MARI BACA JAP...

Sebagai orang islam yang taat dan patuh dengan segala ajaran islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kita wajib mempercayai adanya pembalasan di hari akhirat kelak. Apabila kita mempercayainya dengan yakin, sudah tentu kita akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan.
Apabila terlintasnya di hati untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak atau yang boleh mendatangkan dosa, kita mungkin akan berfikir berhati-hati untuk melakukannya. Contohnya, apabila malas hendak solat, terus teringatkan adanya pembalasan dari Allah SWT. Dalam kubur sudah mendapat seksaan daripada Allah SWT, belum lagi di hari pembalasan sebenar di akhirat yang entah bagaimana dahsyatnya., pedih dan sakitnya balasan seksa daripada Allah SWT sudah tentu kita akan meas takut, lantas cepat-cepat menunaikan solat.
Maksud ayat 16 surah Luqman:
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):" Wahai anak kesayangan ku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau buruk) sekalipun sebiji sawi serta tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi sudah tetap akan di bawa Allah SWT( untuk dihakimi dan dibalas-NYA). Kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-NYA lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi"
Oleh itu kita semua mestilah menjauhi dari melakukan perkaara mungkar dan dosa kerana akibatnya akan dibalas seksa yang amat pedih. Sebaliknya berusahalah sentiasa utk melakukan kebaikan demi mendapat balasan pahala dan syurga Allah SWT di akhirat kelak.
...Perbetulkan niat.. Lillahi Ta'ala... Semata-mata hendak mendapatkan Redha Allah SWT...
0 ulasan:
Post a Comment