RSS

Monday 15 April 2013

Merendah diri..

Assalammualaikum,

Entah tiba-tiba...hati di jentik sayu vs pilu bila sy menjenguk sebuah "Mahligai Indah" yang dahulunya permai, harmoni...sentiasa ada gelak tawa, gurau senda, curahan ilmu. usrah , malah...kami berkongsi cerita dengan sungguh berlapang dada.

Itu kisahnya dahulu. Korang mesti tertanya2 bukan? Apa yg sy maksudkan dgn " Mahligai Indah " ni ka?. Actly, tu adalah group usrah kitorang di Facebook. Nama group tu, biarlah rahsia...tak nak menimbulkan sebarang spekulasi pada sapa2. Sy rindukan ahli2 group tu. Banyak berkenalan dengan ustaz2 dan ustazah2 di dalamnya. Kami bukan sahaja berkenalan di dalam Maya tu sahaja, malah, saling bertukar nombor utk lebih mengeratkan ukhwah di samping bertanya tentang mana2 ada keraguan atau apa2 shj yg berkaitan dengan agama. 
 

Di situ, sy banyak belajar byk perkara. Teringat akan satu kisah, di mana masa tu...sy benar2 belum mengerti. Bila berhujah dan menyuarak pendapat, seorang rakan ini benar2 berhujah dan memberi pendapat dengan sempoi dan merendah diri. Di akhir kata2nya, dia sering mengingatkan dirinya sendiri dan menyatakan bahawa dirinya masih lagi merangkak dalam mendalami ilmu agama. Kata2 nya kira begini lah...

" Alaaa...ana tak tahu sangat. Mohon tunjuk ajar dan bimbingan antum2 sekaliannya sekiranya ada salah tutur bicara ana dalam menyampaikan kata2. Ana masih merangkak ni. Merangkak pun, belum tentu lagi. Allahuakhbar!"

Mulanya, sy kurang faham, apa yg sy fikirkan masa tu?
Hurmmm...knp dia mcm xbsyukur jer dengan apa yg dia dh miliki sekarang?. Ilmu tinggi, tapi, knp ckp mcm tu? Bukan tu semua di kira tak bersyukur ke?

Bila sy dan rakan2 lain borak2, sy bertanyakan kpd mereka yg lebih tahu..kenapa dia perlu menuturkan kata2 sedemikian?.

Bila dikaji, dia bukannya org biasa..maksud sy, bukan org mcm sy ni.. yg lansung xtahu sgt perihal agama. Dia berkelayakkan tinggi. Pelajar dari Madrasah. Sy masih kurang faham.

Akhirnya, rakan2 sy membantu sy utk faham...
Itu semua adalah cara kita merendah diri apabila kita mempunyai ilmu. Dia tak nak, dengan ilmu..dia dipandang tinggi, dihormati...biarlah...dia lebih suka di anggap, kurang berimu daripada tinggi ilmu. Semua itu adalah utk mengelak diri menjadi riak, ujub, takbur.. Sesungguhnya hati kita ini sering di bolak-balikkan. Kita seringkali di uji. Dengan harta, ilmu, pangkat, darjat,dan sebagainya. Oleh sbb itu, dia merasakan ilmu itu bukan darinya, ilmu itu dtg drpd Allah..ilmu itu milik Tuhan Yg Maha Esa. Allahuakhbar! Sampai begitu sekali? Katnya lagi, Itulah yg di namakan dgn tawadhu'..
 

Sy diam.

Sy semakin berminat..

 Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. 
Syukur perhiasan kepada nikmat 
Sabar perhiasan kepada bala. 
Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. 
Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. 
Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. 
Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. 
 Khusyuk perhiasan kepada sembahyang

 Sy diam.

 Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ialah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."(Al-Furqan : 63)


Lama juga kami berbincang meneganai hal ini. Sehingga kan sy faham. Allahuakhbar. Sy masukkan dalam diri sy. Sungguh, selama ini sy tak mengerti. Bila ada ilmu, seronok nak sebarkan. Tanpa faham benar2. Rasa seperti nak bagitahu semua yg kita tahu. Sy mula melihat pd niat. Kata hati cakap, ya...sy ikhlas..tapi, sbnrnya, jauh dalamnya, sy ingin 'org tahu' bhw sy tahu. Astaghfirullah hal 'adzim...

Tak salah kalau kita sebarkan ilmu. Malah tu semua adalah dituntut.. "Sampaikan dariku walau sepotong ayat".

Tp, check balik....jgn sampai kita merasa riyak. Ujub. Takbur. Benar kata kwn sy, lebih baik didik hati utk tawadhu'.. qanaah, berlapang dada..
Rasulullah, adalah contoh yang paling tepat dan tinggi sikap tawaddhunya dari segi karaktornya sebagai suami, pemimpin, sahabat, ayah, anak dan banyak lagi. Sebagai contoh: Baginda tidak mengguna- kan apa yg ada pada dirinya untuk menjadi suami yang ego dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri-isteri baginda di dalam hal-rumahtangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa pemimpin untuk menindas dan menganaiya rakyat jelata. Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan org-org kafir. Baginda sering menghampiri dan berkawan dengan org-org miskin dan anak-anak yatim.


  Alhamdulillah. Daripada situ, sy byk belajar. Dan sekarang, pabila group tu dah byk masuk ahli baru...pelbagai ragam dan pelbagai perkara yg mereka post di dalamnya. Sampaikan group itu pnh di hack oleh manusia yang penuh dengan hasad. Bila jengok balik, byk rakan2 yg sy kenal dulu dah tak aktif lagi. Mereka byk mendimkan diri. Tpi, syukur...kami masih lagi berhubung. Group tu rasanya dh bertukar admin. Hm...suasananya dh tak mcm dulu lagi. Dulu, kami ibarat adik beradik.. Tapi, sekarang....hm...tak pe lah.. bagi peluang org baru pulak. Kami yg senior2 ni bukan tak nak munculkan diri...tapi, ...errr...biar Allah shj tahu apa sebabnya..

Apa pun, utk mdidik diri agar bersifat rendah diri...rendah hati bukannya mudah. 
Allahu Rabbi...smg kita di jauhi sifat riyak, ujub dan takbur tu... 
Akhir sekali,
tegurlah sy kalau apa yg sy smpaikan ini tersasar dari landasan. Tegurlah sy.. bimbinglah sy. Sy masih belajar.. tunjuk ajar lah sy.
Ingatlah, ilmu itu milik Allah. Setinggi mana pun ilmu kita, jgn sesekli hdk menyombong diri. Jangan pandang hina dan diperlekeh org yg tidak ada ilmu seperti kamu. Ilmu itu milik Allah...bila2 masa shj Allah boleh tarik balik drpd kamu. Sm2 kita beringat, k?

0 ulasan: