RSS

Tuesday 9 October 2012

Tutup Aurat, Akhlak Terpelihara.

Assalammualaikum,

Ok. Hari ni aku rasa nak membebel..
hehehehe. . . . . .


Nak  kongsi  satu  cerita, Allahu Rabbi...dalam  dunia  serba  moden  ni  kan,  aku  agak  frust  sekali  dengan  segelintir  sikap  dan  persepsi  manusia  skang  ni...ish...ish...ish...  Aku  nak  cerita  pasal  tudung  labuh  dan  baju  muslimah.  Mukhtahir  ini,  kedua-dua  helai  item  tersebut  agak  sukar  untuk  di  dapati  di  pasaran.  Kenapa  ya?

Lebih-lebih  lagi  kat  tempat  aku  nih.  Kalau  nak  pergi  beli,  terpaksa  pergi  kat  bandar.  Kat  bandar  pulak...entah  ape2  ntah  la  deorang. Pernah  sekali,  aku  nak  beli  tudung  labuh  bidang  60.  Satu  pasar aku  pusing.  Last-last  aku  tanya  dengan  sebuah  kedai  ni  yang  jual  kain  baju  dan  tudung-tudung.

"Kak,  tudung  bawal  labuh  ader  x?" <---- Ini  versi  Malaya.   Tapi  hari  tu  aku  cakap  serawak.. Ngeh,,,ngeh...ngeh...

"Ada.  Adik  nak  berapa  helai?"  Ramah  tamah  kakak  tu  jawab.  Aku  terus  tertinjau-tinjau.  Dalam  hati  aku  cakap,  mana  pulak  tudung  yang  dia  maksudkan  ada  tu  yer?.  Sedangkan  aku  tak  nampak  sehelai  pun  tudung  labuh  yang  tergantung  dalam  kedai.  Yang  ada  cuma  tudung-tudung  masa  kini,  macam  selendang,  tudung  exspress  dan  banyak  lagi.

"Tudung nya  mana  kak?"

Kakak  tu  jawab  sambil  senyum....

"Ada.  kat  dalam  stor.  Nanti  akak  ambilkan."

Uwaaahhhh!!!!  DALAM   STOR!!!

Rasa  disiat-siat  hati  aku  ni.. pedihhhh!  Sampai  hati  deorang  letak  tudung  labuh  dalam  stor.

Apa?  Tudung  labuh  ni  kuno  sangat  ke?  Tak  ikut  perkembangan  semasa? Bukan  trend  terkini?  Tak  laku?.  Malu  nak  show  tudung  labuh  kat  luar  kedai?...  Ya  Allah...kecewanya...
Sedangkan,  tudung-tudung  lain  melambak  pulak  di  luar.  Bagaimana  macam  tu??  Patutulah,  wanita  sekarang  semua  pakai  tudung  tak  betul.  Konon  ekot  trend,  tapi,  tak  sedar ke...semua  tu  boleh  menuju  ke  arah  tabarujj?.. malah  penutupan  aurat  pun  tak  sempurna.  Tudung  sekadar  nak  tutup  rambut  je. macammana  bahagian  lain?.  Bahagian  lain  yang  tak  tutup  sempurna  tu  boleh  menyebabkan  fitnah.  Boleh  membangkitkan  nafsu  lelaki  kalau  terpandang.  Tak  sedar  ke?.

Kalau  nak  cerita  bab  tutup  aurat  memang  tak  kan  habis.  Tapi,  aku  cuma  bagi  nasihat.    Jaga  aurat  baik-baik.  Kita  tidak  tahu,  walaupun  kita  rasa  kita  dah  tutup  rambut  kita  dengan  baik,  tapi  tak  tutup  bahagian  lain,  kita  boleh  mendatangkan  fitnah  dan  menarik  dosa  dari  kita  mahupun  kepada  orang  lain.Bukan  nak  cakap  aku  ni  baik  ke  apa.. aku  pun tengah  belajar  nak  tutup  aurat  dengan  sempurna  jugak  nih.

Itu  bab  tudung,  Ni  pulak  bab  baju  muslimah.

Sekarang  nih  susah  sangat  nak  carik  baju  muslimah  yang  betul-betul  menepati  syariat.  Sekarang,  banyak  dijual  dalam  mana-mana  kedai..ataupun  kat  kedai  on9  jugak,  baju  muslimah  yang  pendek-pendek.  Paras  lutut  biasa  kita  tengok.  Tapi,  yang  bawah  lutut??.  hurm....ada  jugak  baju  muslimah  yang  di  reka  ber'shape'  sampai  boleh  menunjukkan  lekuk  badan.  Benda  macam  tu  boleh  mendatangkan  fitnah  jugak.

AWAS  dengan  si  mata  keranjang.  Jangan  biarkan  kita  jatuh  ke  lembah  dosa  dengan  percuma  gara-gara  tak  tutup  aurat  dengan  sempurna.

Jom,  tutup  aurat  dan  pelihara  akhlak..
"Tak  semestinya  orang  yang  menutup  aurat  tu  baik,  tapi  orang  baik,  mesti  tutup  aurat.."


oK...nI  aku  kopi  and  pasta  kat  blog  lain  pasal  bab  adab  menutup  aurat.  Jom  baca,  fahami  dan  amalkan  bersama-sama. InsyaAllah,  semoga  Allah  melimpahkan  rahmat-NYA  utk  kita.  Semoga  berubah  hati  kita  dan  terbuka  pintu  hati  kita  untuk  berubah..  Beristiqamahlah...

ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia melalui Nabi
Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh
kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka
di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan
mereka di akhirat kelak.

Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan untuk mereka.
Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar
yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih. Aurat mengikut
jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka. Walau
bagaimanapun, adab dan kesopanan dalam berpakaian menurut Islam menambahkan
sehingga ke atas bahu apabila kita diminta meletakkan kain atau pakaian lain menutupi
hingga ke atas dua bahu ketika hendak sembahyang.

Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan
bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa
seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga
boleh menarik perhatian lelaki yang “hatinya berpenyakit” dan akan menimbulkan fitnah
dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Selain itu, Islam yang diterima oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia adalah
berpunca dari pembawa yang sama iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda adalah dari
bangsa Arab yang berpakaian mengikut budaya bangsa baginda.
Oleh sebab puncanya bermula dari bangsa Arab yang mana cara pemakaian mereka ialah jubah, serban atau kopiah (sesuatu yang menutup kepala) bagi lelaki dan berjubah labuh menutup seluruh tubuh bagi wanita, maka ia juga turut dikira sebagai budaya pemakaian Islam bahkan lebih jauh lagi ia sudah dicap sebagai imej Islam itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Rasulullah s.a.w. sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam
yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan
membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah s.a.w.
berpakaian dalam hidup mereka.
Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang
hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnya
dalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu
benar dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan
berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang manjadi syiar dan lambang
keislaman dan ketaqwaan kita walaupun ada mereka yang membenci, marah atau
menyerang kita.
Ketahuilah, hakikatnya mereka mahu menyerang Islam itu sendiri tetapi mereka
memperalatkan seorang dua golongan yang berperangai syaitan tetapi meniru pakaian
Islam.
Yakinlah Allah tetap bersama kebenaran dan Allah pasti bersama kita selagi kita bersama
kebenaran.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa`, ayat 85 yang bermaksud;
“Sesiapa yang memberikan syafaat (tauladan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan tauladan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas semua perkara.”

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.




Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu
:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.



Aku  nak  minta  maaf  ,  menyusun  10  jari  ni  rapat-rapat  sekiranya,  sepanjang  penulisan  aku  ni  dalam  bab  tutup  aurat  telah  menyingung  hati  dan  perasaan  anda.  Tolong  tegur  aku  kiranya  aku  tersilap..

Kepada, Tuan  Guru,  Tuan  Syeikh,  ustazah,  Ustaz, atau  saudara  saudari  di  luar  sana  yang  ingin  menambah  baik  penulisan  ini,  sila  bagi  komen.  Okey..

Barakallahu feekum.. 



0 ulasan: