RSS

Monday 24 December 2012

Tentang rasa

Assalammualaikum,

Ehek..ehek....tetiba, petang ni rasa macam banyak idea pulak. Ilham mencurah-curah macam hujan membasahi bumi jerr.. AllahuRabbi... Bersyukur sangat sebab masih di berikan ilham untuk terus berkarya.

Entry petang ni, aku nak cakap pasal PERASAAN pulak.

Siapa tak punya perasaan? Angkat kaki..! hahaha....

Senang tak nak handle perasaan??
Kalau senang, macammana nak handle?

Ok. Pada aku lah kan..err...di samping rujukan jugak. ( Tak nak cakap ikot rasa jer. Perlukan ilmu jugak untuk terus merujuk ).. Yang namanya perasaan tu, adalah apa yang ada pada diri kita sendiri. Apa yang datang pada diri kita sendiri. Pendek kata, segalanya adalah tentang rasa yang ada pada diri sendiri.

Banyak jenis perasaan. Nak tulis pun rasa malas. Korang pun tahu, kan?? alaaaaaaaa...xkan la tak tahu.. ngeh3...

Orait. Point yang aku nak ketengahkan sebenarnya adalah mengubah gaya berfikir dan cara bertindak agar kita tak lagi terburu2 mengambil tindakan thadap serangan perasaan yang menyerang. Semua pasti selalu bermain dengan perasaan kan??

Kita harus belajar macamana mengubah reaksi agar semua tindakan kita mebhasilkan kesan yang positif dan membahagiakan? Boleh faham x?. Ok. Ini dapat di lakukan dengan memahami kesan yang timbul daripada cara kita mengendalikan perasaan tersebut.

Terbaca sebuah artikel, menurut pakar psikologi Erika, M. Hunter dalam bukunya kalau tak silap Big Emotion, jika kita memilih untuk memendam rasa, akibatnya kita terdedah dengan sikap yang berbahaya. Nak tahu? Sebab kita akan di anggap seolah-olah tak berperasaan kepada kawan, saudara-mara, kanak-kanak dan diri sendiri. Sikap macam ni laaa yang akan mendorong kita mengalami rasa kesunyian yang mendalam dan rasa hidup xbermakna lagi. Huh...berhati-hati!

Berbalik pada, jika kita terlalu berterus terang meluahkan perasaan, di bimbangi akan menyingung perasaan orang lain, sama ada secara lisan ataupun perbuatan. Mungkin jugak kita 'mendedahkan diri' terlalu byk sehingga menimbulkan keburukkan dan bahaya buat diri sendiri.

Terlalu berahsia, kita tidak dikenali orang. terlalu berterus terang, kita dalam bahaya kerana semua orang tahu siapa kita. (Simpan sikit diri kita tu untuk kita sendiri. Jangan semua nak di dedahkan).

Okeh, bagi aku..cara terbaik , duduk and kenal pasti perasaan kita, sama ada marah, benci, cemburu atau kecewa. Dah kita kenalpasti perasaan tu, bercakaplah dengan orang yang kita percayai and mampu mjadi pendengar berkesan. Atau, keluarkan perasaan tersebut melalui aktiviti yang disukai seperti berenang, bersukan, berjalan-jalan, bertemu rakan, memasak atau makan2. Hohoho...kalau aku, aku suka belai kucing dan pi tempat sunyik. Apa macam??

Lastly, berkenalanlah dengan perasaan yang selalu hadir dalam diri kita. Cari puncanya agar mudah kita merawat, memotivasikan dan akhirnya menjadikan perasaan itu tenaga yang melonjak kita lebih dekat gik dengan -Nya..cita2 dan kebahagiaan yg akhirnya menemukan kita dengan taubat nasuha, cinta akhirat serta cinta syurga Allah di sana dan di sini.

Hunuslah pedang kasih sayang agar kita dapat mencincang lumat semua perasaan negatif yang singgah dalam jiwa lalu kafankan tanpa nisan dan kita terbebas daripada belenggu perasaan yang merosakkan hati, lisan, ibadat dan seluruh anggota. Ewwwaaahhh...!!

Belajarlah ketawa seperti pesanan Abu Darda, " Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku" kerana ia puncak kegembiraan, titik tertinggi keceriaan. Tetapi jangan sampai berlebihan kerana telah dipesankan oleh Hukama :

"Jangan engkau banyak tertawa , sebab banyak tertawa itu mematikan hati"

Ini bermakna ketawalah yang wajar dan orang mudah senyum itu tampak ceria sebagai petanda mereka jenis yang berlapang dada, dermawan , murah hati, baik perangai dan cerdas fikiran.

0 ulasan: