RSS

Tuesday 24 December 2013

Aku Bercerita ||Ectopic Pregnency||

Bismillahirahmannirahim...

Ectopic pregnency..

Itu mimpi ngeri yang membaluti jiwa ini sehingga sekarang. Genap sebulan..peristiwa itu berlaku. Menghadirkan satu bentuk igauan dalam lena dan jagaku. Hati..tak mampu untuk ku telaah bagaimana perasaannya. Mungkin yang pernah mengalami..faham apa yang aku rasakan. Dan, aku yakin, bukan hanya aku seorang yang terpilih untuk melalui ujian ini, malah..banyak lagi wanita di luar sana yang mengalami nasib yang serupa denganku.

Ramai kenalan dan sahabat handai bertanya, apa itu ectopic pregnency. Aku pernah mendengarnya. Dalam kata mudah, "Mengandung di luar rahim". Ia..sebut sahaja pasal mengandung luar rahim, automatik, minda kita sudah ada tafsirannya sendiri. Mengandung bukan dalam rahim. Bersahaja bagi yang tak memahami. Namun, bagiku..itu igauan ngeri!.

"Ceritakan pengalaman awak, mana tahu boleh jadi pedoman untuk wanita lain."- Ayat ini aku telah lama pertimbangkan. Hinggalah ke hari ini, aku ingin bercerita. Pengalamanku..

Bermula 24/10/2013
Pendarahan yang ku fikir mungkin period biasa. Aku tidak mengambil endah sangat, walaupun hari untukku "period" dah lewat selama seminggu. Namun, kerisauan mula bertamu apabila sesudah 20 hari, period ku masih meriah. Kawan-kawan menasihati, pergi jumpa doktor.Pergi klinik. Di khuatiri berlaku pkara yang tidak di ingini. Aku mengangguk. Memang, aku nak sangat pergi jumpa doktor. Kesakitan yang teramat sangat pada tulang belakang. Bahagian pinggang terutamanya. Disertakan dengan rasa sengut-sengut di bahagian pinggang. Kalau dah sakit sangat, kaki akan rasa kejang. Tapi, sakit akan berkurang bila aku dok rileks. Bila buat kerja berat, macam berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, terlampau aktif, sakit di bahagian itu kembali menyerang. Ketika itu, hanya suami yang memahami sakitku. Aku tidak berani hendak bersuara. Aku pendamkan kesakitan itu seorang diri dengan menitik kata peransang dalam hati dan minda bahawa, sakit ini penghapus dosa.

13/11/2013,
Kebetulan, aku pergi ke Kuching untuk menjemput mak di Airport. Syukur, nampak muka mak..hati ku jadi tenang. Aku bercerita dengan mak perihal keadaan ku. Kebetulan juga, aku memang sangat hendak pergi ke Klinik. Seorang sahabat karib memperkenalkan Klinik sakit puan kepadaku. Selepas makan tengahari, aku dan suami bergegas ke C.M Wong Specialist Clinic For Women. Alhamdulillah, aku pelanggan yang ke dua. Tak lah tggu lama sangat. Bila namaku di panggil, sesegera itu aku masuk ke bilik Doktor. Aku menceritakan semuanya kepada Doktor. Dari A sampai Z, aku terpacak depan dia. Aku menjalani ultrasound scan untuk scan di bahagian rahim. Dia cakap, rahimku sihat, cuma di sebelah kanan berdekatan dengan tiup fallopio ku terdapat sedikit cecair yang di tafsirkan sebagai darah. "

"You mengandung?" Itu soalan pertamanya setelah melihat keputusan di skrin. Aku menggelengkan kepa;a, seraya menjawab, tidak tahu.
"Saya khuatir, You mengalami ectopic pregnency. Berdasarkan scan, besar kemungkinan. Tetapi, saya nak awak buat urine test dulu. Kalau positif. awak mengandung. Tetapi, agak malang..saya tidak dapat mengesan kandungan awak di dalam rahim." Aku mendengar dengan tekun. Selajur, aku membuat urine test, hasilnya????? Allahuakhbar!! Positif!! Aku rasa nak menjerit. Ada dua perasaan aku di ketika itu. Gembira, juga khuatir. Masa itu, aku tak pedulikan pasal diri sendiri. Aku fikirkan pasal anak ku. Ya Allah, doa ku termakbul untuk mendapat cahaya mata. Namun, takdirku tidak seindah yang aku harapkan.. dalam diam, hatiku menangis hiba. Pautan tubuhku ke dada suami sedikit sebanyak menenangkan aku.

"Sabar. Semua ni berlaku adalah bersebab. Kita tunggu dulu keputusan doktor pakar di Hospital Umum. Mana tahu, boleh di selamatkan."

Tika itu juga, bagaikan mimpi..Doktor Wong menyuruh aku untuk pergi ke Hospital Umum dengan kadar yang segera atau boleh di takrifkan sebagai "Emergency". Allahuakhbar..bagaikan mimpi, aku usung dan di tukarkan baju, di suntik tangan kanan dan kiri bagi saluran air, di suntik ambil darah, di lekatkan dengan wayar-wayar di badan...sekelip mata sahaja, duniaku seakan berubah. Scanning menggunakan Ultrasound tidak dapat untuk mengesan bayi ku, scanning  menggunakan saluran bawah pun, masih tidak dapat. Rasa tak mampu menahan sakit. Berair mata ku menanggung sakit yang amat.

Justeru, malam itu..aku di tempatkan di wad ibu dan anak. Tinggal dua malam dalam wad itu, membuatkan aku seronok. Perasaan bercampur baur. Seronok sebab di kelilingi bayi-bayi, dengar suara bayi, tengok ibu-ibu yang sarat mengandung.. Allah sahaja yang tahu betapa, aku ingin anak ku hidup. Aku ingin dia ada di sampingku. Dua malam aku di wad ibu dan anak, aku di hantar pula ke wad ginekologi. Tinggal di situ aku baertambah tertekan. Dengan suasana yang di kelilingi oleh pesakit-pesakit yang terdiri daripada daripada wanita yang mengalami penyakit yang berbeza-beza. Namun, sempat bermuhasabah, betapa Allah sayang dengan wanita, di uji-Nya wanita dengan kesihatan yang tidak baik untuk melihat dan menyedari akan kebesaran Allah. Syukur, aku adalah salah seorang daripadanya, meski akal yang kurang warasku ini seakan kurang mahu mengerti makna di sebalik semua ujian ini.

Sepanjang didalam wad, aku melalui banyak proses perubatan. Scanning hampir tiap-tiap hari. Memamang menyakitkan. Tambahan pula, aku masih lagi bleeding. Memang menggusarkan. Terkadang, tidak mampu menahan sebak. Berkomunikasi dengan pesakit lain dalam wad boleh mengurangkan tekanan. Kehadiran suami yang hampir setiap masa menemani menambahkan keyakinan.

5 Hari berlalu,
Aku di benarkan pulang. Itu pun tidak di benarkan pulang ke kampung halaman. Aku di benarkan pulang kerana aku tidak menampakkan ciri-ciri 'bahaya'. Tekanan darah ku okey.Degupan jantung pun sihat. Cuma menggu keputusan darah daripada makmal sahaja samaada aku berada di tahap yang mana satu.1st sample BHCG, 489.9miu/ml, 2nd Sample (48hours late), darahku menaik.. 644miu/ml. Kata doktor, kalau range darah naik pada tahap 1000, aku akan di oprate. Sukar untuk menerima hakikat.Namun, itulah kebenarannya.

20/11/2013
Follow up lagi di Hospital. Scanning lagi. Bila tengok keputusan, memang masih belum dapat di kesan janin bayi ku. Justeru, aku kembali lagi di tahan dalam wad. Allahuakhbar. Aku rasa berputus asa. Namun, akal waras menasihati, bersabarlah..mungkin ada hikmahnya. Petang itu, sekali lagi aku di scan. Dan, doktor telah membuat keputusan untuk buat operation.Dimana, Doktor akan menjalankan pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan aku mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.  Dalam hati berdebar-debar. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tengahmalam, aku sudah berpuasa. Masa itu, barulah aku alami sakit yang teramat di bahagian rahim sebelah kanan. Sehinggakan, kaki rasa kebas. Aku manusia biasa yang lemah. Fitrah..aku mengeluarkan air mata. Saban hari..mengenang nasib apa yang akan berlaku.

22/11/2013
Setelah lebih 48 jam aku berpuasa. Badan sungguh lemah. Di situ aku di uji lagi. Mengenang nasib diri. Keluarga, suami...semua jauh dari ku. Kebetulan masa itu, suami ada urusan di luar. Sesampai sahaja suami di sisi..aku terasa amat sukar untuk melepaskan dia pergi. Betul, tika itu aku perlukan sokongan dan semangat. Suami bekalkan aku dengan surah yasin. Hampir pada waktu sengang, aku menghabiskan bacaan ku. Mencapai ketenaangan. Dek kerana kesakitan yang menusuk..semangatku hilang lagi. Sehingga suatu tengahari itu, aku tidak mampu untuk bernafas. Aku terbatuk-batuk. Lendir menyekat di kerongkong. Memang sukar untuk bernafas sehimgga suami bergegas memanggil doktor. Sepanjang tempoh ku berpuasa, sebanyak 6 pain air yangmasuk dalam badanku.

Masa yang ku tunggu-tunggu..
Pukul 12 suku tengah hari, aku telah di usung ke bilik bedah. Berdebar-debar jantungku. Aku cuba mengosongkan fikiran. Hanya memikirkan tentang kebesaran Allah. Hanya menahan hati untuk bersabar. Di bilik bedah, salur getah di tangan kanan, doktor telah menyuntik sedikit cecair didalamnya. Wayar-wayar telah sedia terpasang di hampir segenap ruang detakkan jantung. Bekas oksigen di tekapkan ke mulutku seraya itu aku di minta untuk menarik nafas sedalam-dalam kemudia hembus dengan perlahan. Tiga hembusan, akhirnya aku terkulai..

4.00 petang. Aku tersedar. Badan memang cukup lemah. Doktor memberitahi, operation telah berjaya. Dalam keadaan masih lemah dan otak masih sukar untuk berfungsi aku di usung semula ke dalam wad. Selang eberapa jam, barulah aku stabil sepenuhnya. Alhamdulillah. Menurut doktor, mereka berjaya mnegeluarkan janin itu dalam tiup. Sebelah tiup, iaitu tiup sebelah kanan telah di potong. Payah untuk menerima hakikat. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan aku di ketika itu. Sabar...sabar...ya...sabar...Acuba menarik cas positif dalam hati. Namun, seringkali aku kalah.

Ectopic Pregnency..

Ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:
*Pendarahan faraj yang tidak normal
*Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

Rawatan

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika salur Fallopio anda telah pecah, anda perlu terus dibedah tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang.

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja sama ada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan sama ada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong salur Fallopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Salur tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana pembedahan ini lebih cepat; kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini; anda tidak perlu tinggal lama di hospital dan kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang jika salur Fallopio telah pecah dan doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan secara terbuka (laparotomi).
Sama ada salur Fallopio dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan salur Fallopio dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan salur tersebut; tahap kesihatan salur Fallopio yang satu lagi dan keinginan anda untuk hamil lagi. Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes yang salur tersebut dapat diselamatkan (kira-kira empat peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan lapan peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. Metotreksat kadangkala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih pada tahap rendah dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.
Dalam kes-kes tertentu, jika kehamilan di luar rahim dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau 'tunggu dan lihat'. Dalam kes ini, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah.

Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes tersebut.




||Sesiapa sahaja wanita yang pernah mengalami hal sepertiku ini, pasti faham, bagamana rasanya. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudah kan urusan kita untuk kandungan yang seterusnya. Aku inpikan sebuah keluarhga bahagia dimana cahaya mata yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumah tanggaku. InsyaAllah. Sungguh, aku hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Perancangan Allah juga yang terbaik. Untuk wanita d luar sana, jaga diri, jaga kesihatan. Jangan buat kerja terlalu berat. Jangan terlalu aktif.Syukur, Allah menguji. Semakin Allah uji, semakin dia sayang. Semoga hati makin tabah dan kuat menempuhi hari-hari yang mendatang. InsyaAllah. Sekian.. ||


0 ulasan: