RSS

Monday 31 December 2012

Tahun Baru Azam Baru

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. 30/12/2012. Penghujung tahun 2012. Otak karang nih tengah jem..banyak idea ngah berasak-asak dalam pala hotak aku nih. Tapi... *tarik nafas siket...hmmmhhhh...hembus pelan-pelan. Alhamdulillah.

Bila hujung tahun camni kan, ramai yang buat azam baru dan tinjau-tinjau semula azam tahun ni yang dah sampai, berjaya, or kecundang. Bagi aku, aku dah buat azam baru pada Awal Muharram bulan lepas. ngeeee... Alhamdulillah. Rasa guna kalendar islam, taun hijrah lagi best rasanya.

Bila cerita pasal azam...
Azam aku, banyak.. Alhamdulillah. Ada yang sampai, ada yang tidak. Tapi, tahun nih, Allah bagi sesuatu yang paling bermakna dalam hidup aku. Angkatkan aku darjat sebagai seorang isteri. Itu anugerah yang paling indah. Sampai sekarang ni pun...ngah lepak-lepak, dok muhasabah ngan suami pas solat, salu cakap ngan suami, macam tak percaya je kita dah jadi suami isteri. hahahha... Apa taknya, dah terlampau lama menyimpan kasih dan sayang, rindu dan cinta.. Akhirnya, kami disatukan jua. Untuk mencapai tahap penyatuan ni, memang rasa tak mudah. Sebelum diijab kabulkan, kami di landa badai gelora yang sangat dahsyat. Tika tu, aku hanya berpegang teguh hanya pada secubit cinta yang membekas di hati. Hampir ku lontar jauh. Hampir ku buang segala rasa. Pun begitu, sekuat mana aku pergi menjauhkan diri, pergi membawa hati, tika jodoh kian menghampiri, apakah lagi daya ku?

Aku dirisik tika air mata belum kering di pipi. Aku d lamar, dan di sarungkan cincin di jari, tika hati masih berbalut luka. Namun, jodoh itu terasa kuat sehingga tak termampu untuk ku tepis. Allah...ini lah jalan yang terbaik yang Kau hadiahkan padaku. Ku percaya Ya Allah.. nikmat di sebalik kesabaran itu tetap ada. Dan, aku merasa nikmatnya sekarang setelah kesabaranku hampir beada di baluarti langit, puncak ancala. Allah...Allah...Allah...menitis airmata ku bila terkenangkan saat terlafasnya kalimah suci itu dari mulut seorang lelaki yang sungguh aku sayangi. Syukur yang tidak terhingga..

Ngeeee...Emo jer lebih!

Orite, sambung kisah. Azam yang melepas?? tak sampai?? errrr...rasanyaaaa...hahahaha...keep secret! Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Pun begitu, apa yang Allah dah kurnikan untukku sepanjang tahun ni pun dah memadai buatku. Aku tak minta apa-apa. Tka mengharap apa, agar... APABILA BERTAMBAHNYA UMURKU, BERTAMBAH JUA LAH IBADAHKU PADA ALLAH. InsyaAllah..

Tak nak cakap banyak..

tu jer..

Selamat Tahun Baru..2013 kepada semua.

Garap azam dalam kanvas yakin. Dengan pena semangat yang tinggi. InsyaAllah, hasilnya pasti membanggakan. Bertawakallah...

Wednesday 26 December 2012

♥ Nikah Tak?? ♥



A : Awak nak nikah x ?
B : InsyaAllah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah jodoh pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH,kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je,
insyaAllah beres....♥...

#bersangka baiklah dengan Allah 

♥ Mari Belajar Bahasa Syurga ♥



Assalammualaikum,

Yang ni aku jumpa kat fb.. Nak share kat sini pulak. Berminat ngn bahsa syurga. InsyaAllah, nak mendalaminya jugak.. Semoga bermanfaat.


Mari belajar bahasa syurga ! ♥ :')

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

Cinta Hingga Akhirat




cinta bukan sekadar nama..
cinta ada di mana-mana..
cinta di hati banyak kerenahnya..
cinta datangnya dari Allah..
cinta itu banyak maknanya..
ada yg kata cinta tak bermakna..
tanpa Allah semuanya sia-sia..
cinta sukarnya dikata..
tapi walau apa pun jua..
Kita kan selalu bersama..
kalau cinta yg Allah anugerah..
akan direstui yg maha kuasa..
Berputik indahnya cinta..
namun cinta sebenarnya..
cinta di luh mahfuz kita..
terima cinta itu seadanya..
nescaya dikau kan berbahagia..
Di dunia hingga ke akhirat


#Dedikasi untuk Suami Tersayang < Muhammad Azlan Bin Buang >.

Bersyukurlah...




Bismillahirrahmanirrahim,,


♥ Banyak orang yang Sulit BERSYUKUR ketika SENANG...
Lebih sulit lagi bersyukur ketika SUSAH...



♥ Banyak orang yang Sulit BERSYUKUR ketika LAPANG...
Lebih sulit lagi bersyukur ketika SEMPIT...

♥ Banyak orang yang Sulit BERSYUKUR ketika SEHAT...
Lebih sulit lagi bersyukur ketika SAKIT...

Sahabat saudaraku fillah...
Jika kita bisa bersabar dan berkenan memperkaya diri kita dengan Amal Saleh, INSYA'ALLAH kita TIDAK akan SULIT BERSYUKUR di setiap keadaan.

" Dan jika kami rasakan kepada manusia suatu rahmat dari kami kemudiaan rahmat itu kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Tapi, Jika kami rasakan kepadanya Kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata,
"Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku."
Sesungguhnya, dia sangat gembira lagi bangga, kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itu mendapatkan ampunan dan pahala yang besar." (QS. Hud [11]: 9-11).

♥ Salam santun erat silaturahmi wa ukhuwah fillah,, ^_^










Tuesday 25 December 2012

Selamanya ADA




♥ Walau tak ada ORANG sayangkan kita..
TAPI ALLAH ada dekat di hati kita.. ♥

♥ Walau tak ada ORANG cintakan kita..
TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita.. ♥

♥ Walau tak ada ORANG tolong kita..
TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita.. ♥

♥ Walau tak ada ORANG rindukan kita..
TAPI ALLAH tetap tunggu kita.. ♥

♥ Walau tak ada ORANG jaga kita..
TAPI ALLAH sentiasa perhatikan kita.. ♥

♥ Walau tak ada ORANG dengan kita..
TAPI ALLAH sentiasa ada temankan kita.. ♥

Monday 24 December 2012

Tentang rasa

Assalammualaikum,

Ehek..ehek....tetiba, petang ni rasa macam banyak idea pulak. Ilham mencurah-curah macam hujan membasahi bumi jerr.. AllahuRabbi... Bersyukur sangat sebab masih di berikan ilham untuk terus berkarya.

Entry petang ni, aku nak cakap pasal PERASAAN pulak.

Siapa tak punya perasaan? Angkat kaki..! hahaha....

Senang tak nak handle perasaan??
Kalau senang, macammana nak handle?

Ok. Pada aku lah kan..err...di samping rujukan jugak. ( Tak nak cakap ikot rasa jer. Perlukan ilmu jugak untuk terus merujuk ).. Yang namanya perasaan tu, adalah apa yang ada pada diri kita sendiri. Apa yang datang pada diri kita sendiri. Pendek kata, segalanya adalah tentang rasa yang ada pada diri sendiri.

Banyak jenis perasaan. Nak tulis pun rasa malas. Korang pun tahu, kan?? alaaaaaaaa...xkan la tak tahu.. ngeh3...

Orait. Point yang aku nak ketengahkan sebenarnya adalah mengubah gaya berfikir dan cara bertindak agar kita tak lagi terburu2 mengambil tindakan thadap serangan perasaan yang menyerang. Semua pasti selalu bermain dengan perasaan kan??

Kita harus belajar macamana mengubah reaksi agar semua tindakan kita mebhasilkan kesan yang positif dan membahagiakan? Boleh faham x?. Ok. Ini dapat di lakukan dengan memahami kesan yang timbul daripada cara kita mengendalikan perasaan tersebut.

Terbaca sebuah artikel, menurut pakar psikologi Erika, M. Hunter dalam bukunya kalau tak silap Big Emotion, jika kita memilih untuk memendam rasa, akibatnya kita terdedah dengan sikap yang berbahaya. Nak tahu? Sebab kita akan di anggap seolah-olah tak berperasaan kepada kawan, saudara-mara, kanak-kanak dan diri sendiri. Sikap macam ni laaa yang akan mendorong kita mengalami rasa kesunyian yang mendalam dan rasa hidup xbermakna lagi. Huh...berhati-hati!

Berbalik pada, jika kita terlalu berterus terang meluahkan perasaan, di bimbangi akan menyingung perasaan orang lain, sama ada secara lisan ataupun perbuatan. Mungkin jugak kita 'mendedahkan diri' terlalu byk sehingga menimbulkan keburukkan dan bahaya buat diri sendiri.

Terlalu berahsia, kita tidak dikenali orang. terlalu berterus terang, kita dalam bahaya kerana semua orang tahu siapa kita. (Simpan sikit diri kita tu untuk kita sendiri. Jangan semua nak di dedahkan).

Okeh, bagi aku..cara terbaik , duduk and kenal pasti perasaan kita, sama ada marah, benci, cemburu atau kecewa. Dah kita kenalpasti perasaan tu, bercakaplah dengan orang yang kita percayai and mampu mjadi pendengar berkesan. Atau, keluarkan perasaan tersebut melalui aktiviti yang disukai seperti berenang, bersukan, berjalan-jalan, bertemu rakan, memasak atau makan2. Hohoho...kalau aku, aku suka belai kucing dan pi tempat sunyik. Apa macam??

Lastly, berkenalanlah dengan perasaan yang selalu hadir dalam diri kita. Cari puncanya agar mudah kita merawat, memotivasikan dan akhirnya menjadikan perasaan itu tenaga yang melonjak kita lebih dekat gik dengan -Nya..cita2 dan kebahagiaan yg akhirnya menemukan kita dengan taubat nasuha, cinta akhirat serta cinta syurga Allah di sana dan di sini.

Hunuslah pedang kasih sayang agar kita dapat mencincang lumat semua perasaan negatif yang singgah dalam jiwa lalu kafankan tanpa nisan dan kita terbebas daripada belenggu perasaan yang merosakkan hati, lisan, ibadat dan seluruh anggota. Ewwwaaahhh...!!

Belajarlah ketawa seperti pesanan Abu Darda, " Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku" kerana ia puncak kegembiraan, titik tertinggi keceriaan. Tetapi jangan sampai berlebihan kerana telah dipesankan oleh Hukama :

"Jangan engkau banyak tertawa , sebab banyak tertawa itu mematikan hati"

Ini bermakna ketawalah yang wajar dan orang mudah senyum itu tampak ceria sebagai petanda mereka jenis yang berlapang dada, dermawan , murah hati, baik perangai dan cerdas fikiran.

Bila Cakap Pasal Jodoh..

Assalammualaikum,

Tadi kan...ada so sek so sek sikit ngn beberapa orang sahabat. Dalam sok sek tu...memang tak lari dari cerita pasal hidup. Hurm... kadang2, senyum sendirik. Nak tahu, kenapa?

A--> Aku tak sangka pulak, dia jodoh aku. Dulu, kemain lagi kitorang.. I hate u, devil! Evil forever! . Jumpa je, pasti tercetus perang. Nak tengok muka dia je asa meluat sesangat. Alahai..skarang, dah kena batang hidung.. mau tak terngaga mulut di buatnya.

Hahahah...ko ni macam la dunia ni panjang je xda penghujung. Dunia bulat bah oi. Pusing2, dia jugak yang di jumpa. Tak leh la takbur cakap yang bukan2.. Dalam, Al-Quaran pun da sebut, " Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang sangat kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216). Jelas lagi bersuluh. Mana boleh cakap yang bukan2. Benci macam mana sekalipun, jangan la sampai cenggitu sekali. Api benci tu syaitan. Apa pun, kita manusia...memang tak berhak memunsuhi sesama kita, sbb kita sum asama jer. Tak Gitu?? Cefikir...cefikir...

B--> Aku  ngan dia, dulu...main tarik tali. Rasa macam suka jer. tapi, segan nak luahkan. Tapi, Alhamdulillah..sekarang, dia berani luahkan. Weeee...tak sangka laaa! Aku tak bertepuk sebelah tangan. Lagipun, cinta diam2 lebih bagus daripada d bagitahu kan?. Elak zina hati. Kalau boleh, dah bagitahu, nak nikah terus. hehehe...

Ngeh3...iye la tu...betul. Benda baik, mana leh lambat2 kan. Alhamdulillah. Pandai jaga diri, jaga hati..insyaAllah, d permudahkan oleh-NYA. Lagipun, kita merancang aje kan? Kalau ada jodoh, tak kan kemana. Teruskan jaga jarak dalam perhubungan. Aku doakan kau dan dia bahagia hendaknya nanti. Cinta ikut syariat, lebih manis setelah menempuh alam pkahwinan nanti. Segala-galanya terasa bagai OWSEM!

Aku??
Heee...dah lama sangat kenal ngan suami. Semenjak abiz zaman sekolah lagi Allah dah pertemukan kami. heee...dah kenal sangat hati budi dia mcmna. Dah byk jugak tempuh onak berduri.Tapi, selagi hati kuat berpaut, masih ada kepercayaan, toleransi..segalanya akan di permudahkan. Terkadang, tak leh ekot sangat hati tu. Jangan degil! kalau nk degil jugak..degil lah time perlu. Aku pun degil tau, tapi...kesabaran dia melunturkannya. Dia pun degil sangat2, tapi..kesabaran aku memadamkannya.. Boleh faham x?Macam tu laaa...

C--> Aku single lagi. Tak akan bercinta sebelum nikah. Nak bercinta selepas nikah. Itu lebih afdal. Tak nak lebih2.. Nanti, xde apa2 yang d bawak time nikah nanti.

Oh, yea??? Bagus. Aku sokong sangat perinsip tu. Tapi, kadang2 , naik fed-up jugak la dengan segelintir manusia. Cakap, "Cinta selepas nikah", Tapi, diri tu tak jaga betul2. Tiap2 hari tengok keluar dengan kawan lelaki/perempuan. Kalau kita tanya, " Siapa". Dia jawap..." Kawan". Sedangkan..??? hurm.. kalau benar dia dukung prinsip tu...pegang la erat2.. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang tu. Benar, dia cakap dia hanya kawan je dengan lelaki/perempuan tu..tapi, lelaki/perempuan tu plak camne? dah kuar pun selalu.Nanti,.lama2 boleh berputik perasaan sayang or rindu tau. Jangan bagi harapan kalau kita sendiri tak mampu untuk menggenggam harapan tu. Benar, cinta diam2 lagi bagus. Tapi, jaga lah adab tu. InsyaAllah...kalau dia suka lelaki/perempuan tu kerana Allah, Allah akan permudahkan.Jangan hipokrit. Sedangkan, dah terang lagi bersuluh pembawakan kita macamna, kan? ngeeee... Apapun, jodoh tu...tetap rahsia Allah jugak. Berhati-hatilah...

Bila cakapa pasal jodoh...

Mesti semua nak yang terbaik kan? Walhal, sejak dari dulu lagi dah termaktub dalam Lauh Mahfuz, tentang siapa jodoh kita. Sebab jodoh tu urusan Allah. Siapa kita untuk mempertikai? Jangan meremeh temehkan soal jodoh. Sebab, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan memikirkan persoalan jodoh.

Ok. Jodoh tu perlu di cari atau menunggu??

Firstly, set dalam ingatan kita ni bahwasanya jodoh tu adalah suatu ketentuan. Bukti?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Jadi??

Perlu tak kita berusaha untuk mendapatkan jodoh?

Bagi aku, dalam dunia ni..untuk mendapatkan apa sahaja yang berada kat dunia ni.. perlukan usaha. Nak berusaha, bukannya kita beria-ia dengan terhegeh2 nakkan seseorang yang kita suka tu. Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Perbaiki diri kita seeloknya. Ciptakan jarak dan ruang yang sepatutnya. Kalau, kita berusaha untuk menjadi seseorang yang baik, daripada yang terbaik, InsyaAllah..Allah akan hadirkan yang terbaik untuk kita daripada yang baik-baik. Selanjutnya, berserahlah.Tawaqal. Doa perlu jugak.Jangan menidakkan Qada' dan Qadar yang telah di tentukan.

Ya. Manusia di galakkan untuk berusaha. Namun, usaha2 yang mengundang murka-Nya, adakah itu dikira sebagai berusaha dalam soal jodoh ni?.

Just, nak bagitahu... kadang2 kita tak sedar bila kita akan jatuh cinta, mengapa kita akan mulai rindu, kenapa kita merasa sayang.. Sesungguhnya, semua itu adalah suatu ketetapan yang terkadang di luar bidang kita untuk menghadirkan dan tidak menginginkannya. SEMUANYA LILLAHI TA'ALA. Justeru, kita yang di kurniakan dengan akal fikiran, dan hati ini perlulah rasional. Nak menjadikannya sesuatu yang di redhai atau di murkai? Jadi, peliharalah mengikut syariat yang telah di tetapakn.

yang penting...JADIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH sebagai panduan.

"Jika petunjuk itu sudah sampai, masihkah aku menidakkannya?"

 " ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

"Tepuk dada tanya iman"

Berhati-hatilah wahai sahabat!

p/s: Bercakap melalui pengalaman, pemerhatian, kaji selidik dan ngeh3...suka ati ku mpun! ada ku kesah??


Daripada:
~aKU yANg PeNUh KhILaF dAN jAhiL~




Takbir!! Allahuakhbar3!!

Rujukan : - Artikel iluvislam.com


Thursday 20 December 2012

Aku cakap pasal FASA

Assalammualaikum,

" Kak, macam mana hidup akak sekarang ?? "
"Adik , hope hidup setelah bergelar zaujah ni lebih baik dari sebelum ini ye... "
" Kak , rindu laaa....tak best hang out tak ada akak.. "
" Hidup berumah tangga sekarang, ok tak?? laaa...aku pulak gerun nak melangkah ke alam tu.."

Bla...Bla...Bla...

...dan banyak lagi persoalan yang belum aku jawab. Adehhh...korang niiiii....

AKU NAK TEGASKAN, AKU RASA TENANG SEKARANG SETELAH HIDUP BERUMAH TANGGA. ALHAMDULILLAH...

hehe..terharu jugak, sbb deorang caring sesangat ngn aku. Ada seorang adik ni... kitorang time bulan ramadhan salu pi tadarus kat surau. Pendek kata, memang tiap2 taun, muka kitorang ni yang memanopoli.. "Geng Surau Kampung Lalang"... konon nyeee..

Dia cakap...

" Tengok akak bersanding, air mata saya mengalir. Rasa sebak sangat. Rasa tak caya je akak yang saya sayang dan sanjungi akan jadi isteri orang. Akan sunyilah kitorang nanti tanpa akak. Confirm akak akan menetap tinggal ngan suami akak , kan? Walau kita bukan sedarah sedaging, tapi, saya sayang akak macam kakak kandung saya.."

Subhanallah...sebak jugak dengar kata2 budak nih. Aduhai, adik.. apapun, doakan yang terbaik untuk rumah tangga akak, ok?

Just nak cakap,

Hidup ni kita akan melalui beberapa fasa. Dari alam rahim lagi. Sampailah ke liang lahad..sampai di hisab semula pada hari akhirat. Makanya, kita perlu bersedia.

Fasa paling best, alam remaja.. Kan?? Hurm...nak cerita pasal alam remaja aku a.k.a single..hahha...Alhamdulillah, setakat yang aku mampu, aku tak pernah memalukan dan menjatuhkan air muka ayah dan bonda aku. Walaupun , agak aktif jugak.. Hee...hukum hakam agama masih tersimpan rapi sebagai benteng tau. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya, aku memanfaatkan zaman remaja dengan sesuatu yang berfaedah. tapi, manusia mana yang tak buat silap kan?? Aku ni jahil...tak baik...haha...jahat sangat!

Dan, sekarang...Fasa alam rumah tangga.. hehe..Alhamdulillah...Syukur sebab Allah masih bagi peluang untuk aku lalui beberapa Fasa dalam hidup. Dah berumah tangga...aku nak siapkan diri aku untuk fasa yang seterusnya lagi... Jeng...jeng...jeng...!! Alaaa...tak kan tak tahu...kerh3...

Fasa alam sebagai IBU... Uwaahhhh...! Bila la agaknya??? Tapi...hati cakap, SABAR... InsyaAllah, ada rezeki, ada lah tu...semoga aku akan kekal sihat.. nak jadi ibu.. >_< Nak rasa perit perih yang bonda aku penah rasa setelah selamat dan berjaya melahirkan kami 9 orang adik beradik ( Seorang dah kembali pada Allah, tinggal 8 orang). Bonda lah sumber inspirasi ku...opppss....Mak Mentua ku jugak.. Aku bersyukur sebab sekarang dah ada dua orang IBU.. hahah... Ko ade??

tapi kan..

Fasa yang sering aku genggam dari dulu lagi adalah Fasa alam kematian. Nak tahu kenapa? Kita tak tahu bila kita akan pergi. Jadi, sentiasa mencari bekal kat dunia ni untuk menempuh alam sana.

Alhamdulillah, sangat2 bersyukur di atas segala nikmat yang Allah dah bagi sekarang ni. Nikmat ni buat hati dan diri aku ni rasa makin kecik, mkin jahil..mkin....Allahurabbi...siapalah aku tanpa MU??

Salu pesan kat diri ni...MUHASABAH! MUHASABAH! Jangan sesekali bongkak...bangga diri.. Lebih baik merendah diri.Hidup dalam Qanaah. Mengalah..err...aku paling tak suka berdebat. tapi, dalam situasi tertentu yang menuntut untuk mempertahan diri..aku terpaksa jugak berdebat...walau akhirnya, aku yang kalah. wahwahwahhahaha...aku memang tak suka cari gaduh!

okeh...melelat mana ntah!



 Sekian.

Yang Bernama Wanita



Kau Bunga Di Taman Larangan
Mekarmu Dipagari
Dari Sucinya Hati
Seorang Wanita
Yang Terpelihara

Biar Badai Menduga
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Di Jiwamu
Asuhan Ayah Bonda

Kau Serikandi Ummah
Akhlakmu Bunga Diri
Menjaga Nama Dan Budi
Dikaulah Yang Bernama
Wanita Sejati
Kau Intan Permata

Biar Badai Melanda
Kembangmu Tetap Indah
Dari Nur Keimanan
Menjulang Dijiwamu
Asuhan Ayah Bonda

Friday 14 December 2012

Alam Baru (Dalam coretan sebagai Isteri)

Assalammualaikum....

Alhamdulillah..
dalam bening seri wajah di balik kedusung ungu
aku tersenyum syahdu menahan sendu dalam qalbu.

30 November 2012 bersamaan 16 Muharram 1434H
terlafasnya ijab dan kabul dari bibir kekasih
yakni Zauj yang bakal menjadi pemimpinku
melindungiku , menjagaku dan mengambil alih tugas ibu bapaku

Titis airmata
saksi pada jiwa nan bahagia..
Saat ini ku tunggu setelah sekian lama
dalam anyaman kasih dan cinta sebagai kekasih..
Bila terlafas "AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN MAHAR YANG TERSEBUT"
tumbah berderai airmataku.

Aku rebah dalam rangkulan Ibu,
Aku hanyut dalam dakapan Ayah..

Pesan Ibu,
Jadilah Isteri solehah
turuti kemahuan dan kehendaknya
Jangan sesekali derhakai Suami.

Lalu,
Pesan ayah..
Jadilah Isteri yang selalu membuat suaminya gembira,
Tolong menolonglah kalian dalam segala hal,
Suami lengkapi Isteri, Isteri lengkapi Suami..
Ingat!
Syurgamu terletak dibawah kaki suamimu..

Allah..Allah..Allah..
Terkunci mulutku, namun hatiku petah berbicara dalam melankolik cinta
Ayah..Ibu..Budi dan jasa kalian tak termampu utuk ku balas
Amat besar dan amat tinggi kasih sayang kalian padaku
Cuma mampu berdoa akan kesejahteraan..
kasih sayang itu tetap seperti dahulu..

Duhai Suamiku sayang..
Terima kasih kerana ikatkan aku dalam ikatan yang halal dan diredhai
Terima Kasih kerana menjadi "Super" dalam hidupku..
Semoga rumahtangga yang kita bina ini akan tetap dalam naugan Illahi
Akan tetap dalam redha dan rahmat Rabul I'zzati.
Untuk saat ini
hari ini
esok
lusa
dan
selama-lamanya..
Hingga ke Syurga..