RSS

Monday 24 December 2012

Bila Cakap Pasal Jodoh..

Assalammualaikum,

Tadi kan...ada so sek so sek sikit ngn beberapa orang sahabat. Dalam sok sek tu...memang tak lari dari cerita pasal hidup. Hurm... kadang2, senyum sendirik. Nak tahu, kenapa?

A--> Aku tak sangka pulak, dia jodoh aku. Dulu, kemain lagi kitorang.. I hate u, devil! Evil forever! . Jumpa je, pasti tercetus perang. Nak tengok muka dia je asa meluat sesangat. Alahai..skarang, dah kena batang hidung.. mau tak terngaga mulut di buatnya.

Hahahah...ko ni macam la dunia ni panjang je xda penghujung. Dunia bulat bah oi. Pusing2, dia jugak yang di jumpa. Tak leh la takbur cakap yang bukan2.. Dalam, Al-Quaran pun da sebut, " Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang sangat kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216). Jelas lagi bersuluh. Mana boleh cakap yang bukan2. Benci macam mana sekalipun, jangan la sampai cenggitu sekali. Api benci tu syaitan. Apa pun, kita manusia...memang tak berhak memunsuhi sesama kita, sbb kita sum asama jer. Tak Gitu?? Cefikir...cefikir...

B--> Aku  ngan dia, dulu...main tarik tali. Rasa macam suka jer. tapi, segan nak luahkan. Tapi, Alhamdulillah..sekarang, dia berani luahkan. Weeee...tak sangka laaa! Aku tak bertepuk sebelah tangan. Lagipun, cinta diam2 lebih bagus daripada d bagitahu kan?. Elak zina hati. Kalau boleh, dah bagitahu, nak nikah terus. hehehe...

Ngeh3...iye la tu...betul. Benda baik, mana leh lambat2 kan. Alhamdulillah. Pandai jaga diri, jaga hati..insyaAllah, d permudahkan oleh-NYA. Lagipun, kita merancang aje kan? Kalau ada jodoh, tak kan kemana. Teruskan jaga jarak dalam perhubungan. Aku doakan kau dan dia bahagia hendaknya nanti. Cinta ikut syariat, lebih manis setelah menempuh alam pkahwinan nanti. Segala-galanya terasa bagai OWSEM!

Aku??
Heee...dah lama sangat kenal ngan suami. Semenjak abiz zaman sekolah lagi Allah dah pertemukan kami. heee...dah kenal sangat hati budi dia mcmna. Dah byk jugak tempuh onak berduri.Tapi, selagi hati kuat berpaut, masih ada kepercayaan, toleransi..segalanya akan di permudahkan. Terkadang, tak leh ekot sangat hati tu. Jangan degil! kalau nk degil jugak..degil lah time perlu. Aku pun degil tau, tapi...kesabaran dia melunturkannya. Dia pun degil sangat2, tapi..kesabaran aku memadamkannya.. Boleh faham x?Macam tu laaa...

C--> Aku single lagi. Tak akan bercinta sebelum nikah. Nak bercinta selepas nikah. Itu lebih afdal. Tak nak lebih2.. Nanti, xde apa2 yang d bawak time nikah nanti.

Oh, yea??? Bagus. Aku sokong sangat perinsip tu. Tapi, kadang2 , naik fed-up jugak la dengan segelintir manusia. Cakap, "Cinta selepas nikah", Tapi, diri tu tak jaga betul2. Tiap2 hari tengok keluar dengan kawan lelaki/perempuan. Kalau kita tanya, " Siapa". Dia jawap..." Kawan". Sedangkan..??? hurm.. kalau benar dia dukung prinsip tu...pegang la erat2.. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang tu. Benar, dia cakap dia hanya kawan je dengan lelaki/perempuan tu..tapi, lelaki/perempuan tu plak camne? dah kuar pun selalu.Nanti,.lama2 boleh berputik perasaan sayang or rindu tau. Jangan bagi harapan kalau kita sendiri tak mampu untuk menggenggam harapan tu. Benar, cinta diam2 lagi bagus. Tapi, jaga lah adab tu. InsyaAllah...kalau dia suka lelaki/perempuan tu kerana Allah, Allah akan permudahkan.Jangan hipokrit. Sedangkan, dah terang lagi bersuluh pembawakan kita macamna, kan? ngeeee... Apapun, jodoh tu...tetap rahsia Allah jugak. Berhati-hatilah...

Bila cakapa pasal jodoh...

Mesti semua nak yang terbaik kan? Walhal, sejak dari dulu lagi dah termaktub dalam Lauh Mahfuz, tentang siapa jodoh kita. Sebab jodoh tu urusan Allah. Siapa kita untuk mempertikai? Jangan meremeh temehkan soal jodoh. Sebab, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan memikirkan persoalan jodoh.

Ok. Jodoh tu perlu di cari atau menunggu??

Firstly, set dalam ingatan kita ni bahwasanya jodoh tu adalah suatu ketentuan. Bukti?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Jadi??

Perlu tak kita berusaha untuk mendapatkan jodoh?

Bagi aku, dalam dunia ni..untuk mendapatkan apa sahaja yang berada kat dunia ni.. perlukan usaha. Nak berusaha, bukannya kita beria-ia dengan terhegeh2 nakkan seseorang yang kita suka tu. Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Perbaiki diri kita seeloknya. Ciptakan jarak dan ruang yang sepatutnya. Kalau, kita berusaha untuk menjadi seseorang yang baik, daripada yang terbaik, InsyaAllah..Allah akan hadirkan yang terbaik untuk kita daripada yang baik-baik. Selanjutnya, berserahlah.Tawaqal. Doa perlu jugak.Jangan menidakkan Qada' dan Qadar yang telah di tentukan.

Ya. Manusia di galakkan untuk berusaha. Namun, usaha2 yang mengundang murka-Nya, adakah itu dikira sebagai berusaha dalam soal jodoh ni?.

Just, nak bagitahu... kadang2 kita tak sedar bila kita akan jatuh cinta, mengapa kita akan mulai rindu, kenapa kita merasa sayang.. Sesungguhnya, semua itu adalah suatu ketetapan yang terkadang di luar bidang kita untuk menghadirkan dan tidak menginginkannya. SEMUANYA LILLAHI TA'ALA. Justeru, kita yang di kurniakan dengan akal fikiran, dan hati ini perlulah rasional. Nak menjadikannya sesuatu yang di redhai atau di murkai? Jadi, peliharalah mengikut syariat yang telah di tetapakn.

yang penting...JADIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH sebagai panduan.

"Jika petunjuk itu sudah sampai, masihkah aku menidakkannya?"

 " ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

"Tepuk dada tanya iman"

Berhati-hatilah wahai sahabat!

p/s: Bercakap melalui pengalaman, pemerhatian, kaji selidik dan ngeh3...suka ati ku mpun! ada ku kesah??


Daripada:
~aKU yANg PeNUh KhILaF dAN jAhiL~




Takbir!! Allahuakhbar3!!

Rujukan : - Artikel iluvislam.com


0 ulasan: