RSS

Wednesday 24 April 2013

...Bersabarlah...akan ada masanya nanti...

Bismillahirahmannirahim...

Assalammualaikum,

Sebelum tu....

Dapat sy gantungkan sedikit senyuman pada suci wajah bayi ni. Hati merintih lagi...Cuba...dan mencuba berpaut pada dahan sabar...agar sentiasa berlapang dada.. Terkadang, tak mampu untuk bohongi diri. Memang mudah untuk mengungkap kata..tapi, jiwa nan dalam yang menanggung siksa..bermakna sy belum ikhlas menerima ketentuan-Nya...Allahu Allah..

Tak mampu membendung lajunya titisan mutiara di denai pipi.
Tak mampu menyekang gelora jiwa yang membadai di relung hati.
Kekuatan jiwa yang merapuh sendiri tatkala isu "anak" menghentam pangkal hati.
Allah...bukan pinta diri ini, Cuma rezeki belum berpihak untuk kami.
Jangan hukum kami atas sesuatu yang tak terjangkau kan..
Kami berusaha,
Kami berdoa,
Kami bertawaqal..
Cuma belum tibanya masa..
Allah masih menguji..
Mungkin, terselit hikmah yg kami sendiri tak ketahui..
Hikmah yg membawa kebaikkan untuk kami di masa ini dan di masa akan datang..
Tolong lah, jangan rapuhkan hati yang sekian rapuh ini dengan tikaman sindiran..
Tolong lah jangan renyukkan jiwa yang sekian renyuk ini dengan hujanan kata berbisa..
Itu bukan pinta kami,
Allah Yg Maha Mengetahui...

"Belum ada lagi? Eh, si polan dah ada, sedangkan dia nikah sebelum kau,kan?"
"Lama betul?. Takkan tak pandai buat kot?"
"Dah ada ke belum? Lama betul??"
Blaaaa....blaaaa...blaaaa...


Wajah sy tenang..Namun jiwa dalam sana sedang bergelora...menangis...
Membidas dengan senyuman hambar..
"Akan adanya nanti. Cuma belum tiba masanya...InsyaAllah..."

Sy wanita,
sy juga isteri...
Sy memang nak sangat jadi Ummi..
Nak sangat mencium dan memeluk bayi sendiri...
Tapi...
Semua itu ketentuan..
Kami merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah adalah yg terbaik.
Duhai hati, terimalah dengan redha dan pasrah...seikhlas hati tanpa memprotes!


Suami kata :
"Bersabarlah...akan ada nanti. Asal kita tak berhenti untuk berusaha"
Sayu..pilu...namun, sy mengangguk faham. Pengertian yang cuba memagari damai di hati.
Allah...Allah...Allah...
Bantulah hati2 kami utuk tabah dan sabar..

~ Selama ini, sy hnya berdiam diri. Peduli apa kata orang.. Rezeki, ajal, jodoh, pertemuan, maut...semua ketentuan Allah.. Kami hanya mampu merancang, Allah yg melaksana. Semoga diri ini Tak kan mudah melatah..akan cuba kuat dan tabah. InsyaAllah...suatu hari nanti...akan ada juga. Semoga Allah makbulkan doa2 kami.. Allahumma Amiiin...~


Sunday 21 April 2013

~ Saya Dan Bunga ~

Bismillahirahmannirahim,

Assalammualaikum...

Entry kali ni sy nak show gambar bunga jer...Tah...dari dulu sampai laaa ni sy suka 3 jns bunga. Iaitu :

1) Bunga Matahari (Semua jenis warna bunga)

 

 

 





2) Bunga Tulip





 3) Bunga Mawar

 



Btw, thanks utk Encik Google sbb pinjamkan sy gambo2 yg cantik2 ni..Huhuhu...rasa nak upload bebanyak jer..tp, sesak pulak entry ni nanti.Hoho...papun, sy mmg suka sngt ngn bunga. Nampak bunga kt mana2 kedai, msti mata ni melekat. Kalau berkesempatan, sentuh jap jer pun xper..walaupun xbeli..uhukhukhukk..

Oh, moment pling best, time carik bunga utk majlis ptunangan sy. Hehe...sy totaly berpuas hati sbb hampir 90% adalah gubahan sy sendiri wlupun xskretif mana. Tp, sy bpuas hati. Time cari bunga2an tu la sy pening sesangat. Bunga2 banyak cantik belako woooo...

Hehe...bunga2 lain pun cantik jugak...Kan, ciptaan Allah suma cantik2...indah2...Subhanallah..
Antara 3 jenis bunga ni, sy pnh tanam bunga mawar masa form 5. Kawan yang bagi batang bunga. Mula2 xconfidence..Try je laaa...sbb teruja sgt tgok kwn punya cantik2 belaka..so, sy pun nk jugak..huhu...Alhamdulillah, menjadi. Berbunga dengan cantik dan sihat. Sy hny tanam jer...mak yg tolong jagakan.Hehe...tapi...tapi...bunga mawar sy xlama hidup bila apak buat jalan baru kat depan umah dan telah tertimbus bunga mawar sy ni dengan pasir n simen..Aduh...!

Tapi, xper laaa...skrg, lma dh tak tanam bunga. Tangan ni tak menjadi sgt.Kat sekolah, pnh la tanam bunga kertas. Ada yg tumbuh dgn sihat, ada yg xsempat nak tumbuh. 

Apa pun....fitrah wanita, sukakan bunga...sukakan yg indah2, comel2, cantik2 kan?? Sy suka bunga, anda bagaimana??

Thursday 18 April 2013

Sekadar Luahan


Bismillahirahmannirahim...

Assalammualaikum,

Rasa takut. Ntah...
hurm...
Rasa kaku... Ntah...
Hurm...
Rasa blur... Ntah...
Hurm..
.

Allah ya Allah..
Takut nak pandang dunia,
Takut diri terikut dan terjebak dengan indahnya bunga2 dunia.
Bukan calang-calang!
Paling gerun, 
bila ada yg snggup menggadai maruah.
Demi apa?
Demi cantik sementara.
Demi kaya seketika.
Demi popular sekejap saja.
Demi...demi..dan demi....
Hurm!
Takut sangat Ya Rahman...
Iman ini nipis. Terlampau nipis.

Sungguh KAU YG MAHA MEMBOLAK BALIK HATI,
Tetapkanlah keimanan, ketaqwaan ku..
Aku hamba yg suka menganiayai diri sendiri.
Sering berlaku zalim.
Allah humma Ya Allah..
Mata ku mencerlang, tapi hati ku buta..tirai mata yang sering di kaburi dengan indahnya dunia!

Allah ya Allah,
Kaku aku kaku..
melihat pendirian yg pelbagai.
Sekejap hujan, sekejap panas lagak pendirian.
Sekejap bah air di sungai, sekejap surut lagak pegangan.
Apakah maknanya?
Budaya semata dek fesyen yang silih berukar zaman?
Pilu ku kaku pilu!
Sudah elok ku tabar dia dengan anggapan yg baik,
namun dapatnya apa?
Ku lihat dia semkin galak mengejar dunia..oh, dunia!


Bukan ku katakan salah!
Tapi, biar berpada.
Semua Milik Allah..
Akan kembali kpd-Nya jua!

Sungguh aku kaku,
kerna aku terkadang salah dalam tafsiran,
Boleh jadi tidak seperti yang tertayang dalam lensa mata.
Sungguh, Allah lebih tahu.
Semoga hati kaku ini di limpahi hijab yang damai.


Allah Ya Allah...
memang aku tengah blurr..
Di sana katanya lain,
Di sni katanya lain..
Sehingga aku kurang mengerti..penyebab aku kurang memahami.
Blurr ku nak coret sepatah dua kata dalam kanvas maya,
ku takut lirikan jariku melukakan,
Ku khuatir ketukan hujung kuku ku menggores..
Tidak semua yang mampu terima ,
Tidak semua pendapatnya sama..
Namun, ku pinta...
Ayuh kita sama berwaspada,
Syaitan kreatif dalam memperdaya!
Mencari sedikit sahaja pun ruang utk menyelit,
agar kita bermasam muka,
agar kita bersengketa..
Bila hasrat sang durjana terlaksana,
maka terputuslah ikatan saudara..
Allahu Akhbar!
KAU MAHA MEMBOLAK BALIKKAN HATI..
tetapkanlah pendirian kami...


Ku bukan berkata sebarang ceritera,
Kisahnya rambang di balik mata tanpa hijab,
Terkadang menerobos nafsu lawwamah..
Berwaspada!


Ku jua hamba..
hamba yg sering berlaku silap,
dalam apa jua kondusi,
Hakikat insan,
bila terhantuk baru terngadah..
Sungguh nipis dalam taqwa,
sungguh luntur dama yaqin.

Allah humma Ya Allah,
pimpin dan bimbinglah hati2 kami..
agar sentiasa bertaut dan berpaut erat dalam mahabbah-Mu.
Kami mendambakan kasih sayang-Mu..
Janganlah tinggalkan kami terumabang-ambing di lautan dosa,
Kerna ku pasti penuh yakin,
Allah YA RAHMAN,
Allah YA RAHIM...


# Sekadar luahan.... sy insan yg pnh khilaf dan masih belajar utk memperbaiki diri. insyaAllah... Bermujahadah dam istiqomah... 

Monday 15 April 2013

Merendah diri..

Assalammualaikum,

Entah tiba-tiba...hati di jentik sayu vs pilu bila sy menjenguk sebuah "Mahligai Indah" yang dahulunya permai, harmoni...sentiasa ada gelak tawa, gurau senda, curahan ilmu. usrah , malah...kami berkongsi cerita dengan sungguh berlapang dada.

Itu kisahnya dahulu. Korang mesti tertanya2 bukan? Apa yg sy maksudkan dgn " Mahligai Indah " ni ka?. Actly, tu adalah group usrah kitorang di Facebook. Nama group tu, biarlah rahsia...tak nak menimbulkan sebarang spekulasi pada sapa2. Sy rindukan ahli2 group tu. Banyak berkenalan dengan ustaz2 dan ustazah2 di dalamnya. Kami bukan sahaja berkenalan di dalam Maya tu sahaja, malah, saling bertukar nombor utk lebih mengeratkan ukhwah di samping bertanya tentang mana2 ada keraguan atau apa2 shj yg berkaitan dengan agama. 
 

Di situ, sy banyak belajar byk perkara. Teringat akan satu kisah, di mana masa tu...sy benar2 belum mengerti. Bila berhujah dan menyuarak pendapat, seorang rakan ini benar2 berhujah dan memberi pendapat dengan sempoi dan merendah diri. Di akhir kata2nya, dia sering mengingatkan dirinya sendiri dan menyatakan bahawa dirinya masih lagi merangkak dalam mendalami ilmu agama. Kata2 nya kira begini lah...

" Alaaa...ana tak tahu sangat. Mohon tunjuk ajar dan bimbingan antum2 sekaliannya sekiranya ada salah tutur bicara ana dalam menyampaikan kata2. Ana masih merangkak ni. Merangkak pun, belum tentu lagi. Allahuakhbar!"

Mulanya, sy kurang faham, apa yg sy fikirkan masa tu?
Hurmmm...knp dia mcm xbsyukur jer dengan apa yg dia dh miliki sekarang?. Ilmu tinggi, tapi, knp ckp mcm tu? Bukan tu semua di kira tak bersyukur ke?

Bila sy dan rakan2 lain borak2, sy bertanyakan kpd mereka yg lebih tahu..kenapa dia perlu menuturkan kata2 sedemikian?.

Bila dikaji, dia bukannya org biasa..maksud sy, bukan org mcm sy ni.. yg lansung xtahu sgt perihal agama. Dia berkelayakkan tinggi. Pelajar dari Madrasah. Sy masih kurang faham.

Akhirnya, rakan2 sy membantu sy utk faham...
Itu semua adalah cara kita merendah diri apabila kita mempunyai ilmu. Dia tak nak, dengan ilmu..dia dipandang tinggi, dihormati...biarlah...dia lebih suka di anggap, kurang berimu daripada tinggi ilmu. Semua itu adalah utk mengelak diri menjadi riak, ujub, takbur.. Sesungguhnya hati kita ini sering di bolak-balikkan. Kita seringkali di uji. Dengan harta, ilmu, pangkat, darjat,dan sebagainya. Oleh sbb itu, dia merasakan ilmu itu bukan darinya, ilmu itu dtg drpd Allah..ilmu itu milik Tuhan Yg Maha Esa. Allahuakhbar! Sampai begitu sekali? Katnya lagi, Itulah yg di namakan dgn tawadhu'..
 

Sy diam.

Sy semakin berminat..

 Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. 
Syukur perhiasan kepada nikmat 
Sabar perhiasan kepada bala. 
Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. 
Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. 
Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. 
Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. 
 Khusyuk perhiasan kepada sembahyang

 Sy diam.

 Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ialah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."(Al-Furqan : 63)


Lama juga kami berbincang meneganai hal ini. Sehingga kan sy faham. Allahuakhbar. Sy masukkan dalam diri sy. Sungguh, selama ini sy tak mengerti. Bila ada ilmu, seronok nak sebarkan. Tanpa faham benar2. Rasa seperti nak bagitahu semua yg kita tahu. Sy mula melihat pd niat. Kata hati cakap, ya...sy ikhlas..tapi, sbnrnya, jauh dalamnya, sy ingin 'org tahu' bhw sy tahu. Astaghfirullah hal 'adzim...

Tak salah kalau kita sebarkan ilmu. Malah tu semua adalah dituntut.. "Sampaikan dariku walau sepotong ayat".

Tp, check balik....jgn sampai kita merasa riyak. Ujub. Takbur. Benar kata kwn sy, lebih baik didik hati utk tawadhu'.. qanaah, berlapang dada..
Rasulullah, adalah contoh yang paling tepat dan tinggi sikap tawaddhunya dari segi karaktornya sebagai suami, pemimpin, sahabat, ayah, anak dan banyak lagi. Sebagai contoh: Baginda tidak mengguna- kan apa yg ada pada dirinya untuk menjadi suami yang ego dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri-isteri baginda di dalam hal-rumahtangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa pemimpin untuk menindas dan menganaiya rakyat jelata. Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan org-org kafir. Baginda sering menghampiri dan berkawan dengan org-org miskin dan anak-anak yatim.


  Alhamdulillah. Daripada situ, sy byk belajar. Dan sekarang, pabila group tu dah byk masuk ahli baru...pelbagai ragam dan pelbagai perkara yg mereka post di dalamnya. Sampaikan group itu pnh di hack oleh manusia yang penuh dengan hasad. Bila jengok balik, byk rakan2 yg sy kenal dulu dah tak aktif lagi. Mereka byk mendimkan diri. Tpi, syukur...kami masih lagi berhubung. Group tu rasanya dh bertukar admin. Hm...suasananya dh tak mcm dulu lagi. Dulu, kami ibarat adik beradik.. Tapi, sekarang....hm...tak pe lah.. bagi peluang org baru pulak. Kami yg senior2 ni bukan tak nak munculkan diri...tapi, ...errr...biar Allah shj tahu apa sebabnya..

Apa pun, utk mdidik diri agar bersifat rendah diri...rendah hati bukannya mudah. 
Allahu Rabbi...smg kita di jauhi sifat riyak, ujub dan takbur tu... 
Akhir sekali,
tegurlah sy kalau apa yg sy smpaikan ini tersasar dari landasan. Tegurlah sy.. bimbinglah sy. Sy masih belajar.. tunjuk ajar lah sy.
Ingatlah, ilmu itu milik Allah. Setinggi mana pun ilmu kita, jgn sesekli hdk menyombong diri. Jangan pandang hina dan diperlekeh org yg tidak ada ilmu seperti kamu. Ilmu itu milik Allah...bila2 masa shj Allah boleh tarik balik drpd kamu. Sm2 kita beringat, k?

Saturday 13 April 2013

...Bila Sudah Tertulis...


Assalammualaikum,

Bismillahirahmannirahim...

Alkisahnya, siang tadi berjalan2 dengan suami. Biasa petang, kalau free suka keluar berdua ngan suami. Biasanya juga, sy kalau dah berjalan, memang suka memerhati alam sekeliling. Melihat indahnya alam ciptaan Allah. Hati jadi diam. Mulut jadi kaku. Mata yang jadi pemandu untuk segala rongga jiwa, di bantu enjin minda yang ligat.


Seketika, kami terhenti..

"Abang, tengok awan..Allahuakhbar...cantik!"
Suami mengangguk dan hanya tersenyum. Sy jua turut tersenyum. Dalam hati...Alhamdulillah..Subhanallah.. Sungguh2 mengagumi kebesaran Allah Yg Maha Indah nih.. ^_^


Suami meneruskan pemanduan..rasa2nya, nak balik kampung sy sekejap jengok mak dan apak. Rasa rindu menggunung dalam kamar hati. Terbayang wajah2 mulia itu, hati tiba-tiba jadi sebak. Macam2 pula yg bermain di fikiran.


Bibir hny mampu, mengucap kata..." Agak rindu dengan mak dan apak walupun sering balik kpg tiap2 minggu.." Suami tersenyum lagi. Dia menggenggam erat jemari hangat ini. Seakan memahami gelora rindu yg mula membadai dalam kalbu. Suami sy jenis yg tak banyak cakap..sekali dia dah bercakap, akan berbekas dalam mata akal dan mata jiwa sy.. Jadi, utk situasi ini..dia membisu..dan terus memberi senyuman. Seakan memujuk jiwa nan rawan ini.

Dalam sepi perjalanan ke kampung, tiba-tiba suami mengucap syukur..
"Alhamdulillah. Bila terkenang2, rasa bersyukur sangat kerana masih dapat bersama sayang. Masih di beri kesempatan jengok mak dan apak..lebih2 lagi, bersyukur sgt2 sbb dapat luangkan masa bersama2."
Sy mengerling suami. Pelik. Namun, bibir terkunci utk bertanya. Ya...hati ini mengerti. Melihat senyumannya shj, persoalan sy sudah terjawab.


"Syukur Alhamdulillah, daripada tak kenal lansung, Allah aturkan pertemuan kita dalam diri masing2 punya cerita tersendiri. Bila sudah kenal, cerita kita mula bersatu menjadi titik kepercayaan. Lalu, mengajar erti kejujuran.Malah, membawa kepada tautan jiwa." Jawab sy dengan kias.
"Amboi, isteri abang...kalau sudah bermadah pujangga, ternganga abang di buatnya.."


Sy tersenyum lagi. Benar...hakikat pada pertemuan kami adalah "Kosong". Lansung tidak kenal!
Dan, petang itu...kami menyelusuri sejarah pertemuan kami, sehinggalah sekarang sudah menjadi pasangan yg halal. Alhamdulillah..takdir ini tidak di jangkakan..krn, bila sudah tertulis...tiada siapa yang mampu menyangkal. Sungguh, Allah Maha Atas Segala. Allahuakhbar!

" Ya Tuhanku, berikan aku ilham utk tetap mensyukuri nikmat-Mu yg telah Engkau anugerahkan kepada ku, suamiku, ibu dan bapaku..Dan, utk mengerjakan amal soleh yg Engkau Redhai dan masukkanlah aku dgn rahmatMu kedalam hamba2 yg soleh"


Allah sudah aturkan semuanya. Segala kisah silam yang ada manis dan pahit selama tempoh sy mengenal suami sebelum terucapnya lafas sakinah.. sy jadikan pengajaran untuk terus melangkah dengan lebih tabah bersamanya. Pahit itu ubat. Sy panjatkan seribu kesyukuran di atas segalanya.

Sy yakin, setiap insan ada cerita mereka tersendiri. Ada kisah mereka tersendiri. Namun, semuanya sudah tertulis di lauh mahfus yakni menjadi rahsia Allah.

"Jangan kita bandingkan kisah kita dengan kisah seseorang. Ia mungkin menyebabkan hati kita di rundung sangka buruk." Sy menelan liur apabila seorang teman menyuarakan hal ini. Namun, kepala ini mengiakan kata2 nya.


Bila cuba membuang sarang minda keluar dari sangkar sendiri..melihat setiap pelusuk sekeliling dengan terjemahan yg berbeda, hati ini kian megerti makna sebuah kehidupan. Sebuah pemberian. Sebuah anugerah. Terselit antalogi yg berbeza mengikut susur galur yg di canang. Allahu Rabbi.. sungguh manusia ini lupa dan mudah alpa. Termasuk diri ini sendiri. Lupa asal sendiri. Alpa di mana ia bakal kembali. Hati mula meginsafi. Itulah manusiawi..yg hanya mencari dan merintih di kala diri sendiri..


Ujian. Itu pasti. Pandang indah pd setiap ketentuan , menyebabkan hati redha dan tenang. Alahamdulillah. Kita di uji dengan ujian yg berbeza, imanlah yg menilai tahap kesanggupan kita dalam menanganinya. Pudar iman, maka tersasarlah dr landasan. Cuba, cuba lah...utk berpaut pada dahan sabar..agar teguh pautan kita dalam menangani makna ujian itu. Itu cara sy dalam menangi ujian. Dan, sy pasti..kita punya cra berbeza..bukan? Di samping iktikafkan hati utk sabar, jadikanlah solat sebagai penolong. InsyaALLAH..
Yg penting, akal dan hati haruslah seiring.


Teringat pesan dari sahabat,
Akal dan hati, xboleh dipisahkan. Kalau terlalu mengikut kata hati, nanti diri yg merana. Kalau ikut kata akal, nanti banyak helahnya. Maka, seiringkanlah mereka agar mereka membentuk jalan iman.. Kerana, tipu helah syaitan, sering mengancam. Godaan nafsu sering membunuh.

Yang pasti...
bila sudah tertulis..
Pertemuan,
jodoh,
ajal,
maut,
ujian...
adalah satu ketetapan. Tarbiyah utk hati yang lemah. Terlalu alpa pada bunga2 dunia.


Sy ingin kembali. Biar menapak perlahan sekalipun..... InsyaAllah... :')

....BILA SUDAH TERTULIS....