RSS

Wednesday 21 August 2013

Bahang Di Pundak



Catatan bermula lagi.
Bicara tentang jiwa.
Katanya kaku di hujung bibir.
Tuturnya sayu di tangkai hati.
Pundak jiwa bergetar dalam sendu.

Dalam setiap bait madah tanpa suara.
Mata bertakung rintisan jernih berhalwa.
Biar memberat di kelopak merah membahang.
Pun hati yang berhujan duka.
Pun jiwa yang menahan siksa

Lembaran waktu bertirai kelabu terbentang tanpa setuju.
Terungkap berkisah langit kusam yang punyai nyawa yang bercerita.

Maka, bergema lagu tanpa rentak.
Bingit dan menunjam lubang telinga.
Pedih memandang, sakit lagi merasa.
Hadir bagai patung bernyawa tolol.
Membiar nafsu menguasai benak yang kian bengong.
Menyumpah dengan seranah hati berdepankan biol.

Ingin ku junam belati.
Biar ku bunuh sahaja.
Biar ia hilang.
Maka berakhir duka sengsara!
Namun, tidak ku setega itu.
Aku masih berTuhan!

Siapa yang membantu?
Kalau ku disimbah api.
Kau dibasah petrol?
Maka jadinya bahang-bahang yang menjahanamkan.

Terbahak sang durjana.
Misi kreatif berinovatif terkesan.
Ah, aku enggan!
Aku enggan dimonopoli!
Aku masih berTuhan!

Namun,
Jauh dalam jiwa damai.
Aku ada cinta yang sedang berkasih sayang.
Biarlah ku buka benteng kemarahan
Agar kerajaan kasih dan sayang berleluasa di segenap kota jiwa.
Biar bahang terpadam.
Biar terlebur misi durjana.
Nanti,
Kuhembus angin di kerajaan hati dengan kalam Allah
Biar syahdu isinya.

Tertutup lembaran kini.
Marah benci geram mana.
Membahang di pundak.
Aku hanya sendiri meratap.
Mengerti makna jiwa diri.
Takkan mampu bibir terbicara.
Biar aku yang meratap.
Kerna ku ingin akhirnya suka.

Tajdid berpasak.
Aku masih berTuhan.

Itu hakikat pasti!


By: Siti Hajar Ahmad


Pic_Of_http://weheartit.com_Tq ^_^

Wednesday 14 August 2013

Mesir Berdarah ( Berita Dari Mesir )


10 FAKTA TRAGEDI
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!





Jatuh "otak" syuhada ini sepenuhnya daripada kepalanya selepas ditembak kejam . Mereka hanya bersenjatakan Kalamullah dan hati yang ikhlas menegakkan Islam. Bumi Mesir kini dibasahi dengan darah para Syuhada . 

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan adzab yang besar baginya.” (QS. Al-Nisa’: 93)



Tahniah buat puak sekular dan sekutu mereka . Kamu pasti menerima balasan dari Allah Azza wa Jalla kelak.

Surah Al-Maidah (Quran 5:23)

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman".


Berdoalah untuk rakyat Mesir kalaupun kita tidak mampu bersama mereka di sana.

Sebarkan cerita yang benar tentang mereka, cukup-cukuplah media dan para pemberita dengan berita-berita palsu. Itu hanya membunuh lagi jiwa-jiwa mereka di sana. 

Jangan kita leka dengan kesenangan dan keamanan yang kita ada kalau saudara kita diuji di sana. 


Gambar pembunuhan beramai-ramai yang
terbaru yang dipertanggungjawabkan kepada As-
sisi, di Nadi Sikkah.
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel!

Sadis.. pembunuhan rakyat yang tidak bersenjata
yang dilakukan oleh Tentera yang sepatutnya
menjaga keselamatan mereka.
Gas pemedih mata, senapang, peluru hidup dan
pasukan penembak tepat digunakan bagi
menjalankan misi kejam ini.
Hasbiyallahu wani'mal wakeel.
Semoga setiap nyawa yang mereka bunuh menjadi laknat ke atas mereka dan pimpinan mereka!


sungguh, aku tidak mengenali mereka. tapi mereka itu saudaraku, saudara seagamaku.
kau telah menyakiti mereka, maka kau juga telah menyakiti aku. 
kau memang kejam!!
peluru meliar mencari darah syuhada
darah pekat mewarnai bumi anbia
apa kau ingat darah mereka itu pesta air untuk kau raikan??
anak kecil dan wanita juga kau lakukan begitu
kau memang zalim!!
semua ini terjadi jua dengan izin Allah.
maka ketika ini,
untuk kau saksikan mulut2 kami mengaminkan qunut nazilah
untuk kau lihat makin ramai langkah menuntut pembelaan
untuk kau lihat kuatnya hati2 yang bersaudara itu
untuk kau saksikan bahawa yang hak itu juga akan menang
pada masa yang Allah telah tetapkan!
darah syuhada mewangi mekar bersama bidadari syurga
saat kau mendapat pengadilan setimpal saat berhadapan dengan tuhan!

allahuakbar!! allahuakbar!! allahuakbar!!
hasbunallah wa ni'mal wakil

kemenangan itu semakin hampir!!!

NURANI



Assalammualaikum,

Perjalanan menghantar kakak, adik beradik yang ke 6 bersama dengan suami dan dua orang anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching Sarawak memang memakan masa yang agak panjang. Berangkat sekitar jam 6:40 am dan sampai dalam jam12:00 am. Lama bukan sebab apa, Singgah ke Serian untuk mencari sedikit ole2 untuk kaum keluarga di Johor.

Sempat singgah ke Kubah Ria, Kuching untuk mencari Ikan terubuk dan sedikit Kek Lapis Sarawak. Selepas settle semua, barulah pergi menghantar mereka ke Airport. Melihat raut wajah dua orang anak saudara si Muhammad Adam Asyraff dan Muhammad Aliff Asyraff menyebabkan hati ini tiba2 sebak. Mengalir perlahan air mata. Saat sebelum mereka pi masuk ke balai pelepasan, Aliff melihat saya dan suami dengan pandangan yang hairan. Mungkin, budak kecik yang umur 10 bulan tu hairan kenapa Chik dan Chik Lan nya tak ikut sama masuk.

Saya melepaskan sebak di hati dengan hujanan air mata dalam kereta dengan sepuas hati. Allah...hati ini rindu. Rindu nak pegang baby, dukung baby,cium baby..  2 tahun akan datang nanti barulah kakak sekelurga akan balik semula ke Sarawak. Tentu masa tu Aliff dan Adam dah besar sangat.

Saya menangis sehingga ketiduran. Sementelah suami yang memandu...

Singgah sekejap di Boulevard, kuching untuk minum petang. Dalam Pukul 5:00 pm barulah saya dan suami berangkat untuk pulang ke Betong. Saya yang mengambil alih memandu kereta. Kesian sangat tengok suami yang kepenantan dan mengantuk.

Sepanjang perjalanan, saya di temani dengan lagu2. Memang tangkap lentok dan feeling sorang diri di buatnya. Sehinggalah, saya terdengar akan lagu "NURANI by Kristal". Ahhhh...KLMJ! Tetiba sahaja kenangan lama berlegar2 di ruang mata. Hari ini, hari persandingan "AbgAdik31" bersama dengan pilihan hati. Ya. Tersentuh. Tapi, cuba nak tikam perasaan tu jauh2. Kami dah punya jalan cerita yg berbeza dan sungguh berbeza. Syukur Alhamdulillah. Allah merancang dengan penuh cinta. Apa yang dah tertulis..Apa yang dah ditakdirkan..kita tak mampu nak menolaknya. Allah lebih mengetahui apa yang DIA kehendaki.

Cerita Lama!
Saya dah humban jauh2 dalam lautan jiwa. Dan, tak mungkin lagi di bangkitkan semula. kerana ia dah menjadi khazanah hidup yang uzur dan menyakitkan. Namun, keheningan dan kesunyian malam itu, menarik diri ini perlahan demi perlhan untuk membongkar khazanah itu.

Sesekali, hati mengucap istighfar. Merenung Suami yang lena tidur di ulit mimpi. Saya gapai tangannya, dan setitik mutiara mengalir lagi. Dia suami ku! Aku sayangkan dia. Dia adalah anugerah terindah buatku.

Suku perjalanan sebelum tiba ke destinasi, Suami terjaga dari tidur dan kembali menemani saya. Dengan ceria, dia menanyikan lagu "NURANI" ini buat saya. Berulang kali lagu ini di mainkan dan akhirnya, kami menyanyi bersama2. Allahu... nikmat!



Jangan menangis..NURANI
Jangan bersedih..NURANI
Pandanglah bintang
Pandanglah langit
Kita tak ubah debu jadinya



Jangan menyesal..NURANI


Jangan berdendam..NURANI
Apa dah tulis
Apa dah takdir
Kita tak mampu meronanya



Biarkan saja masa yang membongkar rahsia
Mengapakah kita bertemu dan berpisah
Sedang cinta kita
Bukan kita yang menyusun
Al-kisah sampai ke akhir cerita



Biarpun zahir berjauhan
Biarpun batin bersempadan
Kasih terhijab masih menyimpan
Cinta rapi di dalam

Biarkan saja masa lalu
Membongkar rahsia kita
Mengapakah kita bertemu
Dan berpisah kasihku..

Dihati ini masih..
CINTA KAMU





**Selamat Pengantin Baru , AbgAdik31**

Monday 12 August 2013

Saya Punya Raya!

Assalammualaikum,

SELAMAT HARI RAYA, 
MAAF ZHIR DAN BATIN.

5 Syawal... Sekejap jer kan?? Rasa baru semalam je puasa..dah tu...pejam celik...dah jumpa syawal dah. Alhamdulillah..Allah bagi kemurahan rezeki untuk kita terus bernafas dan menikmati syawal pada tahun ini. Ramadhan berlalu sudah. Indahnya ramadhan, hanya akan di rasai oleh seseorang yang ikhlas dan jujur menjalnkan ibadah untuk meningkatan amalan bukan untuk mendapat redhanya manusia, namun untuk meraih dan mengharap redhanya Allah SWT!

Allah..
Syukur Alhamdulillah...
Raya ini, tahun pertama bergelar isteri.Menantu... Alhamdulillah. Nak siapkan persedian untuk sambut syawal memang tak menang tangan. Buat kuih dan biskut terpaksa di lebihkan lagi untuk dibahagi sama rata untuk mentua dan untuk keluarga sendiri. Alhamdulillah, walaupun penat, namun berbaloi2 hasilnya.

Paling membahagiakan,
Apabila adik-beradik yang berada di Johor Bahru balik beraya di Sarawak. Di rumah.. Kalau di hitung berapa kerap akak dan abang sy balik kampung, memang setahun tu..hnya sekali jek. Terkadang 2 tahun sekli. Tapi, Alhamdulillah...Allah telah murahkn rezeki mereka untuk beraya di kampung. Bukan sebab deorang lupakan family..Tp, lantaran tugas yang membataskan mereka untuk balik..

Sekarang, 
tak mo cakap byk...ni haaa...sedikit gambar daripada family saya.. ^_^ sempena raya..

Bersalaman bersama suami tercinta. Ampunkan segala silap dan salah. Maaf kiranya sepanjang kita bersama, saya telah banyak menguris hati abang..

1 Syawal. Beraya di rumah suami. Keluarga suami kecil je..

2 Syawal. Beraya di rumah sendiri bersama dengan keluarga besar saya. Semua yang berada dalam gambar ni adalah ahli keluarga saya, yakni adik- beradik sy. Hehehe...ni blm datang suma ni...

3 Syawal di rumah Pak Uda Udin. Abang kepada Mak. Yang byk anak dara kat bawah tu...tu member sy.hehe...


Keluarga saya + Keluarga suami = Keluaga kami

Dapat upload gambar raya untuk 3 Syawal saja.Hehehe...apapun, raya taun ni byk memberi seribu kemsanisan. seribu kasih sayang. Seribu kemaafan. Seribu harapan. Seribu kenangan..dan yang paling best...seribu pengalaman. Alhamdulillah. Ini lah kelurga besar saya, Siti Hajar Binti Ahmad serta suami , Muhammad Azlan Bin Buang.



~Siti HajarAhmad~