hidup kita mengharap redha Allah. Bila kita hidup merasai Allah akan rasa Allah melihat kita. Setiap saat hidup kita Allah akan tanya. Ada seorang sahabat Anas tidak dapat pergi berperang di jalan Allah. Jihad bukannya perang tapi berjuang di jalan Allah. Dia hendak tunjuk pada Allah apa saya boleh buat untuk agama ini. Anas naik atas bukit dalam perang Uhud dan dia terbau syurga dari gunung Uhud. Walau apa terjadi dia mara ke hadapan.

🌾Orang beriman akan terbau syurga walaupun dalam kesejukan subuh dia  memaksa diri untuk ke masjid.

🌾Nabi angkat barang sendiri dan mengurus hal sendiri. Saidina Umar angkat barang dan kerja susah untuk mencuci hati.

🌾Bila kita niat kerana Allah akan seolah2 dapat 313 kali ganda bantuanNYA. Sesiapa ucap Lailahaillallah Allah akan hilangkan keresahan hati.

🌾Orang yang terbaik adalah orang yang beri manfaat pada orang lain. Imam shafei picit kaki ibunya dan mencium kaki ibunya kerana disitulah syurganya.

🌾Kalau nak berjaya dunia akhirat hormat dan buat baik pada ibubapa. Anak yang layan mak bapak dia pasti akan berjaya. Makan berjemaah (makan dalam dulang) satukan hati. Sesiapa dia walau sejahat manapun tapi bila kembali pada Allah dia akan dapat bahagia dan syurga. Kalau nak balik pada Allah kita kena bersih. Bila ditimpa kesedihan, itu tanda Allah sayangkan kita. Bila Allah terima kita, kitalah orang paling bahagia dunia akhirat. Orang yang jaga solat Allah jaga dia. Solat berjemaah, tahajud dan Dhuha. Jangan pernah tinggalkan solat. Saidina Umar setiap malam kejutkan keluarga untuk solat tahajud.

🌾Kita nak semua orang masuk syurga. Bagaimana orang yang kata kenal tuhan tapi masih benci orang lain. Orang yang bertaqwa sayang pada semua orang. Sentiasa berdoa agar orang lain diberi hidayah.  Bagi yang belum tutup aurat kita doakan mereka. Jatuh bangun agama adalah tanggungjawab kita.

🌾Keluar rumah kaki kiri dan baca doa keluar rumah.

🌾Ada orang titiskan darah untuk agama kita iaitu Rasullulah. Kerana pengorbanan nabi kita dapat islam. Kita dapat agama dan janganlah terima agama sambil lewa. Takdir urusan Allah dan kita usaha sungguh2 untuk agama. Orang kata nak agama tak sanggup bersusah untuk agama.

🌾Nak jadi baik banyakkan dengar benda baik2. Banyakkan pergi majlis ilmu. Bangun tahajud. Buat taklim dekat rumah. Setiap rumah bercahaya bila amal taklim. Kemanapun kita pergi niat kerana Allah.

🌾Berdakwah dengan cinta. Orang dulu berjuang habis habisan untuk agama. Agama ini sangat mahal dari segala- galanya. Bagaimana kita hidup tapi tak nak jumpa tuhan kita? Niatkan sebelum kita mati, kawan2 kita yang belum islam kembali pada islam.


15/10/2015_unimas💐

0 ulasan: