RSS

Tuesday 19 March 2013

♥ Sabar ♥



Assalammualaikum,

Sabar lah duhai hati,
Sabarlah duhai jiwa...
Kelak akan muncul bahagia.
InshaAllah.
Janji-NYA pasti..


“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari).


Sabar bukan semudah kata-kata.
Bukan seringan tulang lidah untuk melafaskannya.
Sabar perlu dari hati.
Hati dalam nun jauh dari lubuk jiwa.
Yakni, 
fikiran tidak mampu menguasai malah membentengi rasa sabar.


Sabar perlu ikhlas.
Aku terdidik dari sabar mak dan apak..
Membesarkan aku 8 orang adik beradik dalam keadaan yang kurang mampu.
Masa sekolah, selalu berikat perut.
Melihat teman sebelah menjamah roti nan lazat, aku sekadar menelan liur.
Mak kata, " Sabar. Hari ini kita tak punya apa. Nanti, DIA bagi kita apa-apa saja kalau kita sabar."
LaPar ku terisi. Wajah mak dan apak menyusul.


Sabar perlu redha.
Apak menghantar aku dengan motor biru lusuhnya ke sekolah.
Jarak sekolah dari rumah jauh. Dalam keadaan jalan raya berbatu-batu,belum sempurna.
Apak mengahantar kerana tiada tambang untuk menaiki van. 
Bila apak pulang...menitis air mataku mengikut susur roda motor birunya.
Pun begitu, pesan apak menjadi tisu wajahku untuk menghakis air mataku..
"Sabar, hari ini kita tak miliki apa-apa, nanti, DIA akan bagi kita apa-apa saja kalau kita sabar."
Aku menghembus nafas. Sesak. Aku sedar, aku hanya perlu redha dalam sabar.

Aku belajar untuk sabar.
Dari hari ke hari.
Dalam meniti usia yang kian meningkat.
Dari sabar, aku paut tabah untuk terus kuat. 
Terkadang, hati rapuh.
Terkadang, jiwa luluh.
Dari situ, aku belajar untuk kian utuh.

Ingat lagi pesan seorang teman.
Sabar mu dari mana?
Dari mulut atau dari hati?

Aku terkesima.
Adakah kita benar-benar sabar kalau hanya di luahkan dari mulut tapi tidak dizahirkan melalui amal perbuatan kita?
Adakah kita benar-benar sabar kalau hanya menyebut-nyebut di mulut tapi  perbuatan kita menzahirkan sebaliknya?.


Istighfar...Istighfar...cuba raih kekuatan. Walau sedikit cuma..

"Sabar bermula pada tahap pertama kita diuji. Ketika itu kita diberi pilihan. Jika positif yang kita pilih, janji Allah bahawa kejayaan pasti akan bersama orang yang sabar. Tapi jika negatif yang kita pilih, maka hasilnya juga akan menjadi negatif. Sebagai orang yang beriman, kita seharusnya sudah nampak hala tuju pilihan kita itu. Kerana sesungguhnya jika diturutkan hasutan syaitan dan hawa nafsu, murka Allah itu lebih besar dan natijah di sebalik kejadian itu pasti membuat kita menyesal hingga ke penghujungnya."

Sabarlah...sabarlah...sabarlah...
Hati terus  berkata-kata, menuntut untuk terus bersabar, air mata kian laju di denai pipi. 

"Sabar itu bukan semudah kita menuturkannya. Kerana untuk mendidik sabar, ada perasaan yang perlu kita korbankan, ada kepentingan yang perlu ketepikan. Tapi bila sabar hanya muncul di mulut tidak pada perbuatan, di mana letaknya Iman?"


Bila terasa goyangnya sekeping hati nan rapuh, sesegera hati ini cuba sedaya upaya untuk ingat pada-Nya. Hanya DIA. DIA MAHA TAHU. DIA MAHA DENGAR. 
Merintih mana sekalipun, tak akan ada penyudahnya melainkan dengan sabar. 
Allahu Allah...sukar hati ini untuk terdidik menjadi sabar. 
Aku manusia biasa yang sering melakukan khilaf. 
Masih condong pada bunga-bunga dunia.

Ya Allah, sabar itu sangat sukar diraih tapi bagi orang-orang yang berIman, pasti dia akan berusaha untuk mendidik sabar.


_Mari didik sabar_

Wednesday 6 March 2013

Burung Kertas 6 : Monolog seorang aku.



Hari terakhir hukuman aku dengan Azam. Hari ni kami Cuma sapu daun-daun kering kat bawah pokok jer. Tak berat sangat seperti hukaman sebelum ni. Sebenarnya, seminggu kena hukum nih aku rasa kepalak otak aku free sangat. Tak der dah fikir pasal study. Hehehe...apa tak nya, layan karenah Azam dah sekian. Apa lagi kalau dah bergaduh dengan dia.

Oh, cakap pasal dia, dia mana ek?. Dah lama aku buat kerja sorang-sorang ni. Ini tak adil!. Huh....kalau fikir-fikir, boleh ker aku percayakan si Azam tu?. Kata-kata dia dalam burung kertas tu boleh percaya ke?. Sweater yang dia suruh pinjam aku tu....boleh percaya ker?. Sesekali aku bersin. Gatal hidungku. Yang sebenarnya, aku kurang sihat hari ni. Aku tak leh  berhujan lama sangat. Tadi, Bibik Nita tak suruh aku pergi sekolah. Berehat di rumah. Tapi, aku enggan. Aku nak jugak gi sekolah. Kenapa ye?. Dulu, pantang demam sikit, mula merengek tak nak gi sekolah. Tapi, hari ni?.

“Auuuucchummmm!” Aku bersin lagi sambil menggosok-gosok hidungku yang sudah nampak merah.

“Adawiyah rehatlah...biar aku yang buat semua ni..” Satu suara menyapa tiba-tiba di belakang. Azam!. Aku gembira melihat dia ada di hadapanku sekarang. Errr....kenapa dengan aku ni...haisshhh....jumpa dia macam jumpa barang berharga yang hilang. Azam kelihatan senyum pada ku.

Aku menggelengkan kepala.

“Buat apa pulak kau yang kena buat semua ni?. Kan ini kerja aku jugak.” Bidasku.

“Wah...dah orang kasi kau duduk rileks tu...kau duduk lah. Mengada-ngada demam nak tolong kita kerja.” Azam tersenyum sinis sambil mengambil penyapu di tanganku. Aku menguatkan pegangan.

“Tak nak la...! Aku nak siapkan kerja aku ni jugak. Aku pantang tau, buat kerja separuh jalan”. Tukas ku.

“Degil betullah. Kalau kau pengsan nanti, siapa yang susah?. Aku jugak yang susah angkat kau yang gemuk tu.” 

Eiiiiiii...budak ni...rileks je mulut dia nak kutuk aku gemuk. Aku la yang paling ramping kat sekolah ni tau. Tak kan la....!

“Eiiii...kau tu yang banyak sangat songeh. Kau kira bersyukur tau aku tolong kau habiskan semua ni.” Bentakku geram. Azam ketawa kecil. Aku bersin lagi...lagi..dan lagi....Huh....letih. Kepala rasa berat. Pipiku sudah merona kemerahan.

“Berhentilah.Kau ni degil betul. Aku mampu habiskan daun ni sebelum rehat. Kau duduk bawah pokok sana tu ha...dan, rehat. Pokok tu agak terlindung sedikit daripada orang.” Azam masih memujuk.

 Aku akhirnya akur. Berat sangat rasanya kepala aku ni. Aku terpaksa berehat.

“Oh, nah...sweater kau.. terima kasih.” Aku menghulurkan sweater hitam kepunyaannya. Azam enggan menyambut.

“Kau pakailah dulu. Lagipun, kau demam dan sejuk tu. Nanti, dah tak pakai lagi, kau boleh pulangkan.”Lembut sahaja alunan suara Azam menyapu pangkal telinga ku. Mendamaikan.. Eh, hishhhh....kenapa dengan aku ni?!. Adawiyah...wake up! wake up!. Jangan termakan dengan mulut manis Azam tu. Itu semua lakonan semata-mata!.

“Tak nak ah.. Ini kan satu-satunya sweater yang kau ada dalam dunia ni. Jangan risau, aku dah cuci. Aku tak ada kurap.” Aku menyembunyikan senyumanku di sebalik wajah yang serius. Hehehe...aku geli hati dengan kata-kata ku sendiri. Azam menyambut sweater hitam itu. Tapi...........eh?. Apa dia buat ni??

“Kau lebih perlukan daripada aku. Berhenti daripada sikap degil kau tu. Nanti merosak diri sendiri...” Ujar Azam sambil menyarungkan sweater hitam itu lembut ke badan ku. Aku kaget. Bergemuruh jiwa dan ragaku. Rasa tidak berpijak di bumi yang nyata lagi dah ni. Aku hanya membiarkan sahaja Azam menarik tanganku untuk menuju ke pohon ketapang tempat favorite aku tu untuk duduk di situ. Ah, aku bagai dipukau! Kenapa berlainan benar sikap Azam yang aku kenali sebelum ini berbanding sekarang? Adakah ini lakonan semata-mata?.Aku curiga namun ku pasrah.

“ Kau duduk. Aku buat kerja. Dah, berehatlah..” Lembut nada suaranya membuatkan aku rasa diawang-awangan. Azam kembali menyapu daun-daun kering dan mengumpulnya secara berkelompok. Aku hanya memerhati sahaja. Azam nampak fokus dan bersungguh-sungguh. Entah, hati ini mula rasa lain macam. Rasa seram seram sejuk apabila melihat Azam berpaling dan tersenyum padaku. Apa semua ni?. Ishhhh....

Kepala aku bertambah sakit. Badan rasa panas sangat. Aku melentokkan kepalaku ke batang pokok. Ah....angin sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut pipiku. Rambutku lurus dan berwarna perang semula jadi paras bahu itu menari-nari di tiup angin. Indah sungguh.... Kenapa sekarang, aku sungguh rasa indah dan damai?. Rasa selamat dan...hm.... Al-Azam Harith...nama itu mula mengusik qalbu.

Eh...tak...tak....apa aku merepek ni?? Adeiiii...kalau Azam tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni, mesti dia mentertawakan aku. Adawiyah, stop it! Udah-udah lah berangan tu. Ingat, jangan main cinta. Nanti kecewa?

Haip....cinta??? alaaa...cinta apa pulak ni??

Aku letih bermonolog. Akhirnya......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......................

Tuesday 5 March 2013

Jaga Mata, Lidah, Telinga...

Assalammualaikum,

Hari ni xmo banyak cakap. Ekspresi maksud hati melalui gambar2 ni saja k?. Selamat menyaksi...

Gambar deorang ni tandanya ape??? Boleh faham x??
Ni la maksudnya... LIDAH, MATA TELINGA... Dari apa? Siapa?
JAGA LIDAH

Mengumpat...


Haaa....bahaya kan mengumpat...


JAGA TELINGA



JAGA MATA.


KESIMPULANNYA.....

“… فليقل خيرا أو ليصمت”



JADILAH PERIBADI YANG MENYENANGKAN DAN MENGGEMBIRAKAN...



OK. Tu jerrr....hehehe.... Smg kuta sama2 mendapat manfaat daripadanya, k?? InshaAllah. Sebelum tu.. aku nak kongsi ayat ni ngn korang,,,

"...zinanya mata adalah melihat,
zinanya telinga adalah mendengar,
zinanya lidah adalah bicara..."
[Rasulullah, diriwayatkan oleh Bukhari]

Segala peristiwa berawal dari pandangan mata 
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang melesat dari tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali

(Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah)

Saturday 2 March 2013

Burung Kertas 5 : ......errrrrr......



Aku berpeluk tubuh. Sejuk. lagipun, baju sekolah ku ini sedang basah lecun sehingga menampakkan baju...errrr....hurm... Aku bukan pelajar islam yang bertudung. Aku free hair. Azam di sebelahku berlagak selamba. Sesekali dia memandang kearahku dan tersenyum sinis. Dan aku, menjeling tajam. Sekarang, kami sedang menjalani hukuman yang lain pulak. Ekoran daripada membuat haru biru di taman mini reakreasi sekolah. Kami sedang berdiri di tengah padang. Agak malu apabila semua pelajar memerli kami. Ada yang mengusik. Dan, bla..bla..bla..

Aku harapkan tengahari itu panas. Biar baju sekolah ini kering walaupun dah bertukar warna tanah. Tapi, cuaca agak mendung, dan aku kira...hujan akan turun tak lama lagi. Haaaa....betul jangkaan ku. Hujan mula turun dengan rintik-rintik yang kecil. Tak ada ribut dan petir. Cuma hujan biasa yang macam...errr....macam romantik saja!. Hahaha... Kalau lah aku sekarang ni sedang berdiri dengan Hilmi, si jejaka paling handsome kat sekolah ni kan best. Heheh....ini tidak, lelaki yang paling menyampah, meluat, perasan handsome, control macho dan segala yang sengal-sengal itu adalah dia. Huh....! Potong mood betoi la..!

“Mengelamun lagi ke?” Tegur Azam sinis setelah 20 minit kami berdiam diri di tengah padang sekolah.

“Kau sejuk?” Tanya Azam lagi setelah aku mendiamkan diri sahaja tanpa menunjukkan respon terhadap soalannya.

“Orang kaya macam kau, mungkin tak pernah main air dan main tanah macam tadi kan?. Seronok tak?”...... Aku diam.

“ Nasib baik Pengetua tak panggil mak bapak kita ke sekolah lagi, kan”... Herrm....sekali lagi aku diam.

“Ok. Diam... hurm...aku tak la jahat sangat seperti yang kau sangka dan yang kau fikir tu. Aku Cuma tak tahan dan tangan aku ni gatal sangat kalau nampak orang kaya yang sombong dan tak reti nak hormat orang macam kau ni. Sebab tu la aku buli kau. Biar kau rasa dan sedar diri sikit..”......errrrrr.....apa yang Azam merepek ni??

“Kau anggap aku macam tu? Sombong dan bongkak? Begitu?”. Tanya ku sambil memandang tepat ke mata Azam. Errrr...mata dia bersina...rrrr..errr...kelu...diam.... Cuma aku lihat, Azam mengangguk tanpa mengerlipkan mata merenung ku. Aku segera mengalihkan pandangan. Huh...gila! Gila kalau aku terus pandang mata dia. Errr......

“Jangan menilai seseorang tu dari luarannya sahaja. Kau tak kenal aku sangat, sebab tu kau anggap aku macam tu!” Agak marah dengan kata-kata Azam.

“Kadang-kadang, yang di zahirkan itu adalah cermin pada kebatilan” Azam membidas kataku tadi. Aku terkesima.

“Tak semua orang macam tu. Kalau kau meluat sangat dengan aku pun, jangan menilai aku ni macam aku tak ada harga diri dan maruah. Aku diam. Aku sabar bila kau buli aku. Tapi, jangan sampai maruah aku kau injak-injak!” Aku emosi. Aku kalau dah emosi sangat, rasa nak menangis. Nasib baik hari ujan. Setidaknya, hujan ini melindungi air mata ku.

“Kalau kau tak nak maruah kau diinjak-injak, jangan lah berlagak sangat. Kau ingat lagi yang kau pernah tuangkan air milo ke badan seorang budak tahun satu pada awal persekolahan dulu?. Gara-gara budak tu potong barisan kau di kantin, kau terus marahkan dia. Kau tak sedar, yang budak tu disuruh memotong barisan untuk mengambil air suam daripada Mak Jenab untuk dia makan ubat kerana dia demam?. Masa tu, kau ada fikir tentang maruah dan harga diri dia tak?”

Bagai halilintar menyambar wajahku. Terpana aku mendengar cerita daripada Azam tentang peristiwa itu. Ya, aku ingat....dan, aku sungguh rasa bersalah sekali pada masa tu.

“Kalau aku cerita tentang ke sombongan kau dan kebongkakkan kau pun tak akan habis. Buat sakit hati aku adalah!” Getus Azam. Semakin laju air mataku mengalir. Rasa diri ini sedang dipukul-pukul oleh kesalahan sendiri. Perlahan aku duduk di rumput yang basah dan bertakung air itu sambil memeluk lutut. Aku menangis teresak-esak. Hilang rasa malu dan rasa ego ku terhadap Azam.

Lama aku dalam keadaan seperti itu. Aku malu mengangkat muka sembabku di hadapan Azam. Aku sedar aku banyak salah dengan pelajar-pelajar lain. Ya...aku sedar!

“Rabiatul Adawiyah...dah la tu. Cikgu Qalam dah panggil. Dah habis waktu persekolahan. Sebelum tu, aku nak minta maaf dengan kau sebab banyak kacau dan buli kau. Banyak menyakiti hati kau..” 

Aku mengangkat muka. Bila aku toleh ke belakang, Azam sudah jauh menapak meninggalkan aku. Aku menarik nafas dalam. Akhirnya, Azam mengalah dengan meminta maaf padaku. Tetapi, yang sebenarnya...aku lah yang kalah...aku terlalu ego untuk meminta maaf.

Dalam kelas sewaktu aku hendak mengambil beg sekolah, ketika semua pelajar lain dah pulang. Aku terkejut apabila melihat sweater hitam dilipat kemas di atas meja ku. Aku mengapai beg sekolah. Sweater itu aku belek-belek dengan berhati-hati. Khuatir di kenakan lagi. Dan, aku khuatir, apa yang Azam katakan pada ku di padang tadi cumalah lakonan semata-mata. Namun, mataku tertumpu kearah burung kertas yang diselitkan dalam lipatan sweater tersebut. Di dalamnya tercatat...

“Nah, pakailah. Tak sanggup pulak aku tengok kau dalam kesejukan macam tu. Lagipun, baju kau nipis. Tutuplah badan kau dengan baju ni. Dah tak pakai lagi nanti, pulangkan balik. Jangan lupa gosok. Ini sahaja sweater yang aku ada dalam dunia ni. Hehehe...dah, jangan sedih. Muka kau buruk kalau sedih.(Al-Azam)”

Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....aku terpaku seketika.... Errr....keluuuuuuuu....errr.........apakah???

~bersambung~

Burung Kertas 4 : Perang Air



Dua hari dah aku dan Azam menjalani hukuman dengan membersihkan kawasan sekolah. Fed-up aku. Tak pernah-pernah aku buat kerja macam tu. Kat rumah pun, bukannya aku ni rajin sangat. Bibik Nita ada. Pak Oli pun ada. Hurm...nak cakap pasal kehidupan ni lah jiwa aku ni lemah sangat. Malas nak cerita. Keluarga jer mewah...tapi...lansung tiada kemewahan dalam jiwa. Dalam kasih sayang. Dalam perhatian. Boleh aku cakap, aku ni tak ada orang yang sayang. Mama dan abah jarang ada kat rumah. Kalau dah outstation tu sampai berminggu-minggu. Macam cerita dalam tv tu..mak bapak sibuk, anak terbiar. Aku dalam keadaan sebegitu sekarang. Ah, malaslah nak paksa mama dan abah lagi untuk temankan aku kat rumah ni. Bukannya diorang pernah tepati janji pun.

Aku lahir dari keluarga yang sungguh kaya. Abah ahli perniagaan yang berjaya. Baru sebulan dapat  gelaran sebagai Dato’ oleh Paduka Sultan. Mama pun, ada perniagaan sendiri. Sangat berjaya dan maju. Mama memiliki hotel sendiri. Hotel bertaraf 5 bintang. Aku seorang sahaja anak mama dan abah. Anak tunggal. Kat rumah, ada Bibik Nita sebagai pembantu rumah. Pak Oli sebagai tukang kebun. dan, Ajiboi sebagai driver aku. Hidup mewah, tapi..aku benar-benar kurang kasih sayang seorang ibu dan ayah. Nasib baik aku bukan jenis yang sosial sangat, macam remaja lain yang kurang kasih sayang ibubapa di luar sana. Kehidupan ku sepi. Kosong. membosankan. Balik sekolah, aku banyak habiskan masa aku berperap di rumah. Dok dalam bilik sambil berangan-angan. Boring berangan, aku tonton tv dengan Bibik Nita. Boring tengok tv, aku kacau Pak Oli. Bila boring tahap gaban sangat, aku ajak Ajiboi keluar shoping.

Aku tak banyak kawan. Aku Cuma ada Sumaiyah dan Qiqi. Sumaiyah sahabat yang baik. Peramah.Dia tak kisah aku ni jenis yang macam mana. Dia dapat terima aku. Berbanding rakan di sekolah yang lain, mereka agak takut untuk berkawan dengan aku. Kadang-kadang ada yang suka iri hati. Ada jugak yang suka membuli. Yang membuli tu biasanya anak orang kaya yang tak mahu kalah dengan aku.

Qiqi bukan sahabat sama sekolah dengan aku. Di pendekkan cerita, dia tua setahun daripada aku. Kerja sebagai pelayan restoren. Qiqi agak brutal. Sosial. Lelaki keliling pinggang. Sayang betul, muka cantik tapi tak nak jaga diri bagus-bagus. Qiqi ni banyak kes. Dah masuk kes polis dah pun sebab sertai lumba haram. Macammana aku boleh berkawan dengan Qiqi? Dah dua tahun dah aku kawan ngan Qiqi. Dia tegur aku masa aku ikut mama buat function kat restoren tempat dia kerja. Semenjak hari tu, aku rapat dengan Qiqi. Pernah jugak tengok Qiqi masa berlumba. Huh...bila abah tahu, dia fikir aku pun ikut lumba haram. Alamatnya, aku kena quarantin selama seminggu tak boleh keluar rumah. Qiqi minta maaf pada aku d sebabkan hal tu. Tapi, tak per pun, aku bukannya ikut cara dia..aku Cuma kawan dia sahaja.

“Hooooiiiiii...!!!!” Pekikan berserta dengan jurusan air kebadanku menyebabkan aku tersedar dari lamunan. Aku kaaget. Lecun baju sekolahku kerana simbahan air. Aku berpaling pada Azam. Dia memandang aku dengan wajah kebencian.

“Udah-udah lah berangan tu!. Kalau kau masih macam ni, sampai esok pun kerja kita tak habis!” Tengking Azam marah. Aku diam. Salah aku kerana mengelamun tak ingat dunia. Sedangkan, bunga-bunga di dalam taman mini reakreasi ini perlu di siram. Letihnya kerana taman mini ini padat dengan bunga.

“Aku tak tahulah macammana dengan hidup kau ni. Asyik berangan jer. Sedarlah sikit...!” Bebel Azam. Aku diam lagi. Selama dua hari ini, bila Azam cuba nak cari gaduh dengan aku, aku lebih banyak mendiamkan diri dan mengelak.

“Kau tahu kenapa semua budak sekolah ni tak mahu kawan dengan kau?. Sebab kau sombong!. Bawak hal sendiri. Kot ye pun kau anak orang kaya, jangan la sombong sangat sampai tak nak tegur orang lansung!” Azam membebel lagi.

Huh....aku tak mulakan pergaduhan yer...aku dah cukup baik berdiam diri. Jangan nak paksa aku untuk buka mulut.

“Sombong!.” Gerutu Azam lagi.

Hihhhhhh!!. Aku dah senyap, kau masih jugak nak membebel macam mak nenek. Kau ni memang betul-betul nak kena ni.

Dengan spontan, aku menghalakan kepala hos yang aku pegang kearah Azam sambil menyiram Azam dengan air. Azam tak mampu mengelak. Bulat merah wajahnya memandangku. Marah.

“Aku sombongkan? Aku tak nak tegur orang kan? Aku buat hal sendiri kan?...Nah....kau mahu aku tegur kau..nah...!” Aku terus menyimbah Azam dengan air. Azam cuba untuk mengelak. Tapi, aku lebih pantas. Dia berlari menuju ke paip utama untuk memasang hos. Kepala hos dihalakan pada aku menyebabkan aku semakin basah lecun.

Bermulalah sesi berperang dengan air. Sesekali aku menjerit apabila Azam menyiramku tanpa henti.Dan,....eh...Azam ketawa terbahak-bahak melihat aku yang ketakutan. Eiii!!! Geramnya...! Semakin aku lari, semakin dekat dia menyiramku dengan air sehinggakan aku tersungkur ke tanah. Baju sekolahku yang putih menjadi kekuningan. Aku bertambah marah. Rambutku yang diikat rapi pagi tadi terburai dari ikatan. Dengan laju aku menerkam Azam lalu menolak Azam ke tanah. Hah!. Puas hati ku. Biar padan muka kau. Biar kita sama-sama kotor!

“Azam! Adawiyah! Berhenti!!!!”

~bersambung~